Tuesday, June 29, 2010

Masalah ponteng


Sejak mula mula masuk tadika Kurnia, Fateem memang selalu dapat MC. Nama MC ni sebenarnya nak bunyi sedap sikit je, kalau ikut nama garang sikit, kita panggil ponteng, atau memonteng, atau tuang sekolah.

Baru kenal alam sekolah, dah rilek rilek Fateem tuang sekolah. Selalu pulak tu. Macam macam la alasan, umpamanya sakit tekak, sakit kaki, dan ada juga kes dia ponteng sebab malas bangun tidur.

Dalam situasi lain, contohnya macam gua amik cuti rehat, atau MC yang betul betul punya MC, maka secara stendednya Fateem juga akan turut MC dan berehat dengan gua di rumah. Sama juga halnya bila cikgu kuala kubu yang cuti rehat, atau dapat MC, maka Fateem akan turut serta tanpa sekelumit pun rasa bersalah.

Hari ni pun sama, menjadi salah satu hari dalam banyak banyak hari yang diponteng oleh fateem. Gua amik cuti rehat sebab kena bawa cikgu pegi follow up di hospital Kuala Lumpur. Jadi fateem pun mengamuk nak ikut sekali, atau dalam kata lain dia dah dapat alasan paling jack-pot untuk memonteng.

Memikirkan alasan kali ni agak 'make sense', gua dan cikgu kuala kubu bersetuju untuk memontengkan fateem.

Kami ber tiga sampai di Kuala Lumpur dalam pukul 9 pagi. Jalan tak berapa buat hal jadi kereta dapat bergerak lancar. sepanjang perjalanan gua ada terfikir hal ponteng yang semakin berleluasa ni. Gua bajet lepas hari raya puasa ni gua nak buat undang undang rumah. Sebelum ni undang undang rumah memang ada, cuma kurang penelitian sebab pengamal undang undang terlalu sibuk dengan hal fesbuk. Perkara asas yang gua nak buat ialah penghuni rumah yang sedang bersekolah dan sedang menjalani sesi asuhan di rumah pengasuh, wajib pergi sekolah, dan wajib pergi rumah pengasuh jangan bagi macam macam alasan. tengok tivi pun kena perlahankan sikit, tido mesti tak lebih dari pukul sepuluh malam, sembahyang isya' jangan dilupa. Ini semua gua akan pantau lepas hari raya puasa nanti.

Berbalik pada perjalanan pergi hospital tadi, dalam kereta gua berbual sikit dengan fateem, hajat gua nak main saikologi supaya dia rajin pergi sekolah lepas ni.

"Best ke tak pergi sekolah ni fateem?, ayah dulu hari hari pergi sekolah" - kata gua memulakan bicara.

"Best!" - ringkas dia jawab. Pantas pulak tu.

"Tak boleh la macam tu..kalau selalu tak pergi sekolah, nanti macam mana nak jadi pandai?, macam mana nak jawab periksa dapat markah penuh?" - gua cuba fahamkan fateem tentang akibat akibat yang bakal terjadi kalau tak pergi sekolah.

fateem gelak gelak saja.

***

"kriinngg..kriinngg..kriinngg'

Cikgu kuala kubu yang hampir terlena kucar kacir angkat talipon. Kereta sedang menyusur ke jalan Tun Razak.

"helo" - cikgu kontrol suara supaya orang yang menalipon tidak syak yang dia baru bangun tidor.

Gua biarkan cikgu menjawab talipon. Nampak macam ada situasi bahaya. Tapi gua biarkan saja. Gua tahu kalau tak pengetua sekolah, mesti penolong kanan sibuk mintak markah.

Talipon dimatikan.

"Siapa?" - gua tanya spontan.

"Orang tadika talipon" - beritahu cikgu.

"Hah kenapa pulak?"

**
**
**
**
**

Gua geleng kepala sambil mengucap dalam dalam.


Kalau sampai tahap ponteng periksa ni rasanya tak boleh diatasi dengan jalan saikologi dah.


*Hari ini adalah hari pertama tadika Kurnia menjalani peperiksaan awal tahun mereka dengan kertas Bahasa Inggeris dan Matematik. Dan hari paling baik untuk gua beli sebatang rotan!.

Saturday, June 26, 2010

Review Buku


UPDATE
Review pertama buku SEMBANG KENCANG oleh Hentakbelipat, boleh baca DI SINI. Terima kasih kepada Hentakbelipat.

UPDATE 2
Review lagi oleh brader firol, boleh baca DI SINI.
Terima kasih kepada firol.

UPDATE 3
Review lagi oleh brader dalyanoon, boleh baca DI SINI.
Terima kasih bro.

*Kalau ada sape sape yang buat review SEMBANG KENCANG , sila beritahu supaya gua boleh cakap terima kasih dan link kan review lu orang untuk bacaan umum.

Thursday, June 24, 2010

Adab Berziarah


Cikgu Kuala Kubu dah tiga hari kepala berpinau. Hari pertama dia MC, masih steady main fesbuk. Hari kedua pekena MC sepam lagi, fesbuk dah berenti, tenaga buleh tengok tivi je.

Hari ke tiga (hari ni), masa turun tangga,

"Baamm!"

Jatuh di lantai.

***

Gua tak peduli kiri kanan dah, terus bawak pegi hospital di Kuala Lumpur. Kalau gua bawak pegi hospital Tanjong Malim macam takde perkhidmatan intenet pulak nanti.

Sampai di hospital, doktor Wenly suruh masuk wad. Berakal juga nurse nurse melayu dan India kena hamun dengan doktor Wenly sebab tak buat prosedur ECG pada cikgu sebelum jumpa dia. Bila melihatkan keadaan tegang dan getir macam tu, gua tangkas angkat talipon letak ditelinga lalu bercakap orang putih sambil tangan kanan cekak pinggang, padahal doktor Wenly dan nurse nurse tak tahu yang gua sebenarnya sedang becakap dengan diri sendiri, bukan ada pihak lain pun.
Habistu dah nurse dan doktor berkonfrontasi, masing masing muka ketat, gua dan cikgu ang terlepak di situ nak bertindak macam mana lagi?, kalau nak menyamar jadi mesin tekanan darah rasanya dah terlambat.

Apabila suasana dah semakin bertenang, perlahan gua beransur mintak diri untuk ke tandas. Gua biarkan cikgu bercakap cakap dengan doktor pada intonasi terkawal.
Akhirna, doktor Wenly suruh sorang nurse berumur dalam lingkungan 40'an yang berjaya incharge situasi tadi bawak cikgu pergi masuk wad di tingkat 4.

Kena tahan masuk wad ni gua kira bukan hal main main, gua perlu cargas balik rumah kemas baju, seluar, bedak dan menguruskan pelbagai perkara serius yang lain sebelum turun semula ke Kuala Lumpur. Masa datang hospital tadi gua mana bawak apa benda, pakai selipar pun takde jenama.

Untuk bertindak tangkas, gua terfikir nak balik ke Tanjong Malim ikut jalan belakang. Tapi malangnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim tiada jalan belakang yang laju, paling belakang pun mesti kena redah Jalan Tun Razak, yakni jalan yang paling 'brader' dalam banyak banyak jalan yang ada di sekitar Kuala Lumpur ni. Jalan jalan lain macam Sultan Ismail, Ampang apatah lagi Jelatek ini semua jalan budak tingkatan tiga. Kalau Jalan P Ramlee kita cerita lepas pukul 12 malam.

Dalam kekalutan menghendel situasi, gua sempat lagi hantar pesanan ringkas pada sorang kawan bisnes gua, Saufy yang duduk di Kuala Lumpur. Gua rasa tak patut betol datang Kuala Lumpur tak mesej kawan kawan untuk hal emejensi macam ni, terutamanya kawan bisnes.

"Bini gua kena masuk wad, malam ni gua tido KL". - Kata gua dalam sms.

Seketika kemudian, Saufy kawan bisnes yang gua hantar pesanan ringkas tadi balas balik:


"Tido KL?, Boleh kita lepak, banyak hal bisnes nak kena bincang!".

+
+

Dengan ini gua dapat buat kesimpulan, dalam kehidupan yang serba serbi fesbuk, blog, google dan formspring, prinsip kapitalis dan hedonisma duniawi sememangnya lagi true daripada ibadah fardhu kifayah dan nilai nilai kebajikan sesama insani.

Gua beristighfar bertalu talu.

Monday, June 21, 2010

Orang world cup..dia pun nak world cup


Ada seorang makwe pejabat gua ni, entah bila dia jadi peminat bolasepak gua tak tahu la. Tapi yang gua tahu sempena World Cup ni dia klem dia sokong Sepanyol.

Gua tanyala, "kenapa sokong Sepanyol?"

Sambil menguntum senyum, makwe tersebut menjawab:

"Sebab ada Messi..dia comel!",

+
+

Maka gua pun cepat cepat mengaku sokong West Korea.

Saturday, June 19, 2010

Belajar di Kolej


*entry ni pernah keluar dulu, tapi lepas setengah hari keluar gua simpan balik. entry ini juga tiada kaitan dengan siapa siapa.

2007

Gua tak ingat bulan berapa sebenarnya budak Zamal ni masuk kerja di kompeni yang gua kerja.Paling gua ingat, gua kena bagi tunjuk ajar pada Zamal ni sebab pengurus kanan suruh dia kerja dalam pentadbiran department gua.

Kedatangan Zamal pada hari pertama menimbulkan ketaksuban pada pengurusan kompeni.Dia baru tamat pengajian dari Imperial College, London dalam kursus Mekanikal Engineering. Sebelum ni, pekerja pekerja di kompeni gua kebanyakannya dari latarbelakang universiti tempatan, kalau ada latarbelakang luar negara pun universiti yang biasa biasa tahap tak boleh pergi.Takdak la hebat setara mana, macam universiti dalam negera je dia punya pandai. Kalau ikut sejarah kompeni gua pulak,tak pernah lagi la budak balik dari Imperial College London masuk kerja disini,kecuali budak Zamal ni. Entah siapalah yang ajar dia buat perkara bukan bukan macam tu.

Gua nak beritahu sikit, Imperial College bukan tempat biasa biasa.Dalam setahun empat lima ketul saja pelajar Malaysia yang dapat masuk.Kalau lu orang nak Google, sila taip "Imperial College", ada lima juta link berlagak untuk lu orang baca. Budak melayu nak masuk situ masyaAllah punyala susah gila babi.Kalau kapasiti otak macam gua,mungkin gua layak untuk jawatan supervisor di gym College Imperial.Itu pun dapat kerja bukan sebab otak, tapi sebab struktur badan yang sesuai dengan kerja gym.

Setiap tahun pula, boleh kira pejam mata berapa kerat budak budak melayu desa yang masuk belajar sana, seorang mungkin..Lu orang boleh agakla budak Zamal ni pandai dia macam mana.

Hari pertama Zamal,Pengurus besar panggil gua masuk bilik, masa tu Zamal dah pun ada dalam bilik.Pengurus besar suruh gua bagi tunjuk ajar pada Zamal macam mana nak cari makan dalam kompeni.Gua hangguk hangguk tak banyak menjawab. Pengurus kanan menyambung perbualan dengan Zamal hal hal yang susah gua nak faham seperti teori kapitalis dan impak pada kompeni, strategi perniagaan untuk jangkamasa panjang, kepimpinan global, analisis ekonomi dan kesannya pada GDP negara, serta pelbagai perbincangan lain yang bertaraf Tun Mahathir. Sebagai pekerja senior dari Zamal dan banyak pengalaman hidup, gua mengambil sikap serious sambil berkata 'Betul tu Zamal..' setiap kali Zamal selesai memberi buah fikiran. Walhal pembacaan gua terhad ke harian Metro saja.

Setelah selesai perbincangan arah tuju Malaysia selama 2 jam, gua keluar membawa Zamal pergi jumpa budak budak lain dalam department. Sorang sorang muka tekulat bila gua beritahu Zamal ni budak Imperial College.Tak berani langsung mereka nak tunjuk kemahiran berbahasa inggeris depan Zamal.Semua mengambil langkah selamat dengan bertutur dalam bahasa melayu kolumpo.Nampaknya, asal usul tempat pengajian boleh juga menentukan taraf hidup seseorang di mata kawan kawan.Sebagai contoh, kalau gua sekolah agama, dengan automatis kawan kawan bukan sekolah agama bersangka yang gua ni ustaz. Nak mengorat makwe pun tak boleh cari yang hype, nanti apa pulak kata orang.

Akhir sekali, gua bawak pula Zamal jumpa Kak Imah.Beliau merupakan kerani am department, bekerja secara kontrak yang dua tahun sekali kena renew. Umur Kak Imah sudah lewat 30'han, dan fakta paling pahit untuk ditelan adalah beliau tak makwe langsung. Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah.Sebelum tu gua dah beritahu Zamal, walaupun Kak Imah ni tak berapa makwe pada pandangan mata kasar dan dia belajar pun tak pandai sampai masuk universiti macam budak budak Uitm, namun kita kena hormat dia.Kalau nak bercakap biar elok elok, tak boleh banyak bahasa inggeris sangat nanti dia kecik hati.

"Lu tak payah tunjuk sangat Imperial College lu tu dengan Kak Imah , borak hal hal kampung saja.." - begitu pesan gua pada Zamal.

"Kak Imah, ni budak baru masuk kerja tempat kita..nama dia Zamal" - Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah yang tengah lalai main solitaire depan kompiter.

"Ooohh..selamat datang Zamal" - Balas Kak imah mesra.

Selesai berborak serba sedikit hal rumah dimana dan adik beradik berapa orang,pengurus besar panggil semula Zamal masuk bilik.Nak sambung berbincang lagi agaknya.

Gua pun macam nak blah sebelum Kak Imah tanya gua " Zamal ni dulu belajar mana?".

Ahh..lupa pula gua beritahu tadi pada Kak Imah.
-
-

"Dia budak Imperial College tu Kak Imah" - Gua jawab bersungguh.

Seperti yang gua agak, macam orang orang sebelum ni, Kak imah pun bertukar muka jadi hairan.Gua tahu, kak Imah pun sama fikiran macam pengurus besar, pengurus kecik dan budak budak department yang belum boleh terima ada brader Imperial College sanggup kerja dalam kompeni ni.Gua biarkan saja Kak Imah bekerut kerut terperanjat mendengar jawapan gua tadi.

Dengan dahi berkerut Kak Imah membalas:
--
--
--

"Laaa....kolej je ke??..mati mati tadi akak ingat dia budak universiti!."
---
---

Gua punya sebak waktu tu jangan cerita. Baru gua sedar, Imperial College tu sebenarnya bukanlah ada apa sangat pada pandangan Kak Imah, mungkin sama macam belajar di College Intec, atau setidaknya sama taraf dengan Kosmopoint.

NOTAKAKI:
Zamal pernah tanya gua ,dia hairan kenapa kak Imah suruh dia belajar part time sambung degree di Uitm?. Demi menjaga hati semua, gua cuma diam tak komen apa apa.

Friday, June 18, 2010

Hilang alamat makwe


Kepada lu orang yang dah beli buku, gua ucapkan terima kasih. Tulisan buruk di muka surat depan tu jangan simpan di dalam hati. Pembeli melalui email pula, tadi cikgu dah poskan 3/4.

Sampul surat dengan setem kelmarin tak cukup beli rupanya. Jadi yang belum pos ada lagi lebih kurang 20 ribu keping buku. Semua ni dah bayar. Gua pos Isnin depan.

Esok pulak hari Sabtu, hari yang molek untuk gua pegi tempah kereta Mazda 6 kaler hitam yang serba baru. Gua ingat lebih afdhol gua beli tunai. Dalam keadaan duit banyak macam ni, apa hal gua nak berhutang ye tak?

Duit balance yang ada gua bagi pada cikgu buat belanja beli handbag Louis Vuitton harga lapan ribu barang 10 bijik. Sekali sekala membeli, tarak hal punya.

Tulis blog ni pulak gua nak perlahankan sikit.

Mana ada orang kaya tulis blog bai...


*KHTIJAH BT AWAS sila kontek gua balik..alamat lu gua tak dapat jumpa, 20 ribu punya email nak kena tengok lu tahu la.

Wednesday, June 16, 2010

SK II


Walaupun sibuk dengan hapalan alif ba ta, menyokong Brasil dan menyelesaikan kerja kerja mewarna masa cuti sekolah, Fateem masih tak lupa tunaikan tanggungjawab beliau kepada para pemilik SK.


*Buku ada sikit lagi ni, lu orang cepat sikit..

Tuesday, June 15, 2010

SK - The Launching


Sekali sekala bagi tutorial.

Ultraman. Ini superhero paling true.

Gambar nombor 2 ni gua cilok dari Rizal Gunx.


Biji mata jadi keras bila teliti emel ke atas ke bawah ke atas ke bawah salin alamat rumah orang. Panas juga la bila cari nombor talipon tak ada. Nama atas resit tulis Siti Muslimah, bila bagi alamat dalam emel tulis nama Marion Caunter. Menulis nama pun tak ada disiplin. Kalau seorang tak apa, ini sampai dua puluh lapan orang berpakat, koyak la gua.

Gua ada buat analisa, baru 6 persen yang hantar emel. Lagi 94 persen pergi mana?, nak lari pergi Hong Kong la tu kan, gua tahu dah.
Mujur takde sain kontrak jual beli ye tak?. Kehkehkeh.

Lepas jadi penulis terkenal ni gua bercadang nak cuba buat MLM pulak, atau paling koman pun gua nak masuk skim Setiap Kali Log In Facebook Dapat RM100.

Dua ratus kali Log In gua dah buleh beli kereta Mazda 6 kaler hitam metallik bayar tunai.
Itu kalau dua ratus kali Log In,

Kalau dua puluh ribu kali Log In?

Perghh!!

Saturday, June 12, 2010

Janji Temu!



Terlupa datang esok, boleh diundur,

Terlupa beli, rugi padahnya!

Thursday, June 10, 2010

Ni cerita pasal 300 naskah


Mulai hari ini, entry entry gua yang dimasukkan dalam buku SEMBANG KENCANG akan lenyap secara perlahan lahan.

Biasala..dalam dunia ni mana ada benda yang kekal ye tak?.

Gua berdoa semoga entry entry yang lenyap dapat meninggalkan kenangan indah pada lu orang semua.



Ada entry unpublished ke dalam buku gua?

Jawapannya ialah Takde.

Tuesday, June 8, 2010

Kenduri buku hujung minggu.



KLAB, The Annexe Gallery 12-13th June 2010


1. Buku gua baru mula cetak semalam. Tak banyak, 300 keping.

2. Tokeh printing kata Jumaat ni siap. Kalau Jumaat tak siap, memang gua bakar mesin printing dia.

3. Penerbit sedang usahakan poster. Harapnya menjadi.

4. Pelancaran buku macam yang tertera dalam gambar. Gua punya slot hari Ahad 13th June pukul 1 tengahari.

5. Buku gua akan dirasmikan oleh saudara Nazri M Annuar, atau lebih dikenali sebagai Vovin. Brader ni la yang tulis novel Karipap Karipap Cinta.

6. Lepas buku dilancarkan, Johari Julis pulak akan amek mikropon untuk bacakan teaser buku SEMBANG KENCANG.

7. Acara terkahir dalam slot gua, merupakan sebuah persembahan akustic dari sebuah band indie bertaraf antarabangsa. Kumpulan yang diberi nama Primary ni akan mengperform beberapa buah lagu hits mereka seperti Padeli Penggoda, Tengah Malam di Kuala Lipis dan Agen Perisikan Cinta.

***

Yang mana ada jemputan kenduri tu kalau boleh hantar wakil la. Maksud gua hantar wakil pegi kenduri, lu orang tu pulak mari KLAB jangan macam macam. Kalau ada plan tengok Lagenda Budak Setan, gua rasa masih belum terlewat untuk pujuk makwe masing masing supaya tengok lain kali saja. Lagi pun berdosa tengok aurat Lisa Surihani ye tak?

Ok gua bagitau tadi buku ni ada 300 keping. 200 untuk jual di pasaran terbuka manakala 100 lagi gua simpan untuk yang booking 3 bulan lepas.

Sekarang gua nak reconfirm balik, lu orang yang booking dulu ni jadi kan?.

*Senarai nama pembooking di sini.

Gua akhiri entry kali ini dengan serangkap pantun.

"Kalau padi bagitaula padi, tak payah gua tertampi tampi..
Kalau jadi..bagitaula jadi, tak payah gua ter-entry entry.."

*Maklumat pembelian ada dalam entry kat bawah.

Monday, June 7, 2010

Buku gua..II



Hari ni gua kena demam. Sebenarnya semenjak Sabtu lagi gua dah demam, selsema, batuk dan mengalami sakit kepala yang tinggi kesakitannya. 3 hari (masuk hari ni) gua cuma duduk di rumah menghabiskan masa dengan baring baring.

Sabtu, gua telepas pergi Frinjan di Shah Alam. Anak gua takde sapa jaga, lepas tu gua demam pulak. Memang kombinasi yang kemas.

Ahad, gua telepas pergi kenduri kawen member, di Shah Alam jugak. Masa ni badan dah panas dan kepala mula sakit takde kesian. Semangat buku membawa gua ke kompiter riba sejenak pada belah petang. Dengan segala kepayahan gua up satu entry buku yang pendek.

Isnin, gua bergaduh dengan doktor klinik Salehudin sebab dia tak percaya gua sakit kepala. "kamu ni demam saja..takde sakit kepala". Pehh..Gila punya doktor. Kalau gua kuat sikit tadi memang gua belit tengkok dia dengan stetoskop. Baru padan muka.

Henset gua pulak tak boleh keluar bunyi. Ini betul betul bikin gua panas. Sedar sedar dah ada miskol sampai lapan kali. Satu kerja pulak gua nak kena tengok muka henset selang beberapa minit. Kena marah dengan sang penalipon, jangan cerita. Bejabu!

Buku, macam gua cerita semalam..InsyaAllah hujung minggu ni buku dah siap. Harapnya gua sihat dan boleh melepak di KLAB. Buku ni 100% gua serahkan pada brader penerbit. Kerja gua bagi entry je. Lain lain hal semua brader penerbit yang setelkan. Dari editing, buat front page, printing sampaila ke penetapan harga, semua atas budi bicara brader penerbit. Kalau nak harap gua selesaikan semua, hampeh!. Satu kerja pun wajib tak jadi.

Sedikit pasal buku,
Lu orang boleh la start hantar emel pada gua, bagi nama dan alamat. Harga pun gua dah dapat green light, Rm20 termasuk pos. Rasanya ada dalam 65-70 entry ( gua hantar dekat 80 entry, tapi ada yang kena slash dengan brader penerbit sebab tak mencapai stended).

Emel : fird_ahmad@yahoo.com

cc pada : Lucadeketiak@gmail.com

Acc maybank : 158088171683 (rm20, nak bagi lebih sebagai tanda sokongan pun takpa)

Pada yang membayar, emelkan skali bukti pembayaran.

Kiriman akan bermula minggu depan.

Macam gua beritahu, gua masih demam. Semangat nak buat marketing buku ni pun tak berapa nak garang lagi. Nanti gua dah sihat dan mendapat tenaga, gua promote sedap sedap lagi. Lu orang promotekan la sama pada kawan kawan dan sanak saudara. Membeli dengan niat menderma ni banyak manfaat dia. kehkehkeh.

Gua juga ada pasang niat, hasil kutipan buku ni gua nak masukkan dalam tabung simpanan pendidikan anak gua. Nanti dah besar takde la dia jadi hamba PTPTN. Jadi, pembelian lu orang sedikit sebanyak menentukan susah senang usaha anak gua nak menuntut ilmu di masa hadapan.

InsyaAllah, orang tua tua kata, niat yang baik akan menghasilkan perkara yang baik!.

So macam mana, on ke tak on?

Sunday, June 6, 2010

Buku gua..


Gua dapat maklumat dari penerbit, buku gua dah nak masuk kilang printing. Kalau ada rezeki hujung minggu ni sempatla jual di KLAB.

Makwe makwe blog yang kata nak beli itu hari ada dekat seratus orang kan?. Haa Lu orang jangan sekarang nak menyamar jadi tiang letrik. Gua mengorat sorang sorang nanti.

Kepada brader brader pulak, kita ejas cara jantan la.

***

Rasanya print tak banyak. Mungkin 100 atau 200 naskah.

Harga buku penerbit belum umumkan lagi. Paling mahal boleh pergi rm20.

Siapa siapa yang nak booking boleh booking sekarang. Gua simpankan siap siap. Nanti dah setel gua kontek balik lu orang.

Bila lagi melayu nak tolong melayu ye tak?

Thursday, June 3, 2010

Sembilan Lipat



Untuk banner ni, gua bagi rating sembilan kali lipat!!

Macam mana, dia punya padu buleh pergi ke tak buleh pergi?

Tuesday, June 1, 2010

GAZA


Gua rasa, dalam Malaysia ni, brader yang paling true pasal Gaza ada 2 orang saja,

Pertama, Farit Ismeth Emir

Kedua, Harjit Singh Hullon


Lain lain tu,

Sebut GAZA ada la 5 kali setahun, sebut Fesbuk pulak sampai 46,782,435 kali.

Hari ni dengan esok je mungkin sebut GAZA lebih sikit, 10 kali.