Tuesday, June 8, 2010

Kenduri buku hujung minggu.



KLAB, The Annexe Gallery 12-13th June 2010


1. Buku gua baru mula cetak semalam. Tak banyak, 300 keping.

2. Tokeh printing kata Jumaat ni siap. Kalau Jumaat tak siap, memang gua bakar mesin printing dia.

3. Penerbit sedang usahakan poster. Harapnya menjadi.

4. Pelancaran buku macam yang tertera dalam gambar. Gua punya slot hari Ahad 13th June pukul 1 tengahari.

5. Buku gua akan dirasmikan oleh saudara Nazri M Annuar, atau lebih dikenali sebagai Vovin. Brader ni la yang tulis novel Karipap Karipap Cinta.

6. Lepas buku dilancarkan, Johari Julis pulak akan amek mikropon untuk bacakan teaser buku SEMBANG KENCANG.

7. Acara terkahir dalam slot gua, merupakan sebuah persembahan akustic dari sebuah band indie bertaraf antarabangsa. Kumpulan yang diberi nama Primary ni akan mengperform beberapa buah lagu hits mereka seperti Padeli Penggoda, Tengah Malam di Kuala Lipis dan Agen Perisikan Cinta.

***

Yang mana ada jemputan kenduri tu kalau boleh hantar wakil la. Maksud gua hantar wakil pegi kenduri, lu orang tu pulak mari KLAB jangan macam macam. Kalau ada plan tengok Lagenda Budak Setan, gua rasa masih belum terlewat untuk pujuk makwe masing masing supaya tengok lain kali saja. Lagi pun berdosa tengok aurat Lisa Surihani ye tak?

Ok gua bagitau tadi buku ni ada 300 keping. 200 untuk jual di pasaran terbuka manakala 100 lagi gua simpan untuk yang booking 3 bulan lepas.

Sekarang gua nak reconfirm balik, lu orang yang booking dulu ni jadi kan?.

*Senarai nama pembooking di sini.

Gua akhiri entry kali ini dengan serangkap pantun.

"Kalau padi bagitaula padi, tak payah gua tertampi tampi..
Kalau jadi..bagitaula jadi, tak payah gua ter-entry entry.."

*Maklumat pembelian ada dalam entry kat bawah.

18 Nasihat Ikhlas:

Days said...

ok gua beli bro.tp klab tu xjanji...ari ahad kot ...mau berchenta aku nak jejak citu hee

hentakbelipat said...

gua beli!gua beli!...tapi lu kene pos la..gua kat JB...camne nak get through...email ape?account bank ape?

.::WaNiE::. said...

.::WaNiE::. said...
gua pilih C la brother, dengan syarat cost pos ko FOC ..

so wa mmg dah jawab wa nak kan

skrg bagi wa cimb akaun wa bank in dengan amaun sekali? 20 ek?

bagi skang skang skang..

atau email to wshazwani@gmail.com

I want to lose weight said...

NASIB BAIK AKU DAH BOOKING..

tapi aku nak cash on delivery sbb aku dok tg malim ni je..

pilihan

1- Aku pi ambik kat umah hang
2- Suh ler sapa2 anto ke Pej. Pos Tg Malim (tmpt keje)

-zalia-

shakinah said...

apasal tak sabtu!
saja je suruh gua turun 2 kali.
hadoi.

nono said...

ada tgok pasal bookfest ni dkt MHI pg td..
xsngka kau pun join..
all da best.!

nizamsani said...

Hebat.Tahniah.

-hazen said...

peh,

gua admire pantun lu.

iYda Juhar said...

mahu juge :)

nur_nj said...

okay. yes, nama aku ada dlm booking list... insyaAllah esok aku g bank in duit...

KLAB??? errrr x dpt dtg ler... hukhuk

Boneka Tak Sakit said...

wooooooooo mama! karipap2 cinta novel tu gempak tu ramai suka wahhh dasyat laa bro!

tahniah la semoga sold out!
xminat simpan buku!
sini boleh baca free je hahaha

kurang asam x??

xbox360
ada ole2 ke... dlm buku tu! ?

jo said...

tuai padi antara masak..
gua nak! gua nak!

Ihya said...

Salam.. Mat rempit di buli JPJ!! Sila lawati --> http://dzulhaqq.blogspot.com/2010/06/ampunkan-saya-bang-huhuhu-malaysiakini.html

noli said...

fdaus, aku tak booking dlu, tp aku mmg nak satu... jgn kate sold out lak... ingat tau, satu copy utk noly.. heheheh...

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

aiseh..nama aku ada plak kat dalam senarai..tapi seperti yg tertera la..lepas dapat gaji wa beli..wahah

cik tembun said...

lama dah tak pergi CM.

AjuA said...

gua pun tak tau dah booking ke tak. tapi gua nak satu. buat gelak2 sambil tengok bola esok.

eiyoei@gmail.com

bape? rm4.5 juta! gua bayar cash!!!

noor afzan said...

saya pembeli first.
dah bank in.
hehe~