Mulai beberapa hari lagi, gua akan mewujudkan satu ruangan khas yang dinamakan blog review. Ruangan blow review berfungsi untuk gua mereview blog blog orang lain yang gua terjumpa di sepanjang perjalanan karier gua sebagai penulis blog dan juga membolehkan gua meneruskan legasi blog review yang diasaskan oleh sahabat gua, BraderDiego suatu ketika dahulu.
Braderdiego juga bakal menempuh alam berumahtangga tidak lama lagi, jadi menulis blog review bukan lagi pilihan yang tepat, tidak seperti awek Pavilion yang memilih KLCC pada mulanya sebelum menukar fikiran memilih brader muka out yang tak tahan dengan nikmat comolot!.
Blog review seperti yang kita ketahui, akan mereview segala jenis blog, tidak kira ianya blog gadis gadis, balak balak, blog akak senduk, blog cupcakes dan resipi resipi, blog agama agama, blog hal hal baby, blog golongan ibu, blog shawl dan tudung, blog program belia, blog bikin kereta, blog kesihatan tubuh badan atau blog cerita porno.
Projek blog review ini juga akan dijalankan bersama Luca Dk dan Pipiyapong sekiranya mereka sudi. Tapi rasanya sukar untuk mereka sudi kerana menjalankan projek sebegini risikonya sangatlah besar. Tapi pada gua, peduli apa gua risikonya besar ke tidak?,
Demi memberi keadilan pada diri gua sendiri, beberapa syarat telah gua tetapkan dalam merealisasikan perkara ini;
1. Tiada review untuk blog kutu kutu yang gua kenal secara peribadi, apatah lagi kutu kutu yang selalu pekenah teh bersama.
2. Tak payah mintak permit nak review blog orang lain.
3. Blog review boleh berlaku dalam 2 situasi:
a) Gua jumpa sendiri blog berkenaan
b) Orang yang mahu blognya direview atau mahukan blog entah siapa siapa direview, meng-emelkan link blog berkenaan kepada gua di fird_ahmad@yahoo.com
4) Tiada masa yang tetap, ada masa gua buat.
Sekarang, siapa yang berani untuk jadi "1st!" macam yang lu orang selalu berebut di ruangan komen..sila maju ke depan!!
Disclaimer:
Blog makwe mungkin gua lembut hati sikit. kahkahkah!!