Friday, September 17, 2010

Ular Emas : Komentar Ringkas


Drama Ular Emas tamat siarannya petang tadi jam 5.30 petang. Gua tak tahulah kalau tamat yang petang tadi jenis yang kali ke dua, apa apa hal gua dapat tengok ending secara live depan tivi. Selalunya, kalau ada siri drama yang main di tivi, tak kiralah drama Indonesia atau drama Malaysia, gua tak berapa ambil port..tahu sikit sikit tu ada la, tapi lain pulak halnya dengan Ular Emas, bila cikgu panggil dari ruang tamu beritahu ''Ular Emas episod last!, cepat!", gua tak berlengah lagi terus lompat baring kaki silang.

Ya.

Sejak bulan puasa itu hari gua layan Ular Emas ni. Walaupun tak 'menten' hari hari tapi bila ada chance tengok, memang gua yang akan incharge remote kontrol. Hagemaru, Fukuchan, GBS semua gua tolak tepi. Ular Emas ni pada gua dia punya stail lain macam sikit. Jalan cerita pun sedap ada continuity, logik dia jelas dari babak ke babak, flow lancar, dan ending ada twist. Perjalanan cerita yang bersahaja, dikuatkan pulak dengan setting pelakon yang menjadi..gua patut puji Ular Emas selayaknya. Pengarah dia Murali Abdullah ni boleh pergi jauh.

Lupakan CGI ular yang barai, perkara yang lagi utama ialah pakej keseluruhan drama yang menjadikan gua rela tahan kencing sampai cerita habis. Iklan pun tunggu beb. Bertahun sangat rasanya gua tak kompelin "Arghh! iklan pulak dah!!" bila tengok drama melayu. Antara sebabnya, gua kurang tengok tivi dan lebih banyak buat kerja berfaedah lain, mop lantai misalnya. Tapi Ular Emas ni dia punya aura rare sikit. Cilake!, sakit perut tahan kencing.

Lagipun stended la..orang zaman AXN tengok cerita melayu apa barang?, bila melepak dengan kutu kutu pejabat takkan nak open bincang hal Ular Emas?. Hilang akal?. Gila tak urban. Gila tak globish. Gila tak Glee kalau pegawai PTD borak hal Ular Emas. Mana nak letak muka lu orang yang cool dan sering menjadi hero bila orang lain terlepas donlod siri siri orang putih yang 'latest season sebab AXN punya tu dah lama'?. Dan orang orang lain yang slow tak berapa AXN sangat ni punyala bersusah payah petik scene CSI yang entah season bila semata mata nak up diri masa berborak. Padahal dia kaki Ular Emas.

Itu yang bila bersembang selalu jadi.."Alaahh..apa nama mamat yang pakai spec hitam tu?, ada hero hero jugak bunyi nama dia..".
Perghh!, tak ke rasa nak penampar?.
Tapi kita tak boleh merendahkan golongan non-AXN ini, kita kena terima hakikat yang bukan semua orang macam kita, kaki series, kaki donlod. Ada juga orang yang kaki Ular Emas dan kaki Epilog Syurga Cinta. Mereka ini juga kawan kawan kita se-melayu.

Tapi gua perhatikan kadang kadang kutu siri orang putih ni bukan buleh percaya sangat, silap bersembang terkantoi juga, " Ehh kau pun tengok Ular Emas?". kahkahkah..nak lari keluar mamak pun tak upaya sebab air teh order tadi belum sampai.

Berbalik pada intisari Ular Emas tadi, gua harap Ular Emas dapat menembusi pasaran Indonesia dan menewaskan populariti sinetron Kelinci Ajaib.

Ok yang sebenarnya macam ni, Ular Emas ni betul best gua tak tipu..tapi yang buat kucar kacir bila dia punya pengarah saudara Murali Abdullah meng-inbox Lucius Maximus di fesbuk setelah Lucius komen status gua seperti di bawah:



Dalam dua jam itu macam..hah, amik pengarah dia kasi buah:


Mesej ni Lucius fwd kepada gua dan Amar Amir sejurus lepas kejadian.
Cuma satu gua tak bekenan..kenapa mesti ada penerangan "fantasi dan tahyul..atau dalam bahasa inggeris..for Fairy Tales stories"?, saudara Murali tak tahu ke kitorang ni brader 'latest season'?, respek la sikit ye tak..kehkehkeh

Secara peribadi, mesej brader Murali Abdullah ni berfaedah juga sebab:

1. Dia bertanggungjawab untuk beri penjelasan dan menghargai kritikan penonton.

2. Dia mengajar Lucius dan gua supaya tidak ambil mudah gurauan orang lain berkaitan hasil kerja kita.

3. Dia ada semangat dan bersungguh sungguh buat kerja.

Semenjak hari tu, gua tak ambil ringan dengan Ular Emas.Gua mesti tengok.

Lagipun apa salahnya gua layan Ular Emas dengan ikhlas dan mengharapkan Murali Abdullah ambik gua berlakon drama dia suatu hari nanti?

Oleh yang demikian, gua kasi 9 golok untuk Ular Emas!!

p/s: Kalau gua dapat inbox nanti gua share la sama lu orang..amacam?,

35 Nasihat Ikhlas:

Unknown said...

memang besh citer tuh..dan stuju bab cgi dia...

tp bila dia ckp, seari jerk nk buat mende tuh...wah...

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

keh keh keh! Haa sekarang baru nak beringat!

MR. SYAH said...

xpernah berkesempatan tgk penuh episod..

pernah tgk skali jer..
tupun masa amir raja lawak mengamuk..

Maryam said...

but, if the director read your blog.. (tukar bahasa jap, tak sedap cakap omputih), saya harap pihak media mengambil kira trauma orang-orang yang mengalami gangguan makhluk tak nampak ni.

saya takmahu komen tentang tahayul. saya mahu komen tentang gambaran yang dibuat mengenai dunia makhluk tak nampak ni. ia mendatangkan kemarahan yang tak tahu nak hala kat sape. yang sedar dan boleh kawal, ok lah.

memang, takmahu berdepan dengan risiko tak payah tengok. saya memang tak tengok. tapi saya geram dengan penonton yang tengok. layan, lepas tu mulalah takut. takut apa pun tak tahu. kuasa fikiran yang dah dipengaruhi ketakutan cerita-cerita sebegitu.

apa pun, biasanya cerita yang diarahkan oleh Murali Abdullah saya akan tengok. cuma slot Lagenda TV3 terpaksa banned.

siggplus said...

kipas!

MOFASAD said...

berlakon? yakin ke ada fitnes nak berlakon? men futsal pon pancit! kah kah

Dr. Bentara said...

thanks for the hype. Nak kena tengok ni ;)

LuciusMaximus said...

Ah ni taktik nak berlakon siri Ular Emas Season 2 la ni

Fairuz Zainal said...

haah der..ular dia mmg cam pelik gak aku tengok...

tapi aku geram gak kat raudhah tuh.lemah-lembut semacam jek..keh3


pasal director tu anta msj kat inbox kan, perghhhhhhh macam-mane-dia-bole-terbace-komen-lu-orang-kat-fb-tuh?

Aslina said...

ahh... citer tu dah abes kan???

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

tetiba rasa nak layan catch-up TV tgk Ular Emas..

senandung semalam said...

4 bintang ;)

. said...

mungkin kau boleh berlakon sebagai ular.tak perlu efek cgi lagi.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

oit oit... pi kerja semua.. jgn duk jadi ulaq plak kat sini.. hehe..

Latifah said...

owh cerita Ular Emas ni pengarahnya Murali ke?
harus la tgk catch up lepas ni.
hari tu ada kawan ajak tgk catch up cerita ni, tapi bila tengok Ular tu, heheh terus tak jadi tengok.
ngeee...

sahromnasrudin said...

salam ziarah..aku pun layan ular emas nie..ok gak tgk yatt bertudung....

aBah said...

caya lah bai..siap boleh layan ular emas berserta dengan ulasan yang kritis skali.

Wa ingat lu layan fb dan kitab2 ilmiah jer.

Memang prolifik dan produktif. Tabik

Anonymous said...

penah tengok 1/2 episod je citer ni..huhu!

Khairi Mohd said...

ular emas? ya rabbi jauh ketinggalan aku. langsung tak tau.

lepas tu plak kat rumah aku punya astro takde AXN la weh, gile looser hahah.

(AXN nyer cenel kong sbb areal kena panah petir)

lumachroma said...

'mgm tu 'mmg' ehh? Apa hal berterabur spelling brader Murali ni. Taip sambil marah ke apa? Lu org memang selalu buat lawak tak kena bertempat ... Tak boleh nak bawak ke majlis ... Hahahaha ...

mira ellyna said...

perhhhhh kene lak setepek. sentap betoi.. adoi... mcm3 la pastu kawan ko ta rply ke>?

Syuqri Talhah Mustaqim said...

Brader,'Pilgrimage To The West' lu tanak bagi komentar?

Hamizah said...

apa2 cite pon kalau layan elok2, penuh perhatian mmg best..

emak. bukan penari tiang said...

aku x tengok pasai gila takut tengok muka cobek lisdawati..

Unknown said...

siapa yang biasa tengok drama arahan murali memang tahu dia punya kualiti pengarahan bagaimana....follower citer ,melayu lah...biasa dalam citer melayu, watak jahat yang ditonjolkan agak over, tapi murali tonjolkan sekadar yang perlu....banyak sangat drama arahannya..sampai saya pun tak ingat, citer kelakar pun dia boleh buat cam citer stok lama kat astro dulu....pernah menang anugerah drama..tak silap cietr najwa..liyana jasmay kecik lagi..so next time klu drama arahan murali disirakan di tv terutama dalam bentuk telemovie, korang boleh layanlah...citer arahannya byk unsur teladan...cuma citer emas ni lain sket dr kebiasaan drama arahannya..berunsur fairy tales(cam murali cakap)apapun mmg blh layan drama nya..tak over cam sesetgh drama

marina anakcikbob said...

direktor g FB ko weh..
ko patut bangga weh,,

Anonymous said...

bro try riki kat sini..

http://suraukini.blogspot.com/2010/09/hukum-solat-jumaat-ketika-hari-raya.html

K I E R A said...

Woah, siap dpt respond dari Tuan Director tu :D

dollah qatar said...

salam bro.

gua tak suka unsur "tahyul" yang ditukarnama ke "fairy tales".

satu tiket menghalalkan tahyul selepas ni.

slow-slow kita masuk masuk ke alam masyarakat "khurafat dan syirik" (mitos dan liberal).

gua yakin aqidah lu masih mantap dan harap sampaikan pesanan umum untuk semua.

peace.

Harris said...

Gua kasik 5 bintang pasai raudhah tu sebijik cam awek gua.Saling x tumpah dr segi tingkahlaku n paras rupanye..Hoho..bangganye saye.. ;)

RoyRMY - Rohairy said...

antara cerita melayu yg aku layan... teknik CGI tuh mmg blakang kire laaa... janji jln cerita mmg sedap... aku x miss tgk... byk benda yg kita bleh blajar melalui cerita tu.. kpd mereka yg lemah semangat tu... pandai2 laa erk... takut kang termimpi2 plak....

kata kila said...

dem ah sehari je buat cgi tu.pergh

Anonymous said...

setakat ni ada pape dalam inbox tak? keh keh keh...

♥ 미스 kiera ♥ said...

wahh..
lyn ular emas ae?
=)

http://www.owlkieranaa.blogspot.com