Tuesday, December 14, 2010

Kubur atas Kubah : Satu kebodohan yang nyata!



Semalam gua dapat emel fwd dari kutu yang gua tak kenal, tajuk dia : Kubur di atas Kubah Majisd Nabawi. Gua semak internet. Cilakak!,Bukan satu website, tapi banyak website agama agama petik benda sama. Apa sudah jadi?, ok..Ada 4-5 keping gambar, tapi yang paling real macam kubur gambar yang gua tempek kat atas tu. Ni gua kasi sikit cerita dalam emel tersebut:

"Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:
Kisah ini berlaku kira kira 90 tahun yang lalu..
Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam"

****

Kahkahkah...kahkahkah!..kahkahkah!..kahkahkah!

Ni apa benda kerja bodoh orang cerdik pandai buat ni?, Al-Zubaidi ni siapa?, orang Nigeria ke orang Eutopia?,

Cerita dongeng sesat wal khurafat apa benda ni woii!!, kahkahkah!

Kena kilat, mayat tak boleh turun, kena kasi kubur situ jugak..

Ini cerita gila tak masuk akal!..nak gelak pun rasa tak berbaloi, tapi gelak jugaklah sebab orang bodoh ramai percaya..lepas percaya main fwd fwd pulak..kasi peringatan la ye tak?, kahkahkah!..kahkahkah!..huyyoo..freemason peringkat berapa ni?, Illuminati tahap dewa dewi yo!

Nak berdakwah, tapi menipu..dah tipu, tipu sampai khurafat!..habisla orang islam kena tipu!, nak nak orang islam mat mat dan minah minah forward emel!, kaki forward ni pun satu hal..harap kerja je doktor, enjineer, loyer, wali keramat..tapi bangang suka percaya benda khurafat!.

Kenapa mayat tak boleh turun?, ada gam melekat ke?, orang solleh yang dengar suara dalam mimpi ni apa cerita pulak?, siapa orang solleh ni?, apa nama dia?, ada anak dara cun tak?

Kalau kena kilat dah 90 tahun, mayat tak boleh turun, kena kasi kubur terus atas bumbung...apehal takde tok tok guru tulis kitab pasal benda ni?, tok tok guru yang mengaji kat negara arab sana bukannya 5 orang..kahkahkah!..kahkahkah!

Siapa nama brader yang panjat ni?, islam ke kapir Quraish?, orang kapir mana buleh masuk tanah haram, polis ramai jaga sempadan, 90 tahun dulu pun ada polis jugak!, ke brader ni orang islam?, kalau orang islam bila mati kena la kasi mandi, sembayang, tanam..kahkahkah!, Quran, hadith kan ada ajar cara cara mengurus jenazah...tak nak ikut ajaran ke?, Allah nak bagi pengajaran?, Ohhh kenapa membabitkan nama Tuhan dalam menangani kebodohan manusia?, kenapa pakai nama agama?, konon konon 'ada pengajaran', 'ada hikmah'...tak cukup Al-Quran dan Hadith bagi pengajaran?,

Brader panjat ni entah entah mamat indon nak cuci bumbung..entah entah dia bukan kena kilat pun, tapi kena angin ahmar!,kahkahkah...entah entah..itu bukan kubur, habis kalau bukan kubur apa benda pulak?,
Haa jawab..jawabb!!

Boleh jadi lobang pengudaraan?, boleh jadi lobang aircond?, boleh jadi...emmm..boleh jadi kubah berlobang lepastu kontraktor kelas F dapat tender pegi naik tampal sampai berserabut?,

Namun yang paling pasti..itu bukan Kubur la bongok!!, kahkahkah..kahkahkah

Tolong la..tolooongggg!!, gua merayu sangat sangat ni..janganla cepat percaya benda benda yang macam ni. Terlampau banyak sangat perkara bodoh penipu yaa amat yang berselindung atas nama 'Kebenaran beragama' ni. Dah la percaya..lepas tu fwd bagi ke orang lain suruh percaya sama!. Sembahyang malas, baca Quran malas, pergi mengaji agama malas, dengar kuliah kat masjid lagi malas..tapi bila sampai bab bab mengarut ni dia la yang paling laju forward ke kawan kawan..dia la yang paling champion sampai nak tercabut anak tekak "Betul ni, kuasa Allah!". Bila dah semua malas itu yang kepala otak jadi bengap sampai benda bangang macam ni pun percaya setengah mati!

Kesimpulannya..siapa percaya ada kubur atas kubah ni, dia mereng!

Malaun punya mereng!

53 Nasihat Ikhlas:

Anonymous said...

first time aku dengar benda macam ni

Anonymous said...

lol.
marah hbesye.
kahkahkah...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

gelak sakan nampak? citer nie fist time kina baca. zaman sekarang mcm² citer kita leh baca dan dengar, ramai pulak tue yg nak amek kesempatan buat citer yg bukan². urrrrmmmm....

mintak² kita dijauhkan perkara yg merOsakkan iman kita.

aminnnn....

Mak Su said...

mati mati idup idup kena tipu, tipah tertipu, hu hu hu

Admin said...

ha'a..
1st time gak dngar..
xtawu la sohih ke x..

NenetPenne (NP) said...

aku tak nak komen pasal kubur atas kubah tu sebab eh mcm pelik gak yer bila ada kubur tu kan..pastu cemana orang naik atas tu yer masa nak tanamkan orang yang mati tu... mesti naik ramai2 kan panjat2 kubah tu..

biarlah...

yang aku nak komen pasal ni...

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam"

had ni aku suka....

doyah said...

haha. kan. kadang2 malas tgk. orang foward2, tapi tak pikey benda tuhs btol ke tak :|

*oh, first time jugk dgr.hihi

Hanis MY said...

rilek r bro hehe, yelah tgk gambar kat atas tu takde rupa mayat pun pepandai jek buat cerita huhu

- koroe - said...

aku rase atas atap klcc pon ade kubo la..

sok petang nak pergi panjat klcc dan check betol ke tak sangkaan aku ni..

LS said...

WTH, depa memang mereng, for sure.

i'msosupernotcool said...

memang gampang.

lalink7 said...

mmg tah ape2...xlogik langsung..adehh

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

baru baca
senyum jer

aidillah HAIMI said...

tah pape je orang tu kan. tak guna arr.

De' Nurul said...

tak tau plak bentuk kubur macam tu. hekhek

Nurul Hidayah said...

tak penah dgr pom citer neh. ish ish ..

Farah Hanim Mohd Alwi said...

tak logik langsung.. =.=

Anonymous said...

abis tu.. apebende tu?? itu memang kuburr la bro.. diulang kubur.. x pecaya lg ke?? ini bukan main2.. ini soal akidah kita heheheheh

Lady SharpShouter said...

hahahaha.. tepat sungguh tembak tu.baguih baguih, mmg byk sgt org mcm ni.tembak lagi laju laju gitu, sy sokong teramat sgt perenggan akhir tu.idup fdausamad! :)

Arajo Dilangit said...

mcm2 pattern org skrg nie...yg wt mende nie msti geng2 seangkatan ngan ayoh pin...dia punye illuminati tahap gampang giler...hehe...

Khairi Mohd said...

fdaus,

gua rasa perkara terbaik lu buleh buat, lu trek down alamat kutu fwd tu, lu kasi kirim senaskah buku sembang kencang la tahzan versi indi kat dia. nescaya dia boleh jadi cerdik lepas tu.

aku nak merepek pasal mende2 ni kat blog pun dah malas. buat berpeluh ketiak je.

Pala Maldini said...

mana liang lahad nya ?

IZZARD said...

ni kerja wahbi ni...KPI depa nak runtuhkan dome tu selagi boleh.heh!

cikpia said...

lorh!!! festaim aku dengar....

Anonymous said...

ape bukti itu kubur? ape pulak buktinya itu bukan kubur??
DAMNNNNN!!!
heheheh...

.::WaNiE::. said...

tidak pernah ku tahu cerita ini huhuhu

Haa Fakihah said...

masyaallah.

cik 18 said...

tak silap aku, bende ni penah kuar dalam tv...

dalam pengembaraan ke bumi Anbiya'..

ke aku tengok tv dalam mimpi ek???..
conpius..~_~

kitt said...

"tak cukup Al-Quran dan Hadith bagi pengajaran? " - ye point ni aku suka bro, part2 yg selain dr 2 sumber yg paling sahih ni orang akan cepat je amik port..
baguih2,reminder tu..

aku penah baca emel ni, tp x amik port.so,trima kasih utk ko yg mengambil inisiatif mengkaji selidik.
anyway, aku vote yg kontraktor kelas F tampal bumbung x abih..haha.

aljambz said...

LAGI SATU PASAL STATEMENT ORANG ARAB MIMPI NABI MUHAMMAD.

SAPE YANG FWD DAPAT 20 KEBAHAGIAAN.

NI FAKKING PUNYA SESAT!

Anonymous said...

Bila org bukan Islam masuk masjid punyalah marah, tapi org-org Islam sendiri tak nak pulak berebut memenuhkan masjid!

ayobkelubi said...

pidomat

ckp ngan tukang foward tu.nak bertaubat banyak jalannya.

Wahidah said...

mereng nya citer da...dh tk de idea nk wat citer menarik lg kot org ne..sabar jerlaa...

Anonymous said...

Sauadara Firdaus, aku boleh faham entry ni kalau kau nak hentam kaki-kaki forward email yang taqlik membabi buta nih, tapi point kau tak cukup solid lah nak buktikan yang kubur tu tak art dan real.

Ps,Gaya tulis kali ni macam Tukar Tiub pulak, sinikal sagat kot?

phaz said...

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"

--aku pun suka tang ni ja...

Nazrin Saad said...

betul. itu belum sebut lagi pasal freemason dgn illuminati tu. budak2 u skrg bukan main taksub dgn benda tu.

budak2 u, bukan bdk yg lepak tgh2 jalan hisap ganja tu.

faking.

cik tembun said...

post sekarang bunyi marah2 je apsal?

piNky LuCiA said...

hahaha. aku no komen. haha

Anonymous said...

for ur information yang beri komen di sini, yang tak penah sampai di masjid nabawi, tlg jgn percaya benda karut marut ni, saya dah sampai di sana semasa bulan 6 ari tu, mana da kubur2 suma ni, kalau anda suma mahu kepastian, tolong tanya kepada famili yang pernah pergi buat umrah dan haji, ada ke bnda ni kat atas kubah msjid nabi?nauzubillah min zalik... kalau dah kamu sesat jangan cuba menyesatkan orang lain..

lumachroma said...

kali marah kau kan? hahaha. layan orang bengap memang boleh buat kita marah.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sokong

JundullahOsman said...

Bakpo la wei bulih ado Kubur atas Kuboh pulok tuh. xdop koje la derang ni

Remy said...

dah lu try laa tolong bg penjelasan utk perbetol kan isu ni..
menggunakan ilmu yg lu ada..
bebel sajee lebeh..
kedekut ilmu..
kah kah kah..

pailang said...

"harap kerja je doktor, enjineer, loyer, wali keramat..tapi bangang suka percaya benda khurafat!."

haha..ada jawatan kosong wali keramat?..aku nk apply..

TheHepiTeddY said...

kehkehkeh..citer lawok nih..first time baca & nak tergelak ngan kecerdikkan orang yang forward tu..bijakkk,bijakkk...

xeroxing09 said...

kubur stay kt kubah masjid,epic ni. kehkehkeh

Anonymous said...

errr...bagaimana plak dgn nota mengenai "tatkala keringnya tasik galilee,turunlah Nabi Isa a.s ke bumi"??

Unknown said...

gua setuju kita jangan main percaya benda yang tak sahih..tapi mentertawakan cerita orang sampai cam tu sekali gua kurang gemar ar geng..kekadang, apa yang kita sangka mustahil berlaku tapi boleh berlaku dengan izin Allah. Kalau betul email tipu, maka biarlah dia diuruskan dengan penipuan dia. Kita, kalau rasa ada benda baik yang boleh kita ambil iktibar, kita renungkanlah....okay....

Anonymous said...

kalau nk tegor org pn xyah la gune bahasa kurang ajr..ko ingt ko hebat ke boleh hina2 org..sheikh tu mungkin wujud..dan crita ni mungkin wujud..ko ingt ko th semua crita dlm dunia ni ke yg pndai2 nk bangkang?ko dh lahir ke 90 thn dlu. siasat la dlu bro..jgn gune logik akal ko je..sbb akal ko tu pn bkn ko punya..klu Allah nk bt ko gler skarang boleh skt..

TNSSO said...

^lulz Anon butthurt. Konpem dia yang tukang forward email 2. LOL.

Anonymous said...

2la bc je.sbnrnya byk cter tentang benda ni benda yg belit2 2 tahan petir sbnrnya...xsalah cter ni juz beri pgjran..ibarat cter sang kncil dgn sang buaya cter tipu tapi memberi pgjran xgtu bro ?

Anonymous said...

ko pernah gi sana ke tgk ngan mata kepala sendiri?? mak n adik aku balik derang ckp mende tu mmg ade tp bkn citer yg mcm nih le... so plz buat research tu jgn guna internet jek pi trus sana n tgk suke2 jek tuduh org

Anonymous said...

been there, madinah. time ziarah. orang kulit hitam yang jadi mutawif tu ada sebut pasal ni. tp, me myself tak nampak. sbb mata ni tak boleh nak zoom la kot.
sahih atau tak, there is a good in the story kan bro. relax la, jgn la hangin sgt. mcm cerita sang kancil jugak la.