Sunday, January 31, 2010

Basuh baju di zaman internet


Masa gua menuntut ilmu agama di sekolah berasrama agama dulu, kalau hari Ahad panas terik macam ni, gua tengah terbongkok bongkok basuh baju sekolah pakai sabun Feb buku dan berus rembat budak dorm sebelah punya. Aktiviti budak budak asrama pula terhad, aktiviti paling garang pun gua rasa beratur nak talipon mak ayah minta kirim duit belanja barang 20 ringgit buat beli seluar tracksuit. Talipon public tu pulak kalau tak cukup sabar memang kerap kali disuapkan penerajang. Selebihnya, budak budak akan tidor sampaila warden datang libas suruh sembahyang asar.Masa ni laman sosial facebook belum ada, mark zhukerbeck pun baru darjah dua.

Tapi sekarang, laman bersosial facebook dah menguasai kehidupan manusia, internet boleh kutip tepi lorong dan rakyat cuma baca suratkhabar dalam kompiter riba. Rancangan televisyen pula dah macam macam, nak belajar bersukan pegi ESPN, nak belajar jadi pandai pegi National Geography dan kalau nak jadi bengap pegi tengok Raja Lawak.

Dunia sekarang sangat maju!

Cuma yang buat gua terharu,
Di zaman yang serba canggih dan penuh internet, ditambah pula dengan hari Ahad panas terik macam ni,
kenapa bini gua demam?,mesin basuh pulak tak boleh nak 'on' ni apa gampang?

Berus pun takde ni..
Baju kerja gua satu pun belum setel siapa nak jawab..?

Wednesday, January 27, 2010

Islam Liberal




Ustazah MekLong lu tulong terjemahkan sikit ajaran kitab mana ni?

Monday, January 25, 2010

Perjalanan ke Musytari (episod akhir)


Sedutan entry kelmarin...

"Maka dengan selambe nya gua kena duduk dalam bas lagi 27 tahun x 43 hari = 1161 hari, lebih kurang sama dengan 39 bulan.
39 bulan tambah 6 bulan untuk 4 tahun lepas, semua sekali cincai jadi 45 bulan, dekat dekat 4 tahun.

4 tahun gua kena duduk dalam bas.
kalau bas bawak menten 100 kilometer sejam agak agak boleh sampai Musytari tak?"

*******

"hihi..hihi.."

Ok gua bergurau je..tak sampai Musytari pun :p

"haah..jauh sangat Musytari tu, kalau sampai awan macam panda cinta tu Ina percaya la.." - Ina memberi segaris senyum yang betul betul padu.

Bas 626 pun berhenti. Dah sampai stesen Tg Malim rupanya.

"Celake punya bas. Cemburu gua berbual la tu!" - gua merusuh dalam hati lalu turun menuju ke arah moto.

NOTAKAKI
Untuk rekod, dalam masa 4 tahun berulang, entah berapa puluh kali gua guna tektik 'pengiraan matematik yang meng-impresskan penumpang sebelah'.
Gua sebut penumpang. Lelaki la maknanya tu, makwe macam Ina jarang jarang sangat. Gua bercakap benar.Sungguh, kali ni gua tak tipu.
Tolong percaya!

Saturday, January 23, 2010

Perjalanan ke Musytari


Masuk tahun ni, dah 4 tahun gua berulang pergi kerja naik bas. Rasanya kalau buat perbandingan, dia punya tabah boleh setara dengan aktiviti memotong getah atau bajak bendang masa elektrik pakai nama LLN lagi.

Baju kerja punya barai tak payah cerita, lebih afdhol kalau gua bawak seterika sekali pergi opis, sampai sana baru ejas seterika baju bagi nampak macam baju kerja. Perkara ni gua memang tengah timbang secara serious, hari hari sampai kerja baju dah macam budak sekolah lepas balik bergaduh apa barang?, Minyak rambut dengan sikat pun ada dalam senarai benda yang gua kena bawak pergi kerja. Mana tahan kena hendel muka bangun tido masa beli tiket LRT. Makwe tiket LRT tu kadang kadang perasan juga. Lagi releven gua ingat lepas ni hal gosok gigi pun gua patut pindah ke opis, baru ada gaya.
Lagi satu gua juga bercadang nak bawak sekaki payung bila pergi kerja. Sejak akhir akhir ni gua tengok lelaki KL yang menggunakan payung adalah amat cool dan kelihatan meteroseksual. Gua mesti cuba !

Bebalik pada isu berulang,
Sehari gua pakai 4 jam duduk dalam bas pergi balik Tg Malim --> Kuala Lumpur --> Tg Malim. Dalam seminggu ada lima hari, hari bekerja. Jadi seminggu gua sedekahkan 20 jam pada bas 626.
Ok itu baru seminggu.

Dalam setahun pulak ada 52 minggu.

20 jam x 52 minggu = 1040 jam...1040 jam masa gua duduk dalam bas.

Kita ejas pulak bagi dia jadi dalam unit hari:

1040 jam bahagi 24 jam sama dengan 43 hari.

Dari 365 hari, 43 hari gua duduk dalam bas semata mata. Itu baru satu tahun, sekarang gua dah berulang 4 tahun,

4 tahun x 43 hari = 172 hari...Perghh!!, Gua dah duduk dalam bas 172 hari!

172 hari bahagi 30 hari = lebih kurang 6 bulan.

Gua kena kerja lagi 27 tahun.
Kita buat assumption dalam masa 27 tahun ni KLCC takde plan nak pindah ke Tg Malim, bas 626 masih beroperasi, lebuhraya tetap wujud, bekalan petrol dan diesel kekal pada skala sekarang, had laju kenderaan masih sama, industri getah dan kelapa sawit berjalan seperti tahun 1984, umur gua panjang dan Sammy Vellu dapat balik jawatan menteri kerja raya..

Maka dengan selambe nya gua kena duduk dalam bas lagi 27 tahun x 43 hari = 1161 hari, lebih kurang sama dengan 39 bulan.
39 bulan tambah 6 bulan untuk 4 tahun lepas, semua sekali cincai jadi 45 bulan, dekat dekat 4 tahun.

4 tahun gua kena duduk dalam bas.
kalau bas bawak menten 100 kilometer sejam agak agak boleh sampai Musytari tak?

****

Thursday, January 21, 2010

Melahirkan peniaga berkarisma




Memang sotaaii!!

Tuesday, January 19, 2010

Pembangunan sahsiah remaja




Nak dakwah apa benda ni?, ajak pergi masjid?, ke nak suruh mengucap?

Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat

Hari jumaat kelmarin gua cuti. Gua plan nak hantar fateem pegi tadika. Pukul lapan setengah gua bawak dia naik moto menghala ke tadika kurnia bestari.Muka dan rambut gua basuh bagi nampak macam mandi padahal gosok gigi pun gua tak sempat. Mujur ada ibu gua tolong siapkan fateem. Cikgu Kuala Kubu pagi pagi lagi dah hilang pergi sekolah, dia cuma sempat tinggal sms ; "Happy daddy-day-care!".

Sampai depan pagar, budak budak tadika sedang melakukan senaman. Gua tengok susunan barisan berterabur, ada yang depa tangan, ada pula yang angkat kaki, ada juga yang terbongkok bongkok tengah buat senaman apa gua pun tak tahu. Melihatkan kedatangan gua, cikgu tadika yang hendel senaman pakai baju kurung datang buka pagar.Lepas fateem masuk, gua pecut balik rumah sambung beradu.

Kira kira pukul dua belas gua pergi semula ke tadika. fateem dengan beg galas pink dah ready depan pagar bersama cikgu tadi.

"Dalam beg dia ada surat". - Pesan cikgu tersebut pada gua sambil menguntum senyum.

Dalam hati gua jadi bedebar debar. Celaka. Surat apa pulak ni?

Gua hantar fateem ke tadika suruh cikgu ajar dia, bukannya suruh cikgu mengorat bapak dia. Sampai di rumah cepat cepat gua buka beg ambil surat.

Cehh!!, surat panggil mesyuarat PIBG rupanya. Bua penat gua bedebar debar. Kalau ikut pekeliling surat tu ibu bapa dijemput hadir ke tadika pada 16/01 pukul sembilan pagi. Ada mesyuarat pembentangan bajet, prosedur pengurusan dan penjelasan tentang silibus bagi kalender 2010.

Dengan tak semena mena gua jadi bersemangat pulak. Gua fikir kalau pergi mesyuarat mesti gua lebih paham kaedah pendidikan di tadika ni macam mana.
Secara tak langsung, seruan mesuarat PIBG ni menyedarkan gua tentang hal tanggungjawab keibu bapaan. Bukan setakat bagi makan pakai, tapi perkembangan pembelajaran pun gua kena beri perhatian. Macam ni rupanya jadi parent. Buku parenting skill haram gua tak pernah baca. Sekarang baru terkucar kacir. Itu belum masuk ilmu saikologi kanak kanak yang gua langsung bengap.

Gua berazam untuk lebih fokus.Lebih memberi masa. Lebih memahami sikap kanak kanak yang dalam proses membesar. Gua nak jadi lebih serius dan sedikit berprinsip dalam hal menunjuk ajar. Keyakinan dalam diri gua membuak buak!.Terima kasih cikgu tadika kerana menjemput gua datang mesuarat!.

Gua semanagat!

Disamping itu, boleh juga gua bagi sedikit sebanyak idea untuk membangunkan lagi reputasi tadika kurnia bestari di mata penduduk Tg Malim. Mula mula gua akan tanya pasal yuran dan kualiti buku buku rujukan yang diguna pakai.Kemudian gua akan tanya pula berkenaan makanan dan pendidikan agama. Gua juga nak sentuh hal senaman yang tak berapa teratur. Turut tidak lupa gua nak bagi cadangan supaya tadika kurnia bestari buat kelas tarannum.Aktiviti rekreasi pun gua nak cadangkan jugak.Buat lawatan ke kedai pau Yik Mun pun oraitt. Kalau hujung bulan boleh bawak budak budak tadika pergi berkelah kecil kecilan.

Cuma,

Ada satu hal yang buat gua bingung;

****
Apa hal panggil mesyuarat pukul sembilan pagi hari sabtu?,

Kan gua dah tak boleh pergi.

Jadi kesimpulannya terpaksa la gua tidor di rumah macam pagi Sabtu yang lepas lepas.

Bukan salah gua ok...walaupun tidor, gua tetap bersemangat!

Sunday, January 10, 2010

Minuman super energy paling hype!


Air kopi kuat buat bekalan jemaah haji 2010

Sesuai untuk makwe makwe kolej, nurse nurse, budak budak askar, eksekutif syarikat, pemain blog, jemaah Fesbuk, pegawai PTD, ahli insuran, sahabat Bio-aura, ahli politik, penyanyi nasyid, pengedai nasi kandar, makcik cleaner, amah surabaya, pelanggan Maxis, nelayan, drebar lori kontena, cikgu sekolah, pekerja PLUS, peniaga pasar malam, pegawai JAIS, surirumah, pengusaha IKS, petani, penghisap rokok, pemalas dan penyokong EPL kecuali Liverpool.

Tulis blog sambil minum air ni, memang kelass!!

Minuman ini juga bersifat anti tongkat Ali. Harga jual di pasaran gelap gua bagi rm25. Kalau berminat nak jadi dealer, agent atau peminum tegar boleh berurusan dengan gua secara sulit. Itu jam harga boleh kasi ejas turun lagi sikit. Dan macam biasa, makwe makwe diutamakan.


p/s: Jorji pp vovin otam amar paiseh, sori bai gua betul betul lupa passing..hujan melebat.Lain kali je lah.

p/s lagi: terima kasih pada rakan produksi gua, Luca yang menghasilkan minuman berjenama gua dengan modal 3 juta.Esok gua nak pergi order kereta Volkswagen Touareg 3.2 pulak.


Lu orang nak kereta apa?, gua boleh tolong orderkan skali...kawan kawan gua tak berkira sangat.

Friday, January 8, 2010

Kontes


Gua ingat gua jugak nak buat kontes macam blog blog yang ada kontes lah. Rasanya kalau gua tak buat kontes macam tak ikut prosedur blog pulak. Main blog ni kena audit ke tidak gua tak tahu.Cukai blog tak payah tanya, pergi mati..kalau tulis blog pun kena bayar cukai, memang tahun 2012 gua masuk bertanding jadi Ahli Parlimen Tg Malim wakil parti BLOG.

Tapi masalahnya sekarang,

Apa jenis kontes yang gua nak anjurkan?,

Cilake gua takde idea langsung.

Sedekahla gua idea sekeping dua woii...

~XOXO sepam~

Thursday, January 7, 2010

Bertunang dalam tidor


kasi lagi padu

Ramai budak budak tak percaya bila gua bagitahu gua dengan bini gua dulu bertunang dalam tidor. Masa awal awal lepas bertunang, bini gua pun tak perasan hal ni. Sampai la beberapa ketika gua tanya bini gua dia sedar ke tak sebenarnya kes gua bertunang ni dalam tidor?

Bini gua teperanjat dan mati mati dia tak percaya!.

Memang,
Gua tak salahkan siapa siapa termasuk bini gua.Hal rare macam ni jarang jadik dalam masyarakat di Malaysia. Ia amat ganjil, dan sekali lagi gua tekankan..ianya rare.

Makan hari juga bini gua memikirkan perkara ganjil yang gua beritahu.Dia masih tak percaya sebab semua hantaran bertunang ada depan mata, cincin ada pakai kat jari, gambar ada dalam Friendster, kek bertunang pun ada dalam peti ais baru makan suku tak habis..
Jadi apa hal pulak bertunang dalam tidor nya?

Gua biarkan bini gua buat analisis. Mungkin disatu sisi, bini gua sangka gua nak bergurau manja.Kalau dia fikir gua bergurau, maknanya dia silap besar. Gua serious, bukan sembang kencang nak melawak tak tentu hala.Gua cakap semua benda benda yang ada substance.

Tapi..bila gua fikir balik,
Kalau gua jelaskan satu satu mungkin boleh jadi kes lain pulak?, macam mana kalau bini gua tak boleh terima hakikat?,
Penyudahnya gua diamkan diri. Isu bertunang dalam tidor yang gua beritahu tu pun perlahan lahan lenyap dan tak muncul muncul.

****
Sampai la satu hari, kira kira 4 tahun selepas kejadian..

Giliran adik gua pulak nak bertunang. Bini gua tanya adik gua:

"Nak pegi ikut sekali ke nak duduk rumah je?"

Adik gua yang tengah pekena butang baju kemeja jawab penuh sopan:

"Pegi ikut sekali la..kalau tak pergi nanti takut jadi lain pulak".- sambil mata kenen kat gua.

Gua pura pura tak dengar.Hati dah bedebar debar bunyi merusuh.

"Kenapa?" - Tanya bini gua lagi pada adik ipar beliau.

****

"Yala..satu rumah sibuk setelkan hal dia betunang, pegi bawak cincin, pegi bawak kek, pakai smart smart....dia boleh sedap bantai tidor kat rumah tak mandi sampai petang, apa jenis bertunang macam tu?"

Dalam hati gua sambut perlahan:
"Bertunang dalam tidor beb"

*****
NOTAKAKI
Bini gua mengamok tak puas hati suruh gua repeat balik upacara bertunang.Kali ni dia pulak nak bertunang dalam tidor.

Wednesday, January 6, 2010

Bisnes farmasi (siri terakhir)


"Lambang kemewahan dan keunggulan abadi"

Pencapaian selepas lapan hari pelancaran:

1. Masuk pukul sembilan pagi tadi, genap 89 jam adik gua becakap talipon tak reti letak letak.Dia punya dapat order dah macam afundi Mawi.

2.gua dimaklumkan ayahanda kilang pampers yang beribu pejabat di Australia sudah mendapat persetujuan dari pemegang saham untuk mendirikan sebuah lagi kilang pampers berskala Infantri askar melayu di Tg Malim.

3.Pihak kerajaan turut campurtangan dalam hal bisnes pampers yang semkain hype hari demi hari. Kementerian pengangkutan juga telah meluluskan pembinaan pelabuhan kontena di muara sungai Behrang sebagai langkah membasmi masalah pengangkutan pampers melalui jalanraya.

4.Pembinaan kilang pampers dan pelabuan kontena dijangka membuka peluang pekerjaan kepada hampir empat ribu belia Tg Malim yang selama ini menghabiskan masa mengutuk serangan ganas Israel dan kelembapan Barrack Obama dalam mengendalikan isu terrorist di kedai kopi Watan Jalan Ketoyong secara full time.

5. Bunkface turut mencipta lagu "Tiada hari tanpa Pampers" sebagai langkah menaikkan lagi populariti mereka dalam industri muzik antarabangsa.

6. Urusan advertisment billboard "Tiada hari tanpa pampers" sedang berjalan. Kalau takde masalah birokrasi, minggu depan naikla iklan tepi lebuhraya.

7.TESCO mungkin menang dalam bidaan hak eksklusif penjualan pampers tiga liter peringkat Malaysia.Gua sound adik gua,"Bagi pada TF cawangan Behrang sudeyyy..!!"

8. Budak budak dealer belah Kuala Kubu yang ambik stock minggu lepas gua dengar semalam dah angkat Porche Cayenne bayar tunai.

9. Fateem jadi duta pampers tiga liter di Tadika Kurnia tempat beliau menuntut ilmu. Kaver kawasan tadika pun sehari masyuk dekat dekat seribu jugak tu.

****
Ok kesimpulan dia, dalam dua bulan lagi Tg Malim akan jadi pusat pampers sedunia. Gua pulak nak pegi melepak minum teh pun naik helikopter.Masa tu nanti gua nak beli nuffnang sekali dengan dia punya blogger of the month bulan Disember.

kehkehkeh.

Pesanan untuk adik gua:
"Lu jangan lupa isi minyak kereta gua"

Tuesday, January 5, 2010

Pengakap


Kalau masa gua sekolah rendah, dalam minggu pertama tahun baru macam ni gua dah tak menang tangan dengan perjumpaan pengakap keris gangsa. Budak budak Saint John Ambulan boleh jalan. Pakaian seragam tak bergaya langsung. Budak budak tunas puteri pulak gua malas komen sebab cek Intan ada kat situ.

Itu tahun baru yang dulu,

Masa tahun baru sekarang..entah, aktivi semua tak sentimental. Sampaikan main bola pun dah tak original.

Macam mana la budak budak sekarang main Pengakap gamaknya.
Berkhemah di mana?, taman tema?

Sunday, January 3, 2010

Retro cuti sekolah

Sekolah akan beroperasi semula esok.Tak kiralah sekolah kebangsaan, sekolah Chung Sing, sekolah Anglo-Chinese, sekolah Taska, sekolah cluster, sekolah MRSM, sekolah agama rakyat atau sekolah dekat shopping kompelex berhampiran kedai game, semua mesti onn balik esok.Budak budak yang nak naik darjah enam, mula berani bawak Dunhill selit poket belakang,masing masing dah sedia nak merusuh depan penolong kanan.Budak budak yang ada otak maju sikit dah start berangan nak menyertai audition geng bas sekolah season ke tiga. Manakala, bagi adik adik yang dapat UPSR 5A hasil tuisyen semenjak tadika pula sedang bedebar untuk masuk sekolah asrama, kalau nak lagi stailo, masukla sekolah asrama agama macam gua, nanti besar boleh jadi macam gua.

Gua tengok, budak budak sekarang cuti sekolah bukan main lagi. Lama satu hal, aktiviti cuti pulak semua jenis canggih canggih dan berteknologi. Tak sama langsung masa gua cuti sekolah zaman hobi kumpul setem dan tolong ibu siram bunga.Tengok tivi pun setakat cerita The Girl From Tomorrow, Alana tu entah kerja apa la sekarang. Cerita fantaghiro pun boleh tahan sedap, dulu gua dah bekira kira nak tukar nama Tarabas bubuh dalam IC. Mujurla gua tak pandai naik bas pergi Pejabat Pendaftaran di Taiping.Bila dah mengadap tivi, mula la badan jadi malas pegi mengaji. Gua argue juga dulu, kenapa sistem cuti sekolah tak diselaraskan dengan sistem cuti mengaji?,cuti sekolah pun kena pegi mengaji, tak demokrasi langsung.

Masa cuti sekolah,kalau hebat sikit, dapatla merasa pergi Pesta Pulau Pinang tumpang anak anak jiran.Bawak duit pun tak banyak, dalam lima puluh ringgit habuan beli kacang, main kereta laga, main buaian pusing dan beli tshirt putih gambar jambatan pulau pinang. Lepas balik pesta hari hari pekena tshirt jambatan sampai lunyai..sampai gambar jambatan pun dah keluar benang.Selain pesta pulau pinang, gua juga selalu mengamuk ajak ayah gua pegi Taman SM Noor dekat Batu Gajah. Budak budak kata sana ada rumah hantu.Tapi sayang, sampai la Taman SM Noor tu melingkup, gua tak dapat pergi.Ayah gua kata Batu Gajah tu jauh, kalau pergi nanti gua muntah dalam kereta pulak.

Ada sekali masa cuti sekolah darjah dua, gua naik pegi Kolumpo ikut jalan lama. Sepanjang jalan tujuh lapan kali gua muntah.Masa tu badan tak kemas lagi.Tak biasa jalan jauh naik kereta murah.Pergi kolumpo kami menumpang rumah setinggan tokngah gua di Selayang.Pehh hari hari gua pujuk anak tokngah bawak pegi seven e pekena slurrpy. Dalam hati rasa nak bungkus je slurrpy tu bawak balik Bagan Serai tunjuk kat budak budak kampung. Belah malam pulak, kami ramai ramai naik bas mini kaler merah jambu hala ke Yaohan. MasyaAllah punya la besar binatang Yaohan.Ada banyak pulak tangga naik turun sendiri.Dekat kampung gua mana ada benda ni semua. Paling hype pun ada pasaraya Kedai Kawan yang bahagian barang mainan dia takde jual PlayDoh walaupun sudah lapan tahun beroperasi.

Kalau musim cuti tu jatuh masa ekonomi ayah gua tak berapa baik, lawatan lawatan ke luar negeri akan digantikan dengan aktiviti domestik. Aktiviti domestik ni macam macam. bergantung pada musim, bila musim lastik burung, pegi mana mana gua ready lastik. Bila musim mengagau ikan, pegi mana mana gua ready bawak tangkoi kecik. Bangun pagi pagi gua lari ke belakang rumah tahan taut dalam saliran air padi. Belah petang gua pegi tengok balik, kalau nasib baik adala lekat ikan haruan besar lengan Bary Prima.

Budak budak zaman milenium ni tak tahu la teknik macam mana mereka habiskan cuti. Nak kata duduk kampung pun dah serupa duduk Kolumpo.Tinggal takde Pavilion dengan KLCC saja.ASTRO dah merata tempat, rumah fakir miskin pun dia punya ASTRO ada HBO. Zaman global semua jadi global. Budak remaja belah Kokdiang sana pun tahu perlunya Pendidikan Seks di peringkat sekolah. Bukan apa, ilmu berkenaan boleh di bawak melepak masa turun Alor setar jumpa makwe dari Jitra.

Kehidupan persekitaran pun dah berubah banyak.Rumah kawasan kampung dinaik taraf jadi perumahan kos rendah atau kos sederhana. Kawasan padi yang mana kurang diusahakan, bertukar rupa jadi pusat kedai dua tingkat yang menempatkan kedai tayar Hong Huat, pusat snooker, kedai internet, kedai sport toto dan port hisap ganja di lorong belakang.Bisnes bisnes tradisi macam tampal tayar basikal secara IKS, pasang grill kecil kecilan, jual ikan sepat kering dan meniaga aiskrim malaysia dah semakin tandus. Sistem pengangkutan juga dah macam Tokyo, lebuhraya disana sini. Jalan masuk parit 6 pun ada ura ura nak sambung dengan lebuhraya. Kepesatan industri jalan raya juga mempengaruhi program cuti sekolah budak budak zaman sekarang. Duduk Arau pun dah tak rasa jauh nak pegi Kolumpo.Pagi pagi dari Arau naik bas Ekspress Sani dua tingkat, dalam bas pekena ipod nano kat telinga, atau main PSP, dalam tengahari dah boleh main Daytona dibangunan Kotaraya.Hidup tak mencabar langsung!.

Kalaula gua lalui zaman cuti sekolah macam sekarang masa tahun 90'an dulu, rasanya otak gua dah jadi genius. Kerja sekolah gua link kan dengan google. Masalah matematik dah boleh siap sambil tulis blog, buat karangan Pengalaman Cuti Sekolah tak payah cakap la, cerita pergi pantai Malibu pun gua boleh sampaikan dengan fantastic, padahal gua cuma duduk rumah saja tengok konsert Roadrunner dalam YouTube. Main bolasepak tak payah pegi padang, cukup sekadar main Nintendo Wii dah boleh keluar peluh. Kalau gua rasa nak bersosial, gua ajak budak budak main Dota,main Counter Strike atau takpun main WarCraft. hal hal susun buku sekolah, setting rantai basikal, dan kapur kasut gua akan bagi orang gaji uruskan.Baru la ada style.

Oklah, bini gua pun dah panggil banyak kali suruh buang sampah dengan salin lampin.Benda benda senang macam tu pun gua nak kena buat.

"Lu suruh internet setelkan tak boleh ka?".

Friday, January 1, 2010

Summary 2009


Politic, Economy, Society, Enviromental, Civilization,Mindset,Entertainment,War, Conflict,Terrorist...mat rempit, bohsia, buang anak haram dalam mangkuk jamban dan kemunculan syarikat MLM terbaru.

"Same shit different story meehhh...."