"Lambang kemewahan dan keunggulan abadi"
Pencapaian selepas lapan hari pelancaran:
1. Masuk pukul sembilan pagi tadi, genap 89 jam adik gua becakap talipon tak reti letak letak.Dia punya dapat order dah macam afundi Mawi.
2.gua dimaklumkan ayahanda kilang pampers yang beribu pejabat di Australia sudah mendapat persetujuan dari pemegang saham untuk mendirikan sebuah lagi kilang pampers berskala Infantri askar melayu di Tg Malim.
3.Pihak kerajaan turut campurtangan dalam hal bisnes pampers yang semkain hype hari demi hari. Kementerian pengangkutan juga telah meluluskan pembinaan pelabuhan kontena di muara sungai Behrang sebagai langkah membasmi masalah pengangkutan pampers melalui jalanraya.
4.Pembinaan kilang pampers dan pelabuan kontena dijangka membuka peluang pekerjaan kepada hampir empat ribu belia Tg Malim yang selama ini menghabiskan masa mengutuk serangan ganas Israel dan kelembapan Barrack Obama dalam mengendalikan isu terrorist di kedai kopi Watan Jalan Ketoyong secara full time.
5. Bunkface turut mencipta lagu "Tiada hari tanpa Pampers" sebagai langkah menaikkan lagi populariti mereka dalam industri muzik antarabangsa.
6. Urusan advertisment billboard "Tiada hari tanpa pampers" sedang berjalan. Kalau takde masalah birokrasi, minggu depan naikla iklan tepi lebuhraya.
7.TESCO mungkin menang dalam bidaan hak eksklusif penjualan pampers tiga liter peringkat Malaysia.Gua sound adik gua,"Bagi pada TF cawangan Behrang sudeyyy..!!"
8. Budak budak dealer belah Kuala Kubu yang ambik stock minggu lepas gua dengar semalam dah angkat Porche Cayenne bayar tunai.
9. Fateem jadi duta pampers tiga liter di Tadika Kurnia tempat beliau menuntut ilmu. Kaver kawasan tadika pun sehari masyuk dekat dekat seribu jugak tu.
****
Ok kesimpulan dia, dalam dua bulan lagi Tg Malim akan jadi pusat pampers sedunia. Gua pulak nak pegi melepak minum teh pun naik helikopter.Masa tu nanti gua nak beli nuffnang sekali dengan dia punya blogger of the month bulan Disember.
kehkehkeh.
Pesanan untuk adik gua:
"Lu jangan lupa isi minyak kereta gua"
13 Nasihat Ikhlas:
haha
camne la gamaknya lagu dari bunkface tuhh..
blogger of the month december?
pergh dengan minah tu lu angkut, kang bini marah kang
nak downline ker?
ler ade bersiri ka.
brape rm satu bag pampers tu?
diaper la bro
tak pasal2 lu promot brand yang bernama 'pampers' itu
wakakak hebat hebat ko promo bro...bagsu..aku asik duk mencari ape nak bisnes ni...pempers pun leh jual kan...siap leh lepak kedai kopi naik helly..bapak kaya raya
bisnes masyuk minyak kereta pun suh adik isi! lu biar stedy sikit. gua kan dah bank-in 200k semalam dah abis ke? boros bole tahan la lu..
tolong kasi nyanyi sikit lagu bunkface tu. gua pun nak dengar jugak. cilake
kau pernah test ke tak kredibiliti pampers tersebut
haah...bape hengget diapers tu?bape keping??die style jenis plastik tu (fitti dll) ke atau cam kain sket (cam pureen dry5 dll)ke jenis betul2 up (cam huggies mumi puku pe...) tlg jawab lebey lanjut...cam berkenan jerr
kah kah kah
camane la lagu pampers bunkface tu kan
erk888.blogspot.com
budak2 dealer kuala kubu tu apsal tak bagi tau aku pun venture dorang terbaru ni..apsal?
Post a Comment