Tuesday, May 31, 2011

Housewife

Aku jumpa sorang kawan lama yang sekarang dah hidup senang.

Aku tahu dia sudah beristeri dan memiliki dua orang anak.

Kami berborak pung pang pung pang sampaila aku tanya dia macam ni:


"Ehh bini ko housewife la kiranya?"


Mendengar soalan macam tu, aku nampak dia macam berfikir.

"Cilake!, takkan soalan macam tu pun dia kena berfikir?" - getus aku dalam hati.

Aku risau juga takut tertanya soalan soalan menyentuh keperibadian.

Aku pura pura garu hidung demi menunjukkan sikap selamba.

Selepas beberapa detik, kawan aku membuka mulut dan memberi jawapan pada aku macam ni:

"Ya..bini aku housewife..."

"Tapi...."

Dia berenti di "Tapi.."

Aku jadi sedikit dup dap dup dap. Apa hal pula ni.

"Tapi apa?" - aku menerjah supaya penceritaan aku di sini tak membuang banyak masa.

Kawan aku cuma senyum:


"Tapi..dia cuma jadi housewife bila shopping complex tak buat Sales" - balas kawan aku, padu.


Aku hanya mampu beristighfar panjang dalam hati sambil minta diri nak ke surau.

Sunday, May 15, 2011

Liku Liku Perjalanan seorang Takafulman


Salam bang, saya ni Takafulman memberi khidmat...bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..
Boleh tak kita set appointment?

Macam menarik juga bunyinya tu bla bla bla bla....nanti awak call balik, saya tengah meeting ni.

Ok bang..nanti saya call balik. Salam.

****
Esoknya..

Bang, saya Takafulman yang semalam tu...bla bla bla bla....
Boleh kita set appointment dalam minggu depan?,

Hmm..nanti saya konfem balik boleh?, rasanya minggu depan macam ok..nanti saya konfem balik ye Takafulman. Sebelum tu, bagi penerangan sikit dalam email boleh tak?, saya boleh baca dulu..nanti jumpa senang sikit dah faham.

Baiklah bang..baik...saya akan emelkan pada abang...

****
Selepas 4 hari,

Bang, saya Takafulman..macam mana, abang dah baca ke emel yang saya bagi tu?, ok tak?, boleh kita set appointment?

Alamak bro, tak sempat bukak emel lagi la..ok..ok..malam ni saya bukak. Nanti saya inform balik.

Baiklah bang..baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman, abang dah baca emel?, kalau ok..bila kita boleh set appointment?, next week boleh?,

Haa dah baca!, bagus betul rupanya benda ni. Ok next week on. Nanti kita set balik hari apa. Awak call dalam lusa tengok macam mana.

Baiklah bang...baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman, plan kita nak apoointment minggu ni jadi kan?, esok atau lusa ok?, lunch time boleh..belah malam pun boleh. abang prefer mana?,

Hmm..saya ingat nak ajak atuk saya dengar sekali la..err bagi saya konfem dengan atuk saya dulu. Nanti saya bagitahu balik ye Takafulman.

Baiklah bang..baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman..

Aisehh sori..sori..lupa saya nak inform encik Takafulman. Saya kena outstation 1 bulan, pagi tadi baru bos bagitahu..esok kena gerak dah. Rasanya lepas saya balik nanti memang boleh jumpa, takde masalah.

Baiklah bang...baik.

****
Selepas sebulan,

Bang..saya Takafulman, abang ingat lagi kan..bla bla bla..

Yaa Takafulman..ok..ok..lusa tengahari rasanya InsyaAllah boleh kita jumpa di Pelita tengahari.

Baiklah bang..terima kasih, lusa kita jumpa.

****
Lusa (pukul 10 pagi)

Sms masuk: "Sori lagi bro..tengahari ni tak dapat jumpa la..atuk saya yang patutnya ikut sekali ni demam pulak. Kita set timing lain kali"

sms balasan : "Baiklah bang...baik, nanti kita set balik."

****
Lepas 2 hari,

"Your call has been forwarded to the voice mail...."

Ringing pun dah tak angkat..sms pun dah tak berjawab.

****

Benda benda kat atas ni gua dah kena 68 kali dalam masa 3 bulan ni.

Apa jadah la umat melayu susah sangat nak bagitahu awal awal macam ni:


"Appointment kepala hotak kau Takafulman!, pergi jahannam dengan lu punya Takaful!, sekali lagi naik nombor lu kat skrin henset gua ni lu mampos!!"


kan senang?, ringkas, padat, mudah difahami..dan paling penting, tak membuang masa dan bil talipon bimbit gua.

Benda macam ni pun gua nak kena ajar?

Thursday, May 12, 2011

King of Berulang



Nama penuh : Tan Kok wei

Nama samaran : Mr President

Nama manja : lolo

Jawatan : Presiden Persatuan Berulang cawangan Tg Malim - KL

Pekerjaan tetap: berulang naik bas Tg Malim - KL - Tg Malim hari hari

Pekerjaan sampingan : Teknisyen di Plaza Hotel, Kuala Lumpur

Pengalaman berulang : 27 tahun

Pertama kali buat kerja berulang : 14 June 1984

Pemandu bas feveret : Manov Sivarajah A/L Kunasegaran (1984-2009)

Bas feveret : Syarikat Tg Malim - KL (626), ABH 5435

Pot kegemaran : seat tengah belah kanan tepi tingkap

Pengalaman manis berulang : Dapat tekel 3 makwe Teressa 1987-1989, Siew Ling 1992-1995 dan Miss X 1997

Pengalaman pahit : Tahan kencing sampai terkencing jugak sikit masa hiway tengah jammed

Artis feveret : Sharifah Aini

Hobi : Naik bas

Cita cita zaman kanak kanak : Menjadi pemain badminton negara

Majalah kegemaran : Gila Gila dan Alam Perwira

Warna kesukaan : Purple gelap

Tarikh lahir : Rahsia

Makanan kegemaran : kuih baulu

Minuman kegemaran : teh dangdut

Rancangan TV paling disukai : Knight Rider

Motto Hidup : "Jangan putus asa..dan jangan tido dalam bas"

Wednesday, May 11, 2011

Eifa Pinky Pelajar Tingkatan 2 Mawar



Faking mana punya kerja ni?,

Baik lu orang mengaku!

"Sopan sgt bl bkate2"..harkkk ptuiihhh!!

Tuesday, May 3, 2011

Favourite Quote


Tadi di pantry pejabat,

Ada seorang makwe dengan seorang makwe lagi berborak pasal 'favourite Quotes'.

Gua yang berdiri di sebelah cuma tersengih sengih menghirup air milo sambil mendengar Quotes yang bermacam macam dan hampir kesemuanya berbunyi orang putih.

Salah sorang dari dua makwe berkenaan dengan tiba tiba bertanya kepada gua:


"Fdaus, apa you punya favourite quote?"


Ya. Gua pun bukannya koman sangat. Gua pun ada favourite quote. Favourite quote yang dah jadi macam zikir. Favourite quote yang gua quote hari hari paling kurang 10 kali. Bukan poyo poyo punya favourite quote. Quote paling true yang takde bunyi merepek repek.

Maka gua balas lancar:



"Adik, pakej rm200 sebulan ni memang paling optimum!."



Kedua dua makwe tadi terus pura pura sibuk sepit kuku lepas dengar favourite quote gua.
Gampang!, tak respek langsung dekat favourite quote gua.