Monday, February 1, 2010

Cuti


Hari ni Fateem ponteng sekolah lagi, atas arahan gua. Gua cuti sebab hari wilayah, jadi fateem pun gua suruh cuti. Harapnya pihak pengurusan tadika tak mengambil tindakan disiplin terhadap beliau. Kalau kena gantung tadika susah juga gua nak kena turun naik kementerian pelajaran.

Tadi gua tanya Fateem:

"Esok kalau cikgu tanya kenapa tak datang semalam fateem nak jawab macam mana?"

Masa ni dia tengah sibuk menonton Ganso Tensai Bakabon yang entah berapa kali ulang gua pun dah hilang perkiraan.

Fateem diam. Dia cuma sengih tajam melihat gelagat Bakabon di kaca tivi.

Melihatkan fokus fateem yang berat ke tivi, Gua ulang pertanyaan dengan nada suara lebih tegas dan berkarisma:

"Kalau cikgu tanya nak jawab macam mana?"

Kali ni fateem bagi tindak balas dengan jawapan yang tidak kurang tegas dan berkarisma:


"Cuti...hari wilayah".


Gua senyum. Fateem punya intonasi, pitching, riak muka, tahap konfiden, jatidiri, keihklasan dan body language semua perfect ten!. Cuma jawapan dia ada sedikit barai dari aspek teknikel. Gua kena didik lebih gigih lagi ni.

23 Nasihat Ikhlas:

putera aftus said...

terbaik..

oranglidi said...

karisma.. karisma. macam penah dengar.

Khairi said...

tadika dia tak acknowledge hari wilyah ke? tadika dia kat mana huhu

dila said...

wilayah tanjung malim..haha!

dila said...

erkk,,,haha

jo said...

tertumpahnya kuah atas nasik...

green said...

melentur buluh...

ecuk said...

fateem mmg otai..

♥naematulsaadahismail♥ said...

hahaha
rosak budak fateem ni

acik ayu said...

budak2 kecik slalunye jujur.

die belajar dr sekelilingnye.
hehe

she-G said...

tanjung malin dah jadik wilayah yer???kena la tambah wilayah2 kat mlasia neh

CikMelur said...

adoilah..fateem..

bapak borek anak rintik betul..:D

QueEn=sQema said...

siap la fateem kena bt keje lbh

10tonmind said...

fateem sempoiii...

crazy_labelle said...

wahaha... kemane tumpahnye kuah kalo x ke nasi ye dop?

Frodo Baggins said...

fatemm mewarisi genetik Ganso Tensai Bakabon. tabik!!

Farazila said...

rock beb

zafi said...

ha ha ha
spontanious answer :D

Dany Quecera said...

bila bapa menjadi idola beliau.terbaek!

مريم أبو أحمد said...

dush~

ni teori pakar pendidikan mana nih?

haha~

roshailan said...

hehe.. fateem2..

Fa-T said...

anak lu SMART!

paiseh said...

antar la fateem gi kursus skali2 ari cuti. kasi asah lagi brader~