Wednesday, October 28, 2009

'Line' Panas Gila Sekarang

'Line' tengah panas. Gua dah bayar tiga juta tengahari tadi, nak guna gua-lu-gua-lu punya pasal. Itu tak masuk bayar yuran 'gampang' dua juta, yuran 'kucar-kacir' pun dua juta jugak, yuran entah apa apa jenis lagi lawyer gua tengah bincang dengan lawyer pihak berkenaan. Gua harap semua pihak dapat mencapai persetujuan tanpa perlu bertarung lawan takraw...itu jalan penyelesaian terakhir.

Sampai rumah dalam pukul sembilan, dengan talileher masih terbelit kemas dileher, gua melangkah masuk sambil bagi Assalamualaikum. Gua dapati laptop dan internet dah terhidang kemas atas meja.panas berasap.

"laptop tu beb..tengah panas..pegi la jamah dulu, gua jamah kejap lagi..gua tahu lu lapar" - bini gua memberi cadangan sambil bukakkan stoken dari kaki gua.

Gua yang tengah lapar internet,meleleh leleh air liur pegi menghadap. Fateem dan adik dia terkebil kebil memandang gua dengan wajah meminta belaian dan kasih sayang.

Gua bermain kemahiran berhujah:

"fateem pegi set-up meja dulu..pinggan mangkuk susun elok elok ikut warna..pegi beli ikan kembung,sayur bayam..bawang jangan lupa..dah siap semua baru panggil ayah..malam ni kita masak siakap stim" - teriak gua sambil melahap internet bersepah sepah.

'Line' Panas yang kawan gua sms dalam bas tadi gua pegi tengok.Cilakak memang dah kena bayar yuran copyright rupanya.Mujur gua siang siang selesaikan cara elok dengan pihak berkenaan.Boleh la gua berlagak pakai gua-lu-gua-lu sambil ber-gampang ikut suka hati gua lepas ni.

Ahh sedap betul makan internet cicah kuah Fesbuk, lauk Blogspot gua cubit sikit sikit.Sedap sangat takut habis cepat pulak.Gua kalau menikmati internet, lauk tak payah banyak banyak..cukup kuah fesbuk dengan lauk Blogspot.Bini gua kata gua tak banyak karenah.Lauk sedikit takpa..asalkan makan puas.

"Dah setel ka lu punya hal semalam?,..gua tengok mamat tu dah mintak maap." - bini gua bersuara dari belakang.

Sambil mulut penuh blog gua membalas:
"Alah..gua bukan jenis simpan dalam beb..lu tau kan cara gua.Gua diam kira setel dah la tu.."

Tangan kiri gua tak berenti menceduk fesbuk.Laju je gua belasah..tecekik juga makan fesbuk laju laju ni rupanya.

Bini gua datang duduk sebelah.Perlahan dia bertanya:

"Gua tengok dalam entry lu ada email email rahsia, lu main hubungan sulit dengan makwe mana pulak?"

Ohookkk ohookkkk!!! - Gua tersedak.cepat cepat gua teguk air youtube.Dalam peti ais rumah gua takde air lain.semua air jenama Youtube.Ada macam macam perisa, ada perisa Indonesia, perisa Orang putih, perisa yang ada nama melayu melayu pun banyak juga.Paling gua suka melayu 3gp lah..

"Itu bukan hubungan sulit lah beb..itu kawan masa buat bisnes dulu dulu..takde apa apa lah...Cemburu jugak lu nih ye" - gua menyakat memberi penanda puasa 100 hari bakal berakhir anytime dari sekarang.

"ehhh..sejak bila lu buat bisnes pulak?, tak pernah haram sepatah lu cerita kat gua pun?" - Bini gua bersuara terkejut gila babi.

Gua diam sekejap.Tangan yang penuh sisa fesbuk dan saki baki blog gua biar basuh cepat cepat.Orang tua tua kata lepas makan terus basuh tangan. Tak baik biar kering.Sambil menoleh pandang ke bini gua..gua tarik napas dalam dalam.

*Gua senyum penuh keikhlasan..
*Keadaan tenang macam duduk dalam masjid..

"Sayang...kadang kadang dalam hidup ni..tak semua benda kita boleh Sembang Kencang..ada perkara perkara yang kita kena diam,simpan dalam hati elok elok..
Paham?, ke tak Paham?"

Bini gua tunduk diam.Dia dah termalu pada diri sendiri sebab mengesyak gua yang bukan bukan sebentar tadi :)

"Ayaaahhh..cepatttlaaa masaaakk!!"

NOTAKAKI
Lagi satu gua nak cakap:
kehkehkeh

Monday, October 19, 2009

1Malaysia

Budak budak berketurunan India datang rumah mak ayah gua siang tadi. Mereka datang beraya.
Nak suruh balik tak kena, nak suruh masuk pun tak kena. Inikan negara 1Malaysia.

Cilakak tak pasal pasal keluarga gua terlibat dalam perayaan Deepavali secara 'hand's on'.Mental tak bersedia. Salah kami juga, hal hal 1Malaysia sapa suruh tak ambik berat.

"Makcik ini 1Malaysia la makcik..kami raya, makcik pun raya la" - salah sorang brader berhujah.

Kalau ikut konsep 1Malaysia, memang boleh pakai juga kepala otak brader berkenaan.

"Ok..lu orang masuk..apa apa hal kita cerita kat dalam" - Ibu gua bertindak menjadi tekong keluarga.

Masukla tiga orang budak India sekolah rendah Methodist. Tiga tiga budak lelaki.Gua saspek umur mereka dalam darjah lima atau darjah enam.

Nak jamu tart jem, macam tak kena tema.Inikan Deepavali, bukan Aildilfitri.
Nak jamu maruku, macam tak kena juga. Mana ada kami beli maruku??.

Maknanya, gua kena berfikir untuk jamu makanan yang syarat dia adalah 1Malaysia.

Gua pegi lari kedai Chong dekat bawah:

"Bagi Maggie kari tiga bungkus!".

****
****
****
p/s: Lepas rumah gua, budak budak tu pergi pula rumah nyonya Memei sebelah rumah mak bapak gua.Belum sempat bagi hujah, semua semua kena halau dengan nyonya Memei. Nyonya Memei memang haram tak paham konsep 1Malaysia. Malas gua nak terangkan kat dia.

Saturday, October 17, 2009

Brader Kebel

1)Kepada brader brader sumber manusia, dan brader brader penemuduga di Kementerian Pelajaran Malas-sia, gua dah ampunkan dosa lu orang.

2)Duit tol, duit minyak, masa, tenaga, cuti rehat dan duit belanja rumah tumpangan yang gua sembelih buat korban beberapa bulan yang lampau, gua halalkan. Gua kira kira guna kalkulator henset ..modal nak mengusung bini gua pegi interview di Putrajaya, di Melaka dan di Ipoh semua sekali kawteam rm2140. Di mana duit sebanyak itu kalau gua guna buat beli beras, cukup nak bagi zakat pada asnab asnab di masjid Zahir Aloq Setaq selama tiga tahun berturut turut.

3)Perangai malas angkat talipon,perangai "encik kena tanya bahagian pengurusan porno..saya bagi nombor ye", perangai pegawai takde pegi mesyuarat (padahal gua tahu dia pegi pekena roti canai), perangai tak reti balas email, perangai cakap biadab mak bapak tak ajar dan segala jenis perangai yang boleh menyebabkan gaji yang halal menjadi haram,yang dianiayakan kepada gua dan bini gua..Gua maafkan.

4)Antara semua semua..paling gua rasa nak penerajang ialah bila gua talipon kementerian, haram jadah sapa pun tak angkat. Sehari gua talipon tiga puluh dua kali, cuba kira kalau hari hari gua talipon dengan kadar macam tu selama lapan bulan?,tak apa..gua maafkan juga.

5)Bila semua saluran halal yang gua usahakan tak mendatangkan inzal, gua mula cuba cuba jalan yang sesat. Gua amalkan pula prinsip Kebel. Sayang kebel yang gua guna jahanam di tengah jalan.Mujur gua belum belikan lagi kereta Mercedez untuk Kebel Kebel berkenaan. Jadi sapa yang rasa diri dia brader Kebel, gua dah redhokan perbuatan lu orang pada gua.Gua nak pesan,Penuhkan konektion di dada dulu, baru la klem diri tu brader kebel.

6)Dan hari ni, setelah setahun gua dan bini gua menjadi pemintak sedekah dan penyembah kaki di kementerian pelajaran, akhirnya bini gua dapat juga sedekah yang dia nak sangat sangat..Sedekah yang boleh bagi nama dia ada tajuk CIKGU kat depan. Terima kasih brader kementerian kerana membangsatkan kami selama satu tahun.

NOTAKAKI
Gaji cikgu sebulan dua ribu, bini gua dah rugi sepuluh bulan...gua kira balik guna kalkulator henset, bini gua dah rugi dua puluh ribu.Beritahu gua dengan pihak mana gua boleh klem hal hal macam ni?

Thursday, October 8, 2009

Binari

Entry gua semalam..gua cerita sikit pasal binari.Dalam bahasa orang putih dia eja binary.
Ramai juga menyalahkan gua sebab gua cerita 2 jenis manusia saja, dan bukan 10 seperti yang gua bangkitkan..

Macam ni lah..

Binari ni ilmu dia ada dalam buku matematik tingkatan lima.Matematik moden, bukan matematik tambahan.

11000111
10100
1001110

ok, dah ingat?,
cuba ingat balik pelan pelan...

Bila kita tulis 10 dalam binari,maksud dia dua (2)..

Sekarang gua dah tahu, lu orang ni semua belajar sebab nak lulus periksa SPM saja kan?Astaghfirullah...

p/s: Gua tak larat menaip dengan gaya mengaki macam ni,nampak sangat takde adab.Sapa sapa yang ada buai elektrik tu bagi la sedekah dekat gua.