Thursday, August 12, 2010

Satu hari di bulan Ramadhan 22 tahun lepas.


1988

Hari baru pukul 11 pagi. Tekak dah menggigil mintak air sejuk. Gua cuba cuba tahan tak berani nak tunjuk lemah depan member tadika. Perjalanan masa terasa gampang dia punya lambat. Pukul 9 pagi tadi masih ligat gua main lumba lari dengan Iyas, berkejar ke sana ke mari seolah olah ada nasik lauk ayam tunggu di rumah. Padahal gua terlupa orang kampung sekarang dah sibuk puasa. Budak budak muda yang kerja bendang dah mula rancang pergi bandar tengok wayang di hari raya. Makwe makwe sekolah peringkat atas pula sibuk bergegas ke hulu ke hilir mengepos kad raya pada boifren kampung sebelah, ibu ibu sibuk mengadun kuih muih, manakala bapak bapak yang jiwanya rock, akan beransur perlahan lahan ke kedai Pak Din ikut pintu belakang menjelang tengahari.

Gua punya seronok lari lari tadi tak berapa demand. Kaki nak melangkah jadi berat sampai rasa terketar. Perut jadi lembik dan lemah, tak keras macam biasa biasa. Mulut datang rasa payau, pahit dan semua jenis perangai. Kalau hari tak puasa, hal mulut payau ni boleh tune balik pakai air oren botol, atau nak lagi sedap bilas pakai Fanta hijau.

Rasa nak mintak air kat cikgu Ina, tapi malu!. Mana tak malu, baru sekejap tadi tunjuk hero kata puasa depan kawan kawan. Takkan baru pukul 11 pagi dah tukar cerita lain?. Lagi pun sikit je lagi nak balik rumah ni. Gua congak congak kalau dapat sampai rumah pukul 11.30, pukul 12 lebih macam tu boleh continue keluar main lari lari balik bawak ke petang.

Semalam punya jadual pun serupa tu juga.

***

"Mana ayah dengan ibu tak balik lagi ni kak Boya?" - tanya gua setelah selesai basuh tangan dan lap mulut.

"Tak tahu la..malam semalam kata hari ni nak pergi Taiping beli baju raya" - balas kak Boya sambil rewind kaset pakai pen, cara nak sep bateri walkman lah tu. Tapi yang gua hairan, rumah gua masa tu bukannya ada walkman pun.

"Pergi Taiping beli baju raya?, aku tak tahu pun?, aku nak ikut!!" - suara gua dah merosot lebih ke nak menangis.

Tahun ni henpon belum ada. Kalau ada pun tak mampu beli, gaji ayah gua ada la dalam seribu, gaji cikgu. Nak berhubung memang payah. Bila kena tinggal tu maknanya kena tinggal la.

Seterusnya, gua menangis dan mengamok terajang sana sini sampai tertido atas lantai.

***

Petang sikit, bila gua bangun tido, gua dapati ada kotak permainan, Tora, Ding Dang dan dua tiga lagi keropok yang gua tak ingat apa benda telah tersedia dihujung kepala.
Semangat budak budak ni cepat reda kalau pandai pancing.

"Tengok ni cantik tak baju raya ?" - ibu gua tunjuk baju belang belang ada dua butang saiz sedap sedap badan budak umur enam tahun.


"K.I.K.O ni apa ibu?" - soal gua keriangan. Hati pulak dah tak sabar nak bukak kotak permainan.

Kena tinggal tak apa, janji dapat barang.


***
Dua puluh dua tahun kemudian..

2010

Sekarang bila gua ingat balik..budak budak kecik ni kalau tak penah kena tinggal rumah masa mak bapak pergi bandar, hidup dia jadi kurang pengalaman, takde nostalgia.

Ok,
Senang cerita macam ni.

Hari Sabtu ni gua dan cikgu kuala kubu nak pergi TGV KLCC tengok Inception.

Setel!.

18 Nasihat Ikhlas:

Fa-T said...

anak lu tinggal... ahaha

jo said...

kena sedia minyak kapak. takut pening kepala. bila lapo ni otak susah sikit nak bekerja..

wanna said...

1988..tahun saya lahir..

Emira Darmia said...

inception..cerita yg best utk di ulang toton sampai 10 kali pown...wahhh..nk ikowt...

lalink7 said...

make sure tgk betul2...citer tue agak susah untuk difahami...tp best giler!!

fndrocka said...

Eloklah..bulan posa ni nak eratkn hubungan suami isteri tgk wayang lah..puasa lah katakan

Afique Zainuddin Ahmad said...

apa pasal tak mintak tolong dengan Alan(budak paling jahat di kampung) bab bab nak ponteng puasa ni?

cikpia said...

chittt!!! kesimpulan tadak kaitan langsung!!!!!

hentakbelipat said...

lambat beno nak melayan cite tuh..kesudahnya fatem kene tinggal ah ni..

Days said...

jgn lupe baju raya fateem.round klcc xkan kiko lagi kott hee

87 said...

kesian fateem kena tinggal..hehe,xpe2..nostalgia la katakan,

ringo said...

lu balik nanti kalau setakat beli deng dang fateem tak makan kot. haha.

lepas tengok inception confirm lu akan tak tidur malam

LS said...

Lu nak pancing, biar cop Toy'R'Us bro. Agak2 sikit. Haha

Verdict said...

aku masih jumpa fanta merah kat Medan, sumatera Utara!

mantap..pekena ngan ais..gulp gulp gulp...!

Encik aMin said...

Fanta Hijau... klasik! :)

u l t r a b a e said...

pergh...acara gulp gulp gulp tu yg x tahan bulan2 pose ni...

Mcjust said...

bagi nostalgia sikit kt fateem...

lumachroma said...

Oren botol / oren 'bodoh' memang femes waktu tuh. Kalau fanta hijau 9 kupang sebotol, oren botol baru 4 kupang. Walaupun gas dia tak berapa nak gas tapi zaman sekarang mane nak cari air gas bawah singgit?