Sunday, May 31, 2009

Eskrem Kacang dan Duit Seposen


1992.

Gua tak berapa ingat sangat gua pakai baju apa dihari kejadian.Yang pasti bukan baju Harley Davidson sebab baju tu gua hanya 'dress' bila turun town Bagan Serai untuk main game arcade kesukaan gua,Street Fighter atau dalam bahasa melayunya Pahlawan Jalanan.

Yang gua ingat sangat,petang tu gua berentap sakan main gasing bersama kutu kutu Taman Serai Jaya.Pot seperti bese, kat belakang rumah Mat Nayan.Lepas jemu main gasing,kami berarak pula ke padang untuk main bola.Hari yang amat memenatkan buat gua kerana bertungkus lumus bermain 2 jenis permainan tanpa henti.

Dalam kol tujuh gua berundur dari gelanggang.Gua amat haus.Selalunya lepas main gua akan menerpa ke rumah Egoi utk pow air sejuk dari peti ais beliau.Tapi sebab gua benti main awal,terpaksalah gua cari alternative lain utk melapskan lelah.Dalam dok haus tu datang pulak keinginan menikmati eskrem kacang.Jadi ngan yakinnya gua mengayuh beskal ke kedai Cine O'ie (bacaan nama dia ni kene bunyi sengau baru btol) yang terletak tak jauh dari padang.

Sampai je depan kedai gua terus rebahkan beskal.Masa tu style rebah beskal dilihat amat cool,dan sesiapa yang tidak merebahkan beskal ketika berhenti akan kelihatan 'tak ganas langsung' di mata masyarakat budak budak darjah empat.
Gua melangkah ke peti eskrem.Waahh..eskrem kacang berasap asap kesejukan di dalam peti.Gua kene selamatkan eskrem kacang ngan segera nie.Gua capai eskrem,selok poket...ehh,seposen je duit gua?,tadi ada tiga posen?,cepat cepat gua sedar yang duit gua lagi dua posen pasti sudah tercicir di tempat yang gua susah nak kesan.

Eskrem kacang tu harga dia dua posen.Gua letak balik eskrem dalam peti.Cine O'ie 'menten' peratikan gerak geri gua macam la gua ni penjenayah sangat nak curi eskrem kacang dia.
Ligat gua bepikir mana nak cari lagi seposen.Mata gua melilau ke sekitar keropok keropok chikedies dan balang gula gula yang berjenis jenis.Ada keropok Bon Bon perisa ayam,Mamee,ada jugak kacang tumbok dan beraneka jenis makanan rapu yang langsung tak berkhasiat untuk tumbesaran gua.

Gua terpandang sebekas kotak putih.Dalam kotak putih tu ada kertas kertas kecik berlipat yang terlekat.Gua sedar inilah satu satunya jalan keluar untuk gua.Demi eskrem kacang yang sedang kesejukan di dalam peti ais.Dan demi melayan keinginan kanak kanak gua yang dahagakan sebatang eskrem.

Berbekalkan akal pikiran seorang budak darjah empat, gua membuat keputusan yang amat berisiko pada waktu tu.Gua nekad.

Baca Bismillah..gua masukkan tangan dalam kotak putih tu,sambil pejam mata dan berdoa dalam bahasa melayu,gua gaul pelan2 kertas kertas yg berselerakan.Gua capai satu kertas.Cine O'ie dah ready hulur tangan,gua serahkan seposen terkahir yang gua miliki sebagai pertukaran untuk harga sehelai kertas kecik.Kertas sudah ditangan gua.Gua koyakkan bucu kertas tu pelan pelan.

***

Gua pulang keriangan bersama 2 batang eskrem kacang dan setin air berkabonat. Siap ada balance lagi lima posen dalam poket gua.Alhamdulillah.




Friday, May 29, 2009

Ketagihan Melampau

Gua amek masa lama bepk utk entry ni..hal ni xpatut gua cite..terlalu peribadi beb.Tapi sbb gua xnak sorok apa2 dah tentang kisah silam gua,gua tabahkan hati.Harap2 lu org dapat maafkan gua lps baca entry nie,Geng semula ngan gua macam biasa..Chill!!

***
1998

Masa ni gua tingkatan empat.Gua tak ingat berapa lama hal ni berlarutan.

Pada umur 16thn,masih bersekolah,sekolah agama pulak tu..Gua diserang ketagihan melampau.
Tanpa belas kasihan,gua dah diduga ngan bebanan berat camni.Pada umur kecik camtu gua dah libatkan diri dalam masalah ketagihan.Gua betul betul sengsara masa berhadapan masalah teruk nie.Geng geng lain sorang pun tak pernah tau hal gua.Gua haram tak pernah cite langsung..Dah 13thn rahsia ni gua tahan sorang sorang..sampai la kelmarin gua teringat balik,lalu gua buat keputusan untuk dedahkan hal peribadi ni utk tatapan umum..

Malam tu masa 'prep' gua jadi seram sejuk balik tak ketahuan.Gua cuba kontrol dengan semangat cool yang ada dalam jiwa gua.Tapi masih gagal..gua btol btol berserabut.
Sejak Hapizi kenalkan gua ngan 'barang' ni kira kira 2 minggu sebelum tu, gua jadi tak boleh stop.Hari hari gua bagi duit kat Hapizi suruh dia beli.Urusan projek sulit ni ada 2 sesi je.Sesi pagi bagi ongkos,sesi malam amek supply utk memuaskan nafsu sendiri.Hapizi ni brader keje kantin,jadi dia senangla kuar masuk sekolah bila bila masa pun warden tak syak apa apa beb.

Prep dah nak dekat habis.Gua makin gelisah.Gua ke hulu ke hilir nak tenangkan diri yang tengah bergelodak,menitik nitik air liur gua cuba menahan diri.Tapi makin lama..makin gua tak boleh hendel diri gua.Gua pegi tandas basuh muka 10 kali pun tak jadi apa apa. Gua asyik usha ke kantin yang tak jauh dari kelas prep.Dah dekat kol 10.30 malam tapi haram gua tak nampak kelibat lahabu si Hapizi nie.Kantin pun gelap je.Gua dah mula maki hamun dalam hati.Gua start tuduh bukan bukan.Gua syak Hapizi sudah songlap duit 2 ringgit yang gua bagi pagi tadi dan dia setel sorang sorang 'barang' gua.Hamjadah btol.

Badan gua bepeluh bepeluh menggelisah..dada gua bedebar debar.Jantung mengepump darah laju masuk ke arteri arteri badan gua.Susah btol bila jadi ketagih.Gua dah cuba stop 2-3 hari lepas tapi gagal secara total.Gua banyakkan duduk kat masjid,gua banyakkan fikir hal hal lain.Tapi semua tak bley blahh..Gua tahan 2 hari je, pastu badan gua jadi menggeletar balik.Pikiran gua jadi bersepah sepah balik.Bila ketagih gua datang,memang satu keje pun tak jadi dah.

Gua dah nampak kelibat Hapizi dalam samar samar.Tanpa tunggu,gua terus berlari lari anak pegi kantin."Mana barang?", tak sempat apa apa gua dah redah.Hapizi tengok kiri kanan,"ada dalam raga moto gua". Gua terpa ke moto.
Macam dapat emas,gua amek 'barang',sorok sorok sket takut budak budak perasan,gua terus bejalan laju ke belakang bangunan.Pot biasa gua utk melangsaikan ketagihan setiap malam...takdak sapa kacau,takdak sapa pun tau.

Setelah gua pastikan takdak mangkuk ayun yang lalu lalang kawasan tu,gua duduk lepak dan cuba tenangkan diri gua semula.'barang' yang buat gua jadi tak tentu arah dah ada depan mata.

gua kuarkan 'barang' ngan rakus.

Itu dia...
Mee goreng basah kedai Ghani yang melampau lampau sedap ditambah telur mata cair yang menghiasi sekitar mee.Ada plak sedikit bawang goreng.Perghhhh!!!!

Gua sental abis 15 saat je ngan wawasan malam esok gua nak beli lagi 3 bungkus utk diri sendiri.Seddddaaaaappppp weehhhhhh!!!!

p/s: Gua stop ketagih mee ghani ni lepas kene sakit perut tak blh hendel.Keracunan mee.Gua cirit birit macam nak pengsan.Cinabeng lu Ghani!!.


Thursday, May 28, 2009

KEKALAHAN dan sedikit Updates


Gua malas bukak mulut banyak arini..
Sehari suntuk gua melayan kutukan dari penyokong2 pasukan yang tak handal langsung seperti Liverpool tue.

Yang gua aneh,Barca menang CL, lu org kecah lebih, ape hal??

Tapi sebab gua cool,gua hanya rileks je..gua bukan rileks yang jenis control beb.. gua memang cepat rilek dan betenang secara semulajadi.Jadi setakat hal2 anak bilis ni senang je gua hendel.Huh!

Smalam gua dpt tau kwn lama gua En Kendos dah resign MAS.Perghh!!, stylloo beb bila dengar ada kwn2 resign ni..
Gua truss helo beliau pagi tadi.Rupanya beliau dapat offer keje ngan It Tihad kt Abu Dhabi.WoW!!, rumah pree..keta pree..gaji toksah heran la..Dirham 15.6K, lu org ada berani??

Keje kt m’sia nak dpt dirham 5k pun tersenggok senggok tahan kene buli dulu barang 4-5 thn.Buleh jadi bengap lagi ada la..Ptuihhh!!
Apa pun.tahniah kepada en Kendos!..lu mmg ‘koffin kanser’ selamanya..haha

Terlanjur cite hal kwn2 ni,biar gua update sket mana mana info yg gua telah maklum dalam sehari lepas.

Jaws : gua dgr mamat ni nk blah pegi UK, lepak kt sana sapu sampah kt Londn bridge.belah petang dia plan nk jual mee sup udang pulak kt depan stadium Emirates.Belah malam dia ajar tusyen kat Pusat Tusyen ADABI cawangan London.Gua ada tanya..”lu apa hal sampai nk keje sapu sampah jual mee sume ni?, dh elok elok keje enjineer kt company besar bagak lagi mau blah”.beliau balas steady je..”Sambil sapu sampah dpt gak gua berzikir ngan tenang..keje sini haram xpenah tenang”.Gua Impressed!

Tat : Tak dak apa sgt yang baru.Makan nasik masih menyiput macam dulu dulu.Cuma kesian barut barut torehan kat blakang badan tu tak baik baik lagi.Darah dok melelh beb.Hari hari cuci kaverall.

Pahkdee: Rutin beliau adalah beliau terpaksa melayan sangap makan tengahari bersama gua.Hari hari jugakla beliau berkrisis ngan perut yang makin buncit.Gua tgk perut dia mcm dia pulak nk beranak ngalahkan bini. beliau jugak sedang berkrisis ngan superior beliau.Kita doakan beliau cepat blah dari kompani yg beliau sedang keje tu.

Sadoks : Gua malas komen sbb diri dia sendiri tidak mempunyai update.Paling best yang boleh gua kongsi, team kesayangan dia Liverpool dah hantar surat kt kerajaan Bukina Faso,mintak nak join liga sana.Alasan memang kukuh..”kami nk merasa menang piala liga”.Gua kasi komen mudah je..”lu org ingat boleh senang mkn ke kelab2 Bukina Faso tu brader?”.

Michai : susah btol gua nak cari ayat ayat sesuai utk match dia punya *** masak asam pedas tu.Ayat yang gua jumpa tak cukup darjatt langsung nak ‘celen’ beliau. Update?, beliau dah nak kawen setelah dua ribu kali putus cinta. ‘unsound voice’ beliau pun dah tak berapa efficient sejak nak kawen nie.InsyaAllah gua akan pegi ngan syarat lu datang sendiri hantar kad kawen kat rumah atok gua kat Sungai Limau Kedah.Minyak sama Toll lu tanggung sendiri.Jgn kedekut Sangat!

YehCendoi: Dia ni dah jadi 'man of inspection'.terer, superb, power,perfect,awesome..bla bla bla nanti gua cari lagi perkataan2 bombastic utk lu Yehs.

Ibab: Nk pegi Maurutania.6 bln dok kat sana.balik m'sia klem terus rm100 ribu.Gampang kaya!

Alham: Gua baca 'intenet' brader lonjong ni tgh expect 2nd baby.Tapi beliau blom buat statement kat gua secara rasmi lagi.Kalo btol..gua ucapkan Tahniah!

Rhino : Baru balik dari padang pasir.Dia ada bg text 'tahniah' sbb gua ada blog.Gua harap dia baca blog gua hari hari sebelum bekfast.

***

Tuesday, May 26, 2009

Gua Takbley Blahh..


Gua ingat masa amek 'trial pmr',subjek karangan Bahasa Inggeris.Tajuk karangan gua tak ingat,yang gua tau ada kaitan ngan kawasan tempat tinggal, lebih kurang camtu la.Membe gua, nama Gondoi,dalam karangan tu dia rilek je klem blakang hutan rumah dia kat Hulu Manong tu ada populasi beruang Koala.Teacher gua,teacher Muazza dah jadi kucar kacir nak caye ke tak.

"Is it true what you write here?..i see Kola bear at rambutan tree behind my house"..Teacher gua repeat balik statement Gondoi dalam karangan tue.Mati mati Gondoi defend beruang Koala tuh ada kat belakang rumah dia."Kalo Teacher tak pecaya..jom saya bawak pegi rumah saya".Perghh!!..kitorang satu kelas dah jadi impressed.Memang tak main main si Gondoi ni.

Gua ngan kutu kutu lain pegi umah gondoi tak lama lepas berita sensasi beruang kola tuh kuar.
Gua nak tengok sendiri beruang Kola versi Manong.Gondoi bawak kitorang pegi hutan belukar blakang rumah dia.Sebodoh bodoh gua,gua tau la jugak yang beruang kola ni spesis takdak kat M'sia. Tapi Gondoi menten konfiden.Dia firm gila babeng ngan beruang kola dia tu.

Tengah jalan jalan dalam belukar,
Gua pasan ada pegerakan di sebalik pokok rambutan.Wahh!!..beruang Kola lepak kat pokok rambutan ke ni?, gua tertanya tanya dalam hati. Gua dah plan kalo lah betol gua nampak beruang Koala tuh,memang gua nak panggey National Geography datang Manong.Jangan main main beb.
Gua jadi excited tak tentu hala.

"hah tu tu..lu orang tengok tu!!"- Gondoi tunjuk ke dahan pokok rambutan.

"Kan gua dah cakap..gua tak tipu beb..beruang Koala memang ada sini" - Gondoi sambung sambil tunjuk tepat kat sekor binatang.

Gua pandang.Kutu Kutu lain yang tak boleh disebut nama di sini pun pandang.

Kitorang dapat tengok makhluk yang dimaksudkan tu ngan jelas.Memang jelas depan mata.

Dan jelas lah jugak kepada gua dan kutu kutu lain bahawa sahabat kitorang si Gondoi ni tak dapat nak bezakan...
Yang mana satu binatang di panggey KOALA... dan yang mana satu pulak binatang yang di panggey KONGKANG.

Gua takbley blahhh...

Memang Sah Gondoi ni buta binatang!



Sunday, May 24, 2009

Keperibadian Gua Di Soal

Ada kutu send message thru online chat FB, dia tanya gua..

(tanya ke sound ke..gua xtau lah)

"Apesal sikap awak tak konsisten?"

Gua tergamam sambil pura2 cool.Intelektual sungguh soklan nie pikir gua spontan.

"Apa yang tak konsisten nye nih?" gua reply balik secara 'open ended question'.

lama gak gua tunggu dia respond. bedebar2 dada ni..mana la tau gua buat salah silap kat dia ke sebelum2 nie.

"Kejap2 awak siriuss, kejap2 awak poyo cm bagus sgt, kejap2 cam ustaz,kejap2 cam budak takde budi bahasa..awak ni bekas budak sekolah agama,tapi tak sangka macam ni" . Dia balas balik masa gua tgh tahan debar debar tue.

Waahhh!!!..Gua kedu beb..apa jadah pulak ni? - bisik gua dalam hati, debaran kian meningkat.
Gua tarik napas merilek kan diri.Gua cuba kontrol.Air teh sejuk kt tepi laptop ni pun gua telan dah rasa mendidih.

"Camne awak boleh buat konklusi cenggitu kat saya?" - Gua tanya dia ngan sopan.

Dia balas balik:
"Saya baca semua notes awak kt Facebook,cara awak tulis kat kawan2 awak pun saya baca.Saya kenal awak dulu rasanya tak la mcm perangai awak macam kat Facebook tue..tak sangka betul"

Gua cuba maintain steady.Dah takde debar debar masa ni.
Lalu gua reply ngan cara saikologi sket:

"Abis awak nak saya buat cam mana?" <-- Perghh..!! masa ni sumpah gua rasa cam tgh gaduh suam kuku ngan makwe gua masa dulu dulu.

"Gunala bahasa sopan bila tulis apa apa" - Kutu ni membalas balik ngan feeling ustazah.

WoWWooW!!

Baru gua nk reply..makwe balakang gua plak sound tepet:

"Abang menggatal ngan makwe mana pulak ni?"

"eh..ehh bukan la..nih ha ada 'stalker' tgh nk bekenalan". Gua kaver baekk punya.

"Sudah sudah la tu bang..ateem dh tunggu tu,abang sambung ajar dia dari hurup 'Ain".

"Orraaiitt" - balas gua.

Sebelum disconnect, sempat gak gua reply kat kutu tu simple:

"STFU!!"

Lari lari DiPadang


Gua ajak anak gua pegi main lari2 kat padang UPSI semalam petang.

Saja.

Fikir gua, mau anak gua kuarkan peluh bagi sihat badan.
Anak gua buat muka 'happy' gila bila tau gua nak pegi lari2 kt padang,mcm tu lah 'ekspressi' muka dia setiap kali gua hadiahkan eskrem perisa lemon kat dia.Suka btol dia kalo gua offer eskrem,laju je bila gua suruh dia buat itu ini.

Membeli eskrem utk anak gua, sebenarnya memberi manfaat lebih kepada diri gua.
Kalo tetiba gua rasa haus dan sedikit lapar..lalu gua akan ckp " Atem nk eskrem lemon tak?,kalo nak tolong ayah amekkan air sejuk dlm peti ais,amekkan roti ngan kaya sekali atas meja bulat kt dapur tu,bawak cawan ngan sudu jgn lupa". Seusai mendengar arahan.. maka terketek keteklah anak gua yg berumur 2 tahun stengah tu bergegas ke dapur melaksanakan tugasan yg gua titahkan,ngan harapan gua akan belikan eskrem lemon utk dia selepas itu.
Begitulah didikan yg gua terapkan supaya anak gua sentiasa aktif dan rajin berkhidmat utk gua tanpa mengharapkan balasan lebih dari eskrem lemon.

Berbalik pada aktiviti lari2 di padang,
Gua plan bwk dia dlm 10-15 minit cukup la.sambil2 lari boleh gak gua jeling2 makwe UPSI.Alah budak kecik lari pusing pusing kolam ikan, lari sket boring la dia, fikir gua simple.

Sampai padang, gua start 'slow jog', anak gua teketek ketek ikut kt blakang. Gua sengaja pantaskan larian.Jauh gakla gua tinggalkan dia,struggle btol anak gua berlari.Besungguh sungguh btol gua tgk dia kejar gua. Gua sengih sengih je kat dia tanpa menunjukkan belas kasihan."Cepat atem kejar ayah..lari laju lagi".Gua jerit sambil gelak gelak buli.

Kami berlari lari sekitar padang ada la dalam 10 minit.Gua perlahankan larian.Letih beb lari lari ni.Baju gua dah basah peluh.Anak gua pun dah peluh peluh.

"Atem..dah peluh banyak tue.Jom balik". Ajak gua yg temengah mengah.

"Ayah layie lagi ayah..atem shukee layie layie ket padang". Anak gua respond ngan pelat dia sambil meneruskan larian terketek ketek dia tue.

Dalam kepenatan gua teruskan larian sambil menahan sengkak kat dada.Gua tau keadaan ni dinamakan 'pancit'.
Seketika kemudian gua toleh belakang. Gua nak check sejauh mana dah gua tingalkan anak gua di belakang.Tujuan gua supaya dia penat dan boring sbb gua lari laju.bila dah boring mesti dia ajak gua balik.

Gua tak nampak anak gua!!
Anak gua dah takde!!!!!

Gua panik amat.

Gua toleh kiri kanan pun takde.

Mana anak gua??

Tetiba gua dgr suara jeritan halus budak kecik agak jauh dihadapan gua:

"Ayah laju ayah..layie laju ayah..kijar atem".

Anak gua pandang gua tersengih sengih tanpa menunjukkan belas kasihan.

Ciss!!!

****
Gua tak cite langsung hal ni kat bini gua.







Friday, May 22, 2009

Blogging - Yeaahhh!!!

Gua xtau camner gua blh layan blogging plak tetiba nih.

Entry entry kt bawah nun sume gua cross-post dari gua punya FaceBook note.

Gua jugak xtau camner gua blh ghajin pegi menulis kt FaceBook.

Arghh...gua xtau beb..serioosss gua xtau.

Tp gua keje Kulompo beb.Kalo tak blogging malu la gua sama awek jual tiket Transnasional kt pudu nun..buatnye tetiba dia dtg mulut becok tanya gua ada blog ke tak,mau gagap gua nk jawap.
Jatuh la imej Kolumpo gua.

Setelah di pikir2..ditimbang2..dihitung2..ngan keadaan keje gua skang yg 2 jam keje 6 jam besembang..maka gua dh sepakat mengambil jalan..gua mau conteng2 kt blog utk mengisi masa gua..Tp Blog gua ni amatlah asas tahap budak tadika kemas..lu org jgn kecah2 kutuk gua.

chill!!

Dockers Bundle - Phewwwiiitt!!!

Gua ngan suar Dockers bundle mmg 'deep' sejak masa gua sekolah menengah lagi. Keakraban dan kasih sayang gua kpd suar dockers bundle lu org xpyh heran.Syaitoonn punya minat,obsessi, passionate..mmg tahap melampau lampau sampai gua sendiri kadang2 xblh nk handle.

Suar Dockers gua yg pertama..1998,kaler biru gelap,Lukman belikan utk gua kt Pengkalan Kubur.Gua ingat lagi terhegeh2 gua tepon lukman pakai public phone sekolah.Lukman dpt cuti demam plentong masa tu,balik Kelantan, abis satu badan dia bebintat2.Sehari sampai 5 x gua tepon punyala kucar kacir emosi time tu.Risau gila gua kalo2 si Lukman bantai lupa.Bukan calang2 jugak 'mandom' si Lukman ni.Dtg mandom dia, haram xmerasa la gua nk jd org pertama pekena dockers bundle kt sekolah.

Mujur sgt dia xlupa.Harga rm30,Saiz besar sket,tp xde hal..kasih sayang punya pasal gua hentamkan jugak.Made in Dominican Republik,lu org dgr nama negara pengeluar pun dah best kan?, gua yg dressing toksah cite la..langsung2 rasa xmo bukak.
Gua tau ramai kutu2 jeles, usha gua panas hati.Tgk anak mata pun tau nih suma stock tunggu time je nk rembat dockers gua.Xdpt jepp...gua genggam takkan tiris punya!.

Dari selai, jadi 2 helai..pastu tambah lagi 2 helai.Dlm thn 1999 rasanya gua dah ada 5 helai suar dockers bundle pelbagai warna dan fabrik.(duit xberapa ada..budak sekolah..dpt 5 lai tu pun megah gila). Gua effort sendiri menyelongkar kat Lokein, Ipoh..masa tu Dockers bundle tgh naik,kwn pada ayah kwn gua Shamim tuh pulak bukak kedai bundle kt Taman Cempaka..lagi naik tocang la gua,pantang outing Sabtu bekejar2 gua ke Ipoh takut2 abis dockers2 tuh suma org balun.

Paling puas hati, masa gua dapat Dockers kepala kain (sama standard ngan Levis kepala kain) kt bundle pasar malam Gopeng. Masa tu gua dah besar sket..dh masuk Universiti kat Tronoh.Jadi bila dpt duit biasiswa,benda first dlm kepala mesti nk memunggah gerai2 bundle cari dockers selai dua.Zaman ni bermulanya kefanatikan bundle dockers, gua beli bukan lagi sebagai keperluan utk pakai hari2, tp lebih cenderung memenuhi tuntutan obsessi dan passionate terhadap Dockers bundle.Mmg xde agak2 dah.Asal bekenan gua terus sariyap tanpa belas kasihan.

Tokeh2 bundle kt Lokein dh cam muka gua.Tokeh2 bundle sepanjang Ipoh,Bota, bwk ke Manjong paling2 koman pernah sekali merasa duit gua.Sampai ke suatu tahap emosi, gua buat side step mendadak dari seorang consumer dockers bundle kpd supplier dockers bundle.Masa ni gua dh ada empayar sendiri.Kutu2 University yg sealiran dgn gua sama-sama bersekongkol tong2 modal.Nk jadi tokeh beb..kene main modal.

Jos, Jono, Tebat..3 rakan kongsi.Kitorang dpt tangkap sorang 'main supplier'.Mamat ni buat bundle as family bisnes.Negotiate punya negotiate alih2 dpt la angkat 50 lai ngan harga purata rm27/selai.Sebab ni 'Dockers pilih' yg jenis 'pecah guni',jadinya harga mahal sket,tapi risiko rugi amat rendah.Berbanding beli sketol guni set 100 lai,kene bayar rm1300. Selai jatuh rm13, tp risiko agak tinggi sbb selalunya dlm 100 lai tu 60 lai je saiz abang abang metroseksuel,yg lagi 40 lai tu sendiri mau ingat la..bukan takat balut buah nangka,balut pokok nangka tu pun rasanya boleh muat 2-3 pokok.

50 lai tuh kitorang jual rm45 selai - harga pasaran.3 hari abis semua.Untung bahagian gua xmeriah sgt,mana taknya..gua sendiri beli utk diri sendiri dah 3-4 lai.Takleh tahan.Abis 1st round,bisnes terbantut..supplier dh rasa tercabar.Standard perangai melayu la,takleh tgk melayu lain nk naik dlm bisnes...Cantasss Terusss!!.

Bisnes kaput.Tp jiwa gua utk dockers bundle maintain cool mcm dulu2 jugak.Pantang lintas kedai bundle,mesti gua benti jengah.Kalo kutu yg bwk keta,gua paksa benti.xdpt beli xpa..asal dpt hirup udara kedai bundle yg nyaman lagi menyegarkan tue dh cukup puas hati.

Abis blaja University, gua start plak zaman professional, Ketautan, kejujuran dan Ketaatan,sambil pura2 'deep' sama itu perubahan set minda,Pembangunan kepimpinan dan Pembinaan tahap Kemampuan (gua xtau nk 'interpret' dia dlm bahasa melayu).

Pemikiran gua jadi bersepah sepah sekejap.Org kata keje opis kene smart xblh selekeh2.Kene pakai suar slack hitam supermarket.Nak2 pulak gua dpt keje kt Bangunan Kembar..xkan nk layan dockers bundle lagi kot??
Arghh..masa tu gua btol2 tak seimbang beb..Jenis kulit sensitif cm gua ni lagi la,asal pakai fabrik berjenama bukan dockers bundle gua jadi gelisah tak tentu hala.Gatal gatal,panas bekuap sume dia serang. Last2 gua buat keputusan..apa nk jadi..jadi lah..akan gua bwk imej suar dockers bundle kedlm kehidupan bekerja.Akan gua buat bodoh ngan kutukan dan tohmahan..Jenis taksub cam gua ni gegar gunung nk runtuh pun gua ttp pertahankan suar dockers bundle gua.
Skang dh 4thn stengah gua pegi keje ngan suar dockers bundle pelbagai style.Gua amat berbangga sbb keakraban bersama suar dockers bundle maintain tak luak2.

Dok saja2 gua buat kira2:

1st Jan 1999 - 30th April 2009 = 10thn 90 hari (thn lompat tuh kita abaikan)

3650 hari + 90 hari = 3740 hari.

3600 hari rasanya gua diselaputi dockers bundle,selebihnya 140 hari je suar slack yg gua terpaksa pkai demi menjaga kepentingan politik gua dlm meladeni hidup bekerjaya.
Next week gua plan nk pegi borong barang 3-4 lai lagi dockers bundle kt Campbell.

Begitulah secebis kisah gua bersama suar Dockers bundle.

______________________________
*Kisah Suci lagi Benar

Satu petang dlm bulan Oktober thn 2005:

Gua : Awak amik nie nanti balut elok2 cun2 meriah2..masukkan dlm hantaran masa kawen nnti.

Tunang gua : Ape benda ni abang?

Gua : Suar dockers bundle.