Tuesday, February 16, 2010

Ilmu Penyuluh Hidup


2002 - Universiti Tronoh

Melangkah keluar dari dewan serbaguna, gua tersengih tajam."Buat penat gua baca buku sampai ponteng sesi minum teh, rupanya soalan senang!" - Bentak gua dalam hati. Ya. Ujian Heat Mass and Transfer (apajadah dalam bahsaa melayu gua tak tahu) kali ni gua boleh jawab sampai mintak kertas tambah.Pehh...puas hati ya ammaat!

Sampai luar dewan, Mesye dah tunggu gua.Cepat cepat dia tanya macam mana gua jawab soalan tadi, sambil menunjukkan kertas soalan yang diseludup keluar dewan secara haram. Gua sengih lagi..lalu gua terang pada mesye satu persatu jalan penyelesaian sambil menulis kembali formula, langkah kerja dan teori di atas kertas soalan terbabit. Mulut gua pula tidak putus putus berkumat kamit menjelaskan kehendak soalan pada mesye, supaya dia dapat tangkap kesinambungan jalan kerja yang gua tunjukkan.

Gua mengaku, sebelum ni memang gua selalu melingkup dari sudut pembelajaran peringkat IPT, tapi kalau sekali gua duduk atas meja baca buku, dan gua jawab sampai mintak kertas tambah, itu maknanya gua sedang serious nak kerja jadi engineer dan menggunakan akal pikiran ke jalan yang lurus. Jangan main main dengan kepandaian gua.

Mesye masih tak puas hati sebab jawapan yang gua beri tak sama macam jawapan dia. Gua panggil Nadia yang kebetulan lalu disekitar situ. Nadia ialah seorang makwe lawa yang amat pandai dan selalu mendapat markah penuh dalam peperiksaan. Gua tunjukkan jalan kerja yang gua tulis pada nadia. Tujuan gua murni, nak puaskan hati mesye supaya dia respek sikit pada gua. Nadia meneliti jawapan yang gua salin balik di kertas soalan mesye. Bersesuaian dengan ketinggian ilmu yang dimiliki, Nadia tanya beberapa perkara ilmiah berkaitan formula dan jalan kerja gua. Gua terangkan satu persatu beserta konsep yang lengkap. Mesye hanya memerhatikan perbincangan gua dan nadia, dia tak berani masuk campur kerana ilmu di dadanya masih tidak cukup ampuh nak bertarung dengan kami.

Nadia menjelaskan pula pada gua dan Mesye cara dia jawab sebentar tadi. Teori dan jalan kerja ringkas, cuma satu muka surat, lebih kurang macam mesye jawab.Gua kaji pula jawapan yang nadia terangkan secara terperinci.

Yes!!

Gua makin seronok, nampak gaya pepatah melayu "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" kadang kadang boleh pakai dalam konteks kejuruteraan. Gua akui nadia makwe yang pandai, namun orang pandai pun boleh buat silap.Kecuaian seringkala terjadi pada ketika yang tidak sepatutnya terjadi. Ini sedang berlaku pada nadia.

Gua senyum tajam pada nadia dan mesye. Gua ulang balik penerangan yang gua bagi pada muka mesye sebentar tadi kepada nadia. Kali ni lebih halus, mendalam, berserta huraian formula yang sepatutnya diguna pakai. Gua jelaskan juga pada Nadia kecacatan yang terdapat dalam jalan kerja beliau terutamanya dari aspek aplikasi formula yang terbabas. Mesye di sebelah masih diam, mungkin dia terkejut macam mana gua boleh mensekolahkan nadia yang tinggi ilmunya. Selesai gua bagi penerangan, Nadia diam..lama dia berfikir. Akhirnya Nadia menghangguk perlahan:

"Hmm..ok..aku dah paham". - Kata nadia pada gua dan Mesye.

Yess!!.Gua puas hati. Mesye terkebil kebil.Nadia berlalu sambil menggelengkan kepala. Mungkin dia menyesal sebab tersalah guna formula masa jawab soalan tadi.

+++++

Dalam kelas heat mass and transfer, seminggu kemudian, Pn Yati bagi markah ujian pada budak budak kelas. Gua duduk depan sekali.

Mesye dapat 15 markah.

Gua pulak macam biasa..barai!. dapat 10 markah. Gua jadi moral down dan rasa nak berhenti belajar, namun gua pendam perasaan dalam hati baik baik.

Nadia pun macam biasa jugak, dapat markah penuh, 25.

Lepas kelas, dengan rendah diri gua tanya mesye.

"Kalau tahu gua jawab salah, ape hal si nadia hangguk kata paham lepas gua eksplen?"

Mesye tersengih sambil buat muka berlagak:


"Nadia dah paham la yang lu ni sebenarnya bengap, tak pandai langsung, buang masa saja dia layan."


"Faker!!" - Gua mencarut padu lalu meumbuk leher mesye tepat mengenai halkum.

Sekali lagi gua jadi moral down. Kali ni gua betul betul rasa nak berhenti belajar dan meneruskan hidup dengan kerja kilang di Perai. Baca buku pun sia sia.

20 Nasihat Ikhlas:

abah said...

Cayalah..patut lu dapat 25 markah.Tutor silap tu.

brat2104 said...

tapi dah berjaya jugak kan??

ecuk said...

jd la 10 markah pun..cite lu nk buat gua bedebar je

LANN said...

HAHAHAHA siot je ending.

cikgu kuala kubu said...

ni mesye yg dok k'tan tu kan..

inDah iNdrIana said...

xpe2 blh cube lg..
ok la tuh

al-mankaraqi said...

hahahahaha

bergz said...

CNY haritu aku pi Azribo kawin..

eeja said...

sial lu!!apsal lu ngata nadia???

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
kesian lu..

ayobkelubi said...

gua boleh bagi satu ayat shj.

P.O.Y.O

alif-mikail said...

kelas kelas

FdausAmad said...

Alif:
Kelas apa?,fardhu ain?

Ayob:
Cilake!, takde kesian kat gua langsung

Afzan:
Ada jugak wakil kesian.

Fadzli:
Lu kenapa ni?, nadia makwe lu ke apa?

Berg:
Alhamdulillah..sampai seru

Al-mankaraqi:
Lu gelak je ye kalau kena tang gua

Indah:
Cuba benda lain la weh

Cikgu:
Yeahh!!..

Saya Lann:
ending tak mahal pun

ecuk:
Lu jangan berdebar sangat

Brat:
err..

abah:
Tutor tak silap..

jo said...

masuk unibesti pakai kabel ke apa ni? haha...

z.a.z said...

haha.. test themro aku time 1st year, dpt 8 mrkh je.. mmg gile..
hrp2 dpt jgk jd engineer.. hehe

.::WaNiE::. said...

confident itu penting huhuhuhu

bakal engineer said...

i feel u bro.. cume aku kene time exam dynamics.. lagi perit dan menikam kalbu bile ko dah konfiden gile result cemerlang last2 lepas cukup makan.. tu pun agaknye lecturer kesian tgk aku buat sungguh2 siap ikat buku tambah kat answerbook

jadi kesimpulannya jgn bincang jawapan lepas habis test/exam :(

fndrocka said...

untuk jaga air muka...lepas exam keep low-profile..ahaha

zack zukhairi said...

jawapan nadia "Hmm..ok..aku dah paham". adalah sangat padu dan jitu. guwa bagi full marks. kirim salam guwa pada nadia. heh.

niny said...

hebat lah tu dpt 10 markah. org lain ntah2 kosong.haa