Saturday, February 27, 2010

Mematuhi undang undang


Semenjak dua tiga hari ni, gua tengok Fateem punya moral tak berapa nak up. Bercakap pun suara lemah perlahan. Tengok Hagemaru memang dah tak ada.

Malam semalam sebelum tidor gua panggil Fateem. Gua tanya apa hal yang merungsingkan fikiran dia sejak dua tiga hari ni?. Fateem beritahu gua masalah yang sedang dia hadapi. Satu satu dia cerita mengikut kronologi dan masa di mana permasalahan yang dia tanggung tu bermula.

Gua geleng kepala:

"Rumit juga hal ni.." - getus gua dalam hati.

Gua beritahu Fateem hal yang dia eksplen tadi bukan dalam bidang kawalan gua. Gua kena bawak berbincang dengan cikgu Kuala Kubu mana lah tahu kalau kalau cikgu kuala kubu boleh bantu bagi jalan penyelesaian.

+++++

Pagi tadi ketika fateem masih tidor, gua jumpa cikgu kuala kubu secara rahsia di pinggir mesin basuh. Banyak juga baju baju yang kena cuci ni. Gua lempar sekali kasut sekolah ke dalam mesin basuh, cikgu kuala kubu tak perasan.

Gua cakap pada cikgu kuala kubu ada hal sikit nak bincang. Cikgu kuala kubu yang tak tahu ada kasut dalam mesin basuh mendengar penerangan gua dengan teliti dan tak meyampuk langsung. Bahasa yang gua pakai pun jelas, takde belit belit.

Habis gua bagi penjelasan, gua tanya cikgu kuala kubu:

"Macam mana?, boleh tolong ?"

" Hmm...Tak boleh la.." - pantas cikgu kuala kubu bagi jawapan.

"Langsung tak boleh?" - gua tanya lagi meminta kepastian.

Cikgu kuala kubu hangguk kepala penuh yakin dan bermuka serius. Bunyi spin mesin basuh gedegang gedegang tanda kasut sekolah menghentam dinding belah dalam takde nak kesian.

+++++

"Dah boleh ke?" - Tanya Fateem tengahari tadi.

Gua diam. Serba salah pulak gua nak beritahu hal sebenar.

"Tak boleh la.." - jawab gua, dalam dada ada simpati.

"Cokelat?" - Fateem tanya lagi.

"Tak boleh.."

"Keropok?"

"Tak boleh jugak.."

"Aiskrim?"

"Lagi la tak boleh.."

"Kalau macam tu pegi mana mana lepas ni kita naik moto je la ayah" - Fateem memberi saranan dengan muka penuh down.

Gua senyum tawar, hati dipenuhi kesian.

Undang undang ALZA AHB 7240 ni memang keras kaw kaw rupanya.
Kalau masa undang undang Waja gua dulu nak goreng ikan pun gua izinkan.

26 Nasihat Ikhlas:

MiSyA GaDiS TeRbiLanG said...

kesian fateem

NenekPenne said...

oooo rupa2nya undang2 baru tak boleh makan sebarang makanan dalam mpv kepunyaan cikgu kuala kubu eh?

bagus bagus...gua sokong.....

Anonymous said...

cikgu kuala kubu kejam lah..
sian fateen

Dashing Days said...

tu undang-undang cikgu-cikgu tu broo

api said...

sian fateem bersma ayhnye....
hihihi..

norain ishak said...

simpati giler kat fateem..haha..
tapi ini memang symptoms orang yang ade kereta baru ar..kakak2 gua dulu,waktu dorang mula-mula beli kereta baru,pasang rules nie.tapi dah lame-lame tuh,dorang pun break the rules jugak!haha.

I want to lose weight said...

Dulu aku pun suka masukkan kasut sparx dalam mesin basuh..

tanpanama said...

weh, yang budak kena bunuh tu kat kuala kubu baru la kan?

zureen-chan said...

hehe.. nice law r cikgu kuala kubu..

Mohd Muzamel Zainal said...

macam gua kanak2 dulu la, penah sekali aku beli aiskrim kat petronas, bila nak naik kete, mak gua buang gua aiskrim gua baru boleh naik kereta.

beautiful_rose said...

owh pasal itu ke fateem muram....

Nur Syaza Azrudin said...

perh,cikgu kuala kubu mmg power.
teruskan penegasan!

eDdY said...

kalo gua jadi fateem..konfem gua rebel...haha

blueCITY® said...

salam

heeeeeee
kanak2 memang cepat terpengaruh dgn cerita2 yg dia tengok
apa lagi kartun2,
ada pro n kon
contoh,
anak pengarah saya
bercakap pun slang2 inggeris kartun
haaaaaaaa

Dany Quecera said...

klu tyar kete ALZA AHB 7240 pncit di perkarangan rumah dh taw dh spe...

shakinah said...

hahaha.
kete baru stended ah

White Bird said...

gila kentang punya kisah

jo said...

haha...
goreng ikan dalam kereta?
peh..mmg rare..

crazy_labelle said...

wahaha... kitorg siap makan nasi lemak etc dlm keter yg baru dibeli seminggu...

tp lu mmg bapa penyayang... i like it... hihi...

aripsamat.... said...

takpe fateen...tak lame tu...plastik dah bukak?

nurulfive said...

pendaman jiwa ateem akhirnya terluah haha~

brat2104 said...

cikgu kuala kubu rock!

sori fateem.. tapi peraturan dalam kereta mmg patut ditegaskan dari sekarang

naik moto leh makan ke?

.::WaNiE::. said...

alaa kesian diaaa

ayobkelubi said...

lu nak gua create group dalam facebook tak?.


GROUP BENARKAN FATEEM BERGEMBIRA DENGAN COKLAT DALAM MPV IBUNYA

mahu?.

hehehe.adehh..ketat gak undang-undang CKKB ni...

Nur Wajdan said...

huh... plastik kusyen tu dah buang ke belum?
kak dulu, lepas seminggu beli kia spectra, bawa kambing kesayangan pi tido rumah kakak di wang tepus. kambing tu masuk keter je terus tido. selesa katanya...

^!~ DuCk ~!^ said...

hahAHhaha.........


mmg kLakar...


sUka plak post kaLi ni.. :D