Sunday, February 28, 2010

Binatang Jalang


Kepada Siti Nurhanim Aziz:

"Fuck You mothefucker!"

*******
Kita tunggu lapuran underground dan sulit dari cikgu Kuala Kubu esok petang.
Gua tak berapa percaya sangat lapuran akhbar semasa yang seringkali merepek.

Saturday, February 27, 2010

Mematuhi undang undang


Semenjak dua tiga hari ni, gua tengok Fateem punya moral tak berapa nak up. Bercakap pun suara lemah perlahan. Tengok Hagemaru memang dah tak ada.

Malam semalam sebelum tidor gua panggil Fateem. Gua tanya apa hal yang merungsingkan fikiran dia sejak dua tiga hari ni?. Fateem beritahu gua masalah yang sedang dia hadapi. Satu satu dia cerita mengikut kronologi dan masa di mana permasalahan yang dia tanggung tu bermula.

Gua geleng kepala:

"Rumit juga hal ni.." - getus gua dalam hati.

Gua beritahu Fateem hal yang dia eksplen tadi bukan dalam bidang kawalan gua. Gua kena bawak berbincang dengan cikgu Kuala Kubu mana lah tahu kalau kalau cikgu kuala kubu boleh bantu bagi jalan penyelesaian.

+++++

Pagi tadi ketika fateem masih tidor, gua jumpa cikgu kuala kubu secara rahsia di pinggir mesin basuh. Banyak juga baju baju yang kena cuci ni. Gua lempar sekali kasut sekolah ke dalam mesin basuh, cikgu kuala kubu tak perasan.

Gua cakap pada cikgu kuala kubu ada hal sikit nak bincang. Cikgu kuala kubu yang tak tahu ada kasut dalam mesin basuh mendengar penerangan gua dengan teliti dan tak meyampuk langsung. Bahasa yang gua pakai pun jelas, takde belit belit.

Habis gua bagi penjelasan, gua tanya cikgu kuala kubu:

"Macam mana?, boleh tolong ?"

" Hmm...Tak boleh la.." - pantas cikgu kuala kubu bagi jawapan.

"Langsung tak boleh?" - gua tanya lagi meminta kepastian.

Cikgu kuala kubu hangguk kepala penuh yakin dan bermuka serius. Bunyi spin mesin basuh gedegang gedegang tanda kasut sekolah menghentam dinding belah dalam takde nak kesian.

+++++

"Dah boleh ke?" - Tanya Fateem tengahari tadi.

Gua diam. Serba salah pulak gua nak beritahu hal sebenar.

"Tak boleh la.." - jawab gua, dalam dada ada simpati.

"Cokelat?" - Fateem tanya lagi.

"Tak boleh.."

"Keropok?"

"Tak boleh jugak.."

"Aiskrim?"

"Lagi la tak boleh.."

"Kalau macam tu pegi mana mana lepas ni kita naik moto je la ayah" - Fateem memberi saranan dengan muka penuh down.

Gua senyum tawar, hati dipenuhi kesian.

Undang undang ALZA AHB 7240 ni memang keras kaw kaw rupanya.
Kalau masa undang undang Waja gua dulu nak goreng ikan pun gua izinkan.

Friday, February 26, 2010

Anjakan Paradigma


Ada satu kali masa duduk rumah sorang sorang bini pergi kerja hari sabtu, anak hantar rumah mak mentua, gua rasa bosan tahap nak nyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak tangan lurus ke paha, maka gua cepat cepat duduk depan laptop bukak intenet. Gua bukak blog gua. Gua baca balik entry gua yang lama lama. Bila gua teliti semula beberapa entry secara bacaan berintonasi, memang macam nak pelempang diri sendiri. Gua dapati kebanyakan cerita yang ada watak gua, mesti hero dia bukan diri gua. Mula mula gua fikir kalau tak jadi hero dalam cerita sendiri kira masuk akal juga lagi, tapi masalahnya sekarang, sudah la cerita yang gua tulis hero dia bukan gua..bila sampai pada bahagian bengap, bahagian loser, bahagian kalau jumpa rasa nak sepak dada, bahagian barai..dan apa apa bahagian yang tak cukup perangai,

Hah gua la tu..

Macam mana ni,

Dalam blog gua sendiri pun gua tak boleh jadi hero dan selalu pula mendokong watak sangap,

Rasanya inilah sebab kenapa makwe blog susah sangat nak hulur nombor talipon..

Nak jadi kawan gua dekat fesbuk pun mereka tak sudi..

Sekarang ni gua tengah rancang untuk tukar strategi penulisan supaya gua nampak lebih berketerampilan, berkarismatik, berkepimpinan, educated, hensem, letak gambar penyanyi korea, ada selit cakap orang putih sebaris dua, bubuh gambar taman bunga, kelihatan cool, sporstman, dan berhenti menggunakan bahasa kesat.

Errr...What do you think?

kehkehkeh

Tuesday, February 23, 2010

Cerita Semalam


Petang semalam, kira kira pukul 5.25 petang,

Gua terima sms dari Luca:

"Balik pukul berapa?, gua nak pegi Ipoh, jom balik naik kereta sekali..gua tunggu lu kat bawah".

Bas 626 dicita, proton pesona yang mendatang, gua balas laju:

"Bagi gua 10 minit..gua nak kemas barang atas meja".

++++

Pukul 6.15, kami sudah meluncur laju di atas lebuhraya sambil melayan Beethoven simfoni ke sembilan.

Gua sengih sorang sorang mengenangkan budak budak bas yang tengah kesat peluh pakai lengan baju kemeja di hentian Puduraya. Nak buat macam mana, hari ni rezeki gua balik selesa.

Pukul 7.05, proton pesona berhenti betul betul di muka pintu rumah gua. Gua minta diri sambil menghulur salam berisi 20 ringgit. Luca tersengih sengih.

Win Win!.

++++

Pukul 12.15 am, cikgu kuala kubu keluar pegi tutup pagar. Gua pula dah bersiap sedia nak pekena tidor depan tivi.

Tiba tiba cikgu Kuala Kubu masuk ke rumah dengan terburu buru:


"Mana moto??"

++++

Gua tak tahu nak mengamok pada siapa..kalau gua jalan kaki pakai kain pelikat pegi stesen bas Tg malim mau makan 45 minit juga.

Jadi, gua biarkan saja cikgu kuala kubu mengamok pada gua sambil pandu kereta laju tengah malam buta.

Win Win lagi!

Agak agak buleh kawtim bawah meja tak?


Ulama' saman Ulama'


Meneliti isu dalam gambar, setelah gua bermuqabalah, ber-usrah, berhalaqoh dan ber-rehlah secara panjang lebar dengan sheikhti sheikhti Fesbuk tengah malam tadi,

Gua merasakan sudah sampai saatnya gua berhijrah meninggalkan Malaysia dan pegi mendalami ilmu agama Islam di pergunungan Tibet.

Duit dalam tabung simpanan sebenarnya tak berapa cukup, tapi gua yakin kalau niat ikhlas, Tuhan mesti tolong juga.

Kan?

Saturday, February 20, 2010

Idola


"Err..apa macam?, stailo tak gua?"

"Stailo..Hero..semua kena kat lu."

Friday, February 19, 2010

Penapis Air





Belajar tinggi tinggi sampai universiti, lepas tu ikut jalan hidup seperti gambarajah..memang Caldina lah, paling koman Toyota Wish.

Thursday, February 18, 2010

Penyesalan Basir

Gua ada seorang kawan yang tak berapa hensem nama dia Basir. Gua kenal Basir baru 4 tahun. Itu pun atas sebab kerja, bukan sebab lain seperti ber-cetting di MiRC, KY jelly atau terjumpa di surau masa sembahyang maghrib. Basir kerja di sebuah kilang perindustrian di Kerteh. Kebetulan kompeni yang gua kerja ada hubungan keusahawanan dengan kilang di kerteh berkenaan, jadi selalu lah gua jumpa Basir bila ada mesyuarat di Kolumpo.

Basir ni lagi tua dari gua, rasanya empat tahun lagi tua. Tapi dia belum kawen. Pernah juga gua tanya 'apehal lu tak kawin lagi ni?'. Basir jawab 'gua belum cukup duit'. Tanpa membuang masa, gua terus demah kepala Basir dengan teh panas sebab suka membohong macam ahli politik. Padahal gua tahu gaji dia sebulan dekat rm tujuh ribu bersih lepas tolak EPF dengan hutang kereta.

Tahun lepas, gua bertukar posisi kerja. Jadi gua dah berenti hendel hal usahasama dengan kilang di Kerteh. Gua juga dah tak melepak dengan Basir minum teh bila dia datang Kolumpo. Namun beberapa bulan lepas, gua dapat berita yang Basir sudah berhenti kerja dan sekarang bekerja di Kolumpo.Pehh!, cepat cepat gua hantar pesanan ringkas pada Basir ajak melepak minum teh balik.

"Ok jumpa lu dekat KLCC level Signature tengahari ni" - Balas Basir.

Gua senyum.

Gaya basir menulis sms juga dah macam orang Kuala Lumpur, kalau dulu pantang datang KLCC entah merata tempat dia sesat. Nak jalan pergi foodcourt AvenueK yang senang gila babi tu pun kena talipon gua sampai 2-3 kali.

Masa melepak dengan Basir, gua tanya kenapa dia berenti kerja di Kerteh?. Dah 8 tahun kerja tiba tiba berenti. Basir bagi gua macam macam jawapan. Gua tahu dia nak kelentong gua lagi macam selalu, tapi gua biarkan...

Gua tanya Basir lagi, 'lu tak rasa menyesal ke?'.

Kali ni gua nampak muka Basir berubah sikit. Dia pandang makwe seksi yang duduk meja sebelah. Mungkin dia tak selesa dengan soalan gua, atau lebih buruk lagi, mungkin dia nak tengok peha putih yang sebelum ni memang payah nak dapat tengok di Kerteh.

Cinabeng lama betul Basir usha makwe tu!.

Gua turut terpengaruh memerhatikan makwe berkenaan menggunakan ekor mata. Bila tersedar pantas gua beristighfar dan mengurut dada sendiri. Mujur gua gunakan ekor mata, jadi tak berapa nampak sangat apa benda.

"Bila dah berenti, satu benda yang gua rasa paling menyesal..." - Lemah lontaran suara Basir. Wajahnya masih bersahaja. Dia diam balik.

"Apa yang lu menyesal sangat?'"

Gua potong. Gua dah agak. Konfem si Basir ni menyesal. Kerja dia di Kerteh dulu memang stailo. Sekarang kerja kompeni orang putih, masakla kena goreng. Dah elok elok duduk Kerteh gagah nak pindah Kolumpo. Cepat sangat terpengaruh dengan kehidupan kota.


*****

Lalu Basir jawab dengan jujur, dilimpahi keikhlasan, sambil mata mereling manja ke makwe pakai baju body-fit di meja sebelah lain pula:


"Gua menyesal sangat......sebab tak berenti lagi awal!"


Tanpa membuang masa, gua demah kepala Basir dengan teh panas sekali lagi.

Menyesal kepala bana!.

Tuesday, February 16, 2010

Ilmu Penyuluh Hidup


2002 - Universiti Tronoh

Melangkah keluar dari dewan serbaguna, gua tersengih tajam."Buat penat gua baca buku sampai ponteng sesi minum teh, rupanya soalan senang!" - Bentak gua dalam hati. Ya. Ujian Heat Mass and Transfer (apajadah dalam bahsaa melayu gua tak tahu) kali ni gua boleh jawab sampai mintak kertas tambah.Pehh...puas hati ya ammaat!

Sampai luar dewan, Mesye dah tunggu gua.Cepat cepat dia tanya macam mana gua jawab soalan tadi, sambil menunjukkan kertas soalan yang diseludup keluar dewan secara haram. Gua sengih lagi..lalu gua terang pada mesye satu persatu jalan penyelesaian sambil menulis kembali formula, langkah kerja dan teori di atas kertas soalan terbabit. Mulut gua pula tidak putus putus berkumat kamit menjelaskan kehendak soalan pada mesye, supaya dia dapat tangkap kesinambungan jalan kerja yang gua tunjukkan.

Gua mengaku, sebelum ni memang gua selalu melingkup dari sudut pembelajaran peringkat IPT, tapi kalau sekali gua duduk atas meja baca buku, dan gua jawab sampai mintak kertas tambah, itu maknanya gua sedang serious nak kerja jadi engineer dan menggunakan akal pikiran ke jalan yang lurus. Jangan main main dengan kepandaian gua.

Mesye masih tak puas hati sebab jawapan yang gua beri tak sama macam jawapan dia. Gua panggil Nadia yang kebetulan lalu disekitar situ. Nadia ialah seorang makwe lawa yang amat pandai dan selalu mendapat markah penuh dalam peperiksaan. Gua tunjukkan jalan kerja yang gua tulis pada nadia. Tujuan gua murni, nak puaskan hati mesye supaya dia respek sikit pada gua. Nadia meneliti jawapan yang gua salin balik di kertas soalan mesye. Bersesuaian dengan ketinggian ilmu yang dimiliki, Nadia tanya beberapa perkara ilmiah berkaitan formula dan jalan kerja gua. Gua terangkan satu persatu beserta konsep yang lengkap. Mesye hanya memerhatikan perbincangan gua dan nadia, dia tak berani masuk campur kerana ilmu di dadanya masih tidak cukup ampuh nak bertarung dengan kami.

Nadia menjelaskan pula pada gua dan Mesye cara dia jawab sebentar tadi. Teori dan jalan kerja ringkas, cuma satu muka surat, lebih kurang macam mesye jawab.Gua kaji pula jawapan yang nadia terangkan secara terperinci.

Yes!!

Gua makin seronok, nampak gaya pepatah melayu "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" kadang kadang boleh pakai dalam konteks kejuruteraan. Gua akui nadia makwe yang pandai, namun orang pandai pun boleh buat silap.Kecuaian seringkala terjadi pada ketika yang tidak sepatutnya terjadi. Ini sedang berlaku pada nadia.

Gua senyum tajam pada nadia dan mesye. Gua ulang balik penerangan yang gua bagi pada muka mesye sebentar tadi kepada nadia. Kali ni lebih halus, mendalam, berserta huraian formula yang sepatutnya diguna pakai. Gua jelaskan juga pada Nadia kecacatan yang terdapat dalam jalan kerja beliau terutamanya dari aspek aplikasi formula yang terbabas. Mesye di sebelah masih diam, mungkin dia terkejut macam mana gua boleh mensekolahkan nadia yang tinggi ilmunya. Selesai gua bagi penerangan, Nadia diam..lama dia berfikir. Akhirnya Nadia menghangguk perlahan:

"Hmm..ok..aku dah paham". - Kata nadia pada gua dan Mesye.

Yess!!.Gua puas hati. Mesye terkebil kebil.Nadia berlalu sambil menggelengkan kepala. Mungkin dia menyesal sebab tersalah guna formula masa jawab soalan tadi.

+++++

Dalam kelas heat mass and transfer, seminggu kemudian, Pn Yati bagi markah ujian pada budak budak kelas. Gua duduk depan sekali.

Mesye dapat 15 markah.

Gua pulak macam biasa..barai!. dapat 10 markah. Gua jadi moral down dan rasa nak berhenti belajar, namun gua pendam perasaan dalam hati baik baik.

Nadia pun macam biasa jugak, dapat markah penuh, 25.

Lepas kelas, dengan rendah diri gua tanya mesye.

"Kalau tahu gua jawab salah, ape hal si nadia hangguk kata paham lepas gua eksplen?"

Mesye tersengih sambil buat muka berlagak:


"Nadia dah paham la yang lu ni sebenarnya bengap, tak pandai langsung, buang masa saja dia layan."


"Faker!!" - Gua mencarut padu lalu meumbuk leher mesye tepat mengenai halkum.

Sekali lagi gua jadi moral down. Kali ni gua betul betul rasa nak berhenti belajar dan meneruskan hidup dengan kerja kilang di Perai. Baca buku pun sia sia.

Sunday, February 14, 2010

Hasutan Syaitan


Berita cakap minggu ni saja ada 4 kes buang anak..ada yang mati, ada yang hidup, ada juga yang kena bakar hidup hidup.

85% firasat gua kata, semua kes tu melibatkan kaum yang dapat subsidi, dapat biasiswa pendidikan, dapat bantuan perniagaan, dapat kemudahan pinjaman, memiliki tabung amanah, dapat tapak gerai, dapat bantuan persekolahan dan juga wang sara hidup.

Gua ingat kerajaan kena bantu sama dalam hal mensubsidikan kondom, pil perancang, serta merealisasikan hukum hudud dan qazaf.

Pilihanraya lepas ni gua nak bertanding kerusi DUN Tg Malim. Wakil parti mana kemudian cerita.
Sampai masa gua beritahu.

Friday, February 12, 2010

Barcelona: Freddie vs M.Cabelle

"It's maddefakking awesome!!"
BARCELONA 1988

Sekarang gua sangat malas sampai rasa nak meniarap...

++++

Notakecil: Gua baru lepas break-off masa ni..frust, seminggu tak pegi tadika.

Thursday, February 11, 2010

Emel

Pagi tadi, setelah mengharungi hari hari demam yang klasik dan masterpiece, gua melangkah semula masuk ke dalam opis seperti selalu selalu. Jam di tangan gua tak tahu pukul berapa sebab gua tak pakai jam tangan, Namun kalau ikut ilmu firasat masa yang gua belajar, rasa rasanya time tu dah hampir ke 8.15 pagi.

Setibanya di kerusi kerja, gua on semula perkakas kompiter yang sudah 2 hari berehat tak buat apa apa. Gua bukak suis, pasang kabel, tekan butang on..zasssss!!, kompiter terpasang. Gua tekan tekan... salah!. Gua tekan tekan... salah lagi!. Sudah 2 kali salah. Gua senyum.. lalu gua selak kertas rahsia di dalam laci sebelah.Demam membuatkan otak gua kurang cerdas.

Ahhh..'Moktarudin' rupanya. Yang gua pegi tibai 'Bukarudin' apa hal pulak.

Gua tekan tekan..Yaa, dah boleh masuk ke dalam dengan lancar.

Perkara pertama yang gua semak tidak lain tidak bukan adalah emel emel yang berselerak sepanjang 2 hari kepergiaan gua. Ada bermacam macam tajuk dan isi kandungan. Gua tarik scroll kebawah perlahan lahan sehinggalah gua terbaca satu tajuk emel yang gua rasa gua yang tulis, tapi macam mana gua boleh hantar pada diri sendiri pula?.Adakah ini juga angkara demam?

Dengan dada berkocak gua klik pada tajuk kepunyaan gua tersebut.

Gua terasa lega bila gua dapati emel berkenaan dihantar atas nama braderdiego, kepada gua..

"Brader..cuba lu tengok emel kat bawah". Begitu bunyi kata kata emel braderdiego.

++++

Gua tengok ada segerombolan nama lelaki dan wanita beserta alamat emel dari pelbagai aliran syarikat dan bidang kerja tercatat di bawah. Di bawah gerombolan nama tersebut, ada lagi segerombolan nama lain, dia bawah gerombolan nama yang ada lagi gerombolan nama itu, terdapat lagi 2-3 gerombolan nama. Nama nama yang gua tak tahu milik tubuh siapa.Tapi ini cuma nama nama, bukan isi kandungan emel yang dimaksudkan oleh braderdiego.

Gua tarik lagi ke bawah melepasi beberapa gerombolan nama, sampai la muncul isi kandungan emel yang jauh terperosok dibahagian paling bawah.

Gua tersengih sengih bila membaca artikel emel berkenaan.

Apan, apan..baru 2 hari gua hilang kawalan internet dah merata lu rogol inbox orang orang yang lu tak kenal ye. Siapa punya kerja rembat lu keluar dari blog gua?, cuba beritahu sikit, kasik password biar gua teka...

Dan kepada perembat Apan, sekali sekala tak letak link macam ni dalam emel fwd, gua masih anggap lu bergurau secara adik beradik.

Tapi kalau selalu sangat...Boleh jahanam juga bisnes blog gua ni bai!

Tuesday, February 9, 2010

Mensolehkan Masyarakat Melalui Facebook


Macam mana?, boleh bagi sikit buah pikiran?

Gua tengah demam, jangan buat hal.

Sunday, February 7, 2010

Cuti II


Gua beritahu pada cikgu Kuala Kubu, minggu depan masa raya cina gua cuti empat hari. Cikgu kuala kubu pula dengan wajah berlagak beritahu balik pada gua, minggu depan masa cuti raya cina dia dapat cuti selama seminggu terus.

Fateem yang sedang lepak di sebelah cuma terkebil kebil mendengarkan perbualan gua dan cikgu kuala kubu.

Unutk mengelakkan Fateem kecik hati, cikgu Kuala Kubu pura pura tanya Fateem cuti raya cina nanti tadika Kurnia bestari beri dia cuti berapa hari pulak?, padahal dalam hati cikgu kuala kubu memang tahu tadika akan bantai cuti selama seminggu sama macam silibus cuti kementerian pelajaran.

"Nanti masa raya cina Fateem cuti berapa hari?" - begitu pertanyaan cikgu Kuala Kubu pada Fateem.

Gua hirup air kokakola sambil tekan tekan remut Astro menukar cenel.

Fateem macam biasa..membalas dengan rilek, konfiden dan bergaya:

*****

"Ateem tak cuti..ateem kan Melayu".


Cikgu kuala kubu beristighfar panjang..
manakala gua cepat cepat talipon Astro minta masukkan cenel Wah Lai Toi.

Saturday, February 6, 2010

Ihsan


Gua ingat, kali ni gua nak beritahu benda yang berlagak sikit,


Tanjong Malim dah ada Al-Ikhsan.

Hehehe.

Gua harap lepas ni syarikat syarikat konglomerat lain macam TGV, Mekdonal, Kinokuniya, RapidKL, Guardians, Chillies, Starbucks, Coffee Bean, Nandos, Subway, Manhattan Fish market, Dellifrance, Pelita Nasi Kandar, J-Co Donat, pusat karaoke RedBoxRia, dan paling penting syarikat gua bekerja akan turut beroperasi di Tanjong Malim.
Dengan cara ini baru lah Tanjong Malim maju serta dapat meningkatkan taraf hiudp penduduk kampung sekitar seperti Kg Balun, Behrang, Ulu Bernam dan Gedangsa.Peluang pekerjaan juga bertambah pesat, aliran wang keluar masuk meningkat dan gua pun tak sakit mata tengok budak budak IPT berdating dalam KFC seramai 44 kapel sekaligus.

Ahhh..tiba tiba terasa nak beli baju sukan...

Friday, February 5, 2010

Hadiah Kahwin


Masa gua kahwin tahun 2005 dulu, gua kira semua sekali hadiah orang hulur pada cikgu Kuala Kubu cuma 8 jenis, gua ingat ada 3 set cawan, 1 pembakar roti, 2 tuala jenama Billion dan 2 frame gambar besar telapak kaki.

Manakala hadiah yang gua terima pula, masyaAllah punyala banyak dan macam macam. Periuk nasi sahaja entah berapa bijik pelbagai aneka jenama, pinggan arkopal, set sudu, pembakar air, lampu picit yang pakai bateri saiz penumbuk, bekas kuih raya, dapur gas, jam dinding Ah chong, album gambar, sarung kusyen, pasu bunga, cerek elekterik 240V, pembancuh kopi, 3 bijik seterika dan bermacam lagi hadiah bertemakan barangan rumah.

Hadiah yang gua terima selamat berada dalam kotak bungkusan masing masing sebab barang barang macam periuk nasik, seterika, sudu sudu dan jam dinding ah chong yang sedia ada di rumah ibu bapa gua masih ada kudrat, tidak uzur dan tak payah mengada nak tukar baru. Gua dan cikgu kuala kubu yang pada waktu itu belum jadi cikgu lagi, mengambil langkah bijak dengan tinggal di rumah ibu bapa gua secara konsep sewaan anak beranak. Masa tu kami belum ada simpanan tetap, duit potong EPF gua pula cuma cukup buat beli batu bata rumah dan simpanan insuran untuk kegunaan masa depan gua rancang akan beli pada masa depan sahaja.

Ok macam ni, gua nak cerita panjang panjang pun tak berapa berfaedah, lebih baik gua terus pada isi penting . Tiga tahun lepas, gua..cikgu kuala kubu dan Fateem yang baru ada tiga batang gigi pindah duduk rumah sendiri. Semua hadiah kahwin yang masih solid dalam kotak kami bawak angkut sekali dan simpan dalam stor. Belum sampai masa nak pakai. Kunci stor pula gua simpan elok elok di lokasi rahsia.

*****

Tadi, cikgu kuala kubu sms gua mintak kunci stor, dia teringat nak guna pemanas air sebab pemanas air yang lama tiba tiba jahanam.

Seketika kemudian, datang lagi satu sms dari cikgu kuala kubu:

"Hadiah kita tinggal sikit, tak sampai sepuluh kotak...mana pergi yang lain?"

*****

Setelah berfikir lama dan panjang, serta menilai segala jenis risiko yang boleh berlaku, gua balas semula sms pada cikgu kuala kubu.


"Err..err....jangan lupa esok malam kenduri Bard pulak di Ipoh..gua sempat beli pembalut hadiah je ni."

NOTAKAKI:
Sampai entry ini siap ditulis, cikgu kuala kubu masih tak berenti membebel

Thursday, February 4, 2010

Tugas Tugas Khas


Tiba tiba, sedang gua buat graph entah apa apa di muka laptop, Queen tanya gua:

"Malaikat Jibril buat apa haa?"

Soalan kacang nak mampos.

"Menyampaikan wahyu" - gua jawab pakai pengetahuan masa darjah dua yang masih tersemat kemas di kepala.Tak payah google.

"Maksud gua..sekarang?" - Pantas Queen meyambung.

+++++

Gua runsing. Rasa menyesal pula tak kerja jadi ustaz.

Wednesday, February 3, 2010

Memoir Gondol




"Barang yang baekk punya tidak perlukan kata kata yang indah"

Pelancaran sulung di dua lokasi berbeza :
1. MASKARA 6hb Februari
2. Pekan Frinjan 6hb Februari jugak

Kalau takde cerita seronok kat tivi, gua ingat nak pecut pegi Maskara pakai smart smart. Jumpa di sana. Lu orang jangan lupa bawak duit lebih sikit. Harga buku kita cerita kemudian. Gua kena tanya Luca dulu berapa patut dia nak katok lu orang.Royalti gua pun tak tahu apa cerita lagi ni.

Nak beli online pun kita boleh runding...
Yang mana makwe nak beli, bagi gua nombor talipon lu orang, pandai la gua sms pelan pelan nanti..cerita beli buku dalam talipon baru la steady!

Monday, February 1, 2010

Cuti


Hari ni Fateem ponteng sekolah lagi, atas arahan gua. Gua cuti sebab hari wilayah, jadi fateem pun gua suruh cuti. Harapnya pihak pengurusan tadika tak mengambil tindakan disiplin terhadap beliau. Kalau kena gantung tadika susah juga gua nak kena turun naik kementerian pelajaran.

Tadi gua tanya Fateem:

"Esok kalau cikgu tanya kenapa tak datang semalam fateem nak jawab macam mana?"

Masa ni dia tengah sibuk menonton Ganso Tensai Bakabon yang entah berapa kali ulang gua pun dah hilang perkiraan.

Fateem diam. Dia cuma sengih tajam melihat gelagat Bakabon di kaca tivi.

Melihatkan fokus fateem yang berat ke tivi, Gua ulang pertanyaan dengan nada suara lebih tegas dan berkarisma:

"Kalau cikgu tanya nak jawab macam mana?"

Kali ni fateem bagi tindak balas dengan jawapan yang tidak kurang tegas dan berkarisma:


"Cuti...hari wilayah".


Gua senyum. Fateem punya intonasi, pitching, riak muka, tahap konfiden, jatidiri, keihklasan dan body language semua perfect ten!. Cuma jawapan dia ada sedikit barai dari aspek teknikel. Gua kena didik lebih gigih lagi ni.