Sunday, September 12, 2010

Cerita Fateem di Hari Raya

Sebelum pergi beraya ke rumah orang,

Gua dah pesan siap siap pada fateem..

"Kalau ada orang bagi ang pau, kena ambik tangan kanan...salam tangan orang tu, lepas salam cakap terima kasih..faham?"

fateem macam biasa..hangguk kepala memberi isyarat faham.

Petang hari raya pertama, kami pergi beraya ke rumah Pak Usu dan mak Usu.

Lepas pekena lontong dan ketupat palas cecah rendang, tibalah saat untuk pulang. Gua dah nampak di tangan mak Usu tergenggam sampul ang pau. Inilah masanya fateem tunjuk adab berhari raya dengan orang tua, getus hati gua.

"Kita dah nak balik, pergi salam dengan mak usu dan pak usu" - arah gua pada fateem.

fateem lantas pergi bersalam sambil menyambut ang pau dari tangan mak usu dengan tangan kanan.

"Terima kasih tok usu" - kata fateem.

Mak usu senyum. pak usu juga senyum. Gua dan Cikgu turut senyum.

Tapi senyum kami cuma kekal beberapa saat sebelum fateem kasi snipe takde kesian:


"Ehh...dua ringgit je ayah??"


Gua terus berlakon cakap talifon sambil meluru start enjin kereta.

Hampeh!

***
Lepas kejadian berkenaan, gua tambah lagi satu nasihat pada fateem:

"lain kali...kalau orang bagi angpau, tunggu masuk kereta baru bukak!!...faham?!"

fateem macam biasa..hangguk kepala memberi isyarat faham.

21 Nasihat Ikhlas:

Rabiatul Adawiyah said...

Hahaha, takdak orang komen lah bro. Gua first. Gua first!

Fateem ni memang cari nahas kan? Hahaha.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

duit ringgit?

gee carmen said...

hehehe.. sama kes mcm anak buah saya yg umurnya 4 tahun. dia pon terus bukak lepas dapat sampul duit... pastu kecoh jadinya mcm fateem. huhuuu. selamat hari raya :)

Latifah said...

huhuhu... fateem oh fateem...
xpe, duit gak tu.
dah besar nanti, dapat duit besar lagi =)

FAD ARIFFIN said...

haha.. lain kali bagi nasihat kasi habis bro ;-P

Hidemichi said...

senang bawa anak yg tak pandai nilai duit. Kita yg sapu pun dia buat tak tau je...ekekeke.

ringo said...

anak buah gua pun lagi sorang. datang beraya rumah orang boleh pegi bantai mintak menu. gua dah tak tahu ape nak cakap. kah kah kah

fndrocka said...

takpe...step by step..

mimizuzuhaha said...

Nasib dia tak kata eh 1 sampul je,bagi la 5.
Lagi haru camtu

frwls said...

kena tambah ni,

"jangan order air kat umah orang"

djambu puadovich said...

fateem mengharap ringgit dan sen skali kot...hehe

Cesc Luzeza said...

budak2 dah makin bijak skng ni..hahahahah

Kap said...

budak sekarang tahu kepentingan duit dalam kehidupan.
dia orang nak tolong mak ayah beli gula tak bersubsidi.

redballerina said...

ni semua kena salahkan bank keluarkan duit seringgit kertas. dulu x men r duit raya sikit2.

Anonymous said...

lu sebagai pemikir paling serius untuk geng blogger lu, gua nak kasik satu persoalan. kot-kot lu ade idea bernas yang boleh dipraktikkan kawan-kawan.

laknatullah kristian sudah bakar Al-Quran. diorang dah tukar september 11 into "Membenci Islam Hari". dan tak mustahil, pemuja satan Lady Gaga akan buat satu lagu 'untuk' kita pulak.

so, ape pemikiran lu?

j4l4k said...

Itulah tanggungjawab ibubapa mengajar anak2 perihal adab sopan berziarah... melentur bulur biar daripada rebung kalau dah jadi buluh pelempang pun dah tak berguna

sastraboy said...

uish. stail kapitalis anak lu brader. jaga jaga. haha.

~udalolli~ said...

tu la lu kalo bab duet mmg lu cepat lupa bai. len kali lu je yg smbut angpau tu hahaaaaa

speedrider said...

budak2 memang macam tu.. hehehehe. Selamat Hari Raya Fdaus!

Ritz @ Din said...

biasa la bro.. bebudak...

mi-g said...

dulu aku penah mcm nie....
aku dapat duit raye...
pastu aku blh pulak tya balik...

`eyh, 50 sen jer???`


dlm kete, aku kna cubit ngn mak aku...