Wednesday, September 15, 2010

Gambar Raya


Ketika menziarahi satu satunya tinggalan Kapal Korek lombong bijih timah di Tanjong Tualang, Perak pada hari raya ke-3. Jangan main main, Kapal Korek ni rare yaa ammat. Dia punya rare sampai kerajaan naikkan pangkat jadi muzium. Nampak ada 2 bijik rumah putih belah kiri tu, nampak??, itu pejabat muzium.
Masuk percuma?, kepala hotak percuma. Kena paw juga seringgit sekepala.

+
+
+


Gambar ke dua ni pulak sebenarnya gambar kebun timun. Kebun timun ni diusahakan disebelah kanan gambar Kapal Korek. Sebelah Kapal Korek ada kebun timun, apa macam?, Sekarang yang gua paling hairan, kalau geran tanah kebun timun ni muzium kapal korek yang pegang, kenapa dalam muzium ada tanaman timun?,
Siapa yang up kan kebun timun ni?, Pegawai muzium?, Pak cik Jaga?
atau Tan Kok Meng kampung sebelah?
Hahh..takkan tak reti reti lagi..

+
+
+


Gambar ke tiga ni, kawan gua namanya Ismail. Kami berhari raya dan bersalam salaman di kebun limau dan tebu yang beliau usahakan di kampung apa benda ntah gua tak ingat..kawasan kebun Mael ni letaknya kira kira 10 minit memandu dari pekan Tanjong Tualang. Luas kebun ni dalam 5 ekar. Tanah pajak, bukan tanah sendiri.. kena bayar beb...bukan tanah rembat macam Tan Kok Meng buat tu.
Brader ni bab bab pertanian dia champion. Bab jual pasir dengan jual pampers budak pun dia champion jugak. Dengar cerita, sekarang ni Mael tengah cari modal rm100,000 buat pajak tanah Baitulmal dua ratus ekar di kampung Serkai Jadi, Tronoh, pekena tanam sawit.
Gua dah letak tiga ratus!, minggu depan gua ingat nak cagar blog ni ke Intenet buat modal tambah..dalam sepuluh ribu lepas rasanya. Tanam sawit woii!!, ini bukan perkara ringan macam main fesbuk.

+
+
+


Gambar nombor empat ni diketik pada hari raya ke-4, gambar ni nampak beraya real sikit. Brader sebelah tu pensyarah UTP. Pensyarah ni kerja utama. Kerja sampingan dia ulas rilisan album dari Universal Music. Beliau juga pernah menjawat jawatan gitaris utama kumpulan Langsuyr.

Apa dia??, ulang sekali lagi..?

Langsuyr kumpulan Nasyeed??

Perghh!, lu orang jangan buat jenaka tak tentu hala..

p/s: Klik Langsuyr atas tu..gua kata klik, klik la..

10 Nasihat Ikhlas:

AMMOSHAM said...

LANGSUIR tu band rap kan? ala-ala 4u2c? gua memang suka sangat diaorang ni dulu...

speedrider said...

langsuyr dengan kapal korek mana lagi rare? sendiri mau ingat.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

hahahah....perjalanan karkun tabligh mmg selalunya rare bro...alhamdulillah.

Roy de Araujo said...

masa rock the world aku dengan kawan aku macam nak terkencing ketawa tengok vokalis dia nyanyi sambil bahu turun naik. seram pun ada jugak. tapi kitorang ketawa je. nak sedapkan hati.

besoknya, kitorang demam seminggu. memang langsuir!

Encik Ariff said...

@Roy - Time tu ujan beb. Aku pon demam. Haha.

Mimie.Candy Cane said...

wow langsyr..pernah tengok dorang perform kt RTW6...meremang..!

Anonymous said...

langsyr?

Lann Shaukani said...

Langsuyr tuh bro. Terbaik siak.

Iriseoir said...

seangkatan Athotorgh ke?

kakLuna said...

ismail tu anak hamid ke?