1. Semenjak bertukar ke syarikat baru, gua kena masuk pejabat sebelum pukul 8 pagi. Apa masalah dengan pukul 8 pagi ni?, apa isu?..isunya macam ni..gua kena bangun tidor pukul 5.15 pagi, kejar bas pukul Thiva pukul 6 pagi, sampai pejabat pukul 7.30 pagi..awal tak patut. Kalau gua naik bas pukul 6.30 pagi, alamatnya sampai pejabat pukul 8.30 pagi...barai!
Lagi satu, sekarang gua tidor pukul 10 malam..sebelum tidor gua pekena breakfast siap siap.
2. Start Januari 2011, gua arahkan fateem masuk kelas Iqro' belah petang. Jangan macam macam hal!.
3. Kasut tadika fateem dengan perkakas tadika ayah mentua gua dah beli. Beg sekolah gambar princess apa ntah ayah gua dah beli. Tudung pergi tadika ibu gua beli esok lusa. Gua cuma boleh senyum tak mampu nak menghalang!
4. Fesbuk dah semakin boring dan sangap!,
5. Sekarang ni..gua dah ada Twitter pulak, amacam?
6. Blog Review gua tak boleh buat lagi...nampaknya projek ni gua kena bawak ke mesyuarat Jawatankuasa Blog Pusat (JBP)..kalau gua hendel sorang memang kelaut.
7. Gua baru dapat tahu yang sebenarnya gua pandai melukis..ini fateem yang cakap lepas gua lukis satu rumah kampung, ada sawah padi, ada burung huruf 'm', ada matahari dan ada gunung ganang. Budak budak ni bila bercakap memang jujur.
8. Kemahiran bancuh susu botol masih sama macam 2-3 tahun lepas. Lepas tuang air panas, bila sampai giliran masuk susu dalam botol susu mesti alignment dia lari. Akibatnya serbuk susu berselerak atas tangan kiri yang cekak botol. Hampeh!
9. Semalam gua ada terfikir nak tulis novel berkenaan cinta tiga segi.
10. Hal pejabat - kerja buat presentation slide memang gampang!
****
Maklumat tambahan:
username : fdausamad
"Gua ada Twitter...gua ok!"
21 Nasihat Ikhlas:
fateem , tak baik menipu ayah bab number 7 tu ..
gua tergolong dalam list no 8 tu !
siriyes
no8, sila beli botol susu mulut besar. gerenti tak lari alignment.
7: kalau tak puji, sape lg nk tulun lukis.. ye dak? my dad is a hero!
8: jaga2 bro.. ni sindrom awal parkinson.. gua memang caring.. ((xmemasal))
9: syabbas mera beta hey! tp kalau cinta pentagon, gua lari2 gi beli..
keh keh keh..
sev bajet untuok nombo 3.
buat susu anak pun menggigil bang? time buat anak menggigil tak? hakhakhak
ya betul fesbuk makin boring dan sangap..
1 soalan. apa twitter lu?
No 4...FB aku dah lama barai...!
no10, slide tu mmg mcm gampang. gua mmg tak suka.
twitter? enjoy beb.
gua baca blog lu, gua ok!
keje baru selalunya bermkna tangga gaji yg baru.. oh yeah!
teheeeeeeeeeeeeeee
no 8 ciri2 bapa penyayang
pheww.
mencabar eh hidop org dah kerjaa?
neway wish u luckk...
ye ker budak tuh jujur? HAHAHA.
ayat skang mesti disudahi dgn ... gua ok!..hehe
bagus fatem.
untung-untung dapat baju princess baru masa sale ujung2 tahun ni ha ...
ah fateem kecik2 dah pandai membodek
huruf 'M' memang tak bleh blah! hahah
Fateem sungguh jujur...
hahaha
baru follow twitter hang, and noticed dat u only follow one people baru -- memang ah takkan nampak orang lain.
for a start, ce follow balik orang yang follow hang, like me -- sambil mention nama aku sebab ajar hang cemana nak tweet ni hihi.
gua no 8 gaks. buat susu dalam bilik, sekarang dah ada anak lipas atas almari solek.
Lantak la ko lipas..
nasihat gua utk lu bab2 bancuh susu..lu g beli botol susu baru tapii pastikan saiz penutup botol susu sama saiz ngan tin sardin ayam brand..!!
Post a Comment