kasi lagi padu
Ramai budak budak tak percaya bila gua bagitahu gua dengan bini gua dulu bertunang dalam tidor. Masa awal awal lepas bertunang, bini gua pun tak perasan hal ni. Sampai la beberapa ketika gua tanya bini gua dia sedar ke tak sebenarnya kes gua bertunang ni dalam tidor?
Bini gua teperanjat dan mati mati dia tak percaya!.
Memang,
Gua tak salahkan siapa siapa termasuk bini gua.Hal rare macam ni jarang jadik dalam masyarakat di Malaysia. Ia amat ganjil, dan sekali lagi gua tekankan..ianya rare.
Makan hari juga bini gua memikirkan perkara ganjil yang gua beritahu.Dia masih tak percaya sebab semua hantaran bertunang ada depan mata, cincin ada pakai kat jari, gambar ada dalam Friendster, kek bertunang pun ada dalam peti ais baru makan suku tak habis..
Jadi apa hal pulak bertunang dalam tidor nya?
Gua biarkan bini gua buat analisis. Mungkin disatu sisi, bini gua sangka gua nak bergurau manja.Kalau dia fikir gua bergurau, maknanya dia silap besar. Gua serious, bukan sembang kencang nak melawak tak tentu hala.Gua cakap semua benda benda yang ada substance.
Tapi..bila gua fikir balik,
Kalau gua jelaskan satu satu mungkin boleh jadi kes lain pulak?, macam mana kalau bini gua tak boleh terima hakikat?,
Penyudahnya gua diamkan diri. Isu bertunang dalam tidor yang gua beritahu tu pun perlahan lahan lenyap dan tak muncul muncul.
****
Sampai la satu hari, kira kira 4 tahun selepas kejadian..
Giliran adik gua pulak nak bertunang. Bini gua tanya adik gua:
"Nak pegi ikut sekali ke nak duduk rumah je?"
Adik gua yang tengah pekena butang baju kemeja jawab penuh sopan:
"Pegi ikut sekali la..kalau tak pergi nanti takut jadi lain pulak".- sambil mata kenen kat gua.
Gua pura pura tak dengar.Hati dah bedebar debar bunyi merusuh.
"Kenapa?" - Tanya bini gua lagi pada adik ipar beliau.
****
"Yala..satu rumah sibuk setelkan hal dia betunang, pegi bawak cincin, pegi bawak kek, pakai smart smart....dia boleh sedap bantai tidor kat rumah tak mandi sampai petang, apa jenis bertunang macam tu?"
Dalam hati gua sambut perlahan:
"Bertunang dalam tidor beb"
*****
NOTAKAKI
Bini gua mengamok tak puas hati suruh gua repeat balik upacara bertunang.Kali ni dia pulak nak bertunang dalam tidor.
26 Nasihat Ikhlas:
kahkahkah..stedi jugak bertunang dalam tidur..kalau bertunang sambil melepak makan roti dengan kawan-kawan lagi la gampang ye dok?
lol.
bangun2 aje dah jd tunangan org kau ek hehe.
ikut zaman dulu2..lelaki xyah ade pun bile btunang ni..anta wakil je kann..
hakhakhak..lawoks yg tak bleh blah sungguh lar ko neh..
xpham...
hahahaha!cibet lu!tapi kalau bertunang laki tak payah datang pun takpe..
:) bole main repeat2 pulak erk..
sempoi la bro
kewak betul. gua ingat mistik apa ker..mmg lu tak boleh lah pe'el lu ni bang!.
hhahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha
macam2 lah lu ni fdaus...
bertunang takpe.jangan kawin lu bantai tido gak dah la.haha
kelaka tul ko nih..mmg patut pn bini ko ngamuk...ehehe
tuh takpe..aku lgik xbes..time nikah xsmpat hbis mekap..thu2 jak dh jadik bini org..sibaik ada system tol,jdik ble lengah2 kn masa..ni kess mak andam tprgkap lam jem la...huuhuu...
tuh takpe..aku lgik xbes..time nikah xsmpat hbis mekap..thu2 jak dh jadik bini org..sibaik ada system tol,jdik ble lengah2 kn masa..ni kess mak andam tprgkap lam jem la...huuhuu...
hahaha
tp sekarang dah tak ramai laki bertunang dlm tido kan
ramai yg suka ikut pi rumah pompuan
xilaxax
bila gua nak bertunang ni?
patut waktu nikah bini lu bantai tidur pulak sebab waktu nikah bini tak perlu datang.
sempoi je ko bertunang..cis
kire ok la tu dari famili sibuk pegi majlis tunang, emak tgh sarung cincin kt tgn awek..kita pegi dating ngn awek lain..
lagi haru..
hahha....
adess..ini kess pon adoo...
mcam tu pun ada erkkk...
hepy weekend
kes kali kedua penah aku jumpe!
haha..
sempoi bro..cayalah!!!
tumpang gelak keh keh keh
Bro, mana sambungan cite Tora datang lagi? Budak2 Pro2 dah tanya nih..
nak bertunang sambil karaoke la
stail
hah.. padan... tu dok tunggu sengih apa lagi... pi la hantaq rombongan meminang sekali lagi.
Post a Comment