Sunday, September 26, 2010

Serangan Illuminati di Tg Malim


Jam 7 malam, 26.09.2010 - Stesen minyak Petronas Tg Malim



Cuba fikir dengan waras, macam mana kereta ni boleh hentam pump diesel yang direka khas untuk isian tangki lori dan bas?, siapa kereta ni?, tak respek ke sama stesen Petronas Tg Malim?
Kenapa serang masa maghrib?

Ini pemerhatian gua dari dekat sebentar tadi:

1. Gambar paling atas menunjukkan tanda jelas adanya tangan illuminati dalam serangan ganas ini. Fender DIESEL jatuh menghentam kereta dan membentuk segitiga. Lampu kereta sebagai lambang The Oye of Ra.

2. Kereta berwarna hitam - Hitam adalah Black dalam bahasa orang putih. Jadi benda benda Black ni memang tak berapa bagus dan berkait rapat dengan pengaruh Illmuniati dan kuasa jahat.

3. Sudut perlanggaran tidak dapat ditelaah dengan pandangan kasar. Orang biasa biasa mana boleh buat langgar gila macam gini. Gua saspek perkara ini sudah dirancang dengan teliti sejak kelmarin.

4. Pemandu - mana pemandu dia?, haa..ini paling rare, pemandu kereta tidak diketahui pakai baju warna apa. Yang ada cuma kereta. Sekali lagi diulang, cuma kereta!!,
Adakah kereta ini dikontrol dari suatu lokasi rahsia?,
Adakah pemadunya cuma buat tak tahu dan pergi cucuk duit di ATM dalam kedai Mesra?
Adakah pemandunya seorang kakitangan Juara Lagu dan Iklan Raya TV3?

5. Warna hijau dalam gambar ke dua tu pulak apa benda?, mana ada orang pasang lampu hijau suluh jalan tar. Ini adalah simbol aneh!, Gua masih stadi lagi apa kaitan lampu hijau atas jalan tar dengan kejadian kemalangan di atas.


Benda benda rare macam ni jangan pandang sebelah mata. Ini soal keselamatan sosial dan akidah islam.

Lagi satu...Perkara paling penting sekali, kalau stesen Petronas tu meletop tadi kita nak kira macam mana?, Bladi hell dia punya bahaya!!

Serius la..apa sengih sengih?,

48 Nasihat Ikhlas:

Azrul Hisham said...

fuh...tak dapat bayangkan kalu stesen minyak tu meletup...

Mimie.Candy Cane said...

mane ade sengih2 bro..dah gelak guling2 ni..hahahaha

zikeryhassan said...

bahaya memang bahaya.

Md Afzan said...

haha..orang kena macam gini pun dibuat main-main pula..tapi tetap kelakar~

xiraburkhan said...

"Adakah pemandunya seorang kakitangan Juara Lagu dan Iklan Raya TV3?" <<---hahaha :) mcm ad hidden msge. *nice*

Unknown said...

ada lagi yang tersembunyi tu, segitiga pd tiang pam tu ada kaitan dengan illuminati, berbentuk piramid, sama dengan piramid di belakang duit dollar us, pas tu cuba tgk kat lampu kereta, kan satu je lampu kereta tu yang elok.. dajal ada satu mata... ini menunujukkan bahawa dajal nak keluar dah tak lama lagi.. mata satu jugak adalah simbol The Eye of Ra... adakah proton salah satu ejen....?? ishk.. risau...

emak. bukan penari tiang said...

heh! nice

faRk said...

gua syak ni angkara beca terbang ni....sahih.

Mashe said...

tanjung malim ka nih???
dasyat~

Bahiyah H. said...

rasa mcm tengah baca kajian albert einstein ..

Raja Fiqri Fauwaz said...

series.

Kajian awak memang canggih..

Deep.. Deep.. ^

shiela said...

nak gelak boleh..hee

cikpia said...

aku tanak sengih.............. aku nak maki.....
BABIK!!!!!!!!!!!! pemikiran cam taik..... gelak guling2 aku......

dayahyusoff said...

encik pidomat. mana ada orang sengih sengih baca entry encik kali ini. semua S-E-R-I-U-S !!

syafiqxsaifullah said...

tak kira dah.
aku nak gelak jugak.
hahahaha

siggplus said...

ni kalau si aulakalimah baca ni boleh garu kepala ni.

kalamulhaqq? haihh..

Neyra Shazeyra said...

SUMPAH LAWAK

Anonymous said...

eh,tak tebaka ek?
itu pun satu pekara yg boleh diragui tu.
adakah insiden ini dirancang dgn penyertaan stesen petronas tg malim utk mengkaver dan mengalih pehatian kita dari isu isu besar lain yg ada di tg malim?
ada ke?

Anonymous said...

gelak wehh. haha. cuba nak serius takleh ;P

Ariffin Janal said...

kahkahkah ! terbaik bro ! artikel lu bg mmg sedas kena kat batang idong pengkaji tegar illuminati.wa pun dh cuak ni. zaman sekarang jgn buat main silap2 kena tuduh ade kaitan dgn freemason. LOL!

'izzat said...

mana mamat2 minah2 freemasons ni, tersentap ke terkedu?

kiamat sudah dekat.


terba bro!

Unknown said...

sacarstism!!!


smua mnde nk kaitkan dgn illuminati... -.-"



tp betul ker xnmpk pemandu dia???

lampu ijau tuh bukan lampu petronas ker??

. said...

daya penakulan yang hebat.haha.

Hel MiVec said...

Warna ijau kat tar tu gua syak radiator coolant.

Anonymous said...

kalu sengih2 sinis tu maksudnya dh serius nih..

Ahmad Belia said...

kenapa petronas pakai warna hijau? kenapa tak pakai warna biru? cuba lu pikir

Pala Maldini said...

Bro, lu ni reporter ke ? mana pulak nko cekau gambar ni ?? cheh!

*Kalau meletop sure macam cerita hollywood, glamer la Tg Malim..

kucai said...

gua siyes tau...xder gelak2....huakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka....

kuma said...

hahahahahhahaha

Anonymous said...

gila ko ni..hahahaha

Anonymous said...

....

Kap said...

macam mana lu tahu gua sengih ni? :)

NurHanisa said...

bravo !

hujan said...

dok au bende mung .mu mungkin pandang bender ning ringan brader

Anonymous said...

dok au bender

maya amir said...

sape ckp wa sengih.. dh gelak kongkang dah neh...kakakakaka.. wa suke laa lu punye andaian...

Emira Darmia said...

bro...aku dah x sengih dah..dah ketawa tahap perot vibrate dah..
cynical gler...

Iwan Shah Zainal said...

giler...tanjung malim dh jadik pusat iluminati

suez said...

nampak bangla baju putih kat belakang tu? bukan saje2 dia pakai baju putih. semua ada agenda sendiri.
ps: gua bagi markah penuh kat entry ni bro.

Isa H Hassan said...

yg eksiden ni kwn housmate ak
ppuan yg bwk, umur br dlm 19-20
student poli nie, br sem 2

bwk laju, pastu nk masuk petronas,terbabas

driver nye tade mase ni,
detail lepas tu ak tak taw

p/s : ni bkn kete ppuan tu, kete housemate dia,

chekodok said...

kau memang the truly melayu lah,
sarcasm pekat mcm kopi gerai pak mat.

Mah@mahu said...

Takut gak ni nasib tiada korban heheheh..

Anonymous said...

pon boleeee...
sempat je lu ni..tp gua ttp serius..haha

dani filth said...

damn,its funny
its like real event caused by illuminasi lemak kopi o

LoveShak said...

5. Warna hijau dalam gambar ke dua tu pulak apa benda?, mana ada orang pasang lampu hijau suluh jalan tar. Ini adalah simbol aneh!, Gua masih stadi lagi apa kaitan lampu hijau atas jalan tar dengan kejadian kemalangan di atas.

warna hijau tu lah darah driver nye..ko xpernah tgk cite the predator ke? aku dah agak dah diorang dah sampai kat tanah melayu ni...

副収入 said...

最低時給1万円!?誰も知らない驚愕の副収入・・・会員登録すれば今すぐにでも開始できます!!今月ピンチな方・お金を稼ぎたい方はココで稼いで下さい

Anonymous said...

firdaus ahmad firdaus ahmad. nak buat lawak ye??? tp tak kelakar la. benda2 mcm ni bukan boleh boleh lawak. kalau lu pandai sekalipun tak semestinya lu celik. lu fikirlah sendiri. assalamualaikum.

Anonymous said...

Sinikal....hehehe :-)