Semenjak seminggu dua ni, setiap malam gua kena bukak cerita Nabi Nabi pada fateem. Dekat sekolah cikgu ada cerita gamaknya, sebab tu dia pulun repeat suruh gua pulak cerita masa di rumah. Mujur cerita nabi yang dia tahu cuma nabi Muhammad S.A.W. Jadi senang sikit kerja gua.
Tapi entah macam mana malam kelmarin gua beritahu dia sebenarnya banyak lagi cerita nabi nabi ni selain dari nabi Muhammad. Cerita nabi Adam, nabi Musa, nabi Noh, nabi Idris, nabi Ismail, nabi Isa. Apa lagi, "Cerita nabi Musa pulak ayah!". Waahhh!!, gua dah terperangkap..mana gua nak ingat cerita nabi nabi lain secara terperinci. Sikit sikit tu oraitt la..cerita nabi nabi bukannya boleh cerita macam menulis blog.
"Nanti kita beli buku Kisah Nabi Nabi...ada buku baru syok." - Gua memberi penjelasan bernas.
***
Hari ni gua tak kerja sebab menguruskan follow up cikgu dengan pihak hospital. Lepas selesai urusan cikgu, gua ajak fateem pergi cari buku Kisah Nabi Nabi di kedai buku Tg Malim. Kedai buku ni bukanla kedai buku sangat, dia kedai alat tulis 2 tingkat sebenarnya. Tingkat bawah jual alat tulis, tingkat atas jual buku buku.
Sejurus tiba, gua dan fateem terus mendaki anak tangga ke tingkat atas. Terdapat seorang makwe yang hendel bahagian atas. Wajahnya senyum melihatkan ketibaan gua dan fateem. Mula mula sekali gua cari di sudut tadika tadika. Takde buku Kisah Nabi Nabi. Lepas sudut tadika gua maju pula ke sudut buku cerita kanak kanak. Cari punya cari takde jugak. Yang gua jumpa cuma buku Si Luncai dan Penunggu Hutan sahaja. Jauh betul lari tajuknya.
Gua berpusing ke sudut yang nampak agama agama sikit. Fateem cuma turut dari belakang. Ya. terdapat pelbagai buku bercorak keagamaan peringkat sekolah rendah di sudut ini, macam buku Mari Mengenal Huruf Jawi, Mari Belajar Tajwid, Adab Adab Ketika di Rumah dan paling menghairankan terdapat juga buku bertajuk Cara Cara Berjunub.
"Takde jugakla fateem..". - keluh gua yang mula fedap.
"Cuba la tanya kakak tu ayah..mesti di tau.." - fateem cuba memberi jalan keluar dari kekusutan yang sedang kami hadapi.
Gua memandang makwe yang dirujuk sebagai 'kakak' oleh fateem tadi. 'kakak' ni lah yang senyum masa gua dan fateem sampai tadi.
"Takpe..tak payah tanya..Kita cari dulu sampai jumpa". - gua memberi kata putus.
Kami meneruskan pencaian buku Kisah Nabi Nabi ke setiap rak buku. Setelah ke hulu ke hilir dan meninjau beberapa rak buku, gua tetap hampa.
"Ayah..tanya la kakak tu..dia mesti tau". - fateem mengulang balik cadangan yang sudah gua rejek sebentar tadi.
"Tak payah..ayah rasa kita boleh cari sendiri". - gua masih teguh dengan pendirian supaya jangan cepat bertanya. Orang cepat bertanya hal senang senang ni sikap dia berat ke bergantung pada orang.
Fateem tetap menuruti gua dari satu rak ke satu rak yang lain. Dari rak English Section, bawa ke rak Buku Buku Ujian PMR. Tak jumpa juga, gua sa'ie pula ke rak novel novel. Manalah tau ada buku Kisah Nabi Nabi terselit di celah celah novel Di Penghujung Rindu. Namun macam sebelum sebelum ni juga, hampa!.
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Maknanya gua dan fateem dah menghabiskan masa selama 35 minit dengan sia sia.
"Ayah...." - panggil fateem yang gua nampak ada ciri ciri fedap.
"Apa dia?, ada jumpa ke? " - balas gua pada fateem.
"Tanya la kakak tu kan senang...dia mesti tahu" - fateem masih berkeras mengambil jalan pintas.
Gua tarik nafas dalam dalam. Otak gua cuba berfikir samada perlu ikut cadangan fateem, atau ikut cara gua. Macam macam yang gua fikir yang akhirnya membawa kepada penyelesaian seperti di bawah.
"Jom balik lah!..nanti ayah beli kat KL senang sikit".
fateem mencebik. Mungkin dia tak puas hati sebab gua tak nak bertanya pada penjaga di situ. Mungkin dia fikir, "kalau tanya kan senang?..kan boleh jumpa?..kan tak penat cari merata?". Ya. Nampak mudah bagi fateem, namun tidak semudah itu pada gua.Bertanya itu bukan perkara mudah.
Dalam kereta, fateem tanya gua lagi:
"Kenapa ayah tak nak tanya kakak tu?"
Gua telan air liur separuh. Gua tahu, jawapan gua selepas ni akan mengundang persoalan yang lebih besar dan merumitkan. Namun gua kena berani hadapi setiap situasi. Jangan cuba ringankan akal budak budak dengan jawapan fake. Berbekalkan kepercayaan itu, gua lancar menyambung:
"Sebab kakak tu tadi orang India..".
"Kenapa kita tak boleh tanya buku nabi nabi pada orang India?"
Yes!. Kan dah makin rumit sekarang.
24 Nasihat Ikhlas:
Cara Cara Berjunub - sukatan baru untuk budak2 tu.hahahaha...
ye,knape xbole tye kat org india?
hahahaha
memula gwa nk nasehat kn lu
malu bertnya sesat...tapi..klo bertnya ngan slh org pown tkot jd makin sesat lak kn..ngeee :P
kalau lu suruh fateem yang tanya , mesti setel !
hahah . fateem , fateem .. (:
don't judge a book by its cover.. kot2 'kakak' tu tau.. kurang2 mana tau dia minat nak baca buku yang sama juga.. kalau terbuku hatinya, dapat pahala bro..
don't judge a book by its cover.. kot2 'kakak' tu tau.. kurang2 mana tau dia minat nak baca buku yang sama juga.. kalau terbuka hatinya, dapat pahala bro..
gua ingat sbb lu takut bini...
gua pun nak tanya
'kenapa kita takleh tanya buku nabi dekat org india??'
gua sambung lagi
'kan ke dia keje situ? mesti kene tau semua buku'
entah2 akak tuh tau. selamba je downgrade akak tuh.
xde buku pun takpe... internet kan ade kisah2 nabi... print ar... xpun tulih n salin balik klu xde printer... best kan idea nih :p~
Ending mcm celaka! Kahkahkah
la igtkan kenapa xboleh tanya..hahaha
"Kenapa kita tak boleh tanya buku nabi nabi pada orang India?"
hahahahahahah
wa tau lu dah perasan buku tu harga RM30 tapi lu ada RM25 dalam poket kan?
kenapa jdi rumit? pls elaborate more :)
ni mesti kedai buku deret kedai ravi aka penjual vcd kan kan kan...
apa salahnya tanya sama minah india tu.tanya tajuk buku je pun kan. dia kerja situ at least kenalah tau buku2 ni kat mana letaknya.
salam virtual bro.
bagus la hang ni. baca cerita nabi kat anak. tang buku cerita nabi tu hang belek2 dulu no sebelum beli.. pagi tadi aku ada dengar kat radio ikim kata ada buku cerita nabi yg agak mengarut/lari penceritaannya.. so sama-sama beringat la yer bro..
heh..ending xleh blah..dia mamak kut..
gua rasa kan. india muslim tu. lu ade nampak nanded tak?
kihkihkih kids say da darndest things!
Post a Comment