Wednesday, November 24, 2010

Blog Review!


Mulai beberapa hari lagi, gua akan mewujudkan satu ruangan khas yang dinamakan blog review. Ruangan blow review berfungsi untuk gua mereview blog blog orang lain yang gua terjumpa di sepanjang perjalanan karier gua sebagai penulis blog dan juga membolehkan gua meneruskan legasi blog review yang diasaskan oleh sahabat gua, BraderDiego suatu ketika dahulu.

Braderdiego juga bakal menempuh alam berumahtangga tidak lama lagi, jadi menulis blog review bukan lagi pilihan yang tepat, tidak seperti awek Pavilion yang memilih KLCC pada mulanya sebelum menukar fikiran memilih brader muka out yang tak tahan dengan nikmat comolot!.

Blog review seperti yang kita ketahui, akan mereview segala jenis blog, tidak kira ianya blog gadis gadis, balak balak, blog akak senduk, blog cupcakes dan resipi resipi, blog agama agama, blog hal hal baby, blog golongan ibu, blog shawl dan tudung, blog program belia, blog bikin kereta, blog kesihatan tubuh badan atau blog cerita porno.

Projek blog review ini juga akan dijalankan bersama Luca Dk dan Pipiyapong sekiranya mereka sudi. Tapi rasanya sukar untuk mereka sudi kerana menjalankan projek sebegini risikonya sangatlah besar. Tapi pada gua, peduli apa gua risikonya besar ke tidak?,

Demi memberi keadilan pada diri gua sendiri, beberapa syarat telah gua tetapkan dalam merealisasikan perkara ini;

1. Tiada review untuk blog kutu kutu yang gua kenal secara peribadi, apatah lagi kutu kutu yang selalu pekenah teh bersama.

2. Tak payah mintak permit nak review blog orang lain.

3. Blog review boleh berlaku dalam 2 situasi:
a) Gua jumpa sendiri blog berkenaan
b) Orang yang mahu blognya direview atau mahukan blog entah siapa siapa direview, meng-emelkan link blog berkenaan kepada gua di fird_ahmad@yahoo.com

4) Tiada masa yang tetap, ada masa gua buat.

Sekarang, siapa yang berani untuk jadi "1st!" macam yang lu orang selalu berebut di ruangan komen..sila maju ke depan!!

Disclaimer:
Blog makwe mungkin gua lembut hati sikit. kahkahkah!!

Sunday, November 21, 2010

Selamat Hari Bertunang


Masa ni gua tengah sedap pekena tidor di rumah.

..dan itu sangat mengundang amarah seisi kelurga...

"Nasi kenduri ada bawak balik?, lapar ni.."
-tanya gua sejurus terjaga akibat bunyi bising ahli keluarga yang baru pulang dari makan kenduri rumah orang bertunang-

"Nasi kenduri kepala hotak kau!"
-marah adik gua tanpa usul periksa-

21.11.2004


Friday, November 19, 2010

Alat Kawalan Jauh


Pemegang Mohor Besar alat kawalan jauh ASTRO di rumah gua sedang runsing memilih siaran televisyen kegemaran entah siapa siapa.

Untuk pengetahuan lu orang, esok ada pasar lambak di pekan Tanjong Malim,
Masa yang paling sesuai gua beli alat kawalan jauh ASTRO..

..buat kali yang ke 4!!


Wednesday, November 17, 2010

"Is on the occassions of happiness, killing animals are necessary?"


Gambar dirembat dari sokernet.

"I DONT SACRIFICE THE GOAT &THE COW TO GOD BECAUSE KILLING ANIMALS FOR RELIGIOUS RITUAL IS BAD!!"

Ayat di atas gua jumpa di facebook, tengok cara budak melayu ni belajar tinggi juga.

facebook, salah satu perkara baik yang kita boleh pelajari ialah dapat mengetahui apa yang orang lain fikir dan apa yang orang lain percaya dalam pelbagai hal, termasuk hal hal yang bersangkut paut dengan agama dan persoalan akidah.

Sekarang kita nak cerita macam mana dengan budak budak liberal ni,

Siapa nak tolong gua jawab?

ke kita nak jawab pakai penendang?

TEACHERS : With All Due Respect!


This short article was first published in my facebook note on April 6, 2009.

I just had some light dinner with my parent at Cupak Restaurant.
We talked much about Kelapa Sawit business my father had been offered to venture on by his Golfer friend. One hour of heavy discussion, planning and strategizing the business module, the risk mitigation, and the investment, we finally reached a decision..The project must be put on hold due to unavailable funding

Again..another coffe-shop discussion.Finished slurping the spicy hot chicken soup,we moved.

In the car on the way back home, my mother complaining about recent 'kes khalwat' involving UPSI student.
Beautiful hot chick kantoi with super ugly stupid brat <-- i made up this one.

I didn't really pay attention until she came to this statement:

"macam mana la depa ni nk ajar budak budak sekolah kalo perangai macam tu.."

It catched my mind - my mother got her point, very valid point.

I know for the fact, most of the new generation teachers are not devoted themselve to become a teacher from the very beginning of their education life. They dont even have an idea of making Teacher as their professional vocation, not at all!. I can say this because it happened to my wife who never had any ambitions of becoming a teacher, not until she got married and her husband used to change her perception forever, teacher - is the best possible option one can have to grab Akhirat points. So she did.

We often heard this: "who can do, do..who can't do, teach"
Practically, i can agree. Why?, in our current education system, we have KPLI, DPLI,GSTT and the list goes on..

In actual sense, these programmes are designed by the government to help postgraduates who reason for working in School is because they are not employable elsewhere, not because they have passion to teach the students in the first place.

What a pathetic moral and corrupt mindset Malaysian school teachers had if that really what they are..
Like the kes khalwat..can someone imagine what sort of values ex-khalwat teacher gonna bring into her class?,

Sharing her Khalwat experience with the schoolkids?,

Morons!

Car stopped.We reached home.

Tuesday, November 16, 2010

Dia pilih KLCC dowhh!


"Aku bagi dia KLCC atau aku..dia pilih KLCC dowhh!"



Dan gua pula bagi lu dua orang FUCK YOU!!

Apa?, kenapa gua marah?
Habis kalau tak marah nak suruh gua buat apa?, kencing dalam seluar?


Entry Naga, mungkin lebih 'bapa'.

Monday, November 15, 2010

Penulisan Blog dan risikonya terhadap kanak kanak.


"Macam mana ni fateem, belajar liat..nanti besar nak kerja apa?"


"
"

"Kerja macam ayah, tulis blog"



Ceper ASTRO gua dah baling ke luar, lepas ni giliran laptop pulak nak kena baling.

Thursday, November 11, 2010

Cerita Piala Dunia, Tobacco dan Sekolah Agama Sultan Azlan Shah



Seperti yang semua dah tahu, blogger prolifik, saudara Lucius Maximus telah berjaya melahirkan buku sulung beliau Cerita Piala Dunia. Buku bertemakan sukan bolasepak ini adalah buku pertama seumpamanya di tampilkan untuk bacaan umum rakyat Malaysia. Ya..Ini pertama kali seorang insan mengupas kesemua 64 perlawanan piala dunia 2010 dengan persembahan unik dan menyegarkan. Lucius maximus tidak bercakap bolasepak itu sekadar bolasepak seperti yang kita ketahui, tetapi beliau dengan articulate-nya membawa perspektif perjalanan bolasepak sejajar dengan perkembangan sejarah, geografi, falsafah, politik, sosial dan ekonomi global yang mudah kita fahami dengan syarat google dan wikipedia mesti stand by di tepi.

Untuk yang tidak tahu, Cerita Piala Dunia (CPD) ini berdiri di atas platform sokernet.blogspot.com, iaitu laman web rasmi bolasepak dunia. Lucius merupakan pengarang berpangkat pengurus kanan di kompeni Sokernet tersebut dan secara tidak langsung, CPD turut dihiasi dengan selingan selingan artikel hasil sumbangan penulis lain di Sokernet. CPD di terbitkan oleh Dubook Press, syarikat perkongsian 2 orang bumiputra bernama Pipiyapong dan Luca Dk. Dubook Press sekarang dalam rangka berkolaborasi dengan beberapa syarikat ternama lain seperti Panda Cinta Studio, UYA! Disto, Sokernet, Dewan Bahasa dan Kinokuniya

Ok walaupun gua belum baca habis lagi CPD ni, tapi gua tahu ianya memang celaka punya best!. Gua baru baca suku, itu pun dulu punya yang draft kasar, belum tapis halus halus lagi. Sekarang dah jadi buku, dah tapis halus halus, rasanya dia punya best cecah 300 kilometer sejam!.

Sedikit mengenai Lucius, mamat ni pengendali blog tronohtranquility dan sekarang menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Penulisan dia cantik, tapi muka tak hensem. Ini gua tak boleh nak belit. Cerita banyak tak guna; siapa dah ketar nak beli, sila rujuk skill di bawah:


1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

Nombor akaun: 1621 0663 5004 (Maybank)
Pemegang akaun: Mohd. Saufy Nizar

2. Hantar e-mel bertajuk 'CPD' ke dubookpress@gmail.com dengan menyertakan sekali bukti pembayaran dan alamat.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul Dubook dan anda akan dilayan dengan baik oleh Abdul Dubook.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan, anda boleh membelinya di UYA Distro (kedai baju di SS15 Subang Jaya) segera kerana pihak penerbit buku ini masih belum cukup berani dan belum cukup kaya untuk menempatkan buku-buku mereka di kedai-kedai buku seluruh dunia.

Ok faham semua?,

Gambar paling atas tu lu orang kenal tak siapa?, nama dia Azhar Ahmad, nama pena dia Tembakau. Untuk pembaca blog gua yang diumur tingkatan tingkatan, Tembakau ni ialah pemilik karya agung Kartini (Ujang/APO) yang suatu ketika dahulu sangat mengetagihkan!. Lu orang boleh rujuk pada kakak abang atau saudara mara yang umur umur macam gua untuk mengkaji sejauh mana nilai Kartini dalam kehidupan diorang.

Tembakau pun dah beli, lu orang takkan la tak beli ye tak?,


Last sekali, gua nak bagi satu teka teki;

Apakah kaitan diri gua, Lucius Maximus dan Tembakau?

Takpe bagi gua sendiri jawab,

Kami berasal dari sekolah agama yang sama, dan berguru dari guru yang sama.

Sekian.

Tuesday, November 2, 2010

Perkara asas dalam kehidupan.


Pagi tadi, sedang gua membasuh muka dan memperbetulkan kedudukan talileher..tiba tiba gua dengar bunyi nada dering dari henpon seseorang yang kedudukannya tidak kelihatan.
Setelah nada dering terhenti, gua dapat dengar pula suara orang bercakap dengan desibel berbisik.


"Heloo..heloo..ehh you call me back, can aa?, i tengah bizi diskas report dengan my bos la..ok aaa..thanks!"


Gua terus berlari ke luar dan ketawa sampai pengsan.


".....Tengah bizi diskas report dengan my bos...!"


Kahkahkah!!!...Kahkahkah!!..my bos my ass!!


Nasihat Ikhlas:
Jangan buat kerja bodoh angkat talipon masa tengah berak.

Monday, November 1, 2010

Hilang Punca


Semenjak kelmarin,
Dah masuk 9 kali entry gua tulis, tapi semuanya mengundang barai. Bila baca, sekerat tak habis. Dia punya sakit hati rasa macam nak lempang Siti Balqis.

Namun bila gua fikir balik,
Mungkin dah tiba masanya gua pergi berehat makan angin ke luar negara. Pergi main ski di pergunungan Alps umpamanya.

Atau,

Cukup sekadar gua memperkemaskan zikir ditikar sejadah?

Jawapannya ada pada TMnet.