Sek Keb Matang Gerdu 1993
1 minggu. Ini masa yang gua habiskan untuk selongkar cari gambar kat atas tu. Habis berselerak almari album gua tangankan. Tak jumpa dalam almari album, gua amok pula segala laci laci yang boleh menjadi port simpan barang. Laci almari solek, laci almari buku (nama je almari buku, tapi yang bersusun semuanya majalah Ujang), laci almari surat cinta adik gua, laci almari baju, laci dapur dan juga laci kasut.
Semua tarak!
Selang dua tiga hari gua repeat selongkar balik tempat tempat yang gua syak ada tersorok gambar ni. Tak jumpa tempat yang gua syak, melarat pula cari ke bawah katil, belakang tivi, bawah tilam, belakang meja piala serta medal Johan bolasepak masa dulu dan masa sekarang, pot simpan beg, dalam stor, dalam beg plastik baju lama, belakang lampu tinggi tepi katil, celah celah baju lipat dan celah kusyen.
Pun tarak!.
Namun hari ni nasib gua berubah sikit, gua renung semula ke almari album dalam dalam, sambil mulut berkumat kamit baca doa. Untuk round yang entah berapa kali, gua selak balik album satu satu...selak..selak...selak..selak..ehh apehal satu mukasurat album ni tebal dia lain macam?,
Hampeh!, gambar rare ni terselit dua lapis rupanya..cara jumpa tak dramatik langsung.
Buat penat gua cari macam musang kelmarin.
Ok, apa yang rare nye gambar ni?, rare nye gambar ni sebab dia memuatkan gambar brader Kerol Faeizi. Satu satunya gambar Kerol Faeizi yang ada dalam simpanan gua selama 16 tahun ni. Banyak kali juga gua up kerol faeizi ni selama gua tulis blog.
Kepada kutu kutu yang ikut blog gua dari awal, dan juga kutu kutu yang beli SK, juga tidak lupa kutu kutu yang terlanggar blog gua masa jalan jalan cari blog makwe, atau kutu kutu yang pada awalnya nak cari bahan buat assigment kejuruteraan di Google, lalu Google halakan sumber maklumat kejuruteraan yang lu orang cari ke blog gua, atau para ustaz ustazah yang buat homework di blog gua sebagai material tarbiyah untuk menyedarkan anak anak usrah mereka..pendek kata..sesiapa sajalah..
Hari ni gua nak introduce, yang belah kiri sekali tu lah Kerol Faeizi...budak belah kanan pakai talipinggang cokelat tu pulak nama dia Jali the smart boy. Gua ada cerita sikit pasal Jali the smart boy ni masa puasa tahun lepas. Apa macam?, smart tak dia?,. Yang tengah tu Ucop.
Gua dengar Ucop kerja di MINDEF jadi askar, Jali the smart boy gua tak tau cerita..Kerol Faeizi sekarang kerja cikgu sekolah menengah di Kulim.
Tahun lepas gua dapat cari nombor talipon kerol faeizi ni..Pehh, dia punya teruja masa dapat tu jangan cakap la..
Gua terus SMS:
"Kerol Faezi, lama gila tak dengar cerita, lu buat apa sekarang?"
Gua letak nama penuh dan tulis '6 merah 94' di hujung sms.
Message sent. Dada gua ada sikit berdebar debar. 15 tahun tak pernah tahu apa cerita. Bukan hal main main.
Beberapa minit kemudian..titt titt titt..
Gua tekan butang henset.
Mesej balasan dari kerol faeizi gua baca berhati hati.
"Aku tengah makan pasembor, baru balik terawikh."
Gua jadi patah hati.
***
Itu cerita tahun lepas,
Esok gua ingat nak cuba sms dia sekali lagi, tengok apa pulak dia nak balas...
Semoga gua tak patah hati lagi.