Saturday, December 15, 2012

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.


Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".

Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.

Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"

Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.

Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.

Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

132 Nasihat Ikhlas:

Julian Jack Isyraq said...

cilake sungguh icity ni... mohon icity terbakar masa xde pengunjung...

.::WaNiE::. said...

tak puas sila tambah lagi

walaupun rumah aku jarak 5minit je ke I-city paling cukup xsuke kalau ada kawan/ sedara yg ajak gi icity

bayar 10 hanya untuk tengok lampu, tempat duduk xada, xselesa, makin lama makin teruk lampu2nya

snowalk dia yg mahal haram jadah, pernah nak masuk tp sbb tengok harga dia yg aku rasa tak bleh terima akal, aku xnak masuk..mcm ko kata, bukan kedekut, tp harga tu sangat mengarut compare to apa yg dorg persembahkan.. tu baru snowalk, belum lagi segala benda lain yg nak masuk kene bayar lagi

and aku rasa this place bukan user friendly, lagi2 org tua friendly. bersepah2, parking pun jauh, kesian bawak makcik2 pakcik2 yg xberapa kuat nak jalan, tp teringin pegi i-city.

kalau weekend & cuti sekolah, nak balik rumah aku kene ikut jalan lain, xleh ikut federal, sebabnya jem berkilometer hanya sbb ramai org2 nak pegi icity.kesian bila fikir apa yg dorg expect nanti, xsama dgn apa yg dorg fikirkan

yes. icity sucks

Unknown said...

so true...
saya pergi bw ank sedara beberapa bulan lepas... habis dekat rm100... giler... I-city memang mengketedarah duit orang...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Memang benci pergi i-city ni..

La ni anak dok mengaruk nak Legoland yang kalau masuk sekeluarga lebih kurang sama dengan installment kereta 1 bulan

sakura said...

terbAIK...setuju sangat I-city mahal gila....den poie just take pic je modal bayar parking 10 hinggit huhuhu

sakura said...

TeRbAiK!!! SETUJU SANGAT...DEn poie just take pic je jalan2 pusing2..modal bayor parking 10 hinggit huhuhu....teringin gak maen...tapi selamat di halang oleh org yg kedekut wahahaha....

sakura said...

terBAIK!!! setuju sangat...den poie i-city just take pic je modal bayor duit parking rm10 hinggit huhuhu...

Faizal Syukri said...

Saya duk di shah alam, xpernah masuk I-City tu kecuali utk gi bank dan pejabat pos pada siang hari.. itupun kene bayar RM1 per entry.. suke pi situ sebab orang xramai (hampir takde orang)..

Tapi, pernah skali sbb terlalu dahaga tambah lagi cuaca terlalu panas, berenti kat satu restoran kat dalam tu... bayangkan bila air tin rm5 satu tin! bukan hari minggu, bukan malam dan ianya hari biasa saje...

Itulah sampai hari ni saya xmasuk i-city time malam...

Anonymous said...

pergh..terus batal niat nak bg kaya tokey icity

Anonymous said...

Ada sekali kawan ajak gi i-city, tapi sebab dah lewat dan dah penat, tak jadi gi. Nampaknya Allah dah tolong saya menyelamatkan duit saya. Moga i-city mati cepat.

Yunus Badawi said...

Bila lagi tokeynya nak peras duit org2 melayu sebab org kita yg paling ramai ke situ? Org bangsa lain berapa kerat aje yg ke situ ... huhu

puteri_kebayan said...

thanks for sharing ur experience...

Anonymous said...

ini mcm ke... dah 2 3 kali pergi sana tp x tau pula dah jdi cmni...haha... dah x pergi dh...
www.humairah.net

Anonymous said...

Kegembiraan yg. Seketika n menyakitkan,,,

Unknown said...

wowwwwwwww,,perghhh

suria lekatlekit said...

i city saya masuk sekali jer.. tgk lampu2.. lepas tu x masuk2 dh smpai dah ada anak umur setahun ni. takde menda pun.. masuk je bayar parking rm10.. lg bagus aku bawak anak aku main kat genting dr masuk i city kot.. apapun pendedahan ni sangat bagus supaya org lain tak tertipu dengan strategi marketing depa yang nak dapat untung lebih & menipu secara halus pada pelawat yang datang lbh2 lg org2 di kawasan luar bandar.

Sari said...

dulu ada sekali dah dalam kereta, suami ajak pegi i-city tapi anak2 komplen 'setakat tengok lampu warna warni tu baik tak payah' terus kensel sampai hari ni hehehe (mungkin sebab anak2 semua lelaki jadi mereka tak teruja).... jadinya bila kami lalu mana2 dan nampak lampu bergemerlapan warna warni kat pokok, ' haaaa.....tu i-city... i-city' kekeke... dah baca ni lagi la tak pegi rasanya.

suria lekatlekit said...

button like @ share fb takde ker??

iPHONE 5 DI LELONG. JIMAT HINGGA RM1921 TU..

ORANG JUJUR MEMANG NAMPAK JAHAT

JANGAN DI KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA

Unknown said...

1st time aku g ICity pn dh rasa fukkk sngt!!!! mmg aku sumpah seranah 7 keturunan, sesaper yg trlibat ngan management Icity ni kmbunglah perut diowang n kroni2 diowang ngan cacing kerawit, kala jengking, lipan, tenuk dan babi....... ni dh kira mencekik darah nih

Unknown said...

kalo stakat nk tgk lampu2 skg ni byk tmpat dah ade lampu2 mcm tu. bukan i-City je... tmpt lain xpayah bayar pon. pulau warisan KT, river cruise kuantan.. free je. duduk la bgambar wpon mungkin xsecantik i-City. tp kalo kne bayar stkt nkt tgk lampu. xpayah la. ^%$#%$@^%$#@!**)*!!!!

Anonymous said...

rumah saya tepi i-city je, penah sekali je masuk dalam tu. tupun just sebab adik2 dtg dgn mak ayah dari kedah. dikalangan bdk2 mmg famous i-city nih, dah jadi cam satu impian diorang utk pegi waktu cuti sekolah. masalahnya, utk satu mlm je habis rm250 utk 4 org, aku, bini aku dan 2 org adik2 ak yg sekolah rendah. itu nasib baik tak main pmainan2 outdoor lagi tuh...mmg dajal betol la...kalo ak tahu la, baik ak bawak diorg gi sunway lagoon lagi puas hati dgn apa yg kita dpt...tetiba rasa mnyirap dgn PRU13 nanti, dua2 takleh harap, kalo sokong Pakatan dapat kat cina, kalo sokong Govt pon dapat kat cina...aiyooo, baik tak payah undi...atas pagar ni rmai sgt... berbalik kpd isu i-city haramjadah nih, dulu waktu ak bljr kt sini, shah alam tenang ja tak jem, baru 9 thn da jadi jem macam haram...mmg patut la bdr shah alam 2 (puncak alam) dibuka, sbb kalau kampus utama uitm masih di seksyen 1, alamatnya smakin kayap la cina2 i-city nih dgn duit ptptipu bdk2 itm nih...hai, ntahla bila la shah alam nk jadi tenang dan selesa mcm dahulu smula..ak bersetuju dgn ckp mod blog nih, ak sumpah i-city jd kebun kelapa sawit smula... ;)

Anonymous said...

fb's link sharing bring me here.. 110% agree..!

Anonymous said...

haaa..padan muka,sekolah pandai2 pun kena tipu,camni la apa kata duk kat umah main game je

jerung said...

lawa je kat dlm iklan, rupa2 nya hancus, isk3

Unknown said...

hahahaha.. sohih aku takkan jejak kaki ke sana.... walaupun ada niat nak pergi....

::ThisIsNotMe:: said...

sejak pembukaan i-city sy x tertarik pon nak masuk walaupon i-city dekat ngan rumah sy. sy pon heran kenapa org berpusu2 nak g i-city.

diva_mieza said...

Great post! Saya pun dah pegi I city cuti skolah march yg lepas. Dahla terbang dari Miri, Sarawak. Adik ipar drive kan kitorg ke sini. Sekali tengok harga rides semua mahal nak mampus dgn kualiti rides sama dgn fun fair kampungan.

diva_mieza said...

Great post! Saya pun dah pegi I city cuti skolah march yg lepas. Dahla terbang dari Miri, Sarawak. Adik ipar drive kan kitorg ke sini. Sekali tengok harga rides semua mahal nak mampus dgn kualiti rides sama dgn fun fair kampungan.

Anonymous said...

aiyo pakcik kau baru prasan ke kat M'sia ni orang2 atasan memang suke 'perah' wallet orang2 bawahan sampai kering?

aku prasan bende ni sejak zaman madey lagi. kau tengok dasar otomotif negara kite ni je kau dah ble hidu something is fishy in M'sia..

Black Rose said...

anda memang terbaek !! harap sape2 yang bace entry ni sedar .. dan marilah kite same2 boikot I-city.. aku mmg dh lame hangin dgn I-city.. drpd dulu die bg free je masuk tp skrg die..die caj rm10 per kereta..pastu...ade satu tmp kt situ dulu..rumah ape ntah..something like umah salji..tp bukan yg mahal tu..yg ni kena bayar rm3 sorg..bile masuk dlm..tau x mende ape salji nye?? kapassss yang diselerakkan kat lantai! dan suhu sejuk nye sebab aircond! tu sahaja ! btul2 tertipu..aku kuar je dr rumah 'salji' tu .. aku pun maki org yg jage tiket tu.. peduli ape aku..tkebil2 juge dorg! mmg I-city ni tau menindas org je! harga yg sgt2 melampau.. sape yg bertanggungjawab utk banteras sume ni? kite perlu mgadu kt sape? .. hal2 mcm ni xleh di diam kan!.. aku rase entry ko ni perlu dimasukkan di akhbar2..atau dimana2..supaya semua org kt malaysia ni sedar ape yg telah berlaku disebalik semua ni!...

Anonymous said...

Antara Keperluan dan Kehendak ... Nak dengan tak ndak. Umur aku dah 38 tahun aku rasa buang masa aku jer masuk. Nafsu semua nie.

Anonymous said...

x de faedah pon....

Unknown said...

Celaka

careno said...

Gua ke ict mlm yg sama bro ke sana... ada nmpak bro tp x brani tgur tkut slh org... lg pun bro bkn retis pun kan... Kahkahkah

asip محمد said...

kadang2 kesian dengan orang2 yang rasa nak bawak anak2 diorang semata2 nak hiburkan anak2.. bila sampai tempat macam ni.. rasa nak menangis.. sama ada nak hiburkan anak atau nak buang duit banyak2.. orang2 yang memajukan tempat macam i-city ni tak pernah nak jada perasaan.. depa jaga poket depa je..

Anonymous said...

aku duduk seksyen 7..hari2 aku berdoa semoga dapat macam dulu..sebabkan i city,dari highway exit padang jawa jam sampai uitm..entah apa yang seronok tengok lampu tu..aku duduk dekat pun tak teringin nak pergi situ

PeJaL said...

kwn aritu ikot rombongan.then rombongan pi icity, kwn lari pi pusat komersial.baik pi makan dari tengok lampu.

Anonymous said...

ak klaw p section 7 tu, xpnah rasa nk masuk ict...tp benda2 perah duit masuk rm10, pastu main kna bayaq ni, normal la..zaman dlu2 ada dh..

Zinedine Zaiddin said...

Lagiii lagiii share ramai ramaiii. Biar semua orang tau I-City tu sampah..

Anonymous said...

I city mmg tak best...sehak ari nak cari parking payah sy dah serik g i city

Anonymous said...

bukan shah alam nieh bandar pendidikan ker?? kenapa dah bertukar jadi bandar hiburan.. ??? dah banyak sagt nieh hiburan..last2 anak2 melayu kt uitm tuh seronok berhibur belajar ke laut...

Azfa Abdul Rahman said...

Alhamdulillah, kau dah menulis balik..

Azfa Abdul Rahman said...

Alhamdulillah, kau dah menulis balik..

Anonymous said...

everything got it's own price....kalau rasa tak berbaloi...takyah pegi.... dok je kat umah....tgk lampu pendaflor....

Mummy Nurul said...

isk..den yang baca je pon dah terbakor dah ni...hangin satu badan!

Mummy Nurul said...

mohon sharee leh kan...untuk bagi kesedaran kat rakyat yang tak nampak...huhu...

ROSLAN said...

meh aku citer lagi.. jangan mare ye.. aku tengah marah gilos nih!!.. sementara aku main family ride bersama 2 orang family lain (kena angkut pelampung berat tu sendiri naik tangga.. sempit gilos kena berimpit ngan laluan pelampung 2 orang dan magic carpet)... aku suruh 2 ank aku beratur untuk naik pelampung sungai keliling taman tema tuh... punya le beratur panjang... sepanjang panjang aku beratur family ride... dah abis main.. kitaorang cari le anak anak aku... menangis!!!! penat beratur panjang.. dah bazir 30 minit dah.. (tu pun time aku beratur family ride, diaorang beratur kat sana) aku suruh orang rumah bawak diaorang main kat "pantai" sebab diaorang komplen baju dah kering! tak nak lak... cian aku tengok.. berator lagi 30 minit baru dapat naik pelampung.. sorang satu... buatle pelampung 2orang 1 pelampung macam tempat lain kan bagus... so bergeraklah pelampung kitaorang dengan arus perlahan... terpaksale 5-6 orang pekerja tunggu kat tengah jalan tolong tolak!! hahaha.. sampai ke sudah ombak tak ada!!!... boring... macam terapung dalam longkang jek... pas tu kitaorang main pantai lak... tapi kita nasib baik datang awal... sebab aku tengok orang beratur panjang gila... penuh sesak kat pantai yang tak ada pasir pantai, tak de kerusi pantai, tak ada meja kelah pantai, tak ada gerai lepak pantai, tak ada pancutan air tengah kolam pantai, tak ada suasana pantai.. macam kolam mandi besar jek... pelampung kena pandai rampas bila tak pakai.. tunggu sampai ada ombak..... bila dah ada ombak .. alahaiiiiiii cam tak terasa jek ombak dia... boring nyeerrrrrrrrrrrrrr.... bila agak lama kat situ, perut terasa lapar... gi la beli makan... buat alas perut... perghhhhhhhh beratur panjang gilos... bahu ke bahu dengan line orang nak naik tornado, nak beli makan 2 baris panjang.. sempit tul!... k tak pe... orang tengah ramai... tapi! ada satu jek kiosk jual makan kat situ! bodoh tahap gaban!! kat tempat lain bersepah kiosk makan minum!.. harga aku tak leh cakap le.. tutup mata jek.. air mineral aku boleh beli rm.30 sebotol kat nsk.. jual rm2.50 tak pe lah... nak jimat pandai pandai la korang sorok makanan dalam beg!pas beli kena kuatkan tangan menolak ruang keluar yang amat sempit.. (harap korang tak de masalah sesak nafas!) cari le tempat makan.... bangang tahap gaban sekali lagi tak ada banyak tempat teduh... tak ada meja makan cukup... tak ada! tak ada... so kat mana kitaorang nak makan?.. terpaksa le kitaorang makan tengah panas buta kat tangga.. berimpit dengan orang ramai...(aku kena sejukkan hati aku mengatakan aku nih macam pelancung mat saleh jemur tengah panas buta)...

ROSLAN said...

k dah makan...sambung balik main air try jakuzi lak... ok la tu je la yang aku boleh puji... dapat urut urat tegang darah tinggi aku nih... pas tu balik tukar baju... dengan penyangkut baju tertanggal kat tempat mandi tuh... punya la sesak sampai aku jamu mata tengok sorang pompuan salin baju kat luar depan mata aku! perghh... (dengan bertutupkan kain sarung..) bilik air... situ le satu satunyer tempat tak de yang lain kat keliling taman air tuh... sampai aku nampak mak orang campak pampers anak dia kat tepi kolam jakuzi.. sampai part yang aku paling angin.....10,000 ORANG DATANG HARI TU.. MAJORITI MELAYU ISLAM, SATU TEMPAT SOLAT PUN TAK DE DALAM TAMAN TEMA TUH... KITA ORANG KENA KELUAR DULU BARU JUMPA... TU PUN.... RUANG SOLAT CUMA BOLEH MUAT 6-7 ORANG JEK... BINGAIII ! BODOHHH! BAHALULLL!! PUNYELAH DAIF TEMPAT TU, LAYAK PANGGIL STOR SIMPAN PENYAPU JEK!!!! AKU HARAP KALAU ORANG I-CITY BACA NIH... LU TOLONGLA BUAT SATU SURAU UNTUK OLANG ISLAM SEMBAHYANG... BUATLA BESAT SIKIT, KASI BUAT CANTIK SIKIT LA TAUKEE....KASI ONG SIKIT TEMPAT LUUU... HAIIIYAAAAAAA....

Anonymous said...

tnx krn bg tiz info.g genting lg berbaloi rasanya.syabas utk anda.berani krn benar

Unknown said...

Yes..i ex studnt uitm,now i work there. Jgn trtipu g sana. Dtg,tgk lmpu..amik2 gmbr. Ok..yg lain2,tkyahla..dunia.

Unknown said...

Thanks for the info. Really valuable ... mmg ada hajat nak ke sana. Tp kena pk 14 kali balik.

Unknown said...

Thanks for the info. Really valuable. Mmg ada hajat nak ke sana. Tp kena pk 14 kali balik ni.

aliza said...

Akak setuju 100% .. macam hampeh snow walk tu..1st and last akak p sana.. apa taknya, akak x sewa kasut etc.. bila keluar terpaksa basuh kaki anak2 sbb macam frost bite je!...

Sepatutnya ada kod pemakaian diberitahu kpd semua pengunjung.. dlm surat khabar ke, iklan tv ke. So x da le terasa diTIPU..

Anonymous said...

boikot jer.... masukkan dalam semua blog and fb. biar dia org tahu...(orang melayu)sebab yang ramai gie saner orang malayu... belanja keluarga makan dekat restoran ikan bakar @buat kenduri tahlil lagi bagus..

Anonymous said...

boikot jer... masukkan dalam semua blog gan fb...biar semua orang tahu...(orang melayu)... sebab yang ramai kat situ orang melayu. lebih baik belanja keluarga makan dekat restoran ikan bakar@buat kenduri tahlil lagi bagus...

AzianKhalil said...

saya nak share ia di fb...

依之汉 said...

Mereka guna konsep macam Air-ASia nih. Masuk murah, tapi segala bagai kena caj. Ini satu pembohongan yang nyata!

marina maasan said...

Haha... icity punya penangan...

Sekadar berkongsi pendapat said...

Terima kasih kerana pendedahan ini. Saya yakin ia pasti amat berguna pada pak cik2 dan makcik2 yang baru merancang ke sana. Sungguhpun begitu saya berpendapat:

Jika tak mampu jangan pergi. Lampu2 dan rumah igloo tu guna elektrik yg sgt banyak. Logiklah pengusaha nak kenakan charge yg macam tu sbb kos dan yang pasti, dia berniaga. Kalaupun dia diikatakan penipu, kita sebagai pengguna haru berfikir berkali kali sebelum membeli. Jangan mahukan sesuatu dengan harga yang murah murah. Dia tak paksa kita datang, tak paksa pun kita main itu dan ini, kita yang terkinja kinja ke sana.

Sekian

Anonymous said...

Harap pihak i-city amik tindakn yg sewajarnya!

Anonymous said...

Xde kne mengena la..

Anonymous said...

Fuhhhhh... Kau org jgn la pelik. Itu semua ada Cikgu yg mengajarnya. Menipu duit rakyat samalah modes operandinya... Kau org tak pelik ke??? Orang rampas duit berjuta juta duit rakyat, dia bagi 500 sorang dah terlompat2 macam betul... Itu lagi pelik.Itulah Malaysia!

Unknown said...

indah kabar dr rupe je....

akuanakcikbob said...

1 malaysia dah baca entry ni. aku sebagai pem-follow lama, amat berbangga sekali, dua kali hingga beribu kali.

Anonymous said...

alo brader... jgn kutuk2 sesuka hati... kaji dulu apa yg nk diperkata... ni la nama nye strategi perniagaan... klau dia letak harga yg murah mcm kt 'mines wonderland'penyudah nye bankrupt... org tua2 kmpg mmg la x tau nk baca, tp dtg kl xkn main redah je... msti ada anak2 yg besar skit follow kn??? anak2 buat ape??? pow duit org2 tua je ke???? tlg la mak bapak psal benda2 yg mak bapak x tau... pasal x baca memo yg dia bgtau budak x ckup tinggi xleh main> ko bru 1st time ke dtg tmpt2 mcm ni ke???? mana2 tempat permainan yg ko pegi mmg rules dia mcm tu... klau xnk yg ada rules, bwk la anak2 ko g kt playground kt padang @ kt giant... haaaa yg tu baby bru lahir pn bleh main... aku bkn nye tokey i-city @ staff... just nk bgtau jgn la prakkkk sgt.... sori klau terkasar bahasa.... salam....

S.N.A.Z said...

Teringin nak pegi i-city. Tapi x jadi da kalo cekik daroh cenggini..wahaha~

Unknown said...

Betol tu...actually kalau perkhidmatan yg disediakan seteraf dengan charge yg dikenakan berbaloi la...mmg aku setuju ngan firdaus...sgt tak sesuai...kita harap ada pihak berwajib sila pantau perkara ni....wujudkan standardize pusat taman tema...jgn nak suke suke charge.....kalau mcm ni memang nak kenakan orang ramai....

qhalish daiyan said...

thank for that info...sblom ni mmg nk sgt g smpi mrjuk ngn hubby sbb die xnk bwk..pas bce ni rse mmg xkn jejak sane....

metalcore said...

welcome to capitalism world...

Anonymous said...

salam..
aku setuju yg caj kat icity tu mahal gila..tu aku x nafikan.
cuma aku nak betulkan sikit jer, apa yg aku tau pasal kad icity tu boleh guna bila2 masa selagi ada duit dlm tu. lg satu, kalau guna kad tu boleh la berjimat sikit..masuk snowalk dpt rm30 instead of rm35, game yg rm5 dpt rm4, rm10 jd rm8..

kalau plan nak masuk snowalk, nak jimat takyah sewa..pakai jer kasut siap2 ngan stokin 3,4 lapis dr umah..golve beli jer yg murah2 klu nak pakai.

pasal height limit tu rasanya ada kot notis sebelum nak naik ke atas tempat cable car tu..tp aku masa beratur kat kaunter dh siap2 tanya kat pekerja tu 'semua games dlm ni budak2 boleh main ker?' tu jer soklan aku then panjang lebar dia eksplen termasuk height limit naik cable car tu..



Anonymous said...

indah kabar dr rupa..baik g bwk family g makan2..kenyg perut suka hati~~

Anonymous said...

I-City dekat dengan UITM.. kalau orang luar taknak masuk..budak UITM yg kaya dengan PTPTN pun melambak boleh masuk bawa kengkawan dan pakwe makwe.. maklumla yuran uitm murah..

I-CIty ada hidden cost yang banyak.. memang betul la ape yang penulis bagitahu tu..

Cuma jika management I-City RASUAH penulis suruh padam post ni..jangan layan..abaikan je..

Inilah cara CA YA NUN ALIP nak mentekedarah duit org kita..

katakan untuk seorang spend kat i-city RM50..setiap malam 5000orang bersilih ganti datang, dah RM250 Ribu satu malam..sebulan RM7.5 Juta duit orang kita kena kebas..

Anonymous said...

Bagus ada tindakan macamni..
Biar takde orang pergi, nanti mereka turunkan harga..

Sebenarnya banyak tempat yang boleh dilawati selain I-City..
semuanya sebab iklan di tv lebih memberi pengaruh besar..

EG said...

Akan gua utarakan hal2 ni dekat suku sakat gua yang nak datang Icity nih.

Unknown said...

gua da penah pegi ict sekali..tp time tu semua tgh free...paking free...tp just tgk lampu je la...yg lain2 xde lg...br sgt bukak kot...tu je la last n 1st aku dtg...time tu pon aku rasa sampah sgt dah...lepas aku bc kt sini (sebelum ni kt blog oh tidak!)..berdouble sampah la jwbnya...hakkk tuiii...

Emira Darmia said...

Dinadihatkan kalian untuk tidak ke legoland..x worth it dgn harga tiket..sekian

waiem said...

Salu bawak anak tengok lampu ala I-City kat AEON Setiawangsa. Ada air pancut sekali. Free sajor

mdazlnshkni said...

fuck i-City, apa lagi!

Anonymous said...

bang, gua tengok ramai yg copy ko punye entry ni.tp xde credit.gua ms ula2 baca da syak ni bahasa ko..

Unknown said...

MMG XKAN PERGILA..SY PERNAH PGI PUN TIME PARKING FREE..TU PUN JZ TGK LAMPU..TAPI KALAU X BACA ENTRY NI PUN MMG XNAK N X AKAN PERGI CZ TGK HARGA DIE NAK MASUK TU DAH LA MAHAL..RASE XBERBALOI

Anonymous said...

aloha...

yang menarik sebab lenggok bahasa...

penerangan menarik dan menyedarkan... jom buat pendedahan kat tempat lain lak...actually byk isu leh ketengahkan... yg penting bahasa yang menarik dan indah datang bila mood dan emosi yang sesuai... chayok3...

Anonymous said...

gua baca pun gua rasa nak mencarut dah tentang menatang i-city ni

Anonymous said...

Ape la ko nie...takde kene mengena la...ko pun mesti salah sorang yg terlompt2 klu dpt 500 kn

Anonymous said...

Aku sokong...

Unknown said...

sgt betul!!

Anonymous said...

better ke sunway lagoon untuk bawa famili :)

Bro Framestone said...

Fuhh.. patut la dari dulu lagi aku rasa berat hati nak pergi sana...

Unknown said...

terima kasih kerana berkongsi cerita..kalau tidak sure saya pun terkena...

Anonymous said...

Agree. And ade yg klakar tu saya bace (not here la tpi dkat link2 yg di share ke FB), gi compare USS ngn iCity. Universal Studio tu dh ade reputation. All over the world ada. Of course la rides dier lgi bagus bukan kekampungan. iCity ni bru nk menapak kot...
Comparison tahpape.

Jangan praaakkk sangat la ek..

Anonymous said...

Boikot je i-city.

Anonymous said...

startegi marketing ke startegi penindasan! marketing yg menindas org...

Anonymous said...

terima kasih kerana berkongsi...saya rasa mereka yang rasa tertipu patut buat aduan kepada Tribulan Pengguna...nampak sgt diaorg menipu...atau pun buat aduan kat akhbar atau tv...

Anonymous said...

bro,

entry yang sangat berguna, tapi takde butang like facebook untuk dikongsi bersama dengan orang ramai!

Unknown said...

Seb baik makcik tak penah jejak kaki kat tempat cenggini...baik simpan duit pegi obersee...kesian kat mika2 yg datang dari jauh terkopak barai...aishhh kalau makcik, mau budak counter tu kena sumpah sekali. Bekerja utk menipu ke? Salah kah jujur dalam berkata2..

Anonymous said...

hahaha..parking dia pon gua dh meluat..kalo ko dtg awl bebaloi la byk 10 ringgit leh park kt multi-stry parking,kalo xde parking,parking ats tanah merah je,sme je byor 10 ringgit..xbebaloi..dh la yg jge gate parking cam haramm,xde bahasa,dh cm samseng kampung pinang sebatang pon ade..hahahahaha..

labahlabah said...

Kat malaysia ni mana ada tempat yg tak cekik darah. Semua tu cina punya, apa kesah die nak buat surau ke apa, jutawan melayu pun bukan kisah nak buat tempat best utk orang islam, bukan mahu diorang beli satu lot kedai jadi surau. Jangan tetipu dgn semua jenis taman tema, semua tak berbaloi.

labahlabah said...

Budak kaunter hnya menurut perintah,dia tak diajar utk berbudibahasa memaklumkan yg tersirat. Itu semua strategi perniagaan, bukit merah pun dah bertahun buruk macam tu jugak tak ada berubahan, taman tema lain pun sama, nak harap surau? Dey, itu semua cina punya la,apa jadah diorang nak buat surau, jutawab melayu islam yg ada pun bukan mahu nak buat taman tema, jutawan islam pun bukan mahu beli lot kedai hadiah jadi surau. Semua surau kat shopping kompleks pun sebelah tandas. Sungguh hina. Petronas pun sama, tandas sebelah surau.macam bangang

anamizu said...

haah betol tu.. bab SURAU.. kat Petronas sendiri pon SURAU taruk sebelah tandas.. siap pakej dgn bau lagi.. perhh memang terbaekk habaq hang.. sbb tu aku mmg jenih takkan p tmpt2 taman tema yg memahal nih.. dah tau penyakit dia kalo p gak.. kopak !

Anonymous said...

makin ramai copy paste tulisan bro masuk dalam blog derang dan share kat fb pastu dapat traffic klik iklan banyak2 buat duit tanpa credit ke tulisan/blog bro...antaranya http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-kebenaran-sebenar-i-city-shah-alam.html

Anonymous said...

patut bg free je nk msk i-city nih...

fikhidayah said...

Thanx admin 4 dis info. Thn lpas g i-city dlm keadaan sarat sb mengidam punya psl..mujur x terbersalin sb terkezut dgn hrgayg mencekik bagai..fasiliti yg teruk xtahu nk kata apa...hampir nk tergelincir ms nk turun dr tangga ke tmpat parking...huh...bermcm2 lg..d 1st n d last. Nitemare untill now.
P/s: kluakuterjatuhmsturuntnggaktsitummgkenalatokey2tu

anonymous said...

i-city ni private property..klo rase x bebaloi xyah masuk..klo xtahu tanye,kalau xtanye bukan setakat sesat jalan, duit pon habes..kebanyakan tempat ade term and condition..so klo x puas ati complain la kt management diorg sebab biasanya staff ikot pihak pengurusan je,mereka bukan la decision maker untuk company..dan ak rase ni xde kaitan dengan isu perkauman cina atau melayu atau india atau dll..tp mmg facilities+servicescape agak teruk, byk kna improve dan harga agak mahal..dan ade ke harga makanan tempat theme park atau tourism murah??

Anonymous said...

Its not hard to find people who talk about others,but its harder to find people who actually think and care about other souls other than himself these days. im glad i read ur blog. hope there'll be more people like you in this world.

Nur Fauzi said...

ohh...begitu rupenye.
mujur la tak belok masuk hari tu...kalau tak terbang looo setengah bulan gaji kat situ je...
terime kaseh daun keladi.
saya link entry kat blog.

Nur Fauzi said...

nak complain kat blog sendiri pun tak boleh?

Anonymous said...

So apa tindakan kite?

aswadz said...

aku beberapa kali masuk. tp x pernah masuk pun snow walk. sbb aku tau x berbaloi...

Azrine Aziz said...

arghhh baru plan nak bawa kids pergi this week..syukurrrrrrrrr u blog about this...sah cancellll terus niat nak pergi tu! next pls :)

Anonymous said...

saya tak penah terasa nk pi icity langsung sbb ramai ckp tak sesuai utk golongan yg berpendapatan rendah mcm sy, mak bapak adik beradik sedara dtg umah dr kg ajak jalan pi icity mcm2 alasan sy bg tuk elak dorang pi sana

@hasney^-^ said...

pergi dua kali jerk...bawa anak-anak..masa tu free lagi , itupun sebab anak2 nak tgk lampu sgt....so cukuplah....ada juga nk pergi lagi..lps tu dgr dah kena bayo..n masuk snow walkpun kena bayo...itu ini bagai...hmm takyahlah...lagi banyak tempat utk hiburkan anak-anak....pilihan n money in our hand...terpulang....for me, byk lagi alternatif lain untuk hiburkan anak-anak. Kita akan bayar sekiranya, service amatlah berpatutan dengan apa yg dibayar....itulah yg diharapkan oleh semua customer....

Anonymous said...

betul2..padahal xde papepun..aritu pun pergi anak buah nak naik buai musing tu..budak 4 tahun pun kena rm10..agak2la..dewasa rm10 xkan budak halus pun rm10..cekik darah..

Unknown said...

Wow. Seriously, tak sangka pulak i city ni camni. Walupun agak dekat je dengan i city tapi aku xpernah lagi masuk i city tu.. Ish, tak sangka betul.. Dulu selalu dengar cerita baik2 tentain i city ni.. Cantik la, ape lahh.. Skang dah camni? huh

~ IEy YaN... ~ said...

mmg xde lah aku nak ke i-city kalau cmni mahalnye..huh!!

ibudil said...

baik bro ergi report kat management dia....sue je trus

Anonymous said...

100% agree..aku dh terkena..mmg segala apa yg ditulis 100% kebenaran..aku pernah g bwk ank ikut trip tadika kemas..ada akak jiran aku bwk 3 org ank yg bwh 12 taun..sblum g cikgu adress psl snow walk..even ank aku sblum smpi kl tu la yg dok sebut2..tp bayangkan akak ngn 3 org ank nk byr masuk snow walk rm30/head..last2 dia xmasuk sbb fulus..xkira g mainan lain2 mcm penulis sebut..mmg ict cekik darah..aku plg hangin bila dia xbagi bwk msuk hand bag wife aku...trick plg bodoh aku prnah jumpa utk cash duit org...xpyh g la..

Anonymous said...

permainan kat i-city sampah.. 2 kali pergi sbb org jauh ajak, 2 kali tu aku rase tak berbaloi langsung.. takat nak tgk lampu bagai, baik pegi cari taman tasik, takpun jalan2 kat tgh kl..
rides overprice.. 4D rides pun sucks big time, tak berbaloi dgn harga tiket, aku main, pening kepala, grafik zaman 90-an..

Bila la kita nak ada tmn tema setanding ngan USS..

Anonymous said...

Icity tak byk tmpt utk beristirehat.. time aku pegi, ramai duduk rehat tepi jalan, terutamanya kat kaki lima kfc, 7eleven ngan kenny rogers tu.. termasuk aku, haih..

Anonymous said...

no money no talk, agak2 xde duit duduk rumah... sedang kan bil elektrik kat rumah yg x seberapa tu pun bole melambong..inikan pulak iCity... guesswhat..icity ke yg paksa sume org pergi?xde paksaan rasanye.. n kalau rasa anak n sedare mara ramai sgt...xde duit nk bwk...then TAK PAYAH la pergi PRIVATE THEME PARK...about syarat2 ketinggian... xpkir ke pasal safety... oh.., u didnt even read the notice provided ryte...? HELLO... notice tu d tampal untuk dibaca..bukan nya perhiasan...kalau staff icity x kasi masuk sbb x cukup ketinggian...bukan nye syarat tu untuk suka2,,nnt kalau anak org jatuh, cedera.. ko nak saman icity plak... hurm.. MALAYSIAN...xle nk tengok org berjaya...ape kata tukar cara berfikir tu... kalau rasa iri hati dgn kejayaan org lain... jangan merungut n cepat melatah... apa kata ikut langkah dy... bila kita dii tempat dia., bru kita tahu kenapa ade DO n DONT kat taman tema...

Anonymous said...

hahaha...yg lates dgar nak tmbah i-city water park pulakkkkkkkk.....habiss laaa duit kita....mmg fak i-city!

Aslina said...

Banyak tu 7.5 juta sebulan... Tu pun paling minimum aku rasa sbb org atas ni calculate kalo setiap org blanje 50 hengget... Aku rase kos letrik dorg takde la sampai banyak tu sebulan. Ke ada? So rasanya mmg strategi untung berlipat kali gande la nampaknye...

Anonymous said...

...i-City... tempat yang paling MEMBAZIR untuk dilawati.... aku memang serikkkkk!!!!!!!

Anonymous said...

Dear Anonymous December 18, 2012 11:54 AM,

kau jangan hentam orang, sebab kau tak kena lagi. natang.

Ami Manaf said...

bila baca ni and compare, better pi genting je main game sampai puas. snow house dia pun not bad, luas dan ada gelongsor panjang and bayaran pun agak puas hati... just my two cents~

ROJAK said...

memang i-city patut diboikotlah. pergi genting highland lagi berbaloi

perupaart4sale said...

haramzadahicity

aleasara said...

salam,wah berbilau mata ramai benor komennya :)

sy pun dh pergi snow walk,kali pertama pergi masa ada konsert astro ceria so parking free.kali ke-2 pergi sbb snow walk br buka,parking dh kena byr rm10.sy awal2 dr rmh dh siap 1 family pakai kasut sbb tau mesti nnt kaki sejuk kalau pakai sandal.situ dh jimat kos.tapi x sehebat mana sbb ruangan kecil,slide yg x byk pilihan.sekadar rs nak sejuk je bukannya dpt tgk salji tiruan turun ke apa ke,sekadar main2 pgg ais kat lantai tulah.

kali ke-3 bila dh ada outdoor games,anak2 ajk pergi lg sekali.part ni mmg geram sbb dahlah penat beratur pjggggggggg semata2 nak naik game cable car,dahlah mahal,kesian ank pnt bdiri beratur.

ada chinese couple tya saya berbaloi ke beratur pjg utk game ni,pdpt sy ttg harga tiket setiap game,hga parking dll.sy trs ckp pdpt sy tau jelah kalau dh blogger berkata2....dorg byk bagi +ve feedback apa yg saya katakan.lantaklah kot dorg ni wakil i-city ke ahli suku sakat family ke.

kali ni ank2 excited ajk gi water world sbb nak cuba tornado dan muzium trick art 3D.hurm rs dr saya bw dorg ke situ baik sy bw mandi ke wet world shah alam dan bw pergi kidzania/petrosains lagi bagus.berhabis duit utk tmbhkn ilmu anak2..betul x?




Mek Onie said...

mencekik..

Anonymous said...

senang nk buang2 sblm amek wudhu'.ok lh tuh.cuma toilet2 kotor,bau dah macam bangkai

Anonymous said...

Baik pi Zoo S'pore ru $60 satu hari jln pun tk puas tau... mmg puas hati...























youtube to mp3

Anonymous said...

Baik pegi Zoo S'pore ru $60 (Adult) satu hari jln pun tk puas.. Mmg berbaloi...






















youtube to mp3

Unknown said...

tq for sharing.....

apapun explaination untuk kedekut n berkira tu mmg terbaik la.....

Is Nitrogen Better than Air in Car Tires?

magnett said...

seriously,saya baru jumpe artikel en psal i-city ni..sy sangat paham perasaan en pasal snowalk tu.sbb sy pn dtg dr jauh semate2 nk rase kedinginan yg konon diuar-uarkan dlm tv mcm best sanggattt tu.but actually its really suck!