Friday, July 31, 2009

Perbualan Separa Merepek

2005,dalam pukul 9 malam - Apartment Sri Baiduri,Ukay Perdana.

Gua sedang pekena lepak tak pakai baju sambil tonton cerita HOUSE.Air teh panas yang MatDan bancuh gua teguk sikit sikit.Kalau gua redah minum laju laju orang kata gua Mutant pulak.Sambil gua layan HOUSE dengan gaya bebaring mengiring,jari gua pantas menaip pesanan ringkas pada makwe gua "gua tengah sibuk buat kerja opis,malam ni tak payah mesej gua".

MatShah,rakan kongsi rumah gua selama dua bulan juga melepak bersama gua di depan Tivi.Beliau hanya beraktiviti membaca surat khabar.Mencari kerja yang lagi baik agaknya.Gua tak berapa suka cerita HOUSE,tapi itu sahaja cerita yang masuk akal,cerita cenel lain lebih berat ke hiburan,serupa gampang.Tak membina jatidiri gua langsung.

Gua tak pasti apa penipuan yang si MatShah ni baca di dada akhbar,dia mula mengkomplen sorang sorang secara perlahan.Desibel suara beliau rendah dan kedengaran seperti beliau sedang bermonolog.Apa la nak dibebel dengan penipuan akhbar,akhbar dengan penipuan kan macam saudara mara.Mereka akrab.Gua sempat getus komen sendiri dalam hati.Tangan kanan gua buat tongkat kepala,kaki bersilang,gua gedik gedikkan kaki tanda menikmati rehat yang aman.

"Lu rasa kalau nak kawen belanja dia berapa haa?''-MtShah bersuara dengan nada pertanyaan.Gua jeling kiri kanan.Cilakak takdak orang.Soalan untuk gua rupanya.Tanpa bereaksi,gua jawab rilek -"Gua rasa cincai cincai makwe Kokdiang pun tak lari tujuh ribu.Campur kenduri puk pak puk pak lekatla dua puluh ribu".

MatShah kembali bermonolog.Entah apa benda gua tak berapa dengar.Mungkin merungut sebab angka dua puluh ribu yang gua tarok tadi baru stended budak Kokdiang.Kalau makwe Kolumpo?,anak Datuk pulak?,apa cerita?.

"Lu rasa kalau makwe yang agama agama tu mahal tak?"-Lagi sekali soalan jenis "lu rasa" dia kasi kat gua.

Gua pun jawab lagi ikut sedap rasa gua -"Bukan kira agama ke tak agama MatShah,memang market price kawen macam tu..payah lu nak discount discount ni"

"Lu rasa ada tak makwe makwe yang hantaran dua tiga ribu sahaja?,kenduri pun buat ala kadar saja..ada tak?"- MatShah tak putus asa mintak gua sokong benda merepek yang mengganggu fikiran waras dia.

Gua tak sampai hati nak biadab dengan kawan serumah.Lalu gua jawab lagi dengan cara yang lebih objektif.-"Harga kucing kat pet shop pun makan empat lima ribu MatShah,inikan pula harga manusia.Paling koman pun keluarga dia mesti letak tujuh lapan ribu punya".

Gua jelaskan pula dari aspek perbandingan.Bagi nampak bijak sikit.
MatShah masih lagi tak puas hati.Benda merepek dalam kepala dia dah makin menjadi jadi.

"Lu rasa..kalau gua nak cari jugak yang kos kawen paling rendah macam mana haa?"

Gua tarik napas pelan pelan.Kipas dah pasang 5 pun gua rasa tak cukup lagi nak sejukkan badan gua yang jadi panas tiba tiba.Gua cuba juga cari jawapan untuk puaskan nafsu merepek si MatShah.Cerita HOUSE yang gua cuba hayati dah jadi tak tentu hujung pangkal.
Kali ni gua gunakan otak untuk berfikir mencari jawapan lebih logis.

****
"Macam ni lah MatShah..esok lu ikut gua kita pergi cari makwe makwe kat rumah anak yatim dekat area Gombak.Gua rasa kalau anak yatim mesti hantaran tak mahal.Dapat cari makwe yatim piatu lagi terbaik.Silap silap lu dapat kawen free..Apa macam?, ada berani?"

****
Akhirnya,dapat juga gua menikmati HOUSE disaat saat Dr House menjumpai punca penyakit si pesakit ketika semua doktor tidak mempercayai diagnosis beliau.Ini pun lagi satu merepek!!
Gua teguk teh panas laju laju walaupun kerongkong rasa pilu.

Wednesday, July 29, 2009

Gua dan Bisnes

Gua dan Bsines memang ada hubungan.Dah lama..gua suka tukar tukar hubungan Bisnes.Dari satu bisnes,kepada satu bisnes yang lebih awek dan anggun.Gua rasa patut sangat gua dedahkan sejarah hubungan gua bersama ex-bisnes gua kepada lu orang,baru la playboy.

1989(retail)
Darjah satu.Gua bersama bisnes jual pemadam tikam.Gua tikam kat kedai O'ie,esok gua jual runcit pada kawan kawan yang berduit.Satu pemadam modal seposen,gua boleh jual seringgit.Bergantung pada gambar,kalau gambar lawa,laju dia pegi.Cuma pemadam Superman saja yang gua sayang tak jual.Bisnes tak lama..long term dia jadi rugi macam gampang.Yalah..unsur judi bergabung dengan unsur halal..mana boleh nak bergabung,bergaduh ada la.

1992(service)
Belajar matematik dah mula kacau bilau.Sifir sembilan bergabung dengan teknik bahagi,lalu akibatnya budak budak ramai yang terkulai.Dapat pulak cikgu Azham Aduk yang mengajar gaya MRSM,lagi la punah."Saya ajar sedikit..lebihnya kamu usaha sendiri".Gua saja yang mampu bertahan.Setakat sifir sembilan,bahagi angka genap,apa gua nak heran..macam Evo 9 dia punya rempit bila gua baca.Otak gua masih cerdas masa tu,lalu gua nampak peluang Bisnes,kerja sekolah..gua boleh bagi tiru,tapi bayar gua!!,Bisnes tak bertahan lama..Bapak gua kantoikan beg gua yang ada buku latihan matematik kepunyaan Sahrizan Haron,Abidin,Fairul Azmi dan ramai lagi.

1995(trading)
Buat Bisnes jersey bolasepak.Gua baru menceburi bidang trading,jadi awal awal lagi dah kena tipu dengan brader tingkatan lima.Betol betol cilakak!!,Omar Din kalau gua jumpa lu siapp...!
Tak lama lepas tu gua dapat sub-bisnes dengan brader tingkatan lima juga,nama dia Mandela.Gua hanya makan komisyen.Bisnes dia simple.Gua kena cari budak budak tingkatan satu yang nak tengok Muvie Muvie orang putih di asrama secara haram pada malam Ahad.Bisnes nih pun tak lama..operasi bilik bervideo kena serbu sebab tayang Muvie separa lucah.Yang lagi gampang,video porno pun terselit juga.Gua terselamat sebab gua tiada waktu kejadian.Alhamdulillah.

1997(runcit)
Gua tinggal di Dorm Uthman bin Affan.Uthman kan peniaga yang soleh.Lalu ketua dorm gua,Fakharudin hatta nak meniru gaya Uthman.Kami buat Bisnes jual RotiSegar.Sambil sibuk nak PMR,sambil gagah meniaga.Untung boleh tahan,bubuh dalam tabung bersamamu Dorm Uthman.Sampai hujung tahun,duit semua hilang kena curi dengan barua mana entah.Rugi empat ratus.Selesai usaha setahun!.

2001(retail)
Gua buat bisnes jual Dockers bundle dan baju baju bundle yang rare.Gua ada cerita panjang lebar pasal bisnes ni dekat sini.

2004(retail+trading)
Bisnes buat baju jurusan jurusan di kolej.Rakan Bisnes gua Kirul Akmal.Sambil bisnes, sambil berkenalan dengan makwe makwe.Gua paling suka bisnes buat baju.Untung dia sangat kencang.Modal sepuluh ringgit,untung lima belas ringgit.Rasa nak berenti belajar saja masa tu.Mujur otak gua belum jahanam.

*******
1)Gua dah hantar resume macam kat atas pada Tan Sri Syed Al-Bukhari,ada jawatan CEO kosong dia nak somebody yang ada latarbelakang bisnes yang pelbagai.Gua la tu..:)
Gaji sebulan USD100K + Rumah bunglow + Jet pejuang

2)Gua juga hantar satu copy pada Bill Gate,dia nak diversify bisnes ke cabang Dockers bundle.Dia tengah cari orang..cehh,cari orang pejadah..,padahal kelmarin email gua merayu suruh kerja ,apa barang?
Gaji seminggu USD150k + mansion di London,Paris dengan sebijik PentHouse dekat Manhattan + Airbus380

3)Gua juga hantar satu copy pada sahabat gua Luca.Gaji tak menentu,kerja tak menentu.Rumah sewa bayar sendiri.Minyak kereta isi sendiri.Dia belum reply...

****
Gua rasa..gua pilih nombor tiga.Apa macam?,Zuhud tak gua?

Monday, July 27, 2009

Kelucahan yang Ikhlas

Gua jumpa sekor pelacur.Gua bawak balik rumah.Gua tak jumpa dia sebenarnya.Gua beli dia senyap senyap siapa pun tak tahu.
Tadi gua cucuk dia kat opis,masa orang takdak,waktu lunch biasa lah..Lampu opis semua tutup.Gua nak cuba..sedap juga..laju saja dia pegi..Perghh..lazzaaatttt!!

Begegas gua bawa dia pulang petang tadi.
Sekarang gua cucuk dia kat rumah pulak..sama juga nikmat dia,perghh!!

Gua amat puas dan lega!!

Ya ya..nama..gua patut berikan nama untuk dia..

Broadband..nama dia Broadband..

Gua harap Broadband sentiasa bertaubat dan tak buat kerja porno di tengah malam.Gua akan pantau tingkah laku dia.
Gua juga akan didik dia cara hidup Islam.

-Selamat Tinggal SaiberKafe Ah Chong-

Misteri Warna Kuning

*******************
Bila Kuning itu Warna
Maka Kuning itu cantik

Bila Kuning itu bermakam
Maka Kuning itu Raja

Bila Kuning itu handal
Maka Kuning itu Panglima

Bila Kuning itu budaya
Maka Kuning hidup dalam erotisnya

Bila Kuning itu diKanvas
Maka Kuning itu asanya

Bila Kuning itu Penyakit
Maka nama dia Jondis

****************

Sajak yang sekali gua baca macam cilakak,mesej sajak pun entah apa dia.Haram gua tak paham hujung pangkal.Gua kutip dari buku latihan cokelat sekolah rendah adik gua masa dia darjah empat,tahun 2000.Cikgu bagi dia B.

Budak darjah empat buat sajak stended macam ni gua boleh terima lagi.Tapi kalau gua jumpa sajak gaya macam ni dekat mana mana buku KBSM Bahasa Malaysia memang gua lempang penerbit dia.

Cuma yang gua pelik, macam mana adik gua boleh hendel perkataan erotis masa dia darjah empat?

Ohh..gua lupa,budak darjah empat Millenium...waktu tu zaman Millenium.

Astaghfirullahal azieemm..

Saturday, July 25, 2009

Sindiket Bawah Tanah - Dalam Siasatan

*************
Hari ni I dan hubby tercintaz (muahh muahhh!!) pergi jalan jalan di pasar b0r0ng Selayang .

Attach:
#gambar 1: bangunan pasar borong selayang di ambil dari dalam kereta
# gambar2: tulisan pasar borong selayang.Ini bukti kit0wang betol betol pegi taw.

Kit0wang pegi bersama Haikalish Razafiqkh Qabil, baby kami yang suka menyakat mummy dan daddynye..0uchhh,teng0k tu dia sakat lagiJ

Attach:
# gambar 3-7: 5 keping gambar baby bernama Haikalish Razafiqkh Qabil dalam pelbagai posisi
#gambar 8: baby meletakkan tangan ke muka I dan hubby
ßini yang I maksudkan Haikalish Razafiqkh Qabil sedang menyakat kit0wang

Pasar Selayang itew xlah jauh dari rumah kit0wang, ab0ut 3 km….

Attach:
#gambar 9: signb0ard Pasar Borong Selayang 3km berwarna biru,juga diambil dari dalam kereta

Walaupun just 3km,tapi U0lsz jangan salah sangka..perjalanan tetap jaauuuhhhhh!!!.Skunk nie jalan ke sana dah jadi lambat..always traffic jam..BENCiii TAAWWW!!!!

Attach:
#gambar 10: kereta yang banyak..sedang traffic jam
#gambar 11: muka tengah bengang sebab traffic jam

0hhh..banyak yang I nak k0ngsi with U0lsz actually..tapi I g0t t0 g0 n0w..Nak bawak baby jalan jalan naik str0ller baru yang kit0wang beli di SOGO last week.

Attach:
# gambar 12: str0ller baru bersama tag SOGO

***********

Gua jumpa entry ni dengan status draft dalam list post SEMBANG KENCANG.Sebijik gua copy-paste balik.Gua saspek ada unsur unsur sabotaj.Bini gua anti-blog,dan beliau juga baru lepas besalin,nak jalan pegi jamban pun kena berpapah.Gua rasa bini gua tak terlibat.Lagi pulak rumah mak mentua gua takdak internet,yang ada cuma ASTRO tanpa ESPN.

Gua akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat hal ni.Mentang mentang intenet gua kena catu!.

Di sini gua nak tanya lu orang dengan tiga (3) soalan sopan;

1.Sapa yang pandai pandai buat kerja gila pegi curi username dengan password blogger gua?

soalan kedua..

2. Haikalish Razafiqkh Qabil ni anak sapa dia?

soalan terakhir..

3. 'Uolsz' tu apa jenis binatang?..dan beberapa kosa kata lain yang gua rasa mistik dan sukar difahami.Juga,kenapa perlu warna warni dan ada BOLD?

*******
-“Ah Chong,ini screen cakap gua pakai empat puluh enam minit..tadi lima kali putus gua sudah rugi sepuluh minit dia takdak kira,apa ceritaa?,Gua mau bayar lapan puluh sen saja!”-

Choww!!

Tuesday, July 21, 2009

Ujian Ujian Yang Gua Kena Hendel

Ada tiga perkara yang merungsingkan gua sekarang ni:

1. Anak sulong gua buat perangai cemburu tahap guling guling terhadap rival baru dia yang baru umur tiga hari.Sikap cemburu yang amat memenatkan gua dengan tektik cemburu yang gua konsider berat kepada sifat kejam dan sadis.

2. Internet konnection.Gua sudah dipindahkan ke rumah mak mentua gua.Di sana takdak internet.Gua mati kutu.Tak kan lah gua nak berulang alik ke rumah gua hari hari?,gua belum gila nak buat kerja macam tu.

3. Gua dah habiskan puasa tiga hari.Lagi sembilan puluh tujuh hari.Pergh lama sungguh!!,kurus kering la badan gua.

Kalau lu orang jadi gua,apa jalan lu orang nak selesai?,

*****
p/s: Gua kena blahh dulu..tak boleh lama lama.Tadi gua cakap pada bini gua nak keluar pegi beli gula sekejap saja.Dahla intenet sini pakai dial-up 1515, kerja jurassic tak masuk akal di tahun 2009.Sebijik macam gampang!

-SaiberKafe Ah Chong,Jalan Ketoyong-

Sunday, July 19, 2009

Entry KemasKini Penuh - Gua nak Mintak Maap..

12.55 pm

Ayah dan ibu gua baru tiba di hospital.Di luar,Jalan Tun Razak sudah sesak semenjak subuh.Jalan Binjai pulak di tutup.Polis dan FRU ada dimerata rata tempat sekitar hospital Prince Court.Orang terlalu ramai.Pelawat pelawat yang datang ke hospital terpaksa menjalani pemeriksaan ketat di luar bangunan hospital.

Bini gua yang masih lemah jadi risau.Kes bom seperti di Jakarta mungkin sedang mengancam salah satu bangunan disekitar bangunan hospital yang gua duduk.Gua bagitau dia,jangan menggelabah..takdak apa yang seriuss.Gua tak bagitau hal sebenar.Gua tak bagitau yang orang ramai dah besesak sesak memenuhi jalan Binjai sana.Doktor yang sepatutnya bertugas shift tengahari pulak dari tadi tak sampai sampai, sangkut jammed sejauh Jalan P Ramlee.Itu cerita dari nurse yang yang menguruskan bini gua.

Pengarah Prince Court panggil gua depan Labor room sejurus gua selesai meng-Azankan anak perempuan gua yang baru jenguk dunia.

"Lagi ada Fax urgent untuk Encik Firdaus ni".

Gua teliti isi kandungan kertas fax tu.Gua buat nota sedikit atas kertas fax tu lalu turunkan tandatangan.

"Lu tolong pegi fax semula to that number now!"-Arahan yakin terbit dari mulut gua.Ada berbunyi Inggeris.

Keadaan di luar masih agak kelam kabut dan tak tentu hala.Gua tarik napas dalam dalam.
kepala masih ligat berpikir macam maca gua nak selesaikan masalah yang gua langsung tak terduga ni.Ibu dan ayah gua yang letih mengharung kesesakan manusia sebentar tadi tak berapa nak bercakap.Gua paham mereka penat.

"Lu dah post gambar baby kita di Fesbuk?,post dalam lu punya blog sama jangan lupa"- Bini gua dalam lelah gagah bertanya secara mendadak.

Gua diam sekejap.Nampak gaya gua kena berterus terang.

"Gambar baby kita tak boleh masuk Fesbuk..tak boleh masuk Blog"- jawab gua bersahaja.

"Kenapa?,tolongla pegi update,tadikan lu dah amek pakai kamera henset?,"-Bini gua tanya lagi penuh kurious.Mungkin dia berasa pelik mendengar jawapan tergantung gua.

****
Gua sambung lagi..kali ni jawapan gua lebih terang dan bercahaya.

"Gambar baby kita..gua dah jual dia punya hak eksklusif pada OK! magazine kejap tadi..OK! nak beli USD10 juta" - Lancar gua susun jawapan.

Maka pahamlah bini gua,kesesakan yang sedang menggila di luar sana bukanlah kerana Bomb,bukan juga kerana pasukan ManUtd atau apa apa hal bercorak hiburan,ia disebabkan keghairahan orang awam,stesen stesen Tivi,stesen stesen radio,wartwan,journalist dan paparazi dari seluruh dunia yang datang ke KL semata mata nak tengok baby perempuan gua secara live sambil mencuri snap gambar beliau barang sekeping dua.Perangai yang memang merimaskan gua..brengsekk!!.Masa baby pertama gua tiga tahun lepas macam ni juga dia punya liputan.

Ini yang buat Gua malas jadi artis tarap antarabangsa!