Saturday, December 12, 2009

Tora Tora


1988 - Malam


'Tora datang lagi!, dengan permainan terkini bola terbang!!..ngeng ngeng ngeng ngeng.."
(Bola getah sebesar bijik mata orang dewasa ada ekor terbang keliling bilik diselangi dengan suara latar Mat Sentul di kaca tivi hitam putih rumah gua).

Gua yang tengah sedap baring atas riba ayah gua bingkas bangun pegi hulur muka rapat sikit depan tivi.Malam malam ada Tora mana pernah orang buat. Selalunya gua layan ekelan Tora masa petang petang sambil tengok katon Jem, atau cerita jepun merepek tajuk Miss Komet saja.

"Syokkknya bola terbang ni yaahhh!!"

Gua bagi arahan lapan belas lapis maksud pada ayah gua yang masa tu kerja cikgu di Parit Buntar.

"Dia boleh terbang pusing pusing yaahh..syoookknyaa!"

Satu lagi mesej ringkas gua passing untuk perhatian dan tindakan ayah gua.Tapak tangan kecik gua tekap ke muka tivi,mengejar bola terbang yang berkeliaran melantun ke sana sini.Mesej cara fizikal pun gua kena sampaikan untuk kesan 'high impact'.

Ayah gua masih buat buat rilek hirup kopi.Selalunya kalau malam Rabu,lepas makan nasik, ayah gua mesti pekena kopi panas dengan rokok Benson dua batang sambil menonton aksi A Galak beperang dalam Harimau Rimba.

**

"Tengokla kalau sempat ayah beli lepas balik kerja" - ayah gua sembur asap rokok bekepul kepul. Ringkas dan padat.Baru masuk gaji gamaknya.

Kerja gua dah selesai.Gua sambung baring atas riba..cerita Harimau Rimba ni memang syookk.Tak sabar nak jadi askar bila besar.Boleh tembak orang jahat macam dalam tivi.

Entah pukul berapa...gua tertido...atas riba.

-------------

1988 - tengahari esok harinya

"Ayah beli Tora tak?" - Gua meluru ke moto tak payah pakai selipar.Moto pun belum sempat ayah gua nak free-kan gear.Recorder kepunyaan Kak Boya yang gua rembat sebentar tadi gua sangkut belakang seluar getah.

"Baik baik ekzoss panas ni!! Ada dalam raga moto ni haa..sabar la sikit".

Penantian satu jam gua depan pintu sendal sambil tiup recorder lagu entah apa apa amat berbaloi.
Kotak Tora berpindah tangan.Terima kasih pun gua tak sempat nak cakap.Kucar kacir gua koyak dia punya plastik pembalut.Cokelat bulat bulat dalam kotak Tora tu gua campak pergi bawah kerusi kayu.Gua bukan nak sangat makanan tak bekhasiat macam tu.Gua tonggang kotak ke bawah,lambat pula bola terbang nak keluar.

Pelepapp!, plastik mainan dalam kotak Tora jatuh ke lantai.

"ni bukaannn bolaa terbanggg!!!..ini gasing lampuuu macam hari tu!" - Gua jadi berserabut.Masa ni semangat ketengangan tu tak muncul lagi.Masa ni hidup penuh rebel dan rusuhan rusuhan yang selalunya berakhir dengan makan pelempang atau betis bebirat.

Gasing lampu gua lempar ke lantai.Berselerak......

****

(Bersambung...)

19 Nasihat Ikhlas:

TerraKota said...

arghh sambung pulak dah...

Noorlaila Mohamed Nor said...

ahhhh penat ja
kalau tau tunggu keluar semua episod dulu baru baca
haha

Luca De Ketiak said...

"semangat ketengangan"

ikut bahasa melayu gua yang tak seberapa ni, ayat tu patutnya "ketenangan".

tak pun "ketegangan". bahasa lain ereksi.

kecik2 da pandai ereksi. ai laik!

siggplus said...

gua rasa mesti lepas gasing tu terbang ke lantai, lu pun terbang ke lantai kena penerajang sama

oranglidi said...

bersambung yang tak sedap nih. hgehe

fndrocka said...

kedai tu dapat stok yg baru lah kan

eL said...

kena sambung, kena sambung jugak la kan tapi nak tanya ni, gambar fesbuk tu gambat fateem ke? Cumilnye anak hang. kasik la tgk gambar clear sket fateem n faseeh.

Tak relevan langsung komen ahaksss!!!

j4l4k said...

Gua syak lu mesti dapat freegift lepas nie...

noor afzan said...

cepat sambung daa~

abe long said...

tedia...
cita taun 88 tu...
aku pon xdak lg masa tuh kot

joegrimjow said...

1988
baru lahir kot

Nur Wajdan said...

huih.. tidoq ataih riba ayah.. anak manja neh.. hmm masa tu... antara citer tv yg best thunder thunder thunder thunder cats, samesop berpusing moroe attack, jem, miss komet.. apa lagi ek... lupa dah.. apa nama citer pramugari tu... yg selalu nyayi: cikgu hiroshi cikgu yg baik hati...haaa chiaki

Are'Ja_(",) said...

lagi?........

kucai said...

huk alo..men sambung2 plak...
cam drama melayu da...

a kl citizen said...

assalammualaikum fdaus

bila pulak pandai buat drama bersiri ni?

albanjari said...

salam syeih,
gua memang tak boleh tahan bila lu sebut 'Tora' tu..huhuhu.Makanan gua masa kecik-kecik tuh..zaman kakanakan gua tu.

Ni ada sambung-sambung stori ni..mcm jangkit penyakit gua saja..hahaha..!!

Takpa, gua angkat ini stori macam bola terbang terus ke blog gua..! Mintak halal yaa..

Barilaan.

suhaila-ab said...

sama jaman ngan aku tu....aku suka miss komet..bila baca entry ko tetiba tergolek aku gelak..i miss mis komet..

ahmad hisyam said...

gro, biler nak kontinew nih?

MiSs TOrA said...

tora da dtg ni =p hikhik