Monday, August 22, 2011

Punatt


Pagi tadi, dalam pukul 10, ketika matahari baru naik tunjuk muka, bersama 2-3 ekor burung kelicap terbang mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur, gua buka fesbuk.

Pot pejabat yang baik membolehkan gua bukak fesbuk sekali sekala sambil buat kerja.

Tiba tiba, gua terbaca status kawan gua Punatt atau nama IC nya Ihsan Adli. Gua jadi berdebar debar.


"Terima kasih kepada kawan kawan yang mendoakan saya..semoga kalian mendapa rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan"


Hati gua berdetik;
Apa sakit pulak si Punatt ni?, tak lama dulu ada dia beritahu gua dia demam demam, kejap demam kejap ok. Tapi itu 2-3 bulan lepas. Namun bila gua hitung hitung balik, dekat 2 bulan juga gua takde kontek kontek si Punatt ni. Aishhh takkan lah demam dia tak surut surut lagi.
2 minggu lepas masa arwah Khalis meninggal pun dia tak ada.

Gua jadi tak sedap hati.

Tanpa perlu berfikir panjang sangat,
Gua terus komen pada status Punatt.

"Punatt ko sakit ke?"

Status yang Punatt naikkan baru berusia satu jam. Jadi gua harap dia masih berada di depan fesbuk.

Gua tunggu...takde reply...

Gua tunggu lagi...takde jugak..

Tunggu lagi...pun tak ada..

Tiba tiba ada sorang kutu lalu di belakang, gua kucar kacir minimize kan window fesbuk dan maximisekan window outlook.

Dalam pada berpura pura yang celaka begitu, muncul satu notification di window fesbuk.

Ya. Notification itu datangnya dari Punatt.
Gua telan air liur. Hati semakin berkocak risau.

Pap!, gua klik mouse ke status Punatt tadi.

Gua baca tulisan Punatt satu demi satu:


"Semalam Besday aku la..tak larat aku nak cakap terima kasih satu satu"


Gua hempas laptop ke lantai. Malu ya Tuhan punya Malu.

Sunday, August 14, 2011

Al-Fatihah



Bersama arwah Khalis sekitar Oktober 2010. Baru lepas chemotheraphy rasanya ni.

Mari kita semua sedekahkan doa semoga Roh member gua dilimpahi Rahmat.

Mohd Khalis
11th April 1982 - 13th August 2011

Al-Fatihah

Wednesday, August 10, 2011

Rotan baru beli



Lepas ni,

Malas semayang, malas baca buku, malas ke dapur, kerja mengadap tivi, kerja mengadap angry bird,

Memang gua libas sampai bebirat!


Sebelah tu gua punya jaket Jerman. Bunga dalam pasu tu bukan hal gua.

Sunday, August 7, 2011

Steady



Steady!

Friday, August 5, 2011

Kenangan Ramadhan 2009


Pagi itu, usai bersahur dan bersembahyang subuh, gua bergegas memecut moto EX5 laju membelah embun dara yang rancak merintik manja di atas helmet.

Pergi kerja masa bulan puasa selalunya memang takde feel. Sepatutnya bulan puasa ni ibadat subuh boleh dipertingkatkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan i'tikaf di masjid. Tapi semua kebaikan akhirat itu gua terpaksa ketepikan demi menyara diri dan keluarga dengan kenikmatan dunia yang serba celaka!.
Ahhh betapa ruginya gua.

Setibanya di setsen bas Tg Malim, moto EX5 gua tongkat kasi kemas. Di bumi Tg Malim yang mendapat keredhoan ni gua tak perlu risau nak lock hendel atau pedal ayamkan disc brake. Bukan setakat lock hendel atau kasi pedal ayam, gua juga pernah beberapa kali buat kerja bangang tinggal kunci moto tergantung di lobang kunci dari subuh sampai ke azan i'sya.
Kahkahkah!

"Kasi tiket balik sekali pukul 6 petang" - gua sound adik jual tiket Tranasional yang mukanya nampak mengantok. Mungkin dia tak cukup tidor akibat lama sangat main Fesbuk di tengah malam.

Dalam bulan puasa, gua dan budak budak bas yang lain memang buat kerja beli tiket balik siap siap. Kalau tidak, tiket belah petang cepat habis. Bila tiket cepat habis, hati jadi panas, bila hati sudah panas, maka secara otomatik mulut jadi banyak mengeluarkan kata kata kesat marah entah pada siapa. Bila dah macam tu punya gaya, Tuhan kata dalam Quran, puasa manusia cuma dapat penat, lapar dan dahaga. Jadi dengan sebab itu, gua beli tiket balik siap siap supaya di kemudian hari gua tak perlu unnecessary mencarut.

Tiket dan duit bertukar tangan. Tiket yang pukul 6.30 pagi gua pegang siap siap nak passing pada drebar, manakala tiket yang belah petang pukul 6 gua simpan dalam kocek baju belah kiri.

Pagi tu, gua tidor nyenyak dalam bas sampaila tiba ke masjid Jamek.

*****

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Cikgu Kuala Kubu baru helo kasi maklumat di atas meja sudah terhidang juadah berbuka seperti cendol, kebab daging arnab, putu piring, pulut panggang, gulai semilang, prawn fritters resipi jamie oliver, ketam masak lemak dan dan ayam percik tiga rasa. Manakala gua pula sedang berada di bilik pengurus menyiapkan satu kerja urgent. Kerja Urgent bulan bulan puasa ni sebenarnya boleh juga membawa ke mencarut.

Lepas habis kerja, gua lari meluru naik tren dari KLCC ke puduraya. Tugas untuk sampai ke Puduraya dalam masa 5 minit memang mencabar dan boleh dikatakan tak masuk akal juga.

"Kalau telepas bas pukul 6 ni, memang gampang..tapi takpa, boleh repeat bas pukul 7, sampai rumah pukul 8.15..ahh ok lagi buka puasa time ni." - gua memujuk hati sendiri sambil berlari membawa segunung harapan untuk berbuka di rumah on time.

Dan seperti yang gua ramalkan, petang itu gua terlepas bas yang sepatutnya gua naik pukul 6.

Gua tiba di depan kaunter Tranasioanl Puduraya kira kira dalam pukul 6.15 petang. Gua tengok sebelah brader jaga kaunter tu dah tergantung sebungkus teh ais. Solid betul teh ais tu sampai gua tertelan air liur.

"Brader, nih gua punya tiket pukul 6, dah terlepas..so gua nak tukar naik bas pukul 7" - gua bertutur lancar. Baju gua dah basah kuyup dengan peluh. Mengah di dada jagan cerita. Mujur Puduraya ada kipas.

Brader kaunter yang dari tadi tadi menonton skrin kompiter memandang tepat ke muka gua.



"Bas pukul 7 baru kejap tadi tali enjin dia putus bang..nah amik tiket pukul 10, ni je yang ada."



Dalam keadaan penat, dan dengan sisa tenaga yang ada, gua tumbuk muka brader kaunter sampai berdarah kening.

Petang itu gua balik Tg Malim jalan kaki ikut short cut Ulu Yam.

Celaka!

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432H


Ketukan sahur pertama di tahun 1432 Hijrah bergema ke telinga gua sekitar jam 4.25 pagi semalam.

"Bangun bang..sahur!, dah 8 kali kejut ni..Fateem dah lama tunggu nak bersahur sekali".

Suara yang gua memang kenal itu masuk betul betul ketika tidor gua melepasi level Delta Wave.

"Sahuuurrrrrr!!"

Sekali lagi suara tadi memanggil keras. Gua cuba buka mata pelan pelan. Ingat, buka mata laju laju akan menyebabkan sakit kepala. Perlahan lahan level tidor gua jatuh dari level delta wave ke level theta wave, kemudian merosot pula ke level Rapid Eye Movement sebelum berakhir di titik Non Rapid Eye Movement.

Gua buka mata dalam samar cahaya.

Dari sudut belah kiri kepala katil gua dapat lihat sekonyong konyong tubuh seorang kanak kanak dalam usia 5 tahun datang berlari pantas ke arah gua.

"Ayahhh bangunnn!, bangunn!!, sahur jom kita makan, esok kan nak puasa,"

Fateem separa menjerit seraya menarik tangan gua. Gua bangun steady.

"Pergi tunggu depan tivi, ayah nak basuh muka kejap" - kata gua memberi keputusan.

Di atas meja depan tivi, gua dapati cikgu dah siap hidang nasi panas dan beberapa jenis lauk, antaranya sardin, ikan bilis goreng dan telor mata. Manakala bagi pihak tivi pula, gua dapati sudah tersedia beberapa jenis drama untuk ditonton seisi keluarga ketika menikmati juadah sahur. Trend bersahur dengan tivi ni memang tengah up. Kalau tak sahur dengan tivi, susahla nak berborak hal drama di pejabat nanti.

Dalam menyambut puasa kali ni, fateem memang true. Dari petang Ahad dia dah tanya bersahur nanti nak makan apa, berbuka pulak nak makan apa, terawikh nak pegi pukul berapa. Puasa pada pandangan mata fateem memang takde hal, benda kecik mungkin. Gua beritahu puasa ni waktu siang kita tak boleh makan, tak boleh minum, korek hidung pun tak boleh. Gua perhatikan Fateem punya semangat nak menyambut puasa macam askar Palestin yang berkobar kobar nak turun berjihad ke medan Intifadho'.
Fateem kata no hal dia boleh puasa. Kata Fateem lagi, dia suka puasa sebab bila puasa tak payah makan di Tadika. Cerita makan di tadika ni gua dengar lama dah cikgu tadika mengadu. Fateem jarang makan sampai kena paksa, baru dia makan. Jadi kedatangan Ramadhan dapat memberi sinar kepada fateem dengan membebaskan diri dari mental torture untuk makan di Tadika.
Gua senyum.

Jam menunjukkan hampir 5 pagi. Fateem dua kali top up nasik. Dia betul betul perlukan tenaga nak menghadapi cabaran puasa. Gua cakap pada Fateem hari pertama puasa ni dapat tahan sampai pukul 2 pun ok. Cikgu pula bagi semangat, kalau tak boleh sampai pukul 2, dapat tahan ke pukul 12 tengahari pun jadi la.

Selesai makan gua suruh fateem pergi tidor. "Esok nak sekolah, nak puasa..kena cukup tidor" - pesan gua.

Gua yang memang mengantuk cuba berbaring atas sofa sementara menanti subuh. Kipas berputar perlahan menyamankan lagi subuh Ramadhan yang indah.

****

Kira kira pukul 6.30 pagi, ketika gua sedang bersiap nak pergi kerja, gua dengar panggilan berupa arahan separa keras keluar dari bilik fateem memanggil cikgu. Panggilan berupa arahan begini memang setiap subuh ada, terutamanya bila fateem punya tidor masuk level nak terjaga. Cikgu yang sedang berada di dapur juga dengar panggilan tersebut.

"Macam mana sekarang?" - tanya gua pada cikgu.

Cikgu diam sebentar, wajahnya hening berfikir dalam. Panggilan dan arahan masih tidak henti henti memanggil dan mengarah nama cikgu bertalu talu.

Semakin lama, semakin kuat dan bunyinya juga bertukar macam bunyi mengamok sambil menangis.

Gua fikir balik, hal macam ni gua sendiri kena setelkan. Kalau bagi cikgu setelkan, mungkin tak boleh setel. Gua melangkah ke bilik fateem. Bila gua sampai, Fateem dah jaga rupanya sambil repeat ayat sama dengan suara menangis.

Gua tak kasi chance!


"Puasa apa benda mengamok mintak susu pagi pagi ni, nak kena pembaris?"