Wednesday, August 4, 2010

Azam Friendster 2003


Masa Friendster tengah naik tahun 2003 dulu, gua melayan juga. Buat testimoni berpakat dengan member memang perkara paling celaka. Lu up gua, gua up lu balik. Sekali sekala teringat rasa malu dengan diri sendiri boleh jatuh keperingkat paling jahanam.

Tadi entah apa gila gua cuba cuba intai balik ke Friendster. Username dengan password boleh pakai lagi rupanya. Sambil taip password sambil tahan bedebar. Dua tiga kali telan air liur tunggu dia loading.

Pergh!

Friendster punya interface sekarang serupa gampang lapan petala langit!. Macam mana nak guna pun gua dah tak reti. Gua scroll ke bawah nampak gambar perempuan bukak baju pun ada. Apa cerita ni Friendster?.

Kodek kodek lebih kurang sampai bosan, gua bersiap nak keluar.

Tiba tiba gua teringat sesuatu...

Terhegeh hegeh gua cari kat mana 'Profile'. Jumpa!.

Gua scroll terus ke bawah. Paling habis bawah. Muncul benda yang gua teringat tadi...

+++

Who I Want To Meet?
Gua pada tahun 2010, dalam keadaan Zuhud, Waro', alim, istiqomah dan takde lagi fikir hal dunia.

+++

Gua sengih.

Sekarang dah nak masuk Ramadhan sesi 2010. Jam di pinggir laptop ni pulak menunjukkan pukul 12.40 malam. Rasanya lebih molek kalau gua pergi sembahyang Isya' dulu apa apa hal.

24 Nasihat Ikhlas:

Tempat Sembunyi Lipas Kering said...

dah dekat setahun aku tak bukak frenster

adrinaqamarina said...

rse nak senyum sorang3 pulak bila ingat balek kisah3 frenster....hehe~

siggplus said...

buat taubat nasuha sekali

fndrocka said...

"Jangan gopoh wahai anak kecil, kau masih hijau...fikir dahulu sebelum berkata kata".

redballerina said...

alang-alang terus qiamulaial

nur_nj said...

perghhh ada lagi akaun friendster...
giler ahhh...

aku dah delete friensdter bila start guna Facebook.. kehkehkeh

I am Nortrom said...

FS?? HAHAH! zaman gua dulu tu

lalink7 said...

same la..still ade lg friendster..tp da lama xbokak..haha..nak tgk gambar yg zuhud tue bley? haha

Jimi And Short Story About Dia said...

perenggan terakhir memang meletops..

Abang Ben said...

rak pernah join friendster ni

Soraya Zainal said...

aku teringat dulu tahun 2003, ko penah up kan aku kat friendster aku. kalaulah aku tak del account, konfem aku dah paste sini :P

.::WaNiE::. said...

friendster penuh spam dan mmg memeningkan kepala skrg ni

kekekek

noor afzan said...

HAHA..tak buleh belah..
cepat la ikut plan 2010 TU..

.s.o.f.i.a. said...

nak terberak kapur aku baca azam ko..... lenkali jangan azam benda pelik2.... (pelik ka?)

ayobkelubi said...

frenster for gay.

iYda Juhar said...

frenster la yang membuatkan ai register fesbuk. huh

MOFASAD said...

hahaha

Hamzah Ian said...

gua tengok frenster mcm web porn pun ade..

eyra said...

dlu fs tu friendster. Skrg fs tu formspring haha!!

AMMOSHAM said...

gua pikir gua pun nak bukak balik ni...

pu3iman said...

pergh! tabik spring tilam VONO ah kat lu! Semayang Isya' lu bleh trus buat QIAMULLAIL tu.... 12.44 mlm!

Mmg azam FRIENDSTER lu dah tercapai kik kik kik

kerishitam said...

FS pn da giler skg, nk celen MS agaknye..

djambu puadovich said...

klasik gile ah frenster!

DaHLia said...

hoh, lama gak dah xjenguk FS..entah ingat lagi xusername ngan pword aku..huh