Monday, June 7, 2010

Buku gua..II



Hari ni gua kena demam. Sebenarnya semenjak Sabtu lagi gua dah demam, selsema, batuk dan mengalami sakit kepala yang tinggi kesakitannya. 3 hari (masuk hari ni) gua cuma duduk di rumah menghabiskan masa dengan baring baring.

Sabtu, gua telepas pergi Frinjan di Shah Alam. Anak gua takde sapa jaga, lepas tu gua demam pulak. Memang kombinasi yang kemas.

Ahad, gua telepas pergi kenduri kawen member, di Shah Alam jugak. Masa ni badan dah panas dan kepala mula sakit takde kesian. Semangat buku membawa gua ke kompiter riba sejenak pada belah petang. Dengan segala kepayahan gua up satu entry buku yang pendek.

Isnin, gua bergaduh dengan doktor klinik Salehudin sebab dia tak percaya gua sakit kepala. "kamu ni demam saja..takde sakit kepala". Pehh..Gila punya doktor. Kalau gua kuat sikit tadi memang gua belit tengkok dia dengan stetoskop. Baru padan muka.

Henset gua pulak tak boleh keluar bunyi. Ini betul betul bikin gua panas. Sedar sedar dah ada miskol sampai lapan kali. Satu kerja pulak gua nak kena tengok muka henset selang beberapa minit. Kena marah dengan sang penalipon, jangan cerita. Bejabu!

Buku, macam gua cerita semalam..InsyaAllah hujung minggu ni buku dah siap. Harapnya gua sihat dan boleh melepak di KLAB. Buku ni 100% gua serahkan pada brader penerbit. Kerja gua bagi entry je. Lain lain hal semua brader penerbit yang setelkan. Dari editing, buat front page, printing sampaila ke penetapan harga, semua atas budi bicara brader penerbit. Kalau nak harap gua selesaikan semua, hampeh!. Satu kerja pun wajib tak jadi.

Sedikit pasal buku,
Lu orang boleh la start hantar emel pada gua, bagi nama dan alamat. Harga pun gua dah dapat green light, Rm20 termasuk pos. Rasanya ada dalam 65-70 entry ( gua hantar dekat 80 entry, tapi ada yang kena slash dengan brader penerbit sebab tak mencapai stended).

Emel : fird_ahmad@yahoo.com

cc pada : Lucadeketiak@gmail.com

Acc maybank : 158088171683 (rm20, nak bagi lebih sebagai tanda sokongan pun takpa)

Pada yang membayar, emelkan skali bukti pembayaran.

Kiriman akan bermula minggu depan.

Macam gua beritahu, gua masih demam. Semangat nak buat marketing buku ni pun tak berapa nak garang lagi. Nanti gua dah sihat dan mendapat tenaga, gua promote sedap sedap lagi. Lu orang promotekan la sama pada kawan kawan dan sanak saudara. Membeli dengan niat menderma ni banyak manfaat dia. kehkehkeh.

Gua juga ada pasang niat, hasil kutipan buku ni gua nak masukkan dalam tabung simpanan pendidikan anak gua. Nanti dah besar takde la dia jadi hamba PTPTN. Jadi, pembelian lu orang sedikit sebanyak menentukan susah senang usaha anak gua nak menuntut ilmu di masa hadapan.

InsyaAllah, orang tua tua kata, niat yang baik akan menghasilkan perkara yang baik!.

So macam mana, on ke tak on?

27 Nasihat Ikhlas:

pakkordi said...

Chun. Gua bank in malam kang.

ddyana said...

nnti pas bank in..gua bgtau lu

GeNgKaPaK said...

gua beli by hand je la ngn lu...wokeh

Anonymous said...

ada nama luca terus gua tak jadi beli.

nur_nj said...

errrr order lmbt sikit bleh???? duit claim x masuk lagi ler... hukhuk...
nak jugakkkkkkk...

hentakbelipat said...

gua inn...nanti gua bank in kat luca...

IZZARD said...

tak kan takleh bagi free kat aku kot?????

NenekPenne said...

buku lu citer pasal apa bro? ker lu dah bagitau ...
sorry lah blog lu, gua jarang2 jugak masuk...

LANN said...

ON bang!

john,paul,ringo,george said...

serious kau pun boleh jadi doktor buka klinik sendir,doktor sekarang banyak belajar pandaipandai bila kita sakit kepala,dia cakap kita demam bagi ubat,setel

I want to lose weight said...

Aku mmg dari dulu benci Klinik S ittew..

Cam bagus sgt je doktornya..

Last visit.. aku demam cam nak mampos..

Leh dia kata ni tak boleh kasi MC.. boleh lagi ni pergi keje

p/s - i mau itu buku. nnt dah setel payment i emel :)

ptos said...

gua dh bank in n emel luorg...tp guna CIMB..keh3..duit jgk kn?

Anonymous said...

peh.. anon punye tahap benci sampai masuk ke blog orang lain.

kalo lu benci luca, lu jangan beli gak sume buku indie. sume buku dia yang print..

lu baca jelah harakah, tu dia tak print. metro pun tak bleh beli coz kadang2 dia ada kat situ, pendek kata anon, lu bunuh diri jelah. idup lu takkan terlepas dari luca.

StingRay said...

hahahaa....tak pasal-pasal harakah terlibat.

kelakar betul la anon-anon ni.

Steady la da keluar buku.Gambar anak ko tu memang cool.Aku suka.comel.

haha..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

jaapar on..

Anonymous said...

gila hebat luca.

silap-silap yang tulis ni dia jugak.
Gua memang tak boleh lepas dari luca.

pendek kata lah.

helena's said...

insyaAllah nak jugak..

anon sila blah..haha tetibe marah anon plak

brat2104 said...

harap ko makin sihat

LurvelyLynn said...

salam. saya dah bank-in dah.
lohai_11@yahoo.com.

kucai said...

salam bro..gua da dpt lu punya buku..mmg terbaek ah...gua tnggu buku lu edisi no 2 plak...

zairy @ otakpening

.s.o.f.i.a. said...

bro, dah bank in dwet...... aku da email. jangan cakap ko tak terima, aku lempang laju2 kang.....

Razman said...

bro, gua tak bank in duit. tp gua dpt buku lu tetiba.

cikot said...

bro, gua dh buat payment ..

Linglung said...

agak2 kalau gua order lepas gua dpt gaji lepas raya nnt ada stok lg x? gua tgh nak sep duit raya ni.

kalau ada, serius gua beli.

taufik said...

bro..buku ni ada lagi ker?

BanDeLa said...

ada lagi x..kalo ada gua pergi ke langkah seterusnya...TQ

Anonymous said...

BRO..ADA LAGI KE BUKU NIH?AKU BERMINAT DENGAN SK.