Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat

Hari jumaat kelmarin gua cuti. Gua plan nak hantar fateem pegi tadika. Pukul lapan setengah gua bawak dia naik moto menghala ke tadika kurnia bestari.Muka dan rambut gua basuh bagi nampak macam mandi padahal gosok gigi pun gua tak sempat. Mujur ada ibu gua tolong siapkan fateem. Cikgu Kuala Kubu pagi pagi lagi dah hilang pergi sekolah, dia cuma sempat tinggal sms ; "Happy daddy-day-care!".

Sampai depan pagar, budak budak tadika sedang melakukan senaman. Gua tengok susunan barisan berterabur, ada yang depa tangan, ada pula yang angkat kaki, ada juga yang terbongkok bongkok tengah buat senaman apa gua pun tak tahu. Melihatkan kedatangan gua, cikgu tadika yang hendel senaman pakai baju kurung datang buka pagar.Lepas fateem masuk, gua pecut balik rumah sambung beradu.

Kira kira pukul dua belas gua pergi semula ke tadika. fateem dengan beg galas pink dah ready depan pagar bersama cikgu tadi.

"Dalam beg dia ada surat". - Pesan cikgu tersebut pada gua sambil menguntum senyum.

Dalam hati gua jadi bedebar debar. Celaka. Surat apa pulak ni?

Gua hantar fateem ke tadika suruh cikgu ajar dia, bukannya suruh cikgu mengorat bapak dia. Sampai di rumah cepat cepat gua buka beg ambil surat.

Cehh!!, surat panggil mesyuarat PIBG rupanya. Bua penat gua bedebar debar. Kalau ikut pekeliling surat tu ibu bapa dijemput hadir ke tadika pada 16/01 pukul sembilan pagi. Ada mesyuarat pembentangan bajet, prosedur pengurusan dan penjelasan tentang silibus bagi kalender 2010.

Dengan tak semena mena gua jadi bersemangat pulak. Gua fikir kalau pergi mesyuarat mesti gua lebih paham kaedah pendidikan di tadika ni macam mana.
Secara tak langsung, seruan mesuarat PIBG ni menyedarkan gua tentang hal tanggungjawab keibu bapaan. Bukan setakat bagi makan pakai, tapi perkembangan pembelajaran pun gua kena beri perhatian. Macam ni rupanya jadi parent. Buku parenting skill haram gua tak pernah baca. Sekarang baru terkucar kacir. Itu belum masuk ilmu saikologi kanak kanak yang gua langsung bengap.

Gua berazam untuk lebih fokus.Lebih memberi masa. Lebih memahami sikap kanak kanak yang dalam proses membesar. Gua nak jadi lebih serius dan sedikit berprinsip dalam hal menunjuk ajar. Keyakinan dalam diri gua membuak buak!.Terima kasih cikgu tadika kerana menjemput gua datang mesuarat!.

Gua semanagat!

Disamping itu, boleh juga gua bagi sedikit sebanyak idea untuk membangunkan lagi reputasi tadika kurnia bestari di mata penduduk Tg Malim. Mula mula gua akan tanya pasal yuran dan kualiti buku buku rujukan yang diguna pakai.Kemudian gua akan tanya pula berkenaan makanan dan pendidikan agama. Gua juga nak sentuh hal senaman yang tak berapa teratur. Turut tidak lupa gua nak bagi cadangan supaya tadika kurnia bestari buat kelas tarannum.Aktiviti rekreasi pun gua nak cadangkan jugak.Buat lawatan ke kedai pau Yik Mun pun oraitt. Kalau hujung bulan boleh bawak budak budak tadika pergi berkelah kecil kecilan.

Cuma,

Ada satu hal yang buat gua bingung;

****
Apa hal panggil mesyuarat pukul sembilan pagi hari sabtu?,

Kan gua dah tak boleh pergi.

Jadi kesimpulannya terpaksa la gua tidor di rumah macam pagi Sabtu yang lepas lepas.

Bukan salah gua ok...walaupun tidor, gua tetap bersemangat!

17 Nasihat Ikhlas:

Akulah Shy. said...

kalau mcm ni mmg tiap2 tahun lu xdpt pergi.
bentang je lah dgn air liur basi lu tu.

ace farhan said...

keh3. .camney ibubapa. .confem anak lu bangga. .

jo said...

kesedaranlah, mendelah...
memang sembang kencang..

NenetPenne (NP) said...

hampeh laa lu, cakap yo yo ah...ha ha ha

Abe Long said...

sabo je lah
nk buat mcm mane

labahlabah said...

hahahaha...mcm siut la lu ni..
kejadah nya tido

ringo said...

fateem,lu lanyak sikit bapak lu nh.haha

adekk said...

dari gua darjah satu sampai form 5 sekarang ni , bapak gua haram nak pergi mesyuarat PIBG . jejak kaki kat sekolah pon 3 tahun sekali .

harap kan ibu gua je la , tapi mesyuarat PIBG tetap haram bagi kedua org tua gua .

Nur Syaza Azrudin said...

ntah2 tu langkah pertama cikgu tu nak mengorat lu.mula2 ajak konon bermesyuarat lah.lepas2 tu baru masuk line.
ha? mcm mana? kan lu dh rugiiiiii.


next year, pegi.

macha_sezs said...

hahaha. sia2 lu punya semangat kalau ini pesen punya perangai bai!

haha~

Anonymous said...

bapak aku dari aku tadika sampai aku habis form 5 tak pernah datang meeting PIBG. setahun sekali jek dia datang, masa sign repot kad. tuh kalau result elok, hensem dan menyemat la bapak aku. kalau tak pakai baju buruk gak. saje na bagi aku malu.

Anonymous said...

aku pernah gak attend mesyuarat PIBG masa aku form 4...motif nak mintak duit. lain2 tu kira sampingan je

noorafzan.blogspot.com said...

patutla mesyuarat PIBG x ramai mak pak gi..
ini salah satu sebab buktinya..
alahai~

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

fateem
len kali abes sekolah jumaat tu terus kasi surat okay ;)

AjuA said...

meeting minggu lepas semua sebulat suara lu jadi pengerusi PIBG. kena datang la beb! fateem bangga!

budakbijak said...

aku rasa baik hang buat buku la..cite h.ang buat aku pecah perutla

Anonymous said...

Salam...

nie namanya "meeting dalam tido" lebih kurang mcm entry lepas....

yg Fidaus x tulis kt sini:
Nama semua cikgu2 tadika tu dia tau...siap dgn status dia org lagi....rumah kt maner..no tepon pun dia amik skali,....

alasan dia...senang nak pantau perkembangan fateem dr jauh...

heheheh stuju ker bro...?

pisangemas81