Friday, June 26, 2009

Lu Angel, Gua Demon...Gua Megatron


Gua tengah beratur nak beli tiket tengok wayang dekat Kampung Tanjong Emas KLCC.Cerita yang gua nak tonton bertajuk Angels and Demons.Gua Beratur agak panjang.Depan gua ada sorang brader umur pun rasanya nak sebaya gua.Gua syak brader ni jenis yang 'underground'.Entah apa aura dia pakai gua yang tenang ni pulak jadi tak tenteram.
Perangai hero yang selalu gua amalkan terhadap kawan sekelas masa darjah empat hilang serta merta.Gua pulak terasa macam diri gua ini budak lembik dimata brader tu.

Gua malas nak pandang pandang brader depan gua tu.Muka dia memang ganas macam bangsat.Rambut dye kaler merah,kerinting beserabut tak tentu hala pulak tu,telinga tindik subang hitam,gelang tangan dia ada besi paku paku , rantai tengkok dia besar lengan , baju t shirt tulis 'Hell Can't Burn Me'.Ada koyak sket kat ketiak.Seluar jeans dia dah iras ke belah seluar mat indon yang repair jamban rumah gua tersumbat tempoh hari.Kasut dia pakai tak payah nak certa la.. kalau anjing tengok pun boleh jadi pucat lesi.

Arghhh Shitt..!! Gaanassnya!!,hati gua berbisik perlahan.

Gua tak berani nak usha lebih.Mau dia hempuk kepala gua dengan gelang besi paku paku tu jadi satu hal pulak.Takkan gua nak tengok wayang dengan kepala berdarah darah?.Gua mana ada senjata nak lawan balik.Nak tumbuk pun tangan dah jarang angkat 'dambel'.Kalau gua lawan dengan terajang, rasa macam tak berapa nak mesra dengan suasana ramai orang macam tu.

Demi me-minimum-kan 'eye kontek',gua buat buat pandang tempat lain.

Dalam gaya rilek yang 'fake' gua terdengar alunan muzik berdekatan gua.Muzik itu ialah sebuah lagu ringtone yang gua pasti keluar dari salah satu henset sundal disekitar gua.

"Percayalahhh..Hatiku Lama Terpendamm..bla bla bla...Dalamm..bla bla bla"

Gua ber-istighfar tak percaya...Apa kejadahkah semua ini??

Brader ganass 'underground' depan gua tu rupanya peminat pejal Datuk Siti kesayangan rakyat Malaysia.

***
Semangat hero gua yang hilang sebentar tadi dah menjelma kembali.Tapi semangat hero gua masa ni lebih berat ke belah jahat.
Tengah brader tu becakap henpon,gua potong barisan dia secara bersahaja.

Guat buat tak paham.Dia usha kering pun gua buat tak paham.

Sampai ke kaunter.
Lepas saja angkat tiket,gua pesan dekat adik jual tiket tu secara bersemuka.Lontaran suara gua kemas dan seimbang.

"Lu kasik sepuluh tiket 'Syurga Cinta' kat brader ganass blakang gua ni..nanti dia bayar..dia nak tempat duduk paling depan"

Brader ganas dengan t shirt Hell Can't Burn Me menggelabah terpingga pingga.
Jiwa lembut macam dia mana berani melawan.

PESANAN:
Lenkali jangan 'dressing' ganas kalau jiwa tu lemah longlai.
Orang putih kata boleh 'misleading'.

p/s:Mungkin gua ni jenis hero yang nama 'Megatron'.Tapi kalau 'Megatron', yang awal awal gua goyang apa hal pulak?,Brengsekk!!.

Wednesday, June 24, 2009

Gondol buat hal lagi....

1998 - Januari - Kelas Empat Ibnu Sina

Tak selesai lagi kontroversi beruang Koala tahun lepas,

Gondol sahabat gua yang paling lagenda, buat hal lagi..

Masa ni gua baru masuk tingkatan empat.Awal awal masuk balik sekolah memang konfemla takdak belajar apa apa.Kutu kutu lain pun dah lama tak jumpa.Masa 'prep' petang semua kutu melepak kat kelas gua,kelas empat ibnu sina.Apa hal pulak gua nak ponteng prep time time 'happy hour' macam tu.

Gondol macam biasa dia jadi tekong kontrol meja.Dia la yang paling gebang kencang.Budak budak lain termasuk gua dengar saja cerita Gondol.

Topik yang Gondol bukak petang tu adalah berkenaan minat beliau dan keluarga beliau terhadap sukan wrestling.Menurut Gondol,beliau amat amatlah 'deep' sama wrestling.Hari hari masa cuti sekolah,lepas saja balik tolong ayah beliau tebang balak,beliau akan terus menonton video cerita wrestling bersama abang abang dah ayah beliau sekali.Memang dari sekolah rendah Gondol tak berapa nak minat tengok cerita lain,yang dia suka wrestling saja.

Tak cukup tengok wrestling kat video,beliau dan abang abang beliau akan bergusti pulak sesama sendiri sebagai memenuhi aktiviti belah petang.Gondol punya cerita memang setan buat semua budak menganga.Gua pikir,mesti abang Gondol ni jenis jenis King Kong Bundy.

Dah satu jam lebih Gondol tak abis sembang pasal wrestling dia.Dari tengok wrestling,bawak ke lawan wrestling.Tak cukup takat tu,Gondol tambah rencah lagi kata orang kampung pun 'respek' keluarga beliau sebab semuanya kuat kuat ber wrestling belaka.

Dah dekat dekat nak abis waktu prep.Sorang kutu gua tak ingat sapa,buat perangai mulut celupar tanya soalan asas kat Gondol:

"Gondol,dalam banyak banyak brader wrestling tu sapa yang lu paling minat?"

Gondol yang tengah rancak bagi tutorial pasal arena wrestling berenti kejap becakap,dia cuba mengingat siapakah brader wrestling yang menjadi idola beliau sekian lama.

Kutu kutu semua fokus ke Gondol.

Selepas beberapa saat,Gondol bagi jawapan mudah dan 'firm' dalam nada suara terkawal:

"Gua paling minat Maik Taison laa.."

Semua budak termasuk diri gua jadi bercelaru pikiran bila Gondol start petik nama.

Muzammir yang ada penyakit sawan terpaksa rebah tak boleh 'hendel' torture berat macam tu.

Gondol buat tak pedulik.Dia sambung gebang wrestling dia dengan muka Maik Taison ada dalam kepala.Brengsekk!! Tak goyang langsung si Gondol ni!!

***
p/s: Banyak lagi kisah lagenda Gondol diabadikan oleh sahabat gua sorang, lagi encik LucaDeketiak di sini, di sini jugak, di sini pun ada, di sini lagi..dan lagi..

Friday, June 19, 2009

Hero Mesti Menang Jugak Akhirnya

Periksa akhir tahun lagi satu minggu.Gua masih sibuk main guli.Sekarang musim main guli.Gua punya gila main guli, pegi sekolah pun bawak guli penuh poket kiri kanan.

Masa gua dan Kerol Faeizi tengah rancang nak lawan guli dengan budak kelas sebelah,cikgu Saejah tiba tiba masuk kelas.Bersama beliau seorang budak lelaki pakai baju seragam sekolah,tapi lencana kat poket baju dia tu gua nampak lain macam,bukan macam lencana sekolah gua. Penampilan dia jugak bergaya.Baju masuk dalam kemas,rambut sikat elok elok,muka hensem,kasut sekolah dia pun jenis yang mahal,beg sekolah pulak style galas ada 'span' tebal,gua syak mesti mahal jugak beg dia nie.

"Dengar sini murid murid.Kita ada kawan baru,dia akan belajar dalam kelas kita" - Cikgu Saejah buat pengumuman.Dia suruh budak baru tu kenalkan diri.

"Nama saya ALIF AIZECK, saya dari Kolumpo,dulu saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Damansara.

Budak kolumpo wooo...dengar nama dia pun gua perati makwe makwe sudah tak keruan.Nama sekolah dia pun bunyik Kolumpo abis,tak macam nama sekolah gua, Sekolah kebangsaan Matang Gerdu saja.Bunyik pun tak berapa nak konfident.

Penampilan ALIZ AIZECK memang menawan hati makwe makwe budak kelas gua,kelas lima merah.Hanya Cek Intan yang comel tuh saja gua perasan masih tak goyah. Gua agak suka jugakla dekat cek Intan.Cuma gua malas nak berusaha lebih.

Cikgu Saejah suruh ALIF AIZECK duduk tepi barisan cek Intan.Baru masuk kelas tak sampai 3 minit ALIF AIZECK ni dah mula nak jeling jeling Cek Intan.

Gua masih bertenang...Rilek.

"Baiklah..disebabkan kamu budak baru,cikgu nak tanya sikit soalan pasal pelajaran.Cikgu nak tengok banyak mana dah kamu belajar kat sekolah lama". Gua tau cikgu Saejah saja nak 'test'.

"Baiklah cikgu" - ALIF AIZECK jawab gentlement.

Sape yang cipta kereta?

Henry Ford.

Apa nama benda yang buat daun jadi warna hijau?

Klorofil.

Sembilan kali lapan, tolak dua, tambah lapan berapa?

Tujuh puluh lapan.

"Wahh..hebatnya awak!,soalan darjah enam pun awak boleh jawab!"-cikgu saejah kagum.Gua perasan budak budak lain pun turut kagum dengan kepandaian ALIF AIZEK. Kerol Faeizi pun terpesona.

Gua masih lagi bertenang dan 'menten'.Soalan soalan tadi tu gua jawab betol jugak, tapi dalam hati.

"Awak dulu kat sekolah lama periksa dapat nombor berapa?"-cikgu saejah tanya lagi.

ALIF AIZECK jawab pantas - "Nombor satu cikgu".

Sambil jeling ke arah gua,cikgu saejah sambung bakar:
"Periksa dah dekat.sapa yang dapat nombor satu dalam kelas kita dulu cikgu harap dia rajin rajin blajar.Jangan asyik main guli saja.Tempat nombor satu boleh jatuh ke tangan orang lain".

Tak lama lepas tu cikgu Saejah keluar kelas pegi mesyorat semula.Enam tujuh orang budak budak dah 'eksaited' nak berkenalan dengan ALIF AIZECK.Berkerumun semua.

Masa tu gua rasa gua kena buat sesuatu untuk betulkan keadaan kelas yang dah hilang fokus.Gua ajak Kerol Faeizi pegi jugak ke meja ALIF AIZECK.Gua ada hal sket nak urus.

"Brader ALIF AIZECK,nama gua Fdaus,bunyik nama gua tak berapa nak kolumpo sangat,gua datang nak tanya lu satu soalan saja,boleh tak?" - Gua buat 'statement' bersahaja.Budak budak lain diam peratikan gua.

"Boleh.Tanyala".ALIF AIZECK jawab lagi secara 'gentlement'.

Gua tarik napas..gua lepaskan soalan dengan nada suara paling seimbang dan konsisten:

"Lu penah hapal lagu Soldier Of Fortune tak?"

"Lagu apa tu?,tak pernah dengar tajuk pun?"

That's it.ALIF AIZECK dah bagi jawapan salah.Jawapan sebegitu amat 'damaging' kepada reputasi beliau.

***
Gua 'sound' Kerol Faeizi, "jom sambung main guli". Sambil blah gua sempat kenyit mata kat Cek Intan.Dia senyum saja.Dalam hati gua tau..Hero mesti menang jugak akhirnya!.

p/s: Masa periksa akhir tahun, ALIF AIZECK hanya dapat nombor dua.

Monday, June 15, 2009

Pemadam Superman yang Gua Sayang


Barang gua yang paling 'rare' masa mula mula gua masuk darjah satu ialah pemadam superman yang gua dapat hasil 'menikam' kat kedai O'ie.Gua rasa amat 'cool' sebab sekali 'tikam' je gua dah dapat pemadam superman tue.Gua amat sayang pemadam superman tu.

Masa dalam kelas,ada budak nama Rahim.Dia ni duduk belakang gua je.Gua memang dah perasan dari kelmarin dia asyik jeling jeling ke pemadam gua.Cikgu Saejah sibuk ajar mengeja kat depan,dia pulak sibuk nak belek belek pemadam superman gua.

Gua tak berapa kenal Rahim ni sangat sebenarnya.Dia ni bukan 'klan' tadika sama gua.Mungkin dia dari 'klan' tadika Matang Gerdu.Gua tengok muka dia ganas semacam,Kasut dia pulak gua perasan dah naik kaler Turquois,baru seminggu masuk sekolah tu. Gua saspek Rahim ni jenis yang suke pukul kawan tadika dia dulu.Gua syak lagi dia ni mesti tak takut makan sambal.Walaupun gua hero,tapi gua tak sampai tahap berani makan sambal beb..ibu gua kata sambal tu pedas sakit mulut, dah besar sket baru la boleh makan

"Bagi kat gua pemadam lu tu".Rahim 'sound' gua macam nada nak ajak bergaduh.Gua rasa tercabar.Perangai buas gua masa kat Tadika dulu dah mula serap masuk kepala balik.Ada jugak yang kene conteng baju ni karang..masa kat Tadika, hari hari gua conteng baju Saleh.Tak berani langsung Saleh nak melawan gua.Mujurla ayah gua pesan jangan conteng conteng baju orang dah bila masuk darjah satu.Gua pegang pesanan ayah gua.

"Tak boleh" - Gua jawab 'firm'.Gua genggam pensel HB merah.Dalam kepala susun strategi,tak dapat baju,gua conteng kasut pun takpa.Biar kaler turqois tu jadi kaler hitam terus.

Tiba tiba Rahim rebut pemadam superman dari pensel 'box' gua.Tangan kanan gua yang dah ready dengan pensel men-'scratch' belakang baju Rahim.Demi menyelamatkan pemadan superman, gua sanggup buat apa saja.

"Lu kalau nak pemadam superman macam gua, pegi 'tikam' sendiri la.Mintak duit kat Ayah lu.Dua posen je modal".

Rahim duduk tempat dia.Gua 'konsentret' balik belajar eja BASIKAL.Rahim tekup muka ke meja.Gua buat tak pedulik.

Cikgu Saejah panggil Rahim 2-3 kali suruh ikut mengeja dia buat tak heran.Muka tekup lagi ke meja.Ada pulak sorang makwe mengadu kata Rahim nangis sebab gua conteng baju dia.

Cikgu Saejah suruh gua cerita balik dari awal.Gua cerita balik.Rahim dok menangis sedu sedu muka tekup ke meja lagi.Sampai habis waktu sekolah cikgu Saejah pujuk si Rahim tak jalan jugak.

Habis waktu,ayah gua dah ada depan kelas.Cikgu Saejah cakap cakap dengan ayah gua.Ayah gua suruh bagi je pemadam superman tu kat Rahim.Gua terpaksa bagi dengan berat hati.Gua pulak macam nak menagis.Tapi gua kontrol.Malula kalo hero menangis.Rahim dapat je pemadam gua terus diam menangis.Harap muka je samseng,baru conteng baju sket dah longlai.Cehh!!

***
Masa balik ayah gua bukak cerita,Rahim ni orang miskin takdak duit.Baju,suar,kasut..semua bekas abang dia punya.Ayah gua suruh gua 'go slow' sket dengan Rahim.Gua tak berapa paham sangat nasihat ayah gua. Mungkin perangai kesian tu tak berapa nak meresap dalam jiwa lagi.Perangai buli orang saja yang ada.

***
Esok masuk kelas gua tanya Rahim;Betul ke lu orang susah?
Rahim tak jawab.Dia tekup muka lagi kat meja sampai waktu balik.Kali ni set kaler LUNA gua pulak melayang.Nak pujuk Rahim punya pasal.

Lusa.Pensel Box gua jadi mangsa.

Tulat.Dia bekenan ke kasut gua pulak..siap beg gua pun dia ada hajat nak pau.

Dengan menggunakan akal budak darjah satu..Gua dengan sendiri buat 'decision'.
Gua rampas balik pensel box gua,kaler LUNA gua,dan pemadam superman yang gua sayang.Rahim tekup muka ke meja macam biasa.Cikgu Saejah pun dah tak larat nak kesah.

Gua rasa tindakan gua amat betul dan matang.

Sunday, June 14, 2009

Fumble Paling Busok


Gua baru dpt credit card, ibu gua kasi pinjam kalo2 ada hal terdesak boleh guna katanya.
Satu petang gua tgh 'rushing' balik ke UTP setelah 'merewang' ke Ipoh tak tentu hala.Gua pegi 'merewang' ngan sape,itu nnti gua cite kat maple,sambil pekena roti telor sama teh ais.

Masa tu gua pakai WAJA Voltron bikin.Gua rempit agak laju dalam keadaan kucar kacir sbb lampu minyak tu dah bekedip2.Risaula gua kalo minyak habis.Mau plak mati tgh jalan, konfem konfem tercalar imej cool yg gua semai sekian lama nie.

Sampai PETRONAS Menglembu, gua ngan lajunya belok sambil berhenti mengejut betul2 sebelah pump no 3.Gua bukak pintu pantas terus pegi kaunter.Ngan muka bangga gua hulur Kad Kredit ibu gua,"Tuh waja bikin kat sana..lima puluh".Gua bg arahan sambil kontrol nada suara kat makwe cun yg jaga kaunter tu.Nada suara gua pastikan seimbang supaya tak kedengaran menggelabah bila berdepan makwe.Gua pasan mamat sebelah yg nk isi minyak kapcai tu pun usha gua agak respect ngan gaya percakapan gua tadi.

Gua disuruh pegi isi minyak dulu,karang dh siap dtg balik amek resit dan kad kredit.Arahan mudah dan simple kata gua kat makwe tu dlm hati gua.

Gua angkat pump,bukak 'cap' tangki minyak.Masuk pump.Zssszz..pengisian bermula.

****
Gua hairan bila Mat Bangla cuci cermin keta sebelah pandang2 gua.Brader moto kapcai tadi pun tgk gua atas bawah xlepas.Ehh..penampilan bergaya gua td mendapat perhatian sgt ke?,
Gua balas ngan senyum2 kambing.Kontrol.. kontrol..bisik hati gua.

Dari jauh gua nampak makwe kaunter td lambai2 kat gua mcm nk bgtau 'something'.Apa barang main lambai lambai ngan gua plak ni..kontrol.. kontrol,gua tak mau tunjuk gelabah.Setakat lambai gua tak goyah beb.Gua buat buat pandang tempat lain.

Pandangan gua jatuh kepada Mat Bangla yg cuci cermin keta sebelah yang memang dari tadi dok tgk kat gua.Tak abis lagi dia pandang pandang gua rupanya.Kalo ikutkan sikap emosi mau gua tempeleng je si Bangla ni.

Ngan muka tersengih2 pulut ubi si mat Bangla ni tanya gua:

"Abg punya Kreta pakai Diesel ka?" <--pelat Bangla dia ni gua xreti nk gayakan

Gua balas:

"Lu nk kene tempeleng..lu ingat gua bawak lori balak?"

Mat Bangla terkedu kejap.
Ngan muka takut2 dia tanya lagi sambil tunjuk ke tangki gua yg dlm proses pengisian:

"Itu apa pasal abg isi pump hitam??"

(Gua dah lupa apa yg jadi lepas lepas tue....malas gua nk ingat..Cinabeng btol!!!)

Thursday, June 11, 2009

Obama kemaruk cendoi - mangkuk sungguh!

Dengan menggunakan laptop cabok yang dah tekopek 'button' tanda soal, gua chit chat sakan dengan Sir Alex Ferguson petang tadi.
Sir Alex mintak pendapat gua pasal Ronaldo yang nk blah ngan harga lapan puluh juta pound sterling.
"Lu jgn kelam kabut jual kat Real madrid..lu jual je mamat tu kat Ebay".Gua cakap mudah ..

"Atenyee..Ape ke heei pulok mu tubik juai kat Ebay?"- Sir Alex reply ngan 'slang' perak campur tengganu campur kelantan..gua hampir tak paham,kiranya bajet nak tunjuk dia melayu sangat la tu.Ptuihhh.

Gua explen tenang.

"Lu jual kat Ebay la brader..mana tau ada mak mak datin kat M'sia sanggup bid lg mahal dari Real Madrid.Kelab lu jugak untung..lu pun tak payah gusar gusar nak lawan Madrid masa final CL next season".

Sambil dok tunggu Sir Alex bepk akan saranan gua,Gua selang selikan bertegur tegur dengan makwe makwe kat YM.

Miley Cyrus sempat 'hi' kat gua.Tak sempat nk borak lebih sebab dia kene gegas pegi cabut gigi. Angelina Jolie pulak 2-3 kali 'pinch' gua buat tak tau.Bukan gua sombong, tapi gua tak larat nak layan masalah rumahtangga dia ngan Brad Pitt. Gua cakap 'straight' je.."Telajak perahu boleh gostan, telajak bekawen..silapp besarr la..dulu gua 'propose' lu jual mahal..skang baru lu sedar diri!"

Sir Alex punya nama dah berkelip kelip.

Gua hold lagi layan pulak Obama yang tetiba muncul kt YM gua.Presiden US tegur beb,kurang ajar sangat la kalau gua buat tak paham."Ape hal?" - gua tanya kasar.
Obama balas-"Gua nk makan cendol la..kat mana sedap?".
Gua tanya dia balik - "Lu skang kat mana?".
Obama balas lagi -"Gua kat M'sia 'attend' meeting top secret bawah tanah kat area Kokdiang ni".
Gua bepk pk kat mana ada cendoi sedap area Kokdiang sana tu.
Lalu gua 'advice' -"lu pi pekena cendoi pak ngah kt blakang stadium Darul Aman la.Org org kat sana tak kenal lu..jadi lu boleh hirup cendoi ngan tenang".
Terus gua 'close' window Obama.

Jari gua cepat cepat 'klik' ke nama Sir Alex.

"Gua rasa betol jugak la lu cakap tu.nanti gua inform kat budak budak board director tengok macam mana". Sir Alex dah setuju.

Gua reply pendek - "Bagus!"

Sir Alex tanya lagi: "Lu ada idea sapa yang boleh ganti brader Do?"

Gua senyum:
"Ada.Nama dia Safee Sali..tak payah bayar mahal.Tiga puluh ribu pound sterling pun dah kira besar rahmat".

"Ok kalo macam tu gua datang KL esok.Bagi Wenger berambus dulu.Malas gua jumpa dia" - Sir Alex macam riang sangat.

Gua cepat cepat helo K Devan soh sedia 'transfer agreement'.
----
Itulah antara keje harian gua.Gua cuma malas kecah kecah kat public je.

Chill!

Tuesday, June 9, 2009

Gua Hero Cilik

Umur gua baru cecah empat tahun stengah hampir hampir ke lima tahun.
Malam tu ada mesyuarat nak lantik Ahli Majlis Tertinggi dan AJK peringkat kampung Parit Jawa sesi 87/88 kat balai raya.Balai raya ni letaknya berdekatan rumah gua,berdepan dengan rumah jiran gua,Mak Ngah Ani. Anak Mak Ngah Ani adalah kawan baik gua,nama dia Iyas berumur lima tahun dan sudah memiliki makwe manis waktu tu nama Piah.Sepupu Iyas, nama Alan pun kawan baik gua.Tapi perangai Alan ni dari kecik memang jahat dan samseng.Alan ni umur enam tahun.Sebab Alan dah diiktiraf sebagai yang paling jahat dan samseng dikalangan budak Tadika,maka kami lantik Alan jadi ketua untuk apa apa projek.Secara tak langsung gua merangkap jawatan samseng cilik yang comel dan belum cukup umur utk ber-Tadika.Bukan senang nak masuk 'klik' abang abang Tadika beb.

Malam tu,sebagai budak budak kecik yang tak dak fungsi dalam menentukan hala tuju kampung,kami sudah plan nak main hantu hantu sambil buat bising.Lampu balai raya terang benderang,orang tua tua ramai gua perati isap rokok sahaja di luar balai raya,sambil budak budak muda hanya lepak bersembang atas moto buat gaya abang abang besar.Yang duduk berdiskusi dalam balai raya adala kot sepuluh orang lebih.Jenis semua nak makan free.Ibu gua dan Mak Ngah Ani plak menjadi 'front liner' memasak bihun goreng dan membancuh teh O panas sebagai 'menu' meeting malam tu.

Gua main hantu dengan bersungguh sungguh.Sudah penat,kami makan bihun dan hirup teh O panas.Golongan bersekolah rendah,Ida,Ana,Piyan dan Lela pulak ada projek main SAIDINA kat rumah Iyas.Lepas jemu main, Gua dan geng tadika lepak rumah Iyas, duduk tepi tengok golongan sekolah rendah main SAIDINA kat beranda.Masa tu 'meeting' kat balai raya dah abis.

Geng Tadika lain masih 'menten' kat rumah Iyas sambil sikit sikit cuba memahami permainan SAIDINA.Alan paling beriya nak baling dadu padahal dia haram tak reti mengira.Nama saja dah bersekolah tadika dua tahun.Gua pulak yang kena jadi hero tolong kirakan.

Agak larut malam.Ibu gua ajak balik.Budak budak lain semua amek keputusan untuk tido kat ruma Iyas.Gua rasa tercabar..sebagai budak umur empat tahun lebih,gua mesti nak tido rumah Iyas jugak. Gua cakap kat ibu gua dengan tenang dan firm:
"Aus nak tido dengan diorang kat sini".

Ibu gua pujuk ajak balik sambil takut takut kan gua dengan cerita hantu urban.Tak cukup hantu urban, ibu gua guna tektik memprovoke mengatakan gua masih kecik dan tak pandai berdikari.Gua tak makan ayat.Gua tambah lagi rencah untuk mematahkan pujukan ibu gua:

"Kan Aus dah boleh kira satu sampai limabelas,baca alip ba ta pun dah reti separuh..beskal kecik yang ada dua roda plastik kat belakang tu pun Aus dah pandai kayuh sendiri.."

Mak Ngah Ani kat sebelah senyum je.Ibu gua lelah dan serender.Ibu gua cuma pesan jangan jahat jahat kat rumah org,lalu memintak mak ngah Ani tengok tengok kan gua.

Semua penghuni lepak beranda.Malam makin larut.Dalam dok seronok kirakan dadu untuk Alan gua diserang sakit perut memulas rasa nak berak.Jamban letaknya jauh dihujung dapur.Gua agak gagap.Mak Ngah Ani kata dia boleh temankan sampai jamban tapi dia nak naik beranda balik tanpa mahu berkompromi menunggu gua abis berak.Gua sahut cabaran.Ok jom!!,kata gua tegas.Budak budak sekolah rendah yang tengah sok main SAIDINA memang respect gua abis sebab gua amat berani berak sorang sorang di tengah malam.

Gua masuk jamban,tutup pintu,sambil mencangkung gua tadah air pili kasi penuh baldi.
Dalam 5 minit gua selesai lepas hajat. Gua tau Mak Ngah Ani memang btol btol dah tingalkan gua sorang.

Gua tak kisah hantu datang tangkap pun gua tak gegar.

Gua tak heran duduk cangkung sorang sorang tengah malam buta.

Cuma satu bab ni ja yang buat gua lemah semangat,gua masih kurang prektis.Gua bukak pintu jamban.

****
Gua jerit lantang 3 x :

"Mak Ngah Aniiiiii....mai sini sekejaappppp!!"

Mak Ngah Ani rempit secepat siput.

Gua hanya sengih sengih kambing melihat muka mak ngah Ani yang risau maut.

"Tak reti basuh la mak ngah" - kata gua sambil kontrol nada spontan

"Laaaaa....tadi hero sangat kirakan dadu sana sini,hero taik kucing apa macam ni"

Mak Ngah Ani membebel sambil terbongkok bongkok mencuci b****t gua.

Sunday, June 7, 2009

Kamera Nikon

Ini Phakdee cerita kat gua:

Jono ajak Phakdee teman dia tengok tengok kamera satu petang di KLCC.Jono berhajat nak beli kamera Nikon.Dalam kepala dia yang ada Nikon sahaja.Bajet beliau agak tinggi mencecah rm5-6 riban. Masuk satu kedai kamera Jono tanya.."Nikon NIkon?".Setelah membelek belek beberapa kamera lalu beliau ajak phakdee kuar sebab kamera Nikon jenis yang dia suka tu tak dak. "Nikon Nikon?".Begitulah 'templet' pertanyaan Jono seterusnya bila masuk 2-3 kedai kamera di sekitar KLCC.

Habis memusing satu KLCC,tinggal la satu kedai kamera kat hujung level 3.Jono pantas ajak Phakdee ke sana sebab kedai kamera tu nampak besar dan mewah maka pastilah kamera Nikon yang beliau hajati ada kat situ.Masuk je kedai Jono terus jumpa budak salesman lalu bertanyakan soalan 'templet' beliau:

"Nikon Nikon?" - Jono tanya Kurious

Mamat salesman tu perhati muka Jono tanpa menjawab apa apa.Mukanya seolah mengawal sesuatu yang berat.

"Nikon Nikon!!" - Jono ulang agak keras.

Mamat salesman dah agak takleh tahan.

Jono ulang lagi ngan soalan tak ikut standard 'templet' dah kali ni:

"Brader..gua tanya lu ni, gua nak tengok kamera Nikon apa apa jenis yang lu ada"

Tak sempat habis, mamat salesman tu bantai gelak kaw kaw cam bangsat:

"Bang..tak baca 'signboard' besar kat depan tu ke..ni kedai CANON..NIKON kami tak jual"

Phakdee tarik tangan Jono blah pegi tempat lain.Kalo ditunggu mau patah gigi mamat salesman tu Jono tumbok.

Gua dengar Phakdee cite,gua gelak tak bleh benti benti sampai esok hari.

p/s: Jono skang dah hebat giler main shot shot photo ni..setelah beliau dapat Nikon yang diidamkan lah.Silalah lawat Flickr beliau seperti link kat atas.Chill Jono..lu memang style!!

Thursday, June 4, 2009

Pendedahan Eksklusif

28th May 2009.

Malam tu malam Jumaat.Gua sampai rumah lambat.Dalam pukol 9.30 rasanya.
Muka gua beserabut dan berselirat.Hati gua macam kosong tak dak selera.Badan gua penat dia lain macam.Rasa lengoh lengoh sendi yang amat sangat.Nak kata lengoh sendi sebab kesan pengambilan ubat kuat,gua tak pernah pulak amalkan gaya hidup ngan ubat kuat, ubat migrain tu ada la.
Siang tadi seharian gua temenung kat opis.Kerja kerja semua tak berapa nak menjadi.

Masuk je rumah, gua terus mandi.Bini gua sama anak gua sudah terpacak depan tivi mengadap Keliwon.Gua dah bagi nasihat jgn tonton cerita cerita hantu monyet camtu,tak de paedah.Tapi bini gua kata bukan dia nak tgk, anak gua yang umur 2 tahun stengah tu keriau keriau sangat nak tengok.Bila gua tanya anak gua,anak gua plak ckp dia keriau nak tgk 'Hagemaru' sama 'FiFi The Flower' je.Sebab gua penat sgt, malas gua layan pertelingkahan yang gua tau sengaja direka reka nak mengkonpiuskan gua.

Dah siap mandi semua,badan gua diserang rasa panas pulak.Kipas pusing bukan main laju,tapi badan gua asyik bepeluh peluh.Pelik betul,kadar metabolisma dan rembesen enzim enzim tak berfungsi dengan baik kah?,getus hati gua was was.Dari bepeluh gua jadi gelisah kepanasan.Kawan gua si Kobeng kata,matahari skang btol btol ada kat atas garisan tropika,itu sebab malam pun rasa panas.Penjelasan Kobeng yang agak saintifik dan kelihatan berfakta beberapa hari lepas melegakan gua.

Lepas tulis Blog lebih kurang,gua plan nak cuba tido.Tak selera sangat nk memBlog lama lama.
Gua baring atas sopa.Sendi gua lenguh lenguh makin teruk,ditokok plak dengan kadar kepanasan melampau yang membakar dalam badan gua ni. Gua rasa macam ada yang tak kena!.
Gua rasa lain macam sangat.Fikiran gua pulak berkecamuk.Jiwa gua menggelisah tak tentu hala.Perasaan gua macam diganggu ganggu.Jantung gua pulak lu org tak payah cakaplah,berdetup detup macam bunyik mesin jahit.Ntah bape lama gua berada dalam separuh sedar,yang gua ingat suasana dah gelap.Dalam kekuyuan gua tgk anak bini gua tido nyenyak atas TOTO.Gua harap sagat dapat tido lena.Gua berusaha melawan perasaan yang tak enak dalam hati gua.Ada rasa panik,ada rasa gundah gulana, ada rasa tekanan, ada rasa nak memberontak,semua jenis perasaan belonggok skali 'attack' diri gua.

Ntah kol bape gua jadi separuh telelap.

-----------
Gua 'feeling' diawang awangan.Dalam tido yang tak berapa nak tido tu gua ternampak ada hantu angsa leher panjang nak terkam kepala gua,ada pulak hantu muka burok bawak meriam besar nak tembak rumah gua, dan yang paling gua pelik ada hantu datang maki maki sambil ejek gua dalam bahasa sepanyol yang haram sepatah pun gua tak paham.Apa kejadah gerangan mimpi mimpi ini??
-----------
Sayup sayup gua dengar ada makwe panggey gua 'abang' pulak.Mula mula lembut,lama lama suara makwe tu jadik kuat macam halilintar sedang mengorek perut naga.

"Abang Bangun!!"
"Abang bangunnn!"
"Abang bangunnnnnnn!!

Gua teperanjat terus bangun, sedang mamai mamai kekeliruan gua bertanya:

"Camna boleh kalah haa?"

Makwe gua yang baru abis semayang subuh membalas ngan budi bahasa lemah lembut:

"Laaa.. tak abis lagi 'down' dari semalam?,abang oii..kalo mainnya teruk tahap felda besaut,mmg konfem la kalah.Dah la tu..cuba lagi musim depan.Gambattee!.Pegi mandi semayang.Lambat lambat nanti bus tinggal pulak..dah dekat kol 6 ni".

Gua melangkah longlai.Panas dalam hati masih belum reda,namun gua pasrah..

Wednesday, June 3, 2009

Gua rasa bersalah beb


Gua kat shah alam masa hal ni jadik.Umur gua 19thn.Muda remaja.Kalo tak salah waktu cuti semester tahun dua.
Kalo dah namanya cuti semester, maka wajib sgtlah gua menunaikan tanggungjawab sosial melepak di rumah Tat Ang barang 3-4 hari.

Tujuan gua satu je, nak mengeratkan sirraturrahim ngan ahli keluarga Tat Ang, walaupun gua hanya touchdown di rumah beliau untk tido dan mandi,sambil menumpang beg dan makan rezeki yang mana ada.Lain dari waktu waktu itu, gua akan hilang dalam keserabutan Kolumpo hingga larut malam.

Gua baru mandi mandi dan ready nak sarapan.Hari tu Gua dan Tat dah plan nak pegi betenggek kat KLCC sambil usha makwe makwe. Mana tau kot sangkut yang lawa lawa, boleh jugak ajak pegi minum teh tarik kat Pelita sambil pekena sup kambing. Sekiranya takdak makwe lawa yang sangkut, bekap plannya adalah menelepon kutu kutu lain sekitar Kolumpo untuk mengajak
mereka menonton wayang bersama.

Siap je gua berpakaian, gua tengok ada dua missed call kat handset Erricson T28 gua. Nombornya ciput je +0301.

Gua saspek ni mesti kerja budak budak darjah tiga kat Vietnam main tekan tekan nombor ikut suka hati, lepas plak ke nombor gua.Lantak lah.. gua pikir simple.

Siap gua pakai baju, henpon gua bedering dering, nombor +0301 lagi..Gua angkat:

"Ini Pak Junaidi kah?" - sayup gua dengar suara bernada orang tua
berbangsa Indon dicorong speaker henpon.

"Bukan.Salah nombor" - Gua 'hang off'.

Tat Ang tengah mandi dah hampir sejam. Gua turun bawah lepak lepak sambil berborak ngan makcik beliau yang juga tinggal di situ.Baru je nak start borak henpon gua bunyik buat bising lagi.

+0301.Nombor tadi jugak.Gua angkat.Soalan sama."Ini Pak Junaidi ya".Gua jawab pun sama."Bukan.Salah nombor".

Tak lama dalam 4-5 minit lepas tu, henpon gua bunyik bising lagi.+0301..nombor tadi jugak.

Itu jam gua jadik hangin seluruh badan,tapi masih cuba menkontrol keadaan.Akal jahat gua pun datang mencanak canak.Gua mau jawab sket.

"Pak Junaidi ya" - Mamat indon tu bertanya lagi dengan kurios.

"Ohh..mau cakap sama Pak Junaidi yaa,Pak Junaidi enggak ada..dia sedang enak berak di jamban" - Gua bercakap ala ala mat indon yang keje buroh buat Supermarket TF.

"Ada hal penting pak..saya mahu becakap sama bapaknya Junaidi,saya saudaranya dari Surabaya" - mat indon itu bernada terdesak.

"Boleh saja sampaikan pada saya pak, nnti saya sampaikan sama Pak Junaidi yaa" - Gua balas tanpa menunjukkan apa apa kegelabahan.

Tup.Talian putus.

Gua senyum senyum.Gaya lakonan mantap!.

treettt trettt treettt..henpon bunyik lagi.Gua tgk nombor sama.Gua biar sket lagi.Agak lama baru gua jawab.Saja gua nak main saiko sama mamat indon nie.

"Pak Junaidi ya" - suara kurios dan cemas cam tadi jugak.

"Iyyyaaa..Junaidi di sini,mau ngomong apaan?" - Gua merealkan diri jadi mat Indon.

"Aku ni Siduarjo..Lekas pulang Junaidi!!, ibumu mati lemas disungai,pulang segera Junaidi!!!"

Tup.Talian putus....

Badan gua diserang seram sejuk tak ketahuan.Gua terkedu.Gua diserang rasa berdosa.Ya Tuhan ampunkan gua.

Treett treett treett
Treett treett treett

Gua tak angkat langsung dah.Gua tak pasti apa yang patut gua cakap pada Siduarjo.

Kejadian hari itu amat mengganggu jiwa nurani gua sampailah sekarang.

****
MORAL: Jgn bergurau tak tentu hala

Tuesday, June 2, 2009

Gua taktau nak boh tajuk apa...


Hari tu hari Ahad.Esoknya hari isnin.
Hari Isnin yang amat gua tunggu tunggu setelah sebulan lebih gua bekerja keras menghabiskan masa cuti sekolah ngan geng geng gangster kampung gua, kampung Parit Jawa.

Hari esok.Hari Isnin.Bermakna gua masuk darjah lima.Adik gua pula masuk darjah satu.
Walaupun gua sibuk keliling kampung buat projek macam macam,gua tak lupa tanggungjawab membeli kelengkapan sekolah.
Tak berapa hari sebelum tu,gua dah cargas kayuh beskal bikin ke town Bagan Serai.Tujuan gua memang jelas, nak beli kasut Pallas Jazz.Sumpah gua tak dak niat nak main game arcade time time serious camtue.

Ibu dan ayah gua dah uruskan kelengkapan adik gua awal awal lagi.Sebagai budak darjah satu,adik gua hanya mendapat sepasang kasut SPARK lekat.Tak style langsung!!.Gua plak dah firm nak beli barang barang sendiri. kasut Pallas Jazz bertali terutamanya.Ayah gua bagi duit je,lain gua setel seniri.Tak macho sangat gua tgk jiran sebelah,dah nak masuk tingkatan 2 pun mak ayah lagi yang pegi belikan pakaian sekolah.Pejadah!

Semua urusan pakaian sekolah gua setelkan.Petang Ahad tu gua buat 'trial show' pakain seragam gua yang baru.Kelasss!!.Baju longsleeve ngan suar biru 'street cut' tempah kat kedai Cine,dan paling sensasi kasut Pallas Jazz yang gua anyam talinya membentuk papan dam.Gua amat puas hati ngan penampilan gua.

Malam tu sebelum tido, gua guling guling sambil membayangkan keadaan gua yang hebat kat sekolah esok.
Gua amat pasti ramai makwe makwe darjah lima akan datang tegur gua sambil cerita hal hal yang gua malas nak layan:

"Ehh Fidos cuti sekolah awak pegi jalan mana?,nak tau tak lepas kite siapkan semua keje sekolah yang cikgu Saejah bagi, ayah ngan mak kite bwk kite pegi Kolumpo, jalan jalan kat Kolumpo..besssttt sangatt"

Gua tau cerita cerita lembik sebegini akan muncul dihari pertama persekolahan.Maka gua akan balas simple tetapi ganas:
"Beb, sebagai hero kampung,gua tak pegi mana mana.Gua tak main jalan jalan Kolumpo ni.Gua kene jaga keamanan kampung.Tak payah tanya gua pasal keje sekolah, sebab gua tak buat satu haram pun".

Gua jugak berangan cikgu Saejah pasti akan memuji kasut tali dam gua yang unik sbb style tali dam ni gua konfem takdak sapa budak darjah lima yang buat kecuali gua.

Malam tu gua tido nyenyak sampai pagi ngan angan angan dan mimpi mimpi indah.

*****
Pagi Isnin.
Setelah mandi dan bersiap siap ngan rapi.Gua melangkah ke rak kasut di luar rumah.Gua nampak kasut Pallas bersinar sinar melambai ke arah gua.
Gua berhati hati amek kasut Pallas bertali papan dam supaya baju baru gua tak kedot2.
Gua sarungkan sebelah kanan.Arghhh..bestnya.Gua sarungkan plak sebelah kiri..tetiba jari kaki kiri gua terasa sejuk,dan agak basah basah sket.Ehh apa hal pulak nie?

*****

Kat sekolah.
Seperti yang gua angan angan dan mimpi mimpi malam tadi.Datanglah makwe makwe yang excited nak tegur gua:
Cuma senario dia agak lain sket.

"Fidos apesal ko pakai kasut lekat yang amat burok?,pakai kasut tahun lepas erk?"

Perasaan macho dan ganas yang gua idam idamkan semalam kini bertukar menjadi sembab dan membinasakan.

Namun gua jawab gak kat makwe makwe tu ngan jujur:

"Smalam katak puru tido dalam kasut Pallas Jazz gua. Kalo tido je xpelah jugak..ini siap dia bantai kencen sekali.Hamjadah btol".

Makwe makwe tadi ketawa rolling rolling sampai tergelincir jatuh longkang.Mampos gua tak tolong.

*****
Dalam kelas pulak.

Cikgu Saejah masuk je terus bagi arahan:

"Kuarkan keje sekolah yang cikgu bagi sebelum cuti...Semua murid hantar keje sekolah sekarang! sape sape tak siap keje sekolah sila berdiri atas kerusi sampai rehat!!,sape sape yang langsung tak buat keje sekolah..mai sini berdiri atas meja cikgu.SAMPAI BALIK!"

*****
Malang betul naseb gua hari tu beb.Hancur semua persediaan rapi yang gua atur sebelum ni.Hancurrrr dan Brengsekkk!!!


Monday, June 1, 2009

Gambar Gambar, Bahasa dan Kisah Silam


Ada jugak kutu kutu dok tanya apa pasal entry entry kat blog gua tak letak gambar?,

Gambar anak kucing sakit ke,ataupun gambar gua posing cute, gambar kenangan dihari raya ke paling koman,paling paling gempak pun gambar pasukan Mencester Unaited pun tak palah..ujar kutu kutu ini memberi saranan.

Gua bgtau."nanti gua explen kat blog"

Skang gua nak explen:

Gua memang tak berapa 'mesra' ngan gambar gambar nie.Tak banyak pun gambar yang gua ada.
Lagipun gua takde wawasan nak transform blog gua menjadi blog bergambar. Masa gua mula mula menulis kat FaceBook itu hari gua ada cite pasal pendirian gua berkenaan gambar.
(gua cross-post semula entry kat FB tu masuk dalam Blog).
Gua tak minat sangat ngan gambar gambar statik, itu je.Gua hanya minat gambar gambar begerak.Dapat?

Tapi lu org jangan salah paham.Gua bukan anti-gambar.Cuma sekarang gua lebih tenang menulis tanpa gangguan gambar.Kalau entry entry gua tu memerlukan enhancement gambar,baru la gua 'konsider' bubuh sekeping dua.

Begitu juga persoalan mengenai subjek bahasa.Masa gua menulis kat FB gua tulis dalam bahasa omputih si penjajah.Tapi gua 'switch' ke bahasa melayu 'corrupted' bila gua start tulis blog.

Apakah alasannya?

Gua jelaskan sedikit;

1. Dah banyak blog tulih bahasa omputih,kat emereka sana sah sah blog dia tulis omputih,kat Belfast pun blog derang tulis omputih jugak.Sampaikan blogger blogger dari Irian Jaya pun tulis dalam omputih.Apa barang?

2.Jadi gua rasa bertanggungjawab menulis dalam bahasa melayu 'corrupted' versi Dewan Bahasa.

3. Pembaca Sasaran - gua target kwn2 sekitar gua je baca blog gua.kwn2 gua soh kwn2 lain,kwn2 lain soh plak kwn2 lain yg lain.Kalolah blog gua telepas ke Uzbekistan camne pulak?,huh lantak la..

Walaupun camtu,gua tak nakla poyo klem gua takkan tulis entry omputih langsung.Gua akan menulis dlm omputih jugak satu hari nanti.Begantung pada entry apa yang gua nak tulis.

Ada jugak yang kurang puas hati sebab gua hanya mensajikan lauk pauk 'kisah silam gua'. Brader,lu org datang makan kenduri kat blog gua 'folo' je la hidangan yang gua bagi..banyak bunyik laa..

Tapi tak pa,gua eksplen jugak supaya korang berasa puassss, ibarat puassssnya perasaan dapat minum air oren peti sejuk setelah penat bermain kejar kejar.

1. Gua tak payah pk pk nk tulih topik apa hari hari.
2. Gua tak perlu membaca lebih lebih utk cari bahan.Penat la nak baca banyak banyak ni.
3. Modal gua...hanyalah sisa sisa ingatan gua.
4. Bila dah abis ingatan nanti gua tutup la blog nie.
5. Tulisan mengenai pendapat pendapat??, itu gua boleh timbangkan

Setel..