Monday, August 9, 2010

Makan di kedai makan


Malam kelmarin, gua dan geng Alza pergi pekena makan kedai di kedai tomyam Perahu Pecah.

"Oder bang?" - tanya pengambil order setelah kami semua duduk dengan selesa.

Lalu gua pun order, cikgu kuala kubu pun order, Fateem pun order. Pengambil order tadi menghangguk hangguk tanda faham sambil mencatit order diatas kertas kecil sebesar aifon. Bab order selesai. Brader pengambil order berlalu pergi ke dapur.

Tak berapa lama dalam 20 minit, makanan yang gua dan geng Alza order tadi pun sampai. Sup sayur taknak ayam, bihun goreng kosong separuh tak pedas, nasik putih dua, daging goreng kunyit, teh O suam, milo ais dan teh ais.

Takde masalah. Order betul. Semua bagus!.

Acara makan berjalan sedap.

****

Lepas makan, kami pun bersiap siap angkat kaki nak balik rumah tengok tivi dan berlatih fesbuk.

Dari jauh gua buat isyarat panggil brader ambik order tadi suruh kira.

Dan brader pengambil order yang gua panggil tadi segera berjalan ke meja gua, steady.

"Kira bro.." - arah gua sambil tangan kanan dah sedia seluk poket belakang ambil dompet.

Brader pengambil order yang kini sudah bertukar status menjadi brader peng-kira kelihatan sedikit tersenyum.

Dengan muka rilek dia soal gua:


"Makan apa tadi bang?"


Gua terkesima sambil cuba mengingat ingat menu apa yang di order sebentar tadi. Satu satu gua cuba ulang dalam kepala.

Bila dah ingat semua, gua pun jawab tenang:


"Pizza super supreme set nombor dua."


Maka terkucar kacirlah brader tadi berlari semula ke dapur mendapatkan hardcopy apa yang patut.

Kehkehkeh.

Ketawa gua dalam hati. Ketawa kecil.

p/s: Ini kali yang entah ke berapa gua hendel situasi di kedai makan degan cara yang halus dan berdiplomasi. Tak baik marah marah orang woii. Tumbuk muka sikit sikit tu takpa.

15 Nasihat Ikhlas:

Farihah Ahmad said...

tataw. tataw.

frwls said...

berapa ringgit pizza supreme kat Perahu Pecah?

hilman.teddy said...

kedai melayu maa.

cahayachenta said...

sungguh berdiplomasi... sy pun nak guna cara camni juga la lain kali...

.s.o.f.i.a. said...

tu belum kes tunggu dekat setengah jam, pastu tukang amik order mai tanya-ORDER APA TADI BANG....??? memang bangsat la..... oooppss!!! (dekat posa kena sabaq)

bro, buku aku bila nak hantar? asek baca review orang ja.... aku nak review gak.... ingat, otograp!!!

nosembilanbelas said...

akak nak buat jugak la macam nie..banyak kali dah kena..walaupun tak ada orang kat kedai tue..kakakakakakkaa

fndrocka said...

I like your style..

nurulfive said...

hauhauahuahauahuahauahuahauhauah

WaNieY said...

lucu2~~~~
sgt berdiplomasi...

oranglidi said...

kasar ni. haha

Fa-T said...

wakakaka

she-G said...

melayu mudah lupa...hehehe

lalink7 said...

hahaahah..dah selalu dah kena tnye balik camni..dorang nie xalert langsung..nyampah

Kek Lobak Merah said...

btol! aku pon salu kene mcm ni.seb bek ingatan ni tajam..boleh la agak2 lps mkn tu asah minda..pekdah gak..haish!

nizamsani said...

aku lebih suka ke dapur siam.
tomyam dia sedap.