Thursday, December 30, 2010

Twitter


Gua mengambil keputusan untuk perlahankan sedikit Facebook dan Blog demi memberi laluan pada adik Twitter mengambil tempat.

Kita tengok berapa lama adik Twitter boleh bertahan dalam kendalian gua.

Gua harap juga, dalam scene Twitter ni ada ramai makwe.



Merempit Emas


Jos bagitau gua, sekarang ni scene 'merempit emas' tengah menaik. Memang buat duit.

Merempit emas bai, dengar nama pun dah rasa ganas.

Gua tak tahu lagi teknik merempit macam mana yang boleh kita rempit ke emas ni. Berapa tiang dia boleh pergi?, ada main cilok ke tidak?, main area Federal highway ke jalan Tg Malim - Slim River?

Emas pulak mesti yang jenis padu!, kalau merempit pakai emas jenis geronggang harga jatuh. Orang bank Rakyat tak boleh nak ejas. Itu orang bank la susah nak up..kalau pergi bangunan belakang kedai pajak gadai Ah Teck memang boleh rempit tinggi punya.

Dengar cerita, ramai dah jadi kaya ikut jalan rempit.

Tak boleh jadi.
Gua pun kena merempit juga nampak gaya ni.

Namun ada satu persoalan besar yang perlu gua selesaikan sebelum pergi rempit...


Di ceruk lemari mana bini gua sorok dia punya gelang?

Tuesday, December 28, 2010

Azam 2011


Azam gua tahun 2011 ni cuma nak kurangkan makan nasik.

Sebab..tahun 2012, gua punya azam...


:
:

:
:

:
:




Amacam?,

Ini kita panggil 2 years planning.

Wednesday, December 22, 2010

Pemberitahuan 10 perkara


1. Semenjak bertukar ke syarikat baru, gua kena masuk pejabat sebelum pukul 8 pagi. Apa masalah dengan pukul 8 pagi ni?, apa isu?..isunya macam ni..gua kena bangun tidor pukul 5.15 pagi, kejar bas pukul Thiva pukul 6 pagi, sampai pejabat pukul 7.30 pagi..awal tak patut. Kalau gua naik bas pukul 6.30 pagi, alamatnya sampai pejabat pukul 8.30 pagi...barai!
Lagi satu, sekarang gua tidor pukul 10 malam..sebelum tidor gua pekena breakfast siap siap.

2. Start Januari 2011, gua arahkan fateem masuk kelas Iqro' belah petang. Jangan macam macam hal!.

3. Kasut tadika fateem dengan perkakas tadika ayah mentua gua dah beli. Beg sekolah gambar princess apa ntah ayah gua dah beli. Tudung pergi tadika ibu gua beli esok lusa. Gua cuma boleh senyum tak mampu nak menghalang!

4. Fesbuk dah semakin boring dan sangap!,

5. Sekarang ni..gua dah ada Twitter pulak, amacam?

6. Blog Review gua tak boleh buat lagi...nampaknya projek ni gua kena bawak ke mesyuarat Jawatankuasa Blog Pusat (JBP)..kalau gua hendel sorang memang kelaut.

7. Gua baru dapat tahu yang sebenarnya gua pandai melukis..ini fateem yang cakap lepas gua lukis satu rumah kampung, ada sawah padi, ada burung huruf 'm', ada matahari dan ada gunung ganang. Budak budak ni bila bercakap memang jujur.

8. Kemahiran bancuh susu botol masih sama macam 2-3 tahun lepas. Lepas tuang air panas, bila sampai giliran masuk susu dalam botol susu mesti alignment dia lari. Akibatnya serbuk susu berselerak atas tangan kiri yang cekak botol. Hampeh!

9. Semalam gua ada terfikir nak tulis novel berkenaan cinta tiga segi.

10. Hal pejabat - kerja buat presentation slide memang gampang!

****

Maklumat tambahan:

username : fdausamad

"Gua ada Twitter...gua ok!"

Saturday, December 18, 2010

BOOKSTOCK 2010



Bila ni?
====

17, 18 dan 19 Disember 2010.
Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Bermula jam 5 petang hingga 3 pagi. Gila ah!

Di mana?
======

UYA! Distro, (Above Station 1 Cafe), SS15, Subang Jaya Selangor


Apa itu BOOKSTOCK?
=============

Hari dimana kita semua meraikan penat lelah dan jerit perih syarikat publikasi buku indie dalam menerbitkan buku. Kekangan modal dan masa tak menghalang untuk mereka ini untuk terus menyumbang pada industri buku negara. Rata-rata mereka ini tiada bangunan macam DBP tapi minta maaf cakap, menghasilkan karya-karya yang jauh lebih baik dari itu.

Siapa yang terlibat?
===========+

1. DuBook Press
2. Distro Buku
3. Sang Freud Press
4. Sindiket Soljah
5. De Albion
6. Storm Kitchen
7. Pakatan Paradoks
8. Matahari Books
9. ZI Publications
10. Silverfish Books
11. Jargon
12. Gedung Kartun
13. Oxygen Media

- Maaf Dewan Bahasa dan Pustaka tiada di acara ini.

Selain dari jualan buku, apa lagi yang ada?
==========================

Majlis Pelancaran Buku:

1. Nyaman Si Puding Roti - Sang Freud Press
-> 18/12/2010 - 8.30 - 9.30 PM.

2. Burgermpark - Pakatan Paradoks
-> 18/12/2010 - 9.30 - 10.30 PM.

3. Cerita Piala Dunia - DuBook Press
-> 19/12/2010 - 8.30 - 9.30 PM.

4. Caca Merba - Sindiket Soljah *
5. Republik Kutu - Storm Kitchen *
6. Sesi Baca Naskah Ranap - De Albion *

* Akan diberitahu kelak

P/S: Jangan lupa jemput sekali kawan-kawan kalian kesemuanya untuk hadir ke BOOKSTOCK 2010 ini.

Ayuh kita jadi dari sebahagian sejarah!

Tuesday, December 14, 2010

Kubur atas Kubah : Satu kebodohan yang nyata!



Semalam gua dapat emel fwd dari kutu yang gua tak kenal, tajuk dia : Kubur di atas Kubah Majisd Nabawi. Gua semak internet. Cilakak!,Bukan satu website, tapi banyak website agama agama petik benda sama. Apa sudah jadi?, ok..Ada 4-5 keping gambar, tapi yang paling real macam kubur gambar yang gua tempek kat atas tu. Ni gua kasi sikit cerita dalam emel tersebut:

"Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:
Kisah ini berlaku kira kira 90 tahun yang lalu..
Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam"

****

Kahkahkah...kahkahkah!..kahkahkah!..kahkahkah!

Ni apa benda kerja bodoh orang cerdik pandai buat ni?, Al-Zubaidi ni siapa?, orang Nigeria ke orang Eutopia?,

Cerita dongeng sesat wal khurafat apa benda ni woii!!, kahkahkah!

Kena kilat, mayat tak boleh turun, kena kasi kubur situ jugak..

Ini cerita gila tak masuk akal!..nak gelak pun rasa tak berbaloi, tapi gelak jugaklah sebab orang bodoh ramai percaya..lepas percaya main fwd fwd pulak..kasi peringatan la ye tak?, kahkahkah!..kahkahkah!..huyyoo..freemason peringkat berapa ni?, Illuminati tahap dewa dewi yo!

Nak berdakwah, tapi menipu..dah tipu, tipu sampai khurafat!..habisla orang islam kena tipu!, nak nak orang islam mat mat dan minah minah forward emel!, kaki forward ni pun satu hal..harap kerja je doktor, enjineer, loyer, wali keramat..tapi bangang suka percaya benda khurafat!.

Kenapa mayat tak boleh turun?, ada gam melekat ke?, orang solleh yang dengar suara dalam mimpi ni apa cerita pulak?, siapa orang solleh ni?, apa nama dia?, ada anak dara cun tak?

Kalau kena kilat dah 90 tahun, mayat tak boleh turun, kena kasi kubur terus atas bumbung...apehal takde tok tok guru tulis kitab pasal benda ni?, tok tok guru yang mengaji kat negara arab sana bukannya 5 orang..kahkahkah!..kahkahkah!

Siapa nama brader yang panjat ni?, islam ke kapir Quraish?, orang kapir mana buleh masuk tanah haram, polis ramai jaga sempadan, 90 tahun dulu pun ada polis jugak!, ke brader ni orang islam?, kalau orang islam bila mati kena la kasi mandi, sembayang, tanam..kahkahkah!, Quran, hadith kan ada ajar cara cara mengurus jenazah...tak nak ikut ajaran ke?, Allah nak bagi pengajaran?, Ohhh kenapa membabitkan nama Tuhan dalam menangani kebodohan manusia?, kenapa pakai nama agama?, konon konon 'ada pengajaran', 'ada hikmah'...tak cukup Al-Quran dan Hadith bagi pengajaran?,

Brader panjat ni entah entah mamat indon nak cuci bumbung..entah entah dia bukan kena kilat pun, tapi kena angin ahmar!,kahkahkah...entah entah..itu bukan kubur, habis kalau bukan kubur apa benda pulak?,
Haa jawab..jawabb!!

Boleh jadi lobang pengudaraan?, boleh jadi lobang aircond?, boleh jadi...emmm..boleh jadi kubah berlobang lepastu kontraktor kelas F dapat tender pegi naik tampal sampai berserabut?,

Namun yang paling pasti..itu bukan Kubur la bongok!!, kahkahkah..kahkahkah

Tolong la..tolooongggg!!, gua merayu sangat sangat ni..janganla cepat percaya benda benda yang macam ni. Terlampau banyak sangat perkara bodoh penipu yaa amat yang berselindung atas nama 'Kebenaran beragama' ni. Dah la percaya..lepas tu fwd bagi ke orang lain suruh percaya sama!. Sembahyang malas, baca Quran malas, pergi mengaji agama malas, dengar kuliah kat masjid lagi malas..tapi bila sampai bab bab mengarut ni dia la yang paling laju forward ke kawan kawan..dia la yang paling champion sampai nak tercabut anak tekak "Betul ni, kuasa Allah!". Bila dah semua malas itu yang kepala otak jadi bengap sampai benda bangang macam ni pun percaya setengah mati!

Kesimpulannya..siapa percaya ada kubur atas kubah ni, dia mereng!

Malaun punya mereng!

Thursday, December 9, 2010

Lagu Tadika di YouTube



YouTube ni memang bodoh macam kambing!

Bodoh bodoh bodoh bangang bodoh bangang bodoh!!..paling bapak punya bodoh!

Ini lagu budak tadika la bodoh!

Menyusahkan gua tahu tak?,