Dua siri Takaful sebelum ini gua pancarkan Takaful secara teknikaliti dan 'produk oriented' yang mana level penghadamannya cuma di target pada pembaca pembaca yang objektif dengan fokus YA atau TIDAK.
Tapi kali ini, gua cuba menyelami pula isu penolakan Takaful yang melangkaui masalah 'tak ada duit' atau 'kompeni dah cover'. Penolakan yang dirangka penuh sofistikated menyentuh perihal kemashalatan ekonomi, keagamaan dan isu kemanusiaan. Penolakan jenis ini, bukan kecil anak dia punya rumit, dan kalau pengusaha Takaful sendiri tidak terlengkap ilmu di dada, maka goyanglah dirinya, dan silap haribulan..boleh terperangkap dalam jalinan persoalan yang tinggi nilai kesusahannya.
Baik, gua akan sedaya upaya merungkai hal ini dengan cara yang santai dan boleh difaham dengan mudah.
Berdasarkan pengalaman, pancaroba dan jerih perih gua bertakaful yang tak seberapa ni, banyak kali juga gua dipertemukan dengan opponent yang tinggi ilmu di dada mereka. Mereka ini mahir selok belok Takaful dan kalau kita bercakap pasal Takaful macam gua bercakap pada dua siri yang lepas, alamat terkulai la kita dikerjakan oleh mereka yang power ini.
Pengalaman gua yang pertama; gua berjumpa orang yang sangat kaya raya, lalu kata orang ini kepada gua:
"InsyaAllah...saya rasa tak perlukan Takaful ni, fund saya dengan izin tuhan dah mencukupi, Takaful ni lebih relevan pada mereka yang memerlukan perlindungan kerana ketidakcukupan cash.."
Nampak?, power tak power dia punya kenyataan. Ya. Ini bukan soal berlagak, ini soal kebenaran yang mana orang ini memang betul duitnya berjuta juta. Secara hakikatnya, keperluan Takaful mungkin dah tinggal 5% dalam senarai kepentingan beliau, sebab memang dia ni kaya.
Namun begitu, kepentingan bertakaful ini lebih besar maknanya dari wang yang berjuta. Gua terangkan balik yang soal Takaful ni bukan soal individu. Persoalan Takaful ini ialah persoalan ummah. Takaful di malaysia masih kanak kanak kalau nak dibandingkan dengan skim insuran konvensional yang telah bertapak selama beratus tahun di dunia. Sebagai produk yang baru lahir, dan lahirnya atas kepentingan agama, perjalanan Takaful dalam menandingi skim Konvensional dilihat seperti angan angan yang sukar dicapai. Demi menjadi kuat, Takaful perlu membina dana. Dana adalah perkara pokok yang mesti digembleng dan dikembangbiakkan. Dengan dana yang enermous, barulah Takaful boleh bersaing dengan produk konvensional yang memenuhi pasaran masakini, seterusnya secara significant membuktikan bahawa Takaful boleh berdiri lebih tinggi, atau paling kurang sama hebat dengan produk konvensional. Bila ini terhasil, nescaya takaful akan menjadi kompetitif dan membuahkan daya penarik bukan sahaja kepada umat islam, malah mampu berkembang kepada penganut agama lain. Cita cita ummah sebegini memerlukan sokongan yang kuat, kukuh dan berterusan dari....
Yaaaa..dari siapa?, dari siapa kita nak harapkan sekarang?
Dari kak Piah jual karipap depan rumah di kampung kuala Upih?
atau dari Pak Man Misai yang kerjanya menangkap ikan di Kuala Ibai?
atau nak mengharapkan executive syarikat konglomerat yang gajinya RM10,000 namun berkira kira 18 kali sebelum ambil takaful bernilai Rm120 sebulan?,
Atau kita semua nak mengharapkan pada kumpulan yang 'sori..kompeni gua dah cover' dan kumpulan 'aisehh..bajet tak lepas'?
Macam mana sekarang?,
Disnilah golongan berada, banyak harta memainkan peranan. Bertakaful pada level ni bukan lagi melihat hanya ke dalam diri, tetapi lebih kepada pengadaptasian konsep bantu membantu, Ingat..sifat Takaful itu berdiri atas konsep saling membantu. Paling tidak pun, penglibatan ke dalam kencah Takaful pastinya membuka jalan kebaikan yang luas kerana disitu terhidangnya peluang berbuat amal jariah sesama manusia.
Hal kedua yang sering ditemukan kepada gua adalah kumpulan manusia yang tidak percaya kepada Takaful sebagai sebuah skim perlindungan yang berhak disisi agama. Pada mereka, menginsurankan nyawa itu haram tidak kiralah datangnya dalam bentuk dan jenis apa sekalipun. Kumpulan ini, bila diajukan dengan kelulusan panel syariah ke atas Takaful, akan berdolak dalik dengan memberi segala detail letak duduk program takaful dalam hal ekonomi, hal perbankkan, hal pengurusan dana yang katanya mengandungi perkara syubhah dan segala macam perkara yang kalau dibelasah pada ahli takaful yang kurang bersedia, memang boleh bawa bertaubat.
Selalunya, kumpulan ini adalah mereka yang 'religious over conscious', dan seringkali berperangai skeptikel terhadap perkara baharu. Mereka berpegang pada konsep mengambil langkah perlindungan itu sama juga kedudukannya dengan memperjudikan nasib diri ke atas sesuatu yang belum pasti.
Satu teka teki untuk lu orang,
Cuba beritahu adakah kumpulan ini terdiri dari kumpulan kak piah?, atau kumpulan Pak Man Misai?,
Jawapannya sama sekali tidak. Mereka ini selalunya datang dari golongan terpelajar, bekerjaya, ahli konglomerat, dan memiliki kesedaran beragama. Kebanyakan mereka dari kelas yang bekerja besar dan berpendapatan tinggi.
Sekarang, kita dipertemukan dengan persoalan Prinsip.
Kumpulan di atas menolak Takaful kerana Prinsip. "Ada yang tidak kena dan tidak telus dan tidak islamik, jadi kami tolak". Itu Prinsip mereka.
Gua sebenarnya tidak kisah kalau prinsip sebegini terlaksana dalam semua keadaan. Tapi yang celakanya, bila pergi klinik ambil ubat demam pakai medikel kad yang syarikat bagi jugak, bila anak isteri masuk hospital buat operation berpuluh ribu syarikat bayarkan jugak melalu insuran korporat berkelompok.
Takde pulak bunyi bising cakap syarikat punya medikel kad ni haram, duit pampasan syarikat ni haram?,
Kenapa tak beritahu pihak kompeni yang lu orang kerja supaya jangan bagi medikel kad, jangan bagi sokso, jangan bagi insuran hayat, jangan bagi pampasan?, kenapa bila Dapppaaaatttttt ambik jugak?
Sebab Free? Percuma?, kompeni tanggung?
Habis di mana prinsip halal haramnya sekarang?, Untuk pengetahuan semua, kebanyakan syarikat multinasional, atau syarikat semi multinasional, atau apa benda syarikatlah yang menawarkan kemudahan medikel kad, perlindungan bla bla bla...sebanyak 99%, gua ulang...99% datang dari sumber perlindungan konvensional yang terang terang tiada kelulusan panel syariah.
So, apa macam?, Prinsip taik kucing. Harrkkk Ptuiih!
Oklah, hari pun dah nak masuk maghrib, moleklah gua berhenti dulu dan pekena ambil air sembahyang.
Oleh yangd emikian, sebelum gua mengundur diri, gua ingin berpesan..
Kalau ada kemampuan bertakaful, jangan berlengah. Ambillah...sebagai bekalan di hari depan.