Gua sibuk betul dengan aktiviti cuti sejak beberapa hari ni. Kencing pun takde masa.Menulis blog jangan cerita lah, aci guna siku saja. Apa pun,terima kasih pada kompeni kerana bagi cuti Awal Muharram pada gua. Pukul 12 malam gua lalu juga Jalan P Ramlee, senyap sunyi, tiada acara sambutan tahun baru.Pandai budak budak sana bagi respek pada Awal Muharram.Diorang baca doa awal tahun ke tidak gua tak berapa pasti.
Gua mulakan perjalanan dengan trafik jammed peringkat gampang ber enam dekat hiway Seremban menuju ke Johor. Hampir tiga jam gua jalan kaki atas Hiway menggunakan kereta, rasa nak mengamok pada kerajaan sebab tak susunkan jadual perjalanan untuk rakyat malaysia.Patutnya kerajaan kena beritahu melalui Astro geng tanjong Malim kalau nak bermusafir ke Johor pukul berapa patut keluar.Baru la perjalanan jadi cekap bersih dan amanah.
Akibat tekanan perasaan, gua berenti di RNR Seremban basuh muka, kemudian gua teruskan balik pemanduan.Kali ni jiwa gua ada berani sikit nak main gear lima.Setelah dua puluh minit memandu sambil mengunyah keropok udang, gua berenti pula di RNR Machap untuk makan nasik. RNR Machap ni gua tengok dah macam resort peranginan atas bukit.Ada kabus dan penjual strawberi di kaki gerai.Latitud dan altitud dia berbeza dari jalan hiway yang gua lalu tadi. Selesai makan nasik lauk ikan masak pundek, gua campak kunci kereta ke muka adik gua,bagi dia memandu pulak. Sepanjang jalan gua tidor sebab bosan takde pemandangan cantik cantik.
Sampai Johor Bahru kami sesat (gua tengok banyak kereta TopGear alamat Singapore, budak budak Singapore ni kaya betol), gua berenti di stesen minyak tanya jalan, GPS suka menipu, barai dan tak boleh harap, kemudian gua berenti pula di Seven Eleven beli air , sempat gua bertengkar dengan budak Seven Eleven (saja gua nak test budak budak Johor ni). Sesat lebih kurang di Johor Bahru, akhirnya gua sampai juga di rumah kenduri di Skudai.Pergi kenduri kahwen takde hidangan makme makwe, yang terhidang cuma air sirap.
Belah malam kami makan dekat Seafood entah apa tempat dia, jauh nak mampos.Dah la jauh, harga kena katok kaw kaw punya. Gua dah agak, datang tempat tempat pelik ni mesti jadi kerbau kena sembelih. Lepas makan gua bawak kereta laju laju cari Astro yang ada siaran ESPN. Dah dapat ESPN, gua rasa nak nak baling kerusi pulak. ManU main macam haram jadah.Sambil tengok bola sambil gua maki hamun, sambil gua sms kawan kawan demi meyemarakkan semangat maki hamun.
Tidor.Apa apa hal kontek Twitter gua.
***
Pagi esoknya gua begerak pergi Labis pekena air sirap lagi,Gua ikut jalan dalam. Ya tuhan jalan punyala takde pemandangan.Kiri kanan penuh scene kelapa sawit.Nyaris kereta gua tak buat hal dekat kaki gunung Ledang. Gua lintas pakai short-cut tak bagi salam , lalu Johor Bahru - Lima Kedai - Senai - Yong Peng - Chaah -Labis - Gementah - Temu Jodoh - Tangkak. Gua bawak rilek rilek 150km sejam ikut jalan bengkang bengkok. Enam tujuh bijik juga drebar lori kelapa sawit menangis tengok kereta gua memecut pantas di selekoh sukar. Amacam orang Johor?, Gua boleh masuk klik lu orang tak?
Berenti Tangkak, gua pekena cendol sambil bercakap soal kemajuan Tangkak dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi negara pada Fateem, bini gua pula sibuk bercakap soal pembangunan ekonomi kain ela di bangunan Tekstil Seng Huat seberang jalan. Alahh kain corak macam tu Tanjong Malim punya Ekonomi pun berselerak.Saja perangai nak bagi kaya cina Tangkak.Habis cendol semangkuk, kami sambung naik kereta potong jalan hiway, singgah pula di RNR Ayer Keroh.Nak kencing di RNR Ayer Keroh kena beratur macam beli tiket bas di Puduraya. Gua berang betol dengan pengurusan Hiway. Dah tahu kapasiti pengguna Hiway ni tinggi, apa salahnya buat mangkuk jamban barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini jamban pejabat ke??,takdak pemikiran strategik langsung. Hal hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur.
Mula dari Ayer Keroh, kereta gua beroperasi pada kedudukan gear dua. Dekat dua jam layan gear dua apa cerita?, nak kena pukul?,gua pecut tak peduli keselamatan keluarga, cilok kiri, cilok kanan, langgar bumper lori asikrim sedikit sebanyak, pintas kiri tak bagi signal, cucuk kereta PlusPeronda, akhirnya gua berjaya melepasi kesusahan jam.Terer betul gua.Alhamdulillah..
Gua baru sampai rumah ni.Mata keras.Jet lagg tak habis lagi.
Begitulah secara ringkas dan padatnya gua melalui hari cuti yang sibuk. Ahh gua mengantuk.
Tidor. Apa apa hal kontek Twitter gua.
****
NOTAKAKI
Selamat Hari lahir untuk bini gua!
Macam biasa..takde hadiah hadiah.Kehkehkeh