Sunday, September 5, 2010

Iklan raya Tv3 - Konspirasi?


Gua ada 2 benda nak cakap..

Pertama:
Tv3 kelmarin keluarkan iklan hari raya aidilfitri yang mengundang kontroversi. Ya. Iklan Tv3 pada gua memang tak sepatutnya jadi begitu. Iklan perayaan yang bersifat keagamaan perlu niche dan spesifik. Perayaan yang bersifat keagamaan bukan macam perayaan hari Merdeka, atau sambutan hari 1Malaysia. Perayaan keagamaan sangat dalam dan sensitif sifatnya pada penganut sesuatu agama itu sendiri. Jadi, menggabungkan beberapa unsur perayaan agama lain dalam ke dalam satu entiti agama yang lain sudah pasti mendatangkan kecoh dari pelbagai peringkat manusia, dari pengarah sampai ke mat rempit. Sedikit sebanyak ada protesnya.

Namun, kepada yang memprotes, lu orang kena tahu apa yang lu orang protes. Bukan ikut ikut orang. Tengok orang protes isu, lu orang pun nak tumpang semangkuk protes sama. Jadi 'bandwagon'. Tak tahu apa benda. Kalau ikutkan lojik, apa yang Tv3 gambarkan dalam hari raya adalah menifestasi kehidupan sebenar dan realiti yang kita lalui hari ini. Samada kita suka ataupun tidak, falsafah berhari raya sudah bercampur aduk dengan elemen elemen lain yang terhasil dari persekitaran (baca: perayaan agama dan budaya bangsa lain di Malaysia). So apa ada hal?, bagi angpau duit raya, rumah terbuka, berbelanja sakan, tengok tivi sakan pun perkara perkara yang tidak ada dalam falsafah Aldilfitri. Jadi kenapa bila Tv3 buat iklan baru nak kecoh?

Secara peribadi, gua tak setuju Tv3 buat iklan macam tu walaupun hakikat sebenar umat melayu/islam di malaysia jauh lagi mengarut dari apa yang ditayang ditv3, kalau kita tengok dari pelbagai sisi. Tv3 merupakan media arus perdana. Peranan media ni penting. Kalau media suka menipu, rakyat pun sedikit sebanyak akan suka menipu jugak. Kalau media tayang benda baik baik macam alunan zikir dan doa doa, sedikit sebanyak anak gua boleh ikut juga. Baca berterabur tu kita cerita kemudian. Pendek kata, apa yang media suap..akan memberi kesan kepada masyarakat, samada elok ataupun tidak, kesannya tetap berbekas.

Berbalik pada isu iklan hari raya tv3, dan point gua yang sentuh peranan media..golongan yang paling senang terkeliru adalah kanak kanak. Kalau orang tua pun terkeliru jugak, pergi mati lah gua malas nak campur. Kanak kanak ni otak dia macam span. Dia serap apa benda yang ada dalam tivi. Kalau tv3 kata hari raya tu ada beca terbang macam santa , ada unsur bunga teratai macam Deepavali..makanya minda mereka akan terpatri makna raya aidilfitri = beca terbang, bunga teratai. Sekali lagi gua tekankan, perayaan agama bukan macam perayaan hari merdeka. Sentimental dan elemennya perlu dipelihara, apatah lagi kalau perayaan aidilfitri itu digambarkan sama seperti santa krismas atau deepavali, secara terang terang pulak tu..lagi la tak patut.

Media perlu mendidik, bukan mengelirukan. Media perlu peka, bukan hentam kromo asalkan duit masyuk buat apa pun no hal. Macam iklan raya tv3, itu kerja orang tak sekolah!. Bodoh apa tulisan jawi pun jadi terbalik?, ada beca terbang?, WTF!, macam mana nak mendidik??
Mana tv3 punya Quality Control?, mana pergi panel penilai?, mana hilang orang melayu islam dalam tv3?, ini iklan siapa buat storyboard?, in-house ke sub ke vendor?, kalau sub ke vendor, siapa vendornya?, islam ke tak islam?. Siapa approve?

Ok. Apa yang gua boleh simpulkan, iklan tv3 sangat tak sensitif terhadap orang melayu islam, dan mengelirukan kanak kanak. Cukup dan tak lebih dari itu. Tv3 pun dah mintak maaf. Jadikan pengajaran dan jangan cuba nak men-satu-malaysiakan aidilfitri dengan sewenang wenang.

Gua kata awal awal tadi, gua ada dua benda nak cakap..satu dah habis, masuk nombor dua pulak.

Kedua:
Masih berkait rapat dengan iklan raya tv3. Tetapi hal yang gua nak cakap kali ni menjurus pada insan insan yang terlebih bijakpandai dalam mengulas isu.
Gua nak tanya geng geng fesbuk, geng geng forward emel, geng geng cepat kena tipu dan geng geng suka berfikir hal mengarut,

1. Apa kejadahnya iklan raya tv3 boleh ada 'trick' Illuminati?
2. Sebiji mentol melambangkan 'Enlightenment'?
3. Songkok putih melambangkan 'Pope'?
4. Freemason pun ada?.
5. budak baca buku, buku tu sebenarnya Bible.?
6. Malam yang gelap = Islam yang mundur.
7. Teluk Intan , sebab ada illmuniati Lodge.
8. macam macam lagi gua tak larat nak tulis...

Kawan kawan dan adik adik yang gua sayang, janganla cepat diperbodohkan dengan teori konspirasi yang takde asas macam ni. Iklan tv3 punya kesalahan macam yang gua cakap kat atas. Itu saja. takde kena mengena dengan Illmuniati, Freemason apa jadah tu semua.
Jangan terlampau taksub dengan teori konspirasi. Bawak bawak la hidup dalam realiti dan terima sesuatu as it is. Tak payah nak cari 'hidden' agenda atau apa apa maksud terselindung. Konon konon Freemason dan Illmuniati nak mencengkam kita semua, segala yang ada di dunia ni semuanya dalam perancangan Yahudi. Oh Tuhan ku!,

Tolong lah brader brader dan makwe makwe sekalian..kenapa mesti kita paranoid?, kenapa mesti kita menggelabah tak tentu hala?, kamoonnn!!, sudah la iklan tu tak mendidik, datang pulak lu orang buat teori sendiri yang entah apa apa, lagi la merosak masyarakat!. Ingatlah setiap sesuatu tuduhan itu perlu pada asas dan bukti. Kalau takde asas, maknanya benda tu spekulasi, bila namanya spekulasi, kebenarannya tak jelas..bila kebenaran tak jelas, hasilnya masyarakat akan jadi triple keliru, dan orang bukan islam akan tengok kita ni lemah, paranoid, takut hal yang bukan bukan, skeptikel tak berasas..akhirnya, kita akan lebih jatuh ke lembah kebodohan kerana tidak mahu berfikir akan hal hal yang pragmatik lagi objektif.

Supaya kita tidak jadi lebih mengarut dan berfikir yang kita tahu 'perancangan Freemason dan illuminati', gua rasa lagi baik kita fokus tenaga untuk baca Quran dan buat terawikh dan qiamullail..Ramadhan ada lagi 2-3 hari je ni haa..

Cukup cukup la mengarut...

54 Nasihat Ikhlas:

sang kamen said...

like!

NuR said...

bernas!

mazhad said...

stuju part paranoid 2...snang sgt nk paranoid bdak2 skang...

Insan Kerdill said...

iyer, bernas..

Anonymous said...

baju rockmen sume ada unsur illuminati.

apa ada hal?

Khairi said...

sekali pjg benar kau tulis hehehehe. terpaksa aku reserve baca mlm krg. kat ofis ni susah seket beb!

alan zed said...

mamat tue = paranoid android?

Cik Agogo said...

gua rekemen lu bace blog si siggplus tengok dia bahan bahek punye pasal freemason laa... illuminati semua tu...

tak berenti kot gelak.

pada gua, iklan tv3 tu cuma tak kena pada identiti raya je... lain2 tu malas la nak ulas... ye lah sampai ke tahap nak tafsir sebijik2 mendenye...

haih... nampak benau laa takde keje deme nak tafsir2 nih...

Kap said...

ngam ho.

baik kau tukar color blog ni.
tak pasal nanti kena kait "malam yang gelap." ;)

Anonymous said...

i like part 2...

baru td timbul teori berkenaan iluminati la, freemason suma bagai... okay, ako pun terfikir apasal ramai sgt yg cepat2 nak buat link dan perkaitan dgn benda2 ni? most people mmg taksub dgn teori konspirasi.. ni lagi 1 contoh utk mengelirukan semua org...

iklan pun dah kelirukan orang...
teori konspirasi menambahkan lagi kekeliruan dan kepanikan... macam2

vovin said...

sebab ramai orang Melayu bodoh kat atas muka bumi Malaya ni.

Tak semua, tapi ramai.

RastaMat said...

Ye benar..

fizranier said...

bro..lu x letak like button macam fesbuk la..klu x wa nak klik button like tu namplohpat juta kali

Anonymous said...

why not org yg baca teori mengarut 2,baca teori kat blog ni pulak..

http://obefiend.blogspot.com/

at least tgk benda2 2 dari sudut yg berbeza..

Anonymous said...

tapi kite kene juge pkir pasal freemason bagai sume..kenkadang kite ni tak sedar org dah pergunakan kite..org yahudi,control kite gune minda je..

pikir2kan dan selamat beramal :)

Raja Fiqri Fauwaz said...

Haha.

Gua pun ada tulis pasal ni..

Tapi simple je..

Tak payah susah pikir panjang-panjang..

Gua buat macam isham tukar tiub tulis dalam mastika..

Campakkan sahaja tuhan baru itu.....

kah kah kah..

AMMOSHAM said...

teori betul siut...lu jangan buat main dengan yahudi...

Afyy ;) said...

Aku setuju dgn kau!
Aku malu weh tngok org org ni tk habis habis dgn illuminati lah freemason lah.
Bagik aku, musuh sentiasa je dtg kiri kanan dpn blakang nk hentam kita, nak goyahkan iman kita.
Patutnya kita tk payah sibuk sibuk fikir niat hitam org lain.
Lebih baik kuatkan iman diri, buat amal ibadat.
Kalau sibuk terkejar nk bongkar agenda tersembunyi org, tpi diri sendiri amal kurang, tk guna jugak. Ye tak?

Tipu Tapi Benar (TTB) said...
This comment has been removed by the author.
siti norfatiha said...

dari tafsir elemen2 dalam iklan satu persatu, baik belajar tafsir Al-Quran. ada jugak ilmunya.

Pekerja Kontrak said...

serius ke kuar tv... nampak sangat aku dah lama xtgk tv...

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Aku pun tak sempat tengok kat tv. Nasib baik ada youtube.

Tapi youtube tu pun freemason punya... Apahal?

hdyh said...

agree sgt sgt.. :)

Boneka Tak Sakit said...

Ya Allah pandai ko bro kompem ada dgree nie./ :))

mr sukahatiaku said...

sangat stju yang second tu .

deus X machina said...

banyak sangat tengok the arrival cenggitu la jadinya

ringo said...

kalau dah mencari sangat, bentuk jamban pun dorang boleh kata ada unsur iluminati. kah kah

kerusipusing said...

aku rasa bentuk lobang hidung aku ada bentuk illuminati / freemason la bhai...

camna ni bro????????????? camna ni????

TIKUS MANDO said...

ni baru illuminati, belum lagi illubenciti.

Sylarius said...

Illuminati ni menatang aper? Dah macam dalam cerita Angels & Demons jer.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

terbeak...selamat hari raya

Anonymous said...

at last,jumpa jugak entry yg sangat rasional pasal isu ni.
well said bro. couldn't agree more on ur take on this issue.

sehari kat ofis (arch-rival media prima) tadi bro,dok cerita pasal menda ni. ada gak yg sibuk buat analisis frame by frame, pastu pakat2 setuju kononnya ada conspiracy theory dalam iklan tu. nak nak pulak program tv3 before this (the last Juara Lagu) dah dikaitkan dengan illuminati bagai. nak share something, set designer Juara Lagu tu is a good friend of mine, dia tu nak sebut freemason pun tak berapa nak reti (slang Kedah dia tak hilang), let alone nak masukkan unsur-unsur tu semua dalam kerja dia. complete n utter bull.

my take : totally out of the box, nicely done. convincing graphics & theme song packages,sadly sedikit tersasar dari norma sensitiviti kemasyarakatan maka jadiknya, tak sesuai.

epin jenal said...

itulah pasal brader. aku pelik mende mcm tu bley pikir jauh gile. terlalu primitif dan subjektif diorang pikir.diorang pikir tersirat sgt padahal kesalahan tersurat terang2 kite bley nampak (iklan menyamai perayaan natal). thats all. noktah. takyah pikir2 kan? manusia sekarang dah pandai sgt~

hOtMaMa said...

terbaekkkkkkkk la bro! selamat hari raya.. aku blk kg naik kereta.. tak naik beca terbang.. wakakka!

akulafix said...

gua sebagai anak teluk intan tidak bersetuju hang pa cakap ada illuminati lodge...apa daaaaa...

bro,
gua sokong lu.

jean said...

Korang jangan fikir Illuminati tu teori konspirasi semata2.dalam al-Quran dah nyatakan tentang dajal ni,tolong kaji dulu,kau boleh nak kutuk The Arrival tu aper ker,tapi korang tak boleh nafikan Quran tu.

Ini bukan pertama kali tengoklah aNUGERAH jUARA lAGU sebelum ni,konsep 1 Malaysia tulah agenda dajal,ingat kita dah penghujung zaman.

Di barat ramai dah tersedar tentang ni tapi yg kesiannya mereka tak pasti aper nak buat sbb kitab mereka tak jelas.Malaysia pula umat Islam masih tercangak2 aper Freemason ni walaupun mereka tau Dajal akan muncul akhirnya.

Yang sedihnya orang Islam di Malaysia tak sedar lagi tentang ni.
tulah byk sangat tengok drama mistik kat tv3.

Tahu tak Freemason & Illuminati ni yahudi punya agendalah & dalang mereka ni Dajal.Dajal tu tunggu dilepaskan jer bila2 masa.

Mereka ni tak hairan pun org sebarkan perihal mereka kerana misi mereka telah berjaya,kita dah hidup dalm sistem Dajal,so sikap nak peka tu dah takder.

Nak cerita byk tapi aper jua ckp orang kena pandu Quran dan Hadis.

Tulisan jawi diterbalikkan dah melibatkan akidah.Benda ni mmg pengarah kreatif yg buat tu cina yg buat tetapi yg meluluskan tu sapa??Orang islam juga,so isu racist tak berbangkit.

Sekali nak beritahu F & I ni tak hairan pun,sebab beginila respon yg dapat dijangka,TAKKAN PERCAYA.
Tapi selagi ada nyawa tuntutlah ilmu jgn cepat sangat mengulas.Maklumat Freemason & Illuminati ni pun orang alim dah bangkitkan isu ni.Boleh baca kat kolum ustaz-ustaz yg terkenal.

Ni perihal orang takkan percaya,sesungguhnya gembiralah puak2 dorang..
http://www.dinar-emas.com/vatican.html

kucai said...

aku sokong apa yang hang tulih..aku tatau la pasaipa sejak 2 menjak nie orang kita terlalu paranoid..siap boleh buat hipotesis sendiri..dah srupa budak sains plak..orang kita(khususnya orang melayu la) terlalu paranoid, takut bayang2 sendiri dan pengecut. bro..kita orang melayu la..darah pahlawan..orang lawan, kita lawan balik..tapi jangan la dok buat propaganda yang mengongsangkan orang..kalu ada fakta, tak apa la..tpi kalu stakat teori sendiri, baek simpan la...

Anonymous said...

AJL tu tak boleh salahkan arits mereka tu puppet jer..study balikla bro..serabut gua tgk org komen tak yah pikir byk buat aper kalu tak pk???baik jd lembu!!

memandangkan blog lu ni ramai pengikut bwkla org kearah berfikir bukannya malas berfikir,alpa sgtla org kita ni.Alpa sorang cukup ar jgn nak hanyutkan org lain jgk..Berat dosa nak tnggung tu..

Shahira said...

I like this entry ! Some people are so obsessed with Freemason, Illuminati or apa ke jadah semua itu. At first place when I discovered about the Illuminati, I'm just terribly shocked ! But I do believe of their existence and hidden agenda.

But when our people start to act lebih kuah dari sudu and always think whenever something is not right, they must connect it with Freemason, I started to feel 'WTH ?!' Our people are just busybody. Instead of thinking about Freemason all the time, why don't WE just focus on ourselves first ? Go over our weaknesses and work together for the glory of Islam once have. And when we have all the strength we need, that is the time when we should think about kafir and their destroy-Islam agenda. Start from the basic, al-Quran and hadis :)

Anonymous said...

iklan tu x ssuai - iklan tu dh kene tarik balik.

orang melayu dok balah2, bodoh-membodoh, sesat-menyesat buat ape?

kalo betul iklan tu punya niat nak hancurkan melayu/islam memang berjaya la pun misi dia. kene tarik pon kesan dia msh ade.

terpakse aku gelak dan tangiskan nasib bangsa aku. renti gaduh renti jd bodo bole?

Pala Maldini said...

Good review..

Sang Harima said...

Gua pun dok setuju jugak dengan orang hok taksub dengan freemason apa jadah, tapi biarla mereka dengan minat mereka.. Itu art mereka, bukan mereka vandalisme pun, setakat menulis di dada internet..

Anonymous said...

gua sokong opinoin part 1 tu..
part tu guat tak setuju..
lu kene study skit semiotik.. blaja ngan bro TT pun ok..
lu kena igt, bukan tv3 je yg ada kuasa 'mempengaruhi'.. blog lu pun ada jugak.. so jgn la label org yg tak sependapat tu paranoid ka apa ka.. gua pun tak nafikan ada pihak yg over menterjemahkan iklan itu..
but the agenda still there..
at least 'diorang' dah achive target untuk kelam-kabut kan so called Muslim Malaysia..

have a great last week of ramadhan bro!

makdara TERDIVA said...

betul! memang mengarut..ade ke babit2kan kg i [telok intan] dgn benda2 tu..ish! sedih tawww..

slmt hari raya bro!

jo said...

entah kenapa tiba-tiba gua setuju dengan profile berfikiran lembut lu tu. mula-mula tengok menyampah jugak bro..

dzul said...

menterbalikkan ayat al-Quran (dalam iklan ini menunjukkan ayat al-Quran tiada baris dan bukan tulisan jawi) bukan kesilapan bodoh tetapi memang sengaja dibuat. Mustahil bagi pembikin iklan buat kesilapan mcm tu..dan sepatutnya kanak-kanak lelaki tersebut lebih ceria apabila mukasurat di alih dari gambar beca ke al-Quran dan bukan sebaliknya..sekadar berkongsi pandangan..

Anonymous said...

bukan paranoia... itu bab fahaman masing2... tafsiran masing2...

macam nie lah...

apa kata... hang pi baca kajian mengenai subliminal mesej... hidden mesej... kaitan antara imej dan paparan kepada anomali otak...

dah khatam...

nanti jangan terkejut...

memang subliminal mesej iklan tv3... dan banyak lagi hiburan tv3... astro... semua mengikut skrip agenda freemason illuminati...


bukan paranoid... tapi mengingatkan...

hidup jangan terlalu keduniaan... jgn terlebih bijak sampai tak nampak perkara disebalik tabir...

wassalam...

jack sparrow said...

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

dunia ini kita pinjam dari anak-anak kita

Anonymous said...

illuminati macam mane pun.
kalau kite tak ikut ajaran Islam tak gune jugak.
nak percaye illuminati ke nak percaye kuasa Yang Esa?

FdausAmad said...

Yes!

komen last ni memang real..

RosePinkTheSecretLove said...

mmg inilah dlm byk2 post yg psl iklan raya tv3.. plg bernas dan tk mengarut!
ader ke kait iluminati ntah paper.. siap leh tafsir hidden agenda.. ntah papa ntah.. org dh mnta maaf kite maafkn sajelah kan.. hbs cerite..;)

chekodok said...

zaman sekarang makin lama makin pelik je,
semua nk iluminati susah gk sebenarnya,
nk komen post kau sebenarnya terasa mcm iluminati gk,
paranoid kah aku?

Anonymous said...

firdaus bin ahmad firdaus bin ahmad. terima kasih atas PENDAPAT anda. bukan semua yg berlaku di dunia ni hasil konspirasi. kalau takde ilmu memang susah nak faham dan nampak pasal freemason ni. lg senang lu tak payah cakap kalau taktau.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu