Sejak mula mula masuk tadika Kurnia, Fateem memang selalu dapat MC. Nama MC ni sebenarnya nak bunyi sedap sikit je, kalau ikut nama garang sikit, kita panggil ponteng, atau memonteng, atau tuang sekolah.
Baru kenal alam sekolah, dah rilek rilek Fateem tuang sekolah. Selalu pulak tu. Macam macam la alasan, umpamanya sakit tekak, sakit kaki, dan ada juga kes dia ponteng sebab malas bangun tidur.
Dalam situasi lain, contohnya macam gua amik cuti rehat, atau MC yang betul betul punya MC, maka secara stendednya Fateem juga akan turut MC dan berehat dengan gua di rumah. Sama juga halnya bila cikgu kuala kubu yang cuti rehat, atau dapat MC, maka Fateem akan turut serta tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
Hari ni pun sama, menjadi salah satu hari dalam banyak banyak hari yang diponteng oleh fateem. Gua amik cuti rehat sebab kena bawa cikgu pegi follow up di hospital Kuala Lumpur. Jadi fateem pun mengamuk nak ikut sekali, atau dalam kata lain dia dah dapat alasan paling jack-pot untuk memonteng.
Memikirkan alasan kali ni agak 'make sense', gua dan cikgu kuala kubu bersetuju untuk memontengkan fateem.
Kami ber tiga sampai di Kuala Lumpur dalam pukul 9 pagi. Jalan tak berapa buat hal jadi kereta dapat bergerak lancar. sepanjang perjalanan gua ada terfikir hal ponteng yang semakin berleluasa ni. Gua bajet lepas hari raya puasa ni gua nak buat undang undang rumah. Sebelum ni undang undang rumah memang ada, cuma kurang penelitian sebab pengamal undang undang terlalu sibuk dengan hal fesbuk. Perkara asas yang gua nak buat ialah penghuni rumah yang sedang bersekolah dan sedang menjalani sesi asuhan di rumah pengasuh, wajib pergi sekolah, dan wajib pergi rumah pengasuh jangan bagi macam macam alasan. tengok tivi pun kena perlahankan sikit, tido mesti tak lebih dari pukul sepuluh malam, sembahyang isya' jangan dilupa. Ini semua gua akan pantau lepas hari raya puasa nanti.
Berbalik pada perjalanan pergi hospital tadi, dalam kereta gua berbual sikit dengan fateem, hajat gua nak main saikologi supaya dia rajin pergi sekolah lepas ni.
"Best ke tak pergi sekolah ni fateem?, ayah dulu hari hari pergi sekolah" - kata gua memulakan bicara.
"Best!" - ringkas dia jawab. Pantas pulak tu.
"Tak boleh la macam tu..kalau selalu tak pergi sekolah, nanti macam mana nak jadi pandai?, macam mana nak jawab periksa dapat markah penuh?" - gua cuba fahamkan fateem tentang akibat akibat yang bakal terjadi kalau tak pergi sekolah.
fateem gelak gelak saja.
***
"kriinngg..kriinngg..kriinngg'
Cikgu kuala kubu yang hampir terlena kucar kacir angkat talipon. Kereta sedang menyusur ke jalan Tun Razak.
"helo" - cikgu kontrol suara supaya orang yang menalipon tidak syak yang dia baru bangun tidor.
Gua biarkan cikgu menjawab talipon. Nampak macam ada situasi bahaya. Tapi gua biarkan saja. Gua tahu kalau tak pengetua sekolah, mesti penolong kanan sibuk mintak markah.
Talipon dimatikan.
"Siapa?" - gua tanya spontan.
"Orang tadika talipon" - beritahu cikgu.
"Hah kenapa pulak?"
**
**
**
**
**
Gua geleng kepala sambil mengucap dalam dalam.
Kalau sampai tahap ponteng periksa ni rasanya tak boleh diatasi dengan jalan saikologi dah.
*Hari ini adalah hari pertama tadika Kurnia menjalani peperiksaan awal tahun mereka dengan kertas Bahasa Inggeris dan Matematik. Dan hari paling baik untuk gua beli sebatang rotan!.
25 Nasihat Ikhlas:
steady je ank lu bro...kehkehkeh...
fateem fateem.hahaha
dia tak tau @ u yg lupa bro??? haha!
kalau tak sempat beli rotan,hanger pun ok dah.hahaha!
haha...tu baru tadika tu...
ooh fateem....
Masalah komunikasi nie. Dan diamik ksempatan secara ekselen oleh Fateem. Buat banyak kali Feteem eh :-)
lu kasi dia ponteng lu tak tahu hari tu anak ambik periksa haha aku rasa ini bukan salah fateem.
gua yg tgh tggu buku SK. hehe.
ahaha... rotan... ahaha... selepas kaedah psikologi didapati tdak berkesan...
cis fateem
hahahah kecik2 dah bergeliga sungguh
cepat buat sesuatu bro. hihi
Skip tadika satu hal..
skip ujian plak satu hal..
hisyhh! parah dah nih..
parents tak tahu anak ada ujian? gila hebat.
ikot perangai sape la anak bertuah nie ek..haha
ala..tak payah..tali pinggang pun ok gak..
huiyyooo... true gila ponteng exam terus tuuu...
kebijaksanaan itu anugerah Tuhan...
anak bro sempoila.. bapak dgn mak dia lak muda belia..
seronok je baca kisah korang..
Whitebird
Anak aku sekolah Matahari kat Ketoyong Permai.. Pun ada masalah ponteng jugak..
Bangun tido je..
Kaki dah patah laa..
Tangan tak boleh angkat laa..
Kepala pusing laa..
Tahun depan dia bakal masuk Kurnia jugak.. Sebab dah tau hazabnya masukkan anak ke sekolah bangsa asing.. Smpi bagi salam pun tak reti..
Woi bila nk bg buku???? Eh aku lupala nk bg emel wartawan. Anak aku demammm
karma brader.. karma..!
ikot perangai bapaknye kot.. uhuhuh
patut la cepat je jawab "best"...ada ujian rupanya hari tu...ujian xleh ganti hari lain ke? hehehe
kah3..kalau lu x pandai ponteng masa kecik2 tak kan fateem nk ikut perangai mak dia pulak..haha
ni mak bapak dia la yang bagi ponteng tak tgk hari..kalo da ponteng peksa tu mmg parah da wey..
Post a Comment