Thursday, July 29, 2010

Durian


Tadi, kira kira pukul 10.30 malam, gua keluar sekejap dengan cikgu cari durian. Tiba tiba pula cikgu kuala kubu petik nak makan durian. Padahal gua sampai di rumah dari pukul 7.

Mujur dekat kepala simpang nak keluar kawasan perumahan ni ada kutu jual durian set-up pakai lori 3 tan. Gua parking berhampiran lori durian. Gua dapati ada selonggok duian dalam bakul tepi tayar lori.

"Bagi durian sebijik!" - kata gua pada kutu berkenaan.

Tengok rupa paras kutu ni macam mat Bangla. Gua saspek mesti dia kerja ambik upah jaga dusun durian milik rakyat Malaysia berbangsa cina.

"Angkat dua bijji la abang..saya bolley kasi murra siket" - ujar mat Bangla muka konfiden.

Gua nampak dia dah siap sedia hunus parang hala ke durian di dalam bakul. Gua seluk tangan ambik sebijik bawak keluar. Durian sebesar kepala budak lelaki darjah tiga kelas pandai itu gua hulur pada bangla berkenaan.

"Angkat lagi satu bijji la abang..saya bolley kasi murra" - mat Bangla masih 'try' nak makan gua.

"Satu cukup!" - Balas gua suara serak serak.

Durian masuk dalam plastik.

"Berapa ringgit ni?" - Tangan kiri dah ready genggam sepuluh ringgit.

"Satu bijji kallu empat ringgit la abang". - Mat Bangla balas tangkas.

Duit sepuluh ringgit lipat tak kemas gua serah guna tangan kiri.

"Ehh kalau dua bijik tadi berapa ringgit pulak?" - Gua sambung tanya lagi sementara menanti pulangan duit baki. Kalau beli dua bijik dapat murah apa salahnya, getus hati kecil gua.

Dalam samar samar gua dapat lihat sinar gembira terpancar di wajah mat Bangla.


"Kallu dua bijji...saya kassi lapan ringgit la abang.".

****

Tanpa banyak fikir, gua ambik lagi tiga bijik durian dari dalam bakul, lalu gua paksa Bangla keling ni timbang seratus kali jangan jatuh pakai cara takraw.

Malam kian larut, namun apa gua pedulik?

Tuesday, July 27, 2010

Puasa datang lagi.


Fateem beritahu gua,

"Bulan puasa nanti, Ateem nak puasa, tak nak makan nasik, tak nak minum susu".

Gua cakap balik pada dia:

"Jangan gopoh wahai anak kecil, kau masih hijau...fikir dahulu sebelum berkata kata".

Sunday, July 25, 2010

Air susah cari


"Sepanjang gua minum di kedai dalam berbelas tahun ni, tak kiralah kedai mamak atau kedai bukan mamak, takde satu kedai pun yang jual air yang gua suka masa kecik kecik dulu"

Beritahu gua pada cikgu Kuala kubu semalam dengan nada kecewa.

"Air apa?" - Balas cikgu.

Terpancar nada ingin tahu dari riak wajah beliau yang masih tersisa kesan penat itu hari.

**

Dalam kekesalan gua jawab pada cikgu:

"Air Ovaltine"

Gua geleng kepala mengenangkan kedai kedai makan yang terlalu mainstream hingga terlupa kewujudan miuman indie yang pernah menjadi penghias iklan tivi suatu ketika dahulu.

Thursday, July 22, 2010

Hotel Mania


Suatu malam Fateem tanya gua:

"kenapa kita jadi orang Melayu ayah?"

Gua jawab tenang:

"Sebab kita selalu mengarut, buang masa dan suka buat benda merepek".

***

Kami sambung balik tengok tivi cerita Hotel Mania.

Monday, July 19, 2010

Mesin Penimbang


Petang semalam.

Masa pergi pejabat ambik dokumen gua singgah sekejap ke mesin penimbang di depan Watson KLCC. Perut lapar rasa nak makan nasi, tapi apa apa hal kasi timbang dulu lah.

Gua naik atas mesin penimbang.

68kg.

Beritahu mesin penimbang dengan upah 60 sen.
Arahan suruh tekan 'Horoskop Hari ini' gua tak endahkan. Benda benda khurafat jangan dicuba cuba.

"Sesuai dengan muka" - gua bisik perlahan dalam hati sambil menguntum senyum.

***
Hari ni.

Gua sampai Bangkok tengahari. Terus menuju ke hotel. Gua dapati dalam bilik hotel ada mesin penimpang juga, tapi jenis dia lain sikit daripada mesin penimbang yang gua pekena semalam.

"Nampak gaya mesin penimbang ni ada semacam tak puas hati nak suruh gua repeat timbang sekali lagi ni" - gua tersenyum merenung ke mesin penimbang.

Apa apa hal kasi timbang sekali lagi lah.

Gua letak dua dua tapak kaki ngam ngam atas mesin. Badan gua luruskan bagi sedap sedap berdiri.

69kg! - beritahu mesin penimbang.

Gua perhati diri sendiri depan cermin berdekatan mesin penimbang. Dressing lebih kurang dressing semalam, kasut pun tak pakai sama macam semalam, dompet dengan henset pun tolak tepi sama macam semalam.

Haihh..lebih 1kg ni macam mana nak kira?.

Gua fikir mesti ada ralat mesin di mana mana. Tak puas hati punya pasal, gua panjat mesin sekali lagi. Namun keputusan tetap sama.

Lama gua berfikir...

Lama...

Lama lagi...

Tiba tiba gua teringat satu hal.


"Cis patutla..belum pergi tandas dari lepas makan nasi petang semalam!"

***

Sekejap tadi gua timbang balik. Berat badan dah jadi 68kg semula..

Yes.

Saturday, July 17, 2010

Kaset NOW


Siang tadi masa gua kemas stor terjumpa balik kaset NOW cetak rompak yang gua beli masa darjah lima dulu.

Gua geleng kepala. Nak menyesal pun dah terlambat.

Patutla senang sangat gua tangkap lagu si Shahir ni. Sekali dengar pun dah boleh ingat.

Macam cilaka!


Thursday, July 15, 2010

Tshirt Bolasepak yang rare dan limited edition

Jangan sangka tangan yang menjual buku tidak mampu menjaja baju!

****

Kalau nak belajar main bola dan membeli baju, klik SINI.

Tuesday, July 13, 2010

Bidan Leha


Sekarang cikgu kuala kubu menerima rawatan spiritual dari bidan Leha.

Malam semalam gua bawak cikgu pergi rumah dia.
Gua kira kira di rumah bidan Leha ada 12 pasu bunga besar besar tempayan. Menurut laki bidan Leha, sebijik pasu bunga dia punya harga RM700. Itu baru pasu bunga..

Malam tadi gua bawak lagi cikgu pergi rumah bidan Leha, kali ni gua semak pula televisyen full HD 42 inci jenama Toshiba di ruang tamu dengan sebijik peti ais besar pintu rumah tersandar kemas di celah lorong menghala ke dapur. Memang champion!.Barang barang dan perhiasan dalam rumah bidan Leha pun memang champion!. Tengok, sampai 2 kali gua bagi champion pada bidan Leha.

Gua syak bidan Leha sudah mencapai status 'financial freedom', iaitu status yang sering dipakai oleh pengamal ilmu MLM ketika memberi ucapan pada pekerja pekerja makan gaji, tidak kiralah pemakan gaji itu bekerja swasta ataupun bekerja kerajaan.

Ya. Gua asyik terfikir, rasanya masih belum terlambat untuk gua menimba ilmu menjadi Bidan.

Boleh pakai peti ais besar pintu rumah,

Ibarat kata orang putih;

"Why Not?"

Saturday, July 10, 2010

Faedah Menulis


Fateem berlagak dengan teddybear kanggaroo, beruang Koala dan bekas pensel yang dihadiahkan oleh seorang pembaca SK, saudari Saudah dan keluarga yang tinggal di negara Australia.
Terima Kasih gua ucapkan pada saudari Saudah sekeluarga. Nanti gua pergi Australia gua belanja lu makan makanan Australia. Tak lama dah, dalam tahun 2015 macam tu la.

Untuk pengetahuan lu orang, ada juga pembaca yang bagi hadiah berupa wang tunai, kereta mewah dan rumah superlink korner lot dua tingkat setengah, benda benda ni sumpah gua tak berani ambik, risau ada perangkap!.


p/s: Fateem juga seorang penyokong tegar pasukan Brasil. Yes!

Lagi review SEMBANG KENCANG di SINI. Terima kasih fndrocka. Ciss review sampai dua kali, nak mintak duit dari gua la tu.

Monday, July 5, 2010

Hidup tak selalunya ketawa


Ada beberapa hal yang gua sangkut sekarang:

satu,
Ada lebih kurang 10 buku baru order gua belum pos lagi.

dua,
Duit buku ni kebanyakannya dah masuk. Gua harap peng-order dapat bersabar.

tiga,
cikgu kuala kubu tak berapa sihat sejak akhir akhir ni. Malam ni pekena tido wad lagi. Nasib baik gua dah biasa dengan permainan berulang alik ke Kolumpo.

empat,
Disebabkan perkara nombor tiga, akibatnya pada nombor satu dan nombor dua. Tapi gua cuba pos jugak dalam minggu ni.

lima,
Situasi tengah bersepah, gua tak upaya nak melayan blog banyak sangat. Ini pun taip laju laju sambil bersila. Sakit belakang tak payah cerita. Macam cilake.

akhir sekali,
agak agak kalau gua sokong Jerman sekarang, ada orang kecik hati tak?

Thursday, July 1, 2010

Pengasas Bolasepak Jalan Raya



Siapa punya kerja ni?,

Cilake sungguh la, barai selera gua nak sokong Brasil.

++++++++++++++++

*Lagi review SEMBANG KENCANG oleh fndrocka DI SINI
dan lagi review DI SINI oleh Iera. Terima kasih!