Sunday, February 7, 2010

Cuti II


Gua beritahu pada cikgu Kuala Kubu, minggu depan masa raya cina gua cuti empat hari. Cikgu kuala kubu pula dengan wajah berlagak beritahu balik pada gua, minggu depan masa cuti raya cina dia dapat cuti selama seminggu terus.

Fateem yang sedang lepak di sebelah cuma terkebil kebil mendengarkan perbualan gua dan cikgu kuala kubu.

Unutk mengelakkan Fateem kecik hati, cikgu Kuala Kubu pura pura tanya Fateem cuti raya cina nanti tadika Kurnia bestari beri dia cuti berapa hari pulak?, padahal dalam hati cikgu kuala kubu memang tahu tadika akan bantai cuti selama seminggu sama macam silibus cuti kementerian pelajaran.

"Nanti masa raya cina Fateem cuti berapa hari?" - begitu pertanyaan cikgu Kuala Kubu pada Fateem.

Gua hirup air kokakola sambil tekan tekan remut Astro menukar cenel.

Fateem macam biasa..membalas dengan rilek, konfiden dan bergaya:

*****

"Ateem tak cuti..ateem kan Melayu".


Cikgu kuala kubu beristighfar panjang..
manakala gua cepat cepat talipon Astro minta masukkan cenel Wah Lai Toi.

27 Nasihat Ikhlas:

Anonymous said...

hehe..siut ja!

Mimie.Candy Cane said...

hahaha...terkedu jugak dengar jawapan fateem..

oranglidi said...

ahahahahha!! nice a teem

Frodo Baggins said...

saja wa nak menyibuk tinggal komen kat sini ... ekekkekeke hye mimioo and lidi.


Fateem terbaix dr ladang woo!!!


>>___<<

LANN said...

Gua pembaca baru lu.
Jawapan Fateem menunjukkan beliau bakal menjadi pandai 1 hari nnt !

mYpRecious said...

fateem suke je mmberikan jawapan yg sungguh di luar kotak.. =)

pB said...

bijak bijak

Syukie said...

Ade ape ye kat chanel Wah Lai Toi..
Pape pon fateem mgm chaiyok abes ar..
Mak bapak sibuk2 pasal cuti si anak rileks je wat x kisah :P

Maryam said...

cikgu kuala kubu... hihi

akhis said...

~comel hehehe

+faliqfahmie said...

zaaappp.

sedas kasik.
baek punyee haha

Anonymous said...

hahahaha adesh.. :P mcm2

.::WaNiE::. said...

KEKEKEKEKE.

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
terkena..

jo said...

terbaik...gua pun melayu jugak..tapi sibuk nak mintak cuti ni..

CikMelur said...

pandai si ateem ni. menggunakan akal sebelum bertutur. :)

Nur Wajdan said...

salam, luca dah keluarkan memoir gondol. you taknak keluarkan memoir Ateem pulak ke?

ayobkelubi said...

amik!

kena dah

nurulfive said...

wahahahahahahah....
cool lah ateem!!!!!

YatieJay said...

Fateem...good girl!

Nur Syaza Azrudin said...

fateem, tanye bapak 1malaysia tu ape. 1malaysia mknanya byk cuti pun boleh jgk.haha.

ddyana said...

fateem kasi lu tepet kat dahi sebijik..cayalah...

Anonymous said...

Bro, cikgu kuala kubu takde blog ker?kalo ada mesti lagi gempak. sama2 sembang kencang la woii...

Anonymous said...

bro..cikgu kuala kubu takde blog ke? kalo ada mesti lagi boleh sembang kencang..apa pun, blog lu memang terbaek la...

ecuk said...

nape td aku xleh nk komen ni

M.a.A.s said...

fateem...muslimah sejati dimasa mendatang...:)

brat2104 said...

pandai fateem..