Tuesday, August 10, 2010

Bisnes Lepak


Lepas bulan Ramadhan ni, gua ingat nak bukak satu bisnes iaitu Bisnes Melepak. Modal tak payah banyak, paling besar beli moto kapcai, dan sebiji henset beserta talian tetap.

Modus operandi dia mudah, mana mana individu tak kiralah individu itu seorang makwe hot atau seorang brader kilang, seorang general manager atau seorang kutu jalanan, boleh kontek gua untuk minta khidmat lepak yang gua tawarkan.

Topik melepak boleh apa saja. Terpulang pada pelanggan. Boleh jadi bolasepak, boleh jadi muzik, boleh juga hal agama agama, hal projek juta juta pun gua terima. Pendek kata, nak berborak apa pun boleh.

Untuk permulaan ni, gua caj harga 'early bird'. Kalau siang sejam rm15. Kalau malam mahal sikit, sebab 'prime time'. Jadi gua caj sejam rm30. Nanti bila bisnes lepak ni dah maju dan banyak rangakaian di seluruh pelusuk negara, caj gua kasi up la.

Pusat pusat melepak pula terhad di kedai kedai mamak sekitar Lembah klang dan Tanjong Malim. Pakaian stended yang sesuai untuk program melepak la. Nak kena pakai kemeja dengan seluar panjang kain lembut apa barang?, bukannya masuk pejabat kerajaan.

Kepada peria yang sangap nak berborak kung kang kung kang, boleh hubungi gua nanti.Kita melepak sambil pekena teh tarik dengan roti kosong.

Ini bukan bisnes main main. Gua dah set up sebuah pejabat kecil yang beribu pejabat di Alimaju UK Perdana. Setakat ni Pipiyapong, Zan dan Deansham telah bersetuju untuk menyertai bisnes lepak yang gua anjurkan. Luca pun macam nak join, dan sedang merencana untuk bukak satu lagi pejabat di khas di Balakong Jaya.

Jadi kepada semua orang orang baik dan orang orang skema, jangan ingat melepak ni kerja membuang masa. Kalau kena gaya, boleh buat duit bai...

Gua juga sedang mencari kakitangan sokongan yang boleh kaver topik topik di bawah ketika menjalakan tugas sebagai pelepak.

- Bikin moto dan bikin kereta
- filem dan art
- berkebun dan bertukang
- Politik dan ekonomi
- masalah sosial ( 3 pekerja diperlukan)
- hal hal putus cinta dan cara nak mengorat makwe

Macam mana? Ada berani?

Ohh yaa.. Nama kompeni gua, Dewa Lepak Sdn Bhd.

Bisnes Lepak gua ni konfem meletop menjelang tahun 2015!

Masa tu bila cikgu tanya budak sekolah dah besar nak kerja apa?

Budak budak akan jawab : "Kerja melepak cikgu!"

Ini baru betul betul pekerjaan yang ada style...

Pekerjaan yang ada sekarang ni semua tak berapa style.

19 Nasihat Ikhlas:

zan said...

Sayugia diingatkan selain caj yuran RM 15 tu, segala kos makan minum kami akan ditanggung oleh pelanggan.

Yuran tu kira admin fees 'ja..keh keh keh

FdausAmad said...

Yes!!

Lu kaver area Klang wehh.

lalink7 said...

hahahahahhaha...
lepak buat duit xpe..
jgn lepak kosong..

JePh said...

kalau camtu,
gua nak jadi daunlain lu la.
boleh?

frwls said...

apa silibus budak-budak tu kena study kalau cita-cita dorang kerja melepak?

Kek Lobak Merah said...

nak join bule? topik yg last tu..:D haha

fndrocka said...

Gua ada pengalaman melepak masa kat universiti dulu..kalau yg shift malam gua boleh join..topik yg gua boleh cover seperti hantu,binatang dan kemanusiaan

-aPi- said...

mak aih,smpai tahap cmni skali..

huhuhu....

Cik Agogo said...

mahal kot 15 hengget... haha...

MrPayid said...

gua bg cadangan utk lu kembangkan bisnes ni.. lu jdkan konsep bisnes multilevel marketing.. makin bnyak pelepak share cite, makin bnyak org bawah dapat..hak3

Razman said...

kena cari bpe org bawah nak cover modal ni? kira mcm sistem mlm gak la kan? aku nk cover bahagian masalah sosial. skop pkerjaan tingkatkan masalah sosial kan?

hadiee said...

untung sabut timbul, untung besi tenggelam.

sWeeT mEdiciNE said...

kalau muka ensem ley gak tarik pelanggan...or lu mmg pndai smbang kencang mcm title blog lu ni ha...

iYda Juhar said...

salam ramadhan. selamat berpuasa.
jangan lupe sahur !!!

:)

.s.o.f.i.a. said...

pekerja pompuan tanak ker...??? shif siang cukup ah.... gua nak aplly nie...... takkan kastemer lu sumer pria kan...??

Maryam Zin said...

nanti Fateem nak keja melepak bila dah dewasa lu bagi ke?

oranglidi said...

agak2 petronas nak melabur dak dalam bisnes sedemikian? kalau ada kekosongan tulung rekomen gue.

Dato' Po said...

hahaha..style2

Pherry Clucker said...

rhino dah inform hal ni semalm kat gua. lu memang bergeliga.