Wednesday, September 29, 2010

Benda yang patut lu orang bagi perhatian dan bersikap serius!


Ini bukan MLM... Ini Social Entrepreneur atau dalam bahasa melayunya meng-entrepreneur-kan masyarakat.

Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA Distro! UYA

Lepas klik, sila 'like' dan jadi ahli ya!.

Tak puas hati sebab kena paksa?, stress sebab takde entry yang real?, bengang sebab takde duit nak shoping di UYA?, geram sebab UYA best sangat?,

Jangan bimbang...bagi nombor talipon nanti gua kontek semula.

Tuesday, September 28, 2010

Mengharungi Cabaran


Cikgu Kuala Kubu sedang berbaring menikmati tidur yang panjang.

Inilah masa paling sesuai untuk gua berborak dengan nurse nurse di luar. Target dapat add lima enam orang jadi la ye tak?

Ok gua gerak dulu, Hoyyeaahh!!

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Lahir Fateem



"Ayah nak cakap..selamat hari lahir untuk anak ayah ni..dah 4 tahun ye..sori terlambat, malam ni ayah teman ibu di hospital..mungkin Rabu baru doktor bagi balik..Hadiah buku nabi nabi tu nanti la ayah cari..zaman sekarang ni dah takde orang tulis cerita nabi nabi stail kanak kanak..semua berebut nak tulis novel Di Penghujung Rindu..Fateem rilek je ok?, kek pun nanti kita setel kemudian..kalau takde kek, kuih raya atas meja tu rasanya ada sikit lagi..fateem makan yang itu dulu..beg sekolah ada dekat stor, baju sekolah tempat biasa..kerja sekolah ayah tak sempat buatkan, pandai pandai la esok cerita dengan cikgu macam mana..lepas tadika, suruh orang tadika tu hantar balik rumah maktok..jangan lupa makan nasik, Astro ceria tolak tepi dulu..jangan macam macam hal, jaga adik faseeh elok elok.."

Sunday, September 26, 2010

Serangan Illuminati di Tg Malim


Jam 7 malam, 26.09.2010 - Stesen minyak Petronas Tg Malim



Cuba fikir dengan waras, macam mana kereta ni boleh hentam pump diesel yang direka khas untuk isian tangki lori dan bas?, siapa kereta ni?, tak respek ke sama stesen Petronas Tg Malim?
Kenapa serang masa maghrib?

Ini pemerhatian gua dari dekat sebentar tadi:

1. Gambar paling atas menunjukkan tanda jelas adanya tangan illuminati dalam serangan ganas ini. Fender DIESEL jatuh menghentam kereta dan membentuk segitiga. Lampu kereta sebagai lambang The Oye of Ra.

2. Kereta berwarna hitam - Hitam adalah Black dalam bahasa orang putih. Jadi benda benda Black ni memang tak berapa bagus dan berkait rapat dengan pengaruh Illmuniati dan kuasa jahat.

3. Sudut perlanggaran tidak dapat ditelaah dengan pandangan kasar. Orang biasa biasa mana boleh buat langgar gila macam gini. Gua saspek perkara ini sudah dirancang dengan teliti sejak kelmarin.

4. Pemandu - mana pemandu dia?, haa..ini paling rare, pemandu kereta tidak diketahui pakai baju warna apa. Yang ada cuma kereta. Sekali lagi diulang, cuma kereta!!,
Adakah kereta ini dikontrol dari suatu lokasi rahsia?,
Adakah pemadunya cuma buat tak tahu dan pergi cucuk duit di ATM dalam kedai Mesra?
Adakah pemandunya seorang kakitangan Juara Lagu dan Iklan Raya TV3?

5. Warna hijau dalam gambar ke dua tu pulak apa benda?, mana ada orang pasang lampu hijau suluh jalan tar. Ini adalah simbol aneh!, Gua masih stadi lagi apa kaitan lampu hijau atas jalan tar dengan kejadian kemalangan di atas.


Benda benda rare macam ni jangan pandang sebelah mata. Ini soal keselamatan sosial dan akidah islam.

Lagi satu...Perkara paling penting sekali, kalau stesen Petronas tu meletop tadi kita nak kira macam mana?, Bladi hell dia punya bahaya!!

Serius la..apa sengih sengih?,

Friday, September 24, 2010

Theory of Games and Economic Behavior



"Nah amik buku ni baca, bagus buku ni" - Reza, kawan sebelah meja kerja.

"Letak atas meja tu..esok gua habiskan".

Wednesday, September 22, 2010

Buku cerita Kisah Nabi Nabi


Semenjak seminggu dua ni, setiap malam gua kena bukak cerita Nabi Nabi pada fateem. Dekat sekolah cikgu ada cerita gamaknya, sebab tu dia pulun repeat suruh gua pulak cerita masa di rumah. Mujur cerita nabi yang dia tahu cuma nabi Muhammad S.A.W. Jadi senang sikit kerja gua.

Tapi entah macam mana malam kelmarin gua beritahu dia sebenarnya banyak lagi cerita nabi nabi ni selain dari nabi Muhammad. Cerita nabi Adam, nabi Musa, nabi Noh, nabi Idris, nabi Ismail, nabi Isa. Apa lagi, "Cerita nabi Musa pulak ayah!". Waahhh!!, gua dah terperangkap..mana gua nak ingat cerita nabi nabi lain secara terperinci. Sikit sikit tu oraitt la..cerita nabi nabi bukannya boleh cerita macam menulis blog.

"Nanti kita beli buku Kisah Nabi Nabi...ada buku baru syok." - Gua memberi penjelasan bernas.

***
Hari ni gua tak kerja sebab menguruskan follow up cikgu dengan pihak hospital. Lepas selesai urusan cikgu, gua ajak fateem pergi cari buku Kisah Nabi Nabi di kedai buku Tg Malim. Kedai buku ni bukanla kedai buku sangat, dia kedai alat tulis 2 tingkat sebenarnya. Tingkat bawah jual alat tulis, tingkat atas jual buku buku.

Sejurus tiba, gua dan fateem terus mendaki anak tangga ke tingkat atas. Terdapat seorang makwe yang hendel bahagian atas. Wajahnya senyum melihatkan ketibaan gua dan fateem. Mula mula sekali gua cari di sudut tadika tadika. Takde buku Kisah Nabi Nabi. Lepas sudut tadika gua maju pula ke sudut buku cerita kanak kanak. Cari punya cari takde jugak. Yang gua jumpa cuma buku Si Luncai dan Penunggu Hutan sahaja. Jauh betul lari tajuknya.

Gua berpusing ke sudut yang nampak agama agama sikit. Fateem cuma turut dari belakang. Ya. terdapat pelbagai buku bercorak keagamaan peringkat sekolah rendah di sudut ini, macam buku Mari Mengenal Huruf Jawi, Mari Belajar Tajwid, Adab Adab Ketika di Rumah dan paling menghairankan terdapat juga buku bertajuk Cara Cara Berjunub.

"Takde jugakla fateem..". - keluh gua yang mula fedap.

"Cuba la tanya kakak tu ayah..mesti di tau.." - fateem cuba memberi jalan keluar dari kekusutan yang sedang kami hadapi.

Gua memandang makwe yang dirujuk sebagai 'kakak' oleh fateem tadi. 'kakak' ni lah yang senyum masa gua dan fateem sampai tadi.

"Takpe..tak payah tanya..Kita cari dulu sampai jumpa". - gua memberi kata putus.

Kami meneruskan pencaian buku Kisah Nabi Nabi ke setiap rak buku. Setelah ke hulu ke hilir dan meninjau beberapa rak buku, gua tetap hampa.

"Ayah..tanya la kakak tu..dia mesti tau". - fateem mengulang balik cadangan yang sudah gua rejek sebentar tadi.

"Tak payah..ayah rasa kita boleh cari sendiri". - gua masih teguh dengan pendirian supaya jangan cepat bertanya. Orang cepat bertanya hal senang senang ni sikap dia berat ke bergantung pada orang.

Fateem tetap menuruti gua dari satu rak ke satu rak yang lain. Dari rak English Section, bawa ke rak Buku Buku Ujian PMR. Tak jumpa juga, gua sa'ie pula ke rak novel novel. Manalah tau ada buku Kisah Nabi Nabi terselit di celah celah novel Di Penghujung Rindu. Namun macam sebelum sebelum ni juga, hampa!.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Maknanya gua dan fateem dah menghabiskan masa selama 35 minit dengan sia sia.

"Ayah...." - panggil fateem yang gua nampak ada ciri ciri fedap.

"Apa dia?, ada jumpa ke? " - balas gua pada fateem.

"Tanya la kakak tu kan senang...dia mesti tahu" - fateem masih berkeras mengambil jalan pintas.

Gua tarik nafas dalam dalam. Otak gua cuba berfikir samada perlu ikut cadangan fateem, atau ikut cara gua. Macam macam yang gua fikir yang akhirnya membawa kepada penyelesaian seperti di bawah.

"Jom balik lah!..nanti ayah beli kat KL senang sikit".

fateem mencebik. Mungkin dia tak puas hati sebab gua tak nak bertanya pada penjaga di situ. Mungkin dia fikir, "kalau tanya kan senang?..kan boleh jumpa?..kan tak penat cari merata?". Ya. Nampak mudah bagi fateem, namun tidak semudah itu pada gua.Bertanya itu bukan perkara mudah.

Dalam kereta, fateem tanya gua lagi:

"Kenapa ayah tak nak tanya kakak tu?"

Gua telan air liur separuh. Gua tahu, jawapan gua selepas ni akan mengundang persoalan yang lebih besar dan merumitkan. Namun gua kena berani hadapi setiap situasi. Jangan cuba ringankan akal budak budak dengan jawapan fake. Berbekalkan kepercayaan itu, gua lancar menyambung:


"Sebab kakak tu tadi orang India..".


"Kenapa kita tak boleh tanya buku nabi nabi pada orang India?"

Yes!. Kan dah makin rumit sekarang.

Friday, September 17, 2010

Ular Emas : Komentar Ringkas


Drama Ular Emas tamat siarannya petang tadi jam 5.30 petang. Gua tak tahulah kalau tamat yang petang tadi jenis yang kali ke dua, apa apa hal gua dapat tengok ending secara live depan tivi. Selalunya, kalau ada siri drama yang main di tivi, tak kiralah drama Indonesia atau drama Malaysia, gua tak berapa ambil port..tahu sikit sikit tu ada la, tapi lain pulak halnya dengan Ular Emas, bila cikgu panggil dari ruang tamu beritahu ''Ular Emas episod last!, cepat!", gua tak berlengah lagi terus lompat baring kaki silang.

Ya.

Sejak bulan puasa itu hari gua layan Ular Emas ni. Walaupun tak 'menten' hari hari tapi bila ada chance tengok, memang gua yang akan incharge remote kontrol. Hagemaru, Fukuchan, GBS semua gua tolak tepi. Ular Emas ni pada gua dia punya stail lain macam sikit. Jalan cerita pun sedap ada continuity, logik dia jelas dari babak ke babak, flow lancar, dan ending ada twist. Perjalanan cerita yang bersahaja, dikuatkan pulak dengan setting pelakon yang menjadi..gua patut puji Ular Emas selayaknya. Pengarah dia Murali Abdullah ni boleh pergi jauh.

Lupakan CGI ular yang barai, perkara yang lagi utama ialah pakej keseluruhan drama yang menjadikan gua rela tahan kencing sampai cerita habis. Iklan pun tunggu beb. Bertahun sangat rasanya gua tak kompelin "Arghh! iklan pulak dah!!" bila tengok drama melayu. Antara sebabnya, gua kurang tengok tivi dan lebih banyak buat kerja berfaedah lain, mop lantai misalnya. Tapi Ular Emas ni dia punya aura rare sikit. Cilake!, sakit perut tahan kencing.

Lagipun stended la..orang zaman AXN tengok cerita melayu apa barang?, bila melepak dengan kutu kutu pejabat takkan nak open bincang hal Ular Emas?. Hilang akal?. Gila tak urban. Gila tak globish. Gila tak Glee kalau pegawai PTD borak hal Ular Emas. Mana nak letak muka lu orang yang cool dan sering menjadi hero bila orang lain terlepas donlod siri siri orang putih yang 'latest season sebab AXN punya tu dah lama'?. Dan orang orang lain yang slow tak berapa AXN sangat ni punyala bersusah payah petik scene CSI yang entah season bila semata mata nak up diri masa berborak. Padahal dia kaki Ular Emas.

Itu yang bila bersembang selalu jadi.."Alaahh..apa nama mamat yang pakai spec hitam tu?, ada hero hero jugak bunyi nama dia..".
Perghh!, tak ke rasa nak penampar?.
Tapi kita tak boleh merendahkan golongan non-AXN ini, kita kena terima hakikat yang bukan semua orang macam kita, kaki series, kaki donlod. Ada juga orang yang kaki Ular Emas dan kaki Epilog Syurga Cinta. Mereka ini juga kawan kawan kita se-melayu.

Tapi gua perhatikan kadang kadang kutu siri orang putih ni bukan buleh percaya sangat, silap bersembang terkantoi juga, " Ehh kau pun tengok Ular Emas?". kahkahkah..nak lari keluar mamak pun tak upaya sebab air teh order tadi belum sampai.

Berbalik pada intisari Ular Emas tadi, gua harap Ular Emas dapat menembusi pasaran Indonesia dan menewaskan populariti sinetron Kelinci Ajaib.

Ok yang sebenarnya macam ni, Ular Emas ni betul best gua tak tipu..tapi yang buat kucar kacir bila dia punya pengarah saudara Murali Abdullah meng-inbox Lucius Maximus di fesbuk setelah Lucius komen status gua seperti di bawah:



Dalam dua jam itu macam..hah, amik pengarah dia kasi buah:


Mesej ni Lucius fwd kepada gua dan Amar Amir sejurus lepas kejadian.
Cuma satu gua tak bekenan..kenapa mesti ada penerangan "fantasi dan tahyul..atau dalam bahasa inggeris..for Fairy Tales stories"?, saudara Murali tak tahu ke kitorang ni brader 'latest season'?, respek la sikit ye tak..kehkehkeh

Secara peribadi, mesej brader Murali Abdullah ni berfaedah juga sebab:

1. Dia bertanggungjawab untuk beri penjelasan dan menghargai kritikan penonton.

2. Dia mengajar Lucius dan gua supaya tidak ambil mudah gurauan orang lain berkaitan hasil kerja kita.

3. Dia ada semangat dan bersungguh sungguh buat kerja.

Semenjak hari tu, gua tak ambil ringan dengan Ular Emas.Gua mesti tengok.

Lagipun apa salahnya gua layan Ular Emas dengan ikhlas dan mengharapkan Murali Abdullah ambik gua berlakon drama dia suatu hari nanti?

Oleh yang demikian, gua kasi 9 golok untuk Ular Emas!!

p/s: Kalau gua dapat inbox nanti gua share la sama lu orang..amacam?,

Wednesday, September 15, 2010

Gambar Raya


Ketika menziarahi satu satunya tinggalan Kapal Korek lombong bijih timah di Tanjong Tualang, Perak pada hari raya ke-3. Jangan main main, Kapal Korek ni rare yaa ammat. Dia punya rare sampai kerajaan naikkan pangkat jadi muzium. Nampak ada 2 bijik rumah putih belah kiri tu, nampak??, itu pejabat muzium.
Masuk percuma?, kepala hotak percuma. Kena paw juga seringgit sekepala.

+
+
+


Gambar ke dua ni pulak sebenarnya gambar kebun timun. Kebun timun ni diusahakan disebelah kanan gambar Kapal Korek. Sebelah Kapal Korek ada kebun timun, apa macam?, Sekarang yang gua paling hairan, kalau geran tanah kebun timun ni muzium kapal korek yang pegang, kenapa dalam muzium ada tanaman timun?,
Siapa yang up kan kebun timun ni?, Pegawai muzium?, Pak cik Jaga?
atau Tan Kok Meng kampung sebelah?
Hahh..takkan tak reti reti lagi..

+
+
+


Gambar ke tiga ni, kawan gua namanya Ismail. Kami berhari raya dan bersalam salaman di kebun limau dan tebu yang beliau usahakan di kampung apa benda ntah gua tak ingat..kawasan kebun Mael ni letaknya kira kira 10 minit memandu dari pekan Tanjong Tualang. Luas kebun ni dalam 5 ekar. Tanah pajak, bukan tanah sendiri.. kena bayar beb...bukan tanah rembat macam Tan Kok Meng buat tu.
Brader ni bab bab pertanian dia champion. Bab jual pasir dengan jual pampers budak pun dia champion jugak. Dengar cerita, sekarang ni Mael tengah cari modal rm100,000 buat pajak tanah Baitulmal dua ratus ekar di kampung Serkai Jadi, Tronoh, pekena tanam sawit.
Gua dah letak tiga ratus!, minggu depan gua ingat nak cagar blog ni ke Intenet buat modal tambah..dalam sepuluh ribu lepas rasanya. Tanam sawit woii!!, ini bukan perkara ringan macam main fesbuk.

+
+
+


Gambar nombor empat ni diketik pada hari raya ke-4, gambar ni nampak beraya real sikit. Brader sebelah tu pensyarah UTP. Pensyarah ni kerja utama. Kerja sampingan dia ulas rilisan album dari Universal Music. Beliau juga pernah menjawat jawatan gitaris utama kumpulan Langsuyr.

Apa dia??, ulang sekali lagi..?

Langsuyr kumpulan Nasyeed??

Perghh!, lu orang jangan buat jenaka tak tentu hala..

p/s: Klik Langsuyr atas tu..gua kata klik, klik la..

Tuesday, September 14, 2010

Realiti Konspirasi


Kata pakngah:

"Kita melayu ni jangan bagi muka ke cina..jangan bagi muka!, kalau diberi naik kepala. Melayu ni kena bersatu. Bantu membantu. Tolong menolong. Kalau ada urusan, urus dengan melayu. Kalau ada peluang kerja, bagi ke melayu. Kalau ada peluang naik pangkat, bagi ke melayu. Kerajaan pun kena tambah biasiswa melayu, peluas kuota, buka peluang ekonomi, penaik banyak lagi tanah rancangan, kampung tersusun, buka tanah baru..."

Tiba tiba makngah muncul dari dapur membawa balang kuih raya beserta teh o panas:

Puji gua kepada makngah:

"Cantik plaster siling ni makngah!, kemas betul cat nye, ukir bunga pun haa..punya la lawa.."

Balas Makngah:

"Ahh..Chan kontraktor pekan tu yang buat...kalau harap ke tukang kita?, jadi macam tile dapur tu haa..murah punya pasal, sudahnya bengkak bengkok macam ulor, sia sia jahanam tiga ribu!"

Pakngah hisap rokok buat tak tahu.

Gua hirup teh o panas...
Memang sedap dan padu!

Sunday, September 12, 2010

Cerita Fateem di Hari Raya

Sebelum pergi beraya ke rumah orang,

Gua dah pesan siap siap pada fateem..

"Kalau ada orang bagi ang pau, kena ambik tangan kanan...salam tangan orang tu, lepas salam cakap terima kasih..faham?"

fateem macam biasa..hangguk kepala memberi isyarat faham.

Petang hari raya pertama, kami pergi beraya ke rumah Pak Usu dan mak Usu.

Lepas pekena lontong dan ketupat palas cecah rendang, tibalah saat untuk pulang. Gua dah nampak di tangan mak Usu tergenggam sampul ang pau. Inilah masanya fateem tunjuk adab berhari raya dengan orang tua, getus hati gua.

"Kita dah nak balik, pergi salam dengan mak usu dan pak usu" - arah gua pada fateem.

fateem lantas pergi bersalam sambil menyambut ang pau dari tangan mak usu dengan tangan kanan.

"Terima kasih tok usu" - kata fateem.

Mak usu senyum. pak usu juga senyum. Gua dan Cikgu turut senyum.

Tapi senyum kami cuma kekal beberapa saat sebelum fateem kasi snipe takde kesian:


"Ehh...dua ringgit je ayah??"


Gua terus berlakon cakap talifon sambil meluru start enjin kereta.

Hampeh!

***
Lepas kejadian berkenaan, gua tambah lagi satu nasihat pada fateem:

"lain kali...kalau orang bagi angpau, tunggu masuk kereta baru bukak!!...faham?!"

fateem macam biasa..hangguk kepala memberi isyarat faham.

Saturday, September 11, 2010

Sembahyang Raya Sembahyang Jumaat?


Masa di pejabat 2-3 hari lepas, gua ada dengar budak budak bercerita kalau hari raya jatuh Jumaat, sembahyang Jumaat hari tu jadi tak wajib sebab orang dah sembahyang hari raya pagi tu.
Gua ingat geng geng ni bergurau, tapi makin panjang makin serius pula nada penceritaan mereka.

Balik di rumah, brader brader internet pun dah mula bercakap hal yang sama, ada yang kata pendapat berbeza, ada yang kata sembahyang Jumaat jatuh hukum harus, ada pula yang berpandangan bergantung pada kedudukan mazhab. Beberapa hadis juga turut disertakan untuk menyokong hujah masing masing.

Gua?, cut the crap!!.

Islam adalah agama yang tertegak atas konsep yang mudah difahami. Islam tertegak atas dasar iman dan kebernasan hukum yang senang diterima oleh akal manusia. Islam itu jalurnya bukan mengelirukan tetapi mencerahkan, Islam itu jalannya berprinsip dan digarisi pula oleh pemahaman yang tidak terbelit belit.

Hukum adalah satu perkara yang disyariatkan melalui Al-Qiuran dan hadith, jika tidak terdapat dalam keduanya, rujuk pula pada panduan ahlul bait, sohabat seterusnya ijma' ulama'. Prosedur rujukan ini menjadi garis panduan kepada umat manusia dalam menentukan hukum hingga ke akhir zaman. Selain Al-Quran, sumber rujukan lain sentiasa terdedah pada perdebatan dan pentakrifan yang pelbagai, dan jika kurang berhati hati..kita akan terjerumus ke lembah kesilapan, maka tidak ada perkara lain yang lebih merugikan dalam hidup ini melainkan kesilapan dalam beribadah dan beragama.

Dalam mencari pencerahan tentang perkara perkara yang tidak jelas, kita memerlukan ilmu yang hebat, kehebatan ilmu pula bukan diwarisi secara harfiyyah melalui datuk nenek dan kitab kitab lama, tetapi lebih rare dari itu, kehebatan ilmu ini tercerna dan berkembang melalui sandaran akal yang cerdas, hati yang bersih, pemikiran yang logis, di mana pemikiran yang logis ini pula bukanlah semata mata logis tidak beralas, logis di sini membawa erti mendekatkan semula setiap permasalahan tertumanya dalam proses letak duduknya hukum kepada asas Islam itu sendiri.

Apakah asas Islam?, selain dari ketauhidan, syariat dan akhlak, asas kepada Islam itu juga termasuk konsep pelaksanaannya yang mudah dan tdak mengelirukan.

Agama yang susah dan keliru bukanlah agama yang benar. Agama yang benar itu terang jalannya, maka agama yang terang jalannya itu cuma satu, yakni Islam.

Kita ambil satu contoh kecil, dalam hal beribadah..sesetengah orang berpendapat sembahyang Jumaat tidak lagi menjadi wajib jika sudah menunaikan sembahyang sunat aidilfitri (hari raya jatuh hari Jumaat la kiranya ni).

Dari aspek teknikel,
Pendapat yang sebegini sudah terang terang mengelirukan...kita mesti tanya, di mana letak duduknya hukum sembahyang sunat aidilfitri?, dan di mana pula letak duduknya hukum sembahyang Jumaat?,

Jika sembahyang Jumaat hilang status wajibnya (sesudah selesainya sembahyang sunat aildilfitri di pagi hari), maka soalan seterusnya, apakah dasar dan pertimbangan yang membolehkan pendapat sebegitu tercetus?, apakah penilaian dan rasional kita memperdepankan perkara sunat berbanding perkara wajib?, di mana sandarannya?, di mana darurat dan ruhsohnya?,

Rujukan Hadith?,

ok, fine..
Sebelum pergi kepada intipati Hadith yang dirujuk, mari kita semak teknikeliti Hadith itu dahulu. Gua bukan nak bercakap dari segi perawi atau nasab Hadith, Teknikeliti yang gua maksudkan lebih berbentuk persekitaran.. iaitu pada zaman bila hadith itu dikumpul?, apa yang terdapat di zaman itu?, bagaimana pemerintahan Islam di zaman itu?.

kenapa soalan soalan persekitaran ini penting?, kerana soalan sebegini membolehkan kita berfikir, menganalisis, dan menyoal kembali secara ilmiah tentang letak duduknya sesuatu perkara atau hal yang seolah olah mengelirukan tadi. (Baca: Sembahyang jumaat tidak wajib di hari aidilfitri).

Sejarah adalah rakan yang sentiasa memberi peringatan. Sejarah merekodkan, kebanyakan hadith terkumpul di zaman pemerintahan bani Umayyah. Apakah yang ada di zaman bani Umayyah?,
Zaman Umayyah ialah zaman di mana islam dimiliki oleh pemeritah. Bukan sahaja rakyat, tetapi Ulama turut tidak terkecuali dari cengkaman pemerintah. Islam menjadi lemah, kekuasaan jajahan takluk longlai, kemewahan dan harta benda menjadi Tuhan. Ulama disiksa sewenang wenang, islam dipandu oleh nafsu sang pemerintah yang akhirnya membawa kepada kehancuran sebuah tamadun yang dahulunya murni. Tamadun Islam.

Jadi tidak mustahil kemashalatan sebegini (sembahyang jumaat menjadi tidak wajib di hari aidilfitri) turut terbelit dan termanipulasi oleh sang pemerintah yang menguasai ulama. Berapa banyak kisah yang boleh kita telaah tentang pemerintah yang memaksa, memenjara,mengugut, memukul dan menyiksa Ulama yang menentang mereka?. Tidak mustahil Ulama dipaksa menulis sesuatu Hadith mengikut undang undang pemerintah di zaman itu, seterusnya diwarisi oleh keturunan sesudah mereka. Tidak musthail..maksdunya, hal macam ni boleh berlalku.

Dalam dua perenggan di atas, gua mengajak lu orang berfikir secara logis (sekarang dah faham logis yang gua maksudkan?), Gua bukan menyuruh lu orang menolak Hadith. Jangan jadi bodoh dan berfikiran cetek!, Gua suruh lu orang berfikir..ulama ulama dan penganut islam dahulu kala pun berfikir, kalau mereka tak berfikir dalam menganalisis Islam, mana datangnya ketelitian agama yang kita nikmati sekarang ini?, datang dari mana?,

Kalau berfikir dan menyoal dalam agama itu dianggap salah...apa gunanya Allah ciptakan akal?, apa rasionalnya Allah memberi 'subliminal mesej' melalui Al-Quran yang kemudian diterjemah oleh cerdik pandai Islam?,

Contoh paling mudah; dalam Al-Quran Allah berkata " Janganlah kamu berjalan dalam keadaan yang bongkak" (Surah Lukman, gua tak ingat ayat berapa..).

Jadi sekarang "jangan berjalan dalam keadaan bongkak" ni nak kira macam mana?, Maka di sinilah datangnya fungsi akal..
Dengan akal yang sihat, kita manusia kena berfikir macam mana cara nak translatekan arahan Allah yang 'simple' ke dalam struktur masyarakat yang 'komplex'?
Adakah 'jangan berjalan dalam keadaan yang bongkak' ini dimaksudkan sebagai jangan berlagak bila jalan di kaki lima?,
Tidak. Mesej Al-Quran tidak secetek itu. Jadi kepada manusia yang sentiasa berfikir dan menganalisis, arahan yang tampak mudah boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis undang undang..undang jalan raya, undang undang jalan keretapi, undang undang kapal laut, undang undang pinjaman Bank, undang undang jual beli dan sebagainya. Objektifnya mudah, supaya kita semua tak buat benda ikut suka mak bapak, ada rule and regulation, ada tatacara, ada etika, dan ada panduan. Sekarang nampak?, sekecil kecil perkara bila kita manfaatkan akal..boleh menyelamatkan satu mekanisma kehidupan yang sangat komplex.

So siapa kata kata akal dan fikiran tak boleh diguna pakai dalam memahami hukum dan syariat?
Siapa kata?, cakap!!!

Hal Sembahyang Raya vs Sembahyang Jumaat yang kita bincangkan, gua tak perlu bagi kesimpulan. Apa yang gua tulis kat atas, rasanya cukup untuk lu orang fikir dan kaji. Itu cuma contoh..banyak lagi contoh contoh (anomaly dalam urusan agama) yang bersifat sama dengan hal sembahyang raya vs sembahyang jumaat tu. Jadi gua ambil satu contoh dan sandarkan pada perkara pokok yang kita semua kena pegang, yakni Islam itu mudah, tidak mengelirukan, dan sentiasa progresive tanpa merosakkan dalil dan logik. Bertanyalah 'kenapa?'. 'Kenapa?' yang datang dari hati yang ikhlas sejuta kali lagi baik dari berdiam diri dan ikuuuuuuttttttt tanpa banyak soal.

Tapi yang jadi masalah orang kita ni, bila skeptikel isu isu agama, terus kena tuduh macam macam. Gila!,
Ingat!, Setiap persoalan dan pertikaian melibatkan soal agama, mestilah ditangani oleh masyarakat dengan baik dan berhikmah. Masyarakat yang tidak berupaya menyediakan jawapan untuk sebarang persoalan adalah masyrakat yang lemah, beremosi dan kurang berilmu.

So lepas ni bila berbangkit persoalan agama yang kontra dan tak ikut mainstream, just rilex...

Jangan cepat melatah bro..

Jangan pula lu orang asyik menggunakan akal fikiran untuk mengkaji petanda Illmuniti dan Freemason sampai segala urusan agama terbarai tanpa suluhan.

Friday, September 10, 2010

Malam Raya 1998


Lepas dapat tahu raya jatuh lusa, bukan esok, gua tutup tivi dan bersiap siap nak pekena terawikh di masjid Tg Malim.

Masa ni gua sekeluarga tinggal di Taman Juta Jaya, iaitu sebuah taman yang paling abang sekali dalam semua taman perumahan di sekitar Tg Malim. Kami menyewa di sini dengan kos sewaan rm300 sebulan. Taman Juta Jaya ni siap dapat CF pada tahun 1983. Bentuk binaan masih tidak lari dari bentuk binaan era 70'an. Porch yang luas, syiling terbuka dibahagian ekor ruang tamu, dan dapur yang halus kecil terperosok ke belakang menjadi tema binaan taman Juta Jaya. Ada lebih kurang 8 buah rumah sederet dengan rumah gua.Belah kiri gua rumah cina, manakala belah kanan pula gua rumah orang india.

Sebenarnya gua baru pindah ke Taman Juta Jaya ni kira kira 2 hari sebelum puasa. Baru sebulan, belum kenal ketua taman lagi, samseng samseng taman pun gua tak sempat selisih lagi. Cuma satu perkara yang gua perasan, barisan rumah yang bertentang dengan rumah gua ni ada sorang makwe selalu main badminton petang petang atas jalan tar . Bulan puasa memang elok sangat kalau makwe main badminton, sekurang kurangnya gua boleh usha dari tepi tingkap. Makwe yang gua cakap ni dah lama gua perhati, dari hari pertama lagi gua dah mark makwe ni. Dah ada balak ke belum itu cerita lain, gua boleh hendel. Paling penting dapat tahu nama dulu, disusuli dengan nombor telefon rumah. Benda macam ni basic, namun gua kena berhati hati..soal kejiranan dan rukuntetangga perlu gua beri keutamaan. Tak boleh gopoh sangat nak berkenalan.

Setelah hampir sebulan merangka strategi, menyusun atur tektik, membuat operasi rondaan, dan bertegur siapa dengan jiran jiran makwe tersebut, malam ni tiba masanya untuk gua bertindak. Memang gua set nak bertindak tepat pada malam raya, tapi memikirkan keluarga gua nak balik kampung esok hari, gua kena awalkan sikit tindakan yang sudah dirancang rapi.

Gua keluar kayuh basikal menuju ke masjid. Masjid Tg Malim letaknya dalam 600 meter dari Taman Juta Jaya. Jalan ke sana halus, gelap dan sangat berbahaya bagi pejalan kaki yang memakai baju hitam. Target gua bukan nak ke masjid sangat, tapi lebih kepada menggunakan telefon awam depan balai polis sebelah masjid.

Yes!. Nombor telefon yang gua dapat dari Helmi, jiran makwe tersebut yang ketika itu baru tingkatan satu, tersisip kemas dalam kocek baju. Bagus budak helmi ni, licik dan setia pada gua.

Gua menghampiri pondok telefon yang lengang.

"tit tit tit..tit tit tit tit.." - Gua tekan nombor kemas dan berhati hati.

"Hello...?" - bergema suara si makwe dihujung talian..


Gulp..gulp..gulp..

(bersambung..)

Thursday, September 9, 2010

Beraya di rumah gua


Esok hari raya,,

Gua akan berhari raya di rumah gua iaitu di Tanjong Malim.

Apa yang menarik, kami sekeluarga akan menyambut hari raya di bawah kadar sederhana.

Rumah gua tiada ketupat atau lemang, tiada nasi himpit cecah kari daging, tiada serunding ikan, tiada soto dan rendang, laksa johor jauh sekali. Mee rebus lagi la jangan harap. Pendek kata, hari esok akan sama juga macam hari hari biasa yang kami lalui sebelum ini.

Mujurlah minggu lepas gua ada beli tat jem dua balang. Cukuplah buat petanda raya.

Lepas sembahyang raya gua akan jengok fesbuk sekejap, punch card orang putih kata.
Kalau rajin sikit, gua ingat nak update blog.

Hidup ni kena real ....real!!

Wednesday, September 8, 2010

Rahsia menjelang raya


Gua di pejabat ni, bukannya ada orang, semua dah pulang ke kampung halaman.

Jadi sesuai sangatla gua cerita satu rahsia yang gua simpan sejak awal pagi tadi.

Gua naik bas dari Tg Malim atas ehsan pemandunya bernama Bohari.

Balik petang nanti ni entah macam mana gua tak rancang akal lagi.

Kalau hari hari biasa gua pejam mata je. Ini hari menjelang lebaran. Pejabat kosong nak pinjam duit pada siapa?, pada mesin air?

Dompet tak bawak pergi kerja menjelang raya bukanlah satu amalam yang baik. Kerja makan tuan nama dia.

Polis tahan Indon pun merata sekarang.

Macam mana sekarang ni?, macam mana?

Esok Raya?


Gua nak tanya, esok jadi raya ke tidak ni?,

Bladi hell!! Jangan main main,
Kalau esok raya bila masa gua nak beli ayam, rempah kari, daging, nasi himpit express yang tak true, santan, cari buluh lemang dalam hutan, cari daun pisang, set up kayu api dan bancuh resipi dodol?,

Lu orang tahu ke gua di mana sekarang ni?,

Tahu ke tak?

Gua di pejabat! Pejabat! tahu tak?,
Pejabat!!!.

Pejabat ni bukannya ada alatan alatan raya. Printer dengan mesin potostet ada la.

Sunday, September 5, 2010

Iklan raya Tv3 - Konspirasi?


Gua ada 2 benda nak cakap..

Pertama:
Tv3 kelmarin keluarkan iklan hari raya aidilfitri yang mengundang kontroversi. Ya. Iklan Tv3 pada gua memang tak sepatutnya jadi begitu. Iklan perayaan yang bersifat keagamaan perlu niche dan spesifik. Perayaan yang bersifat keagamaan bukan macam perayaan hari Merdeka, atau sambutan hari 1Malaysia. Perayaan keagamaan sangat dalam dan sensitif sifatnya pada penganut sesuatu agama itu sendiri. Jadi, menggabungkan beberapa unsur perayaan agama lain dalam ke dalam satu entiti agama yang lain sudah pasti mendatangkan kecoh dari pelbagai peringkat manusia, dari pengarah sampai ke mat rempit. Sedikit sebanyak ada protesnya.

Namun, kepada yang memprotes, lu orang kena tahu apa yang lu orang protes. Bukan ikut ikut orang. Tengok orang protes isu, lu orang pun nak tumpang semangkuk protes sama. Jadi 'bandwagon'. Tak tahu apa benda. Kalau ikutkan lojik, apa yang Tv3 gambarkan dalam hari raya adalah menifestasi kehidupan sebenar dan realiti yang kita lalui hari ini. Samada kita suka ataupun tidak, falsafah berhari raya sudah bercampur aduk dengan elemen elemen lain yang terhasil dari persekitaran (baca: perayaan agama dan budaya bangsa lain di Malaysia). So apa ada hal?, bagi angpau duit raya, rumah terbuka, berbelanja sakan, tengok tivi sakan pun perkara perkara yang tidak ada dalam falsafah Aldilfitri. Jadi kenapa bila Tv3 buat iklan baru nak kecoh?

Secara peribadi, gua tak setuju Tv3 buat iklan macam tu walaupun hakikat sebenar umat melayu/islam di malaysia jauh lagi mengarut dari apa yang ditayang ditv3, kalau kita tengok dari pelbagai sisi. Tv3 merupakan media arus perdana. Peranan media ni penting. Kalau media suka menipu, rakyat pun sedikit sebanyak akan suka menipu jugak. Kalau media tayang benda baik baik macam alunan zikir dan doa doa, sedikit sebanyak anak gua boleh ikut juga. Baca berterabur tu kita cerita kemudian. Pendek kata, apa yang media suap..akan memberi kesan kepada masyarakat, samada elok ataupun tidak, kesannya tetap berbekas.

Berbalik pada isu iklan hari raya tv3, dan point gua yang sentuh peranan media..golongan yang paling senang terkeliru adalah kanak kanak. Kalau orang tua pun terkeliru jugak, pergi mati lah gua malas nak campur. Kanak kanak ni otak dia macam span. Dia serap apa benda yang ada dalam tivi. Kalau tv3 kata hari raya tu ada beca terbang macam santa , ada unsur bunga teratai macam Deepavali..makanya minda mereka akan terpatri makna raya aidilfitri = beca terbang, bunga teratai. Sekali lagi gua tekankan, perayaan agama bukan macam perayaan hari merdeka. Sentimental dan elemennya perlu dipelihara, apatah lagi kalau perayaan aidilfitri itu digambarkan sama seperti santa krismas atau deepavali, secara terang terang pulak tu..lagi la tak patut.

Media perlu mendidik, bukan mengelirukan. Media perlu peka, bukan hentam kromo asalkan duit masyuk buat apa pun no hal. Macam iklan raya tv3, itu kerja orang tak sekolah!. Bodoh apa tulisan jawi pun jadi terbalik?, ada beca terbang?, WTF!, macam mana nak mendidik??
Mana tv3 punya Quality Control?, mana pergi panel penilai?, mana hilang orang melayu islam dalam tv3?, ini iklan siapa buat storyboard?, in-house ke sub ke vendor?, kalau sub ke vendor, siapa vendornya?, islam ke tak islam?. Siapa approve?

Ok. Apa yang gua boleh simpulkan, iklan tv3 sangat tak sensitif terhadap orang melayu islam, dan mengelirukan kanak kanak. Cukup dan tak lebih dari itu. Tv3 pun dah mintak maaf. Jadikan pengajaran dan jangan cuba nak men-satu-malaysiakan aidilfitri dengan sewenang wenang.

Gua kata awal awal tadi, gua ada dua benda nak cakap..satu dah habis, masuk nombor dua pulak.

Kedua:
Masih berkait rapat dengan iklan raya tv3. Tetapi hal yang gua nak cakap kali ni menjurus pada insan insan yang terlebih bijakpandai dalam mengulas isu.
Gua nak tanya geng geng fesbuk, geng geng forward emel, geng geng cepat kena tipu dan geng geng suka berfikir hal mengarut,

1. Apa kejadahnya iklan raya tv3 boleh ada 'trick' Illuminati?
2. Sebiji mentol melambangkan 'Enlightenment'?
3. Songkok putih melambangkan 'Pope'?
4. Freemason pun ada?.
5. budak baca buku, buku tu sebenarnya Bible.?
6. Malam yang gelap = Islam yang mundur.
7. Teluk Intan , sebab ada illmuniati Lodge.
8. macam macam lagi gua tak larat nak tulis...

Kawan kawan dan adik adik yang gua sayang, janganla cepat diperbodohkan dengan teori konspirasi yang takde asas macam ni. Iklan tv3 punya kesalahan macam yang gua cakap kat atas. Itu saja. takde kena mengena dengan Illmuniati, Freemason apa jadah tu semua.
Jangan terlampau taksub dengan teori konspirasi. Bawak bawak la hidup dalam realiti dan terima sesuatu as it is. Tak payah nak cari 'hidden' agenda atau apa apa maksud terselindung. Konon konon Freemason dan Illmuniati nak mencengkam kita semua, segala yang ada di dunia ni semuanya dalam perancangan Yahudi. Oh Tuhan ku!,

Tolong lah brader brader dan makwe makwe sekalian..kenapa mesti kita paranoid?, kenapa mesti kita menggelabah tak tentu hala?, kamoonnn!!, sudah la iklan tu tak mendidik, datang pulak lu orang buat teori sendiri yang entah apa apa, lagi la merosak masyarakat!. Ingatlah setiap sesuatu tuduhan itu perlu pada asas dan bukti. Kalau takde asas, maknanya benda tu spekulasi, bila namanya spekulasi, kebenarannya tak jelas..bila kebenaran tak jelas, hasilnya masyarakat akan jadi triple keliru, dan orang bukan islam akan tengok kita ni lemah, paranoid, takut hal yang bukan bukan, skeptikel tak berasas..akhirnya, kita akan lebih jatuh ke lembah kebodohan kerana tidak mahu berfikir akan hal hal yang pragmatik lagi objektif.

Supaya kita tidak jadi lebih mengarut dan berfikir yang kita tahu 'perancangan Freemason dan illuminati', gua rasa lagi baik kita fokus tenaga untuk baca Quran dan buat terawikh dan qiamullail..Ramadhan ada lagi 2-3 hari je ni haa..

Cukup cukup la mengarut...

Berperang di jalan Tunku Abdul Rahman


Gua terpaksa memapah seorang askar yang tercedera dalam siri peperangan di jalan Tunku Abdul Rahman semalam. Askar yang berpangkat prebet ini longlai tatkala perang baru bermula 2 jam setengah. Beliau hanya terdaya mengangkat dua jari menunjukkan erti 'saya mahukan keamanan' dan tanda rayuan kepada Mejar Jenderal supaya menghentikan perang serta merta.

Namun kata Mejar Jenderal:

"Awal lagi ni..banyak lagi kedai belum masuk, jangan macam macam hal!."


Maka apalah daya prebet cabuk nak membantah arahan Jenderal yang jauh lebih berkuasa dan masih steady rangkul 2-3 plastik beg Hari Hari guna dua jari?

Friday, September 3, 2010

UYA! Distro Badabooommm II













Gambar gambar di atas mewakili pemandangan masa mula mula set up barang.

Barang dari tenant tenant lain akan bertambah pada malam ini dan esok pagi.

Jumpa di sana!!!

UYA! Distro Badaaabooommmmm!!!


UYA! adalah entiti perniagaan berkonsepkan Distro yang mementingkan ketrampilan remaja selaras dengan akhlak dan budaya indie yang murni. Premise UYA! kini dibuka (seperti alamat di atas) dengan aktiviti sulungnya 'Baazar Raya' bermula 3-5th September 2010, 9 pm - 3 am. Nak beli baju raya, seluar raya, beg raya, topi raya, handbag raya..semua ada jual di UYA!. Semua cun, semua lawa, semua daboommm!.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk akhbar KOSMO hari ni mukasurat 55

Geng geng Lembah Klang, jom turun ramai ramai memborong pakaian raya di UYA!

Gua tak tahu dah nak cakap macam mana dia punya best. Lu orang datang la tengok sendiri.

Jumpa di sana!!!!