Monday, August 31, 2009

Penipuan Kecil dibulan Ramadhan

Kelmarin,gua mendapat satu sms dari Salman Khair.

Salman Khair adalah kawan gua semasa di sekolah agama dahulu.Beliau amat handal berbahasa Inggeris.Bukan setakat beliau,adik adik beliau,emak ayah, saudara mara semuanya handal berbahasa Inggeris.Tak pernah duduk England, tapi Salman punya handal boleh menangis rakyat England kalau dengar.

Gua masih ingat masa periksa akhir tahun tingkatan dua kertas Bahasa Inggeris,satu soalan tanya macam ni:

It's time to _____. Arif packs his stuff before leaving the hotel.

a) going out c) move out
b) check out d) run away

Gua yang klem diri sendiri sama taraf dengan Salman menjawab c).
Lepas keluar dewan gua tanya Salman,apa jawapan beliau.Salman kata dia jawab b)

Kahkahkah...gua gelak gila bila tahu Salman jawab 'check out'.Gua terang pada Salman dalam nada menyoal..

"Woii check out ini guna masa dekat Bank la..apa kaitan check dengan hotel pulak?,kena guna check ka masa bayar duit hotel?,kahkahkah..gua sambung ketawa.Puas hati gua dapat kantoikan Salman dalam arena Bahasa Inggeris.
Siap masa tu ada tiga empat kutu lagi backing gua dari belakang.

Salman balas pada gua dengan penuh ketenangan:
"Jom kita tanya teacher Muazzah". "Jom!!"-gua balas pantas.

Nak expect apa?,teacher Muazzah sekolah orang putihkan gua secukup rasa.
Lepas pada hari tu,gua berenti baca komik HongKong,gua lebih beradab membaca Reader Digest.Kalau baca majalah hiburan pulak gua pilih GALAXY.Dengar radio cenel HitzFM,tengok TV semua cerita orang putih,gua kurangkan nasik lebihkan burger,lamb chop dan KFC.
****

Ok bebalik pada sms Salman Khair.Salman ajak gua datang kenduri kawen dia dekat Ipoh pada 8 syawal, sambil sms jemput kenduri sambil mintak nombor telepon kutu kutu lain. Ahh..bab ni gua lemas sket..blackberry bold 9000 gua mana boleh send bisnes kad woiihh!!,kena salin nombor telepon balik tekan satu satu menyusahkan macam jahanam.Gua tengah ber-sai'e di pasar ramadhan masa tu,jadi gua kata dalam hati.."nanti nanti lah..tengah sempit sempit ni,payah!".

Sedang gua meninjau jualan jualan sambil mengusha makwe makwe UPSI yang berhimpit himpit di pasar ramadhan,henpon blackberry bold 9000 gua sibuk bebunyi.."Salman".Gua tak angkat..gua tau dia nak suruh gua hantar nombor budak budak yang dia mintak tadi.Jenis taknak bersabar.Gua melangkah berhati hati mengelakkan pergeselan bukan muhrim.

Tak lama lepas tu blackberry bold 9000 gua berbunyik lagi.Masih juga Salman.Gua tetap tak angkat..Kalau cakap pun bukannya boleh dengar.Gua di pasar ramadhan bukannya dalam opis tulis blog.Dia tak tahu ke pasar ramadhan punya sesak sama saja macam berdiri dalam LRT masa balik kerja,pernah lu orang nampak sapa sapa cakap henpon sambil pipi dia melekat kat tingkap LRT?,sesak macam tu lah.

Baru lima enam tapak gua melangkah,poket kanan seluar gua begegar macam tadi jugak."Salman lagi!"..Bloody Hell!! Gua dah pissed-off tapi gua tenangkan hati. Tak boleh jadi ni.

Gua keluarkan diri sendiri dari kesempitan hidup lalu berdiri tepi gerai kebab,ramai makwe di situ.Gua tekan tekan butang henpon,sms khas untuk Salman yang handal berbahasa Inggeris.

"Bro, i'm Driving now, i cannot pick up call while driving..call me back after 1 hour".

Gua sambung berhimpit himpit di pasar ramadhan dengan tenang sambil bersiul lagu Hari Raya.Peace Upon Me..

****
Notakaki:
1.Salman tak call gua dah lepas tu.Lu orang rasa rasa Salman kecik hati tak gua tipu dia dalam bahasa Inggeris macam tu?
2.Ohh lagi satu..Sekarang gua dah tahu bezakan check dengan cheque.Bahasa Inggeris gua tak koman dah.heh.

Tuesday, August 25, 2009

Kad Raya

Ramdhan 1992 - Darjah Empat

Cikgu ponteng mengajar,gua saspek cikgu kelas gua sedang sibuk menjalankan tanggungjawab perniagaan kuih kuih raya dibilik guru.
****
Gua tengah melukis kereta BigFoot di belah belakang buku tulis matematik bila dua orang makwe pengawas darjah enam masuk ke kelas gua.Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak kotak kecil.Bila lukis garisan ,pandangan dia jadi berserabut dan kucar kacir tak tentu hala.Itu belum sampai kes lukis part tayar,lu boleh bayangla macam mana unsur bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik kecik.Gambar kereta BigFoot kelihatan macam baruaa..sungguh tak berseni.

Makwe pengawas yang datang secara ayu memberhentikan semangat melukis gua yang baru nak menaik.

"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya.." - Kata salah sorang pengawas seraya meletak bekas plastik atas meja cikgu.

Budak budak dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke meja guru belum sempat apa apa.Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan santun depan tetamu.Kalau gua jadi bapak memang gua libas sekor sekor dengan talipinggang.Biasa sangat!!

Kerol Faezi awal awal ke depan,dia angkut sekali dengan plastik bawak ke meja belakang,sebelah meja gua.Budak budak lain kejar pulak si Kerol Faezi nak rebut plastik kad raya tersebut.Makwe makwe pengawas sudah hilang kontrol.Hantar makwe untuk hendel budak kelas gua..memang lauk la kawan.Namun, adengan kejar kejar akhirnya selesai bila salah sorang makwe pengawas pura pura pegi panggil cikgu besar.Hah,walaupun liar,tapi budak budak masih senang kena tipu dengan ugutan autoritaian.

Gua tinggalkan lukisan kereta BigFoot lalu tumpang sekaki membeli kad raya.Dapat beli kad raya masa tu memang rasa King.Gua angkat empat kad raya.Dalam kepala dah siap,satu kad untuk ibu ayah gua,satu kad untuk Makngah Ani jiran sebelah,satu lagi untuk Tok Cik (arwah) guru mengaji gua,dan yang paling last dengan gambar kad sedikit jiwang..gua sematkan niat untuk bagi pada Cek Intan,kekasih gelap yang bakal memberi sinar pada kehidupan kanak kanak gua.

*****
Membeli kad raya dengan cita cita pencinta agung terlalu menginspirasikan..
Hidup dengan harapan ingin menjadi kekasih setia amat mengharukan..
Puasa semakin bermakna pada diri gua..
Ibadah yang disulam dengan jiwa perindu begitu romantis untuk diabadikan..
Sekeping kad raya akan menjelmakan ikatan agung tak terleraikan..

*****

Esoknya,
Melalui balachi yang nama beliau Mazniati,gua layangkan sekeping kad raya khas buat bakal kekasih hati, Cek Intan..

"
Assalamualaikum Cek Intan..
Gua nak ucap Selamat Hari Raya sama lu..
Lu dah beli baju raya?
Kuih raya dah buat?
Beraya kat mana tahun ni?
Jangan tinggal puasa..

Tahun ni gua nak pegi beraya rumah lu boleh tak?

Pecah Kaca pecah gelas..Sudah baca harap balas
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin.
"
Itu antara isi kandungan kad raya gua pada kekasih hati.Masa darjah empat gua tak belajar lagi buat tanda :),kalau gua reti memang galak gua tandakan :) macam tu merata rata kad.Ada :) baru la jiwang kan?
Hati gua berbunga dan berdebar tidak berpenghujung.
Bersediakah gua untuk dicintai dan mencintai?.
Jiwa merasakan langit ini bakal gua takluki...
*****

Raya tahun tu, gua dapat tiga kad raya.Tiga tiga dari Kerol Faezi.Itu pun dia bagi sebab dah tak tahu nak bagi kad raya pada siapa.Siap suruh gua tulis sendiri untuk diri gua.Lancau punya kawan.Bagi kad raya tak ikhlas langsung...

Cek Intan??,Ahhh..sekarang dah nak masuk raya kali ke tujuh belas (17) gua tunggu kad raya dari beliau..haram tak kunjung tiba,nak suruh gua buat macam mana?, berharap lagi?.

REVIEW PEMBACA:

"Sesiapa yang berhajat nak batalkan puasa dengan cara muntah, gua syorkan lu orang baca entry ni..two thumbs up!!" - Bini gua (Wakil Herald Tribune)

"Uweekkk..uwekkk.." - Anak gua (Wakil Persatuan Susu Dugro)

"Babi punya Entry!!" - adik gua (Wakil persatuan Bundle seMalaysia)

Sunday, August 23, 2009

Sembahyang Terawikh pun nak Anger

Hari Jumaat Malam Sabtu - 1st Terawikh 1430H

Lepas gua sembahyang maghrib pada pukul lapan suku,gua terus begegas mandi.Penat betul gua rasa bertarung dengan jalan Jam dari Pudu sampai ke Jalan Duta.Hari jumaat,kerja banyak,balik lambat,jalan jam teruk macam bangsat..itu tak kira lagi bus KL-Tg Malim yang gua naik buat palat singgah masuk Bukit Beruntung hantar dua tiga brader,apa hal pulak lencong tempat lain?,ingat gua seronok makan angin macam tu punya gaya?..pengakhiran dia badan gua penat.Situasi yang tak berapa sedap untuk memulakan Terawikh pertama dibulan Ramadhan yang mulia.

Lepas mandi,gua pekena nasik dulu.Lapar bai..

Azan Isya' berkumandang.Gua ambil Wudhu' siap siap.Gua dah ready dengan pakaian sembahyang,kopiah gua lupa pakai.
Selesai azan,gua dan kereta memulakan langkah bersama sama menuju lubuk keberkatan.Dalam hati gua berzikir sikit supaya mental bersedia nak long run sembahyang terawikh.Alaahh..lapan rakaat pun kira long run jugak!

Perjalanan masih berbaki lima ratus meter nak sampai masjid,tapi gua perasan macam macam jenis kereta, moto kecik moto besar, lori ikan lori ayam, van storm, van nissan venette pun ada, semua sudah bersimpang sior berebut rebut pergi masjid Tg malim.Belah kiri dan kanan jalan kereta kereta dah bersidai.Gua tak tahu lah ramai ramai tu betol niat nak sembahyang terawikh atau kepala berat ke Moreh.Perangai macam tu pun boleh jadi juga.

Kereta gua perlahankan sambil kepala terjengah jengah cari lubuk parking.Memang gua silap kiraan,kalau gua rempit naik moto tadi pun dah selesai kerja.Tak apa..malam ramadhan gua nak berhenti sekejap mencarut.Hati gua sabarkan.Ini semua ujian untuk beribadat.Keadaan di sekitar masjid memang sesak teruk.Sembahyang jumaat pun gua rasa sesak dia tak macam ni.Gua bawa kereta masuk medan selera,penuh!.Gua pusing balik masuk Jalan Ketoyong,penuh!.Gua balas semula masuk jalan utama depan masjid,kiri kanan jalan tak ada ruang yang kesiankan gua.Jenis parking rapat rapat,kalau gua bawak kereta sorong pun belum tentu boleh celah.

Kereta bergerak semakin menjauh..Alhamdulillah,ada sinar parking melambai lambai di bahu jalan dekat dengan Klinik Shifa'.Gua masuk terus tanpa banyak cerita.Memang bepeluh la gua menapak ke masjid kalau dari Klinik Shifa' ni.

Sayup sayup gua dengar.."Assola at Tarawikhh...rahimakumullah!!".

Hah.Solat Terawikh dah nak mula!!.Gua berlari lari anak sampai ke masjid.Masih ada saff kosong dibahagian paling belakang..saff budak budak.Imam baru habis baca Fatihah masa gua angkat takbir.Gua mulakan sembahyang terawikh bersama masyarakat masjid Tg Malim.Terawikh pertama untuk Ramadhan tahun 2009.Budak budak menten bekejar kejar depan tempat sujud gua,masa gua ruku' pun kadang kadang dia main langgar saja.Biasalah..budak budak,apa nak jadi hal.Gua anggap itu semua ujian.

Sembahyang Terawikh gua gagahkan sampai ke akhir perjalanan.Bacaan imam yang sedap buat jiwa gua rasa feeling dan lupa segala kepenatan yang gua lalui petang tadi.Ohhh...Indahnya Ramadhan.Jiwa sentimental meresap.Gua juga habiskan sembahyang witir kasi komplete.

Sampai di rumah, jam hampir pukul sepuluh setengah.Walaupun penat,gua pederass juga masukkan entry Puasa Klasik #1.Tanggungjawab blog gua laksanakan tanpa mengira letih.Gua baca niat puasa..lalu lelap menantikan lailatul Qadar.
*****
Sedar sedar,
Bini gua kejut bangun sahur.Waktu dah hampir subuh.Gua jamah rezeki apa yang ada,langsung gua ready sembahyang subuh.Entah bila gua tersambung tidor,hajat nak bertadarrus hilang menyusur bersama mimpi.
*****
Semalam...dari gua bangun tido kira kira pukul sepuluh pagi,sampaila bawak ke waktu berbuka hati gua jadi tak sedap.Macam ada benda tak kena dengan diri gua masa sembahyang Terawikh semalam.
Ahhhh..!!Gua dah dapat kesan...memang bengap punya kepala.
Gua dah detect apa yang tak kena.Gua punya malam pertama Ramadhan sudah fail.Dalam keadaan fail gua mengambil sikap bersahaja sambil memohon ampun pada yang maha Esa.

Terawikh malam ke dua gua pasti repeat!

NOTAKAKI
Malam kedua Ramadhan punya terawikh (malam tadi),gua sembahyang Isya' dua kali.Qado balik Isya' semalam yang hilang ke laut.Apa macam?

Friday, August 21, 2009

Puasa Klasik #1

Ramadhan 1990@1410H - Kg Parit Jawa, Bagan Serai

Gua tak berapa ingat entah berapa hari puasa gua yang cukup.Kadang kadang penuh sampai maghrib,kadang kadang lepas balik sekolah puasa dah jadi teburai,ada jugak kes lepas main kejar kejar waktu rehat,gua bantai teguk air pili tepi kantin sekolah.Apa gua ada hal,darjah dua..itu kira mujur,si Shukor budak darjah empat tu siap bawak bekal nasik putih lauk ikan goreng masa bulan puasa,mak dia kerja cikgu,bapak kerja pegawai pendidikan..apa barang?, jenis tak ajar anak hormat kawan kawan yang puasa.

Selalunya ujian yang gua rasa penat dia macam main bola sembilan puluh minit tiga perlawanan berturut turut ialah masa cuti Sabtu Ahad.Selalunya juga, gua boleh tahan sampai dua perlawanan saja,kira kira pukul dua belas badan dah berat nak bukak peti ais cari air Fanta hijau lebih lebih bebuka puasa kelmarin.Dan selalunya lagi,bila dah tune bukak peti ais macam tu gaya,pukul dua belas setengah gua dah boleh lari lompat sana sini ibarat baru lepas makan nasik lauk ayam dia punya tenaga.

Cuma..
Yang gua kurang bekanan kalau hari cuti,orang tak puasa macam gua mesti kena zalim dengan orang puasa.Orang puasa yang selalu buat zalim dengan gua ialah KakBoya gua.KakBoya kata dia puasa hari hari tapi pernah juga gua nampak dia bukak peti ais teguk Fanta.Bila gua tanya dia kata Tuhan bagi,pandai sangatlah tu guna Tuhan sebagai alasan.

Bila rahsia gua tak puasa KakBoya dapat tahu,senanglah kerja dia.Runner pegi kedai O'ie beli belacan gua lah orangnya,runner pegi pinjam kukur kelapa rumah makngah Ani pun gua juga.Tak sempat gua nak tengok scene heret gaban ke ruang angkasa setan,KakBoya suruh pula gua pegi beli ais ketol rumah makcik Wah.Ais ketol dalam peti ais rumah tak cukup kata dia.Alasan dia mudah saja .."kau tak puasa..tenaga melimpah,pergi lari beli sekejap,jangan banyak hal".

Ada juga kes dah dekat nak bebuka puasa,dia bancuh air dalam Jar tiba tiba pati Oren habis dia tak perasan,sudahh.Gua masa tu dah ready besila depan nasik lauk ayam masak merah woii, siap pakai baju melayu.Belah kanan gua air milo ais bancuh sendiri,air kat luar cawan menitik nitik nak tunjuk dia punya sejuk.Teketar ketar tangan gua tak sabar nak minum.Padahal gua tak puasa pun.
"Kau pegi lari kejap rumah makngah Ani pinjam pati Oren, kalau pati Oren takdak,sirap pun takpa..pegila cepat dah nak berbuka ni". KakBoya bagi arahan selamber macam gampang. Cilakak!!, gua jugak yang kena.

Tapi yang paling gua ingat,ada satu hari gua baru balik kedai O'ie belikan rempah kari,baru teguk air sejuk sedikit,baru nak sedap sedap duduk layan Rumah Kedai sambil cari idea tulis kad raya untuk kawan kelas sebelah meja,KakBoya dari dapur panggil gua lagi.
"Woii mai dapur sekejap!" - Lantang suara panggil gua macam bunyi nak bergaduh.

"Ada apa lagi??, aku baru ja balik kedai tadi..orang tak puasa pun kalau dah sehari jalan kaki pegi kedai lima enam kali boleh jadi sama orang puasa jugak woii dia punya penat" - Gua menjawab.

"Bukan pegi kedai..datang sini sekejap nak mintak tolong rasa gulai ni masin ke tidak" - nada suara KakBoya dah bertenang sedikit.

Gua laju pegi dapur nak tolong selesai masalah.

"Rasa ni masin tak?"- KakBoya letak sudu berisi sedikit gulai ke lidah gua.Gua cuba hayati gulai nak ejas dia punya rasa.

"Cehh tawar gila..tak bubuh garam ke?" - Gua bagi respon.

"Tawar lagi ye..sekejap" - gua nampak KakBoya tambah lagi dua sudu garam dalam periuk gulai sambil kacau kacau.

"Hah cuba rasa lagi"

"Boleh la,kalau tambah sikit lagi aku rasa sedap dah" - gua bagi pendapat ikut selera gulai gua.

KakBoya tambah lagi sesudu garam dan suruh gua rasa balik.

"Okeh..sedap!" - gua berlari balik duduk besila depan Tivi,sambung tulis kad raya sambil tengok Rumah Kedai.

**************************
Bebuka puasa petang tu, KakBoya kena taruk baik punya dengan ibu gua.Sampai ke sahur dia kena berleter.Habis seperiuk gulai ikan kembung seposen pun haram tak berguna,masin macam celake!. bagi kucing makan pun silap silap kucing boleh jadi marah cakar muka,mengamuk punya hal.

Hah padan muka KakBoya.Lain kali jangan ingat gua tak bijak.Kahkahkah

p/s: Selamat Berpuasa untuk semua:)

Monday, August 10, 2009

KENDURI AKIKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gua nak jemput lu orang datang kenduri di rumah gua hari Sabtu ni lima belas haribulan Ogos.

****************
Tajuk Kenduri : Kenduri Akikah anak perempuan gua,nama dia Faseeh Fardha.

Tempat : No 51, Jalan Bernam 7/3,Taman Bernam Baru,Tg Malim

Jam : 12.30 sampai 3.30...Siapa mengada ngada nak datang lepas Asar gua bagi makan maggie saja nanti.

Pemakaian : Ikut suka.Makwe makwe diutamakan.

Peta :Dalam kereta masing masing ada GPS kan?,jangan kampung sangat...

****************
Khas pada Luca,Gondol,Ayan,rakan rakan opis dan rakan rakan sepengajian gua di Tronoh dulu (gua tak larat nak petik nama sorang sorang),tidak lupa pada bloggers semua...kalau lu orang lapang lu orang datangla..

Cerita 2 minggu lepas ketika di opis.

Gua : Woihh gua nak buat kenduri akikah anak gua nanti.

Fadhlin : hahh bila tu??, lu jangan buat hal pulak tak jemput gua..tak jemput siap lu beb.

Gua : lima belas haribulan Ogos.Dekat Tg Malim.

Fadhlin : lima belas Ogos??,Aduuhh..apesal la lu buat lima belas Ogos,gua ada bla bla bla bla...aduuhhh sayangnya..

Gua memang selalu kena macam ni...

p/s: Fadhlin lu hutang gua lapan bungkus nasi beriyani.Gua tak kira....

Choww!!

Sunday, August 9, 2009

Cerita Dari Singapura

Kelmarin gua melepak di Singapura.Negeri kecik yang ikan Todak penah langgar.Cuma sejarah ikan todak takdak kesan di Singapura.Sekor gambar ikan todak pun gua tak nampak.Gua banyak jumpa patung singa mulut keluar air saja.Kalau masa bulan puasa,tadah mulut telan air tu seteguk dua layan juga.

Masa di Singapure,gua lepak di hotel St.Regis dekat kawasan Orchard Road.Ini bukan hotel 'lawya' punya,kalau tido dua malam guna duit sendiri,gamaknya boleh jadi sama mahal sebulan gaji kerani Luca si Yan tu.Gua tak berapa deep sangat dengan kemewahan dunia macam dapat duduk St.Regis,gua buat biasa biasa saja..tak guna sangat pun kemewahan dia,guna sikit sikit saja.Butler datang tanya gua nak apa, gua cuma suruh dia kilat kasut,lepas tu gua suruh dia bawakkan gua Hot Chocolate beserta Cookies,gua juga mintak dia seterika baju dan seluar gua.DVD DVD menarik pun gua suruh si macai butler bawakkan.Bila lagi nak merasa macaikan orang Singapura.TV dia besar peti ais,kalau gua tak layan DVD guna TV besar tu,nampak kampung sangat lah.Begitulah cara gua bersederhana bila menikmati kemewahan.Cukup sederhana.

Waktu petang,lepas selesai gua pekena jacuzzi,Sauna,spa beserta massage barang sejam,gua keluar merayau.Takkan gua nak main bola sepak pulak petang petang di sana.Mana ada padang bola dekat Orchard Road tu.Meja ping pong pun gua rasa paling dekat ada di Jurong Island.Gua keluar jalan kaki dengan Ijat.Dia kata dia terer jalan di Singapura.Mula mula gua pergi Paragon..Arghh,apa la hebat Paragon,gua nak teguk teh ais pun Paragon tak mampu nak beri.Lepas Paragon,kami gerak pegi Takashimaya.Kemudian sambung pergi Lucky Plaza seterusnya Tanglin Mall.Seterusnya..gua dah jadi malas jalan kaki balik ke hotel.Mula mula rancang nak naik bas double decker,namun gua kurang konfiden.Naik RapidKL pusing KL pun masih gagap,inikan pula nak cuba tunjuk hero di negara orang.Mahunya bus tu bawak pergi Geylang,hah kacau bilau pulak gua nak bertarung dengan hasutan syaitan di sana.

Jadi keputusannya..tahan teksi lah.

"Where go?"- Apek driver teksi dalam lingkungan usia lima puluhan tanya dengan bahasa inggeris bermakam tinggi.

"St.Regais" - Ijat jawab gaya terer.

"St.Regais,or St.Regis?,the pronounciation is Regis,not Regais" - Apek teksi pun sama naik taknak kalah dengan Ijat.

Gua macam biasalah jadi penyelamat."Whatever lah Regis or Regais..just go"

Apek : Gua mau migrate pegi Australia minggu depan.Belenti bawak Teksi.
Ijat : Waahh..apasal migrate?
Apek: AIG stock NYSE skyrcoketing last week...gua telus jual gua punya empat latus libu share.Profit one billion US dollar maa...!!,i'm worth one billion now.

Gua : Lu biar betul ni apek...

Apek: True true no lie lie..i ll get my money next Monday.I want to buy a mansion in Sydney and another villa in Perth.
Apek: Last May i won 4D one million Sing dollar some more.That time Liverpool draw 2 times 4-4.I bought 4444,1st prize one million.
Apek:I keep all my money in DBS bank.I never tell my children.
Apek:I got house everywehre here in Sngapore maa.But living in Singapore no style...no scenery.
Apek:With that money,i want to buy more properties in Australia.I have ordered Ferrari but have to wait until next year.That Italian stupid so slow...
Apek:I ordered private Jet from France somemore.
Apek: I..kung kang kung kang...three million...pum pam pum pam...pay cash..kung kang kung kang...five million easy money..pum pam pum pam..
****************
Teksi buruk Apek akhirnya tiba depan St.Regis hotel.

Apek: Ten Dollar only.

Gua tulis username dengan password blogger gua atas kertas kecik.Gua bagi sama itu apek billionaire sekali dengan duit sepuluh dollar.Gua rasa apek teksi ni sesuai jadi co-author blog SEMBANG KENCANG.Dia boleh promote di Australia nanti.

"Be my partner and Thank You" kata gua pada apek teksi secara sarkastik.Dalam hati gua sangat membara bila mengenangkan perangai drebar teksi Singapura yang kuat berbohong.

Gua naik bilik terus berendam dalam bathtab sambil menonton HBO berscreenkan cermin muka.Suhu air gua ejas bagi sedang elok.Rempah rempah dalam mangkuk kecil yang telah tersedia gua tuangkan dalam bathtab.Mandi herba macam ni lah.Kalau ayah gua tahu konfem dia jeles ni.

Ohh yaa..sambil berendam kena la ada gaya,gua angkat wireless fon disebelah tab:

"hello butler..pls send me one stick of Cuban Cigar".

***************
NOTAKAKI
1.Cerita apek klem billioanaire ni,anak gua yang umur tiga tahun tu pun silap haribulan boleh bersikap kurang ajar kalau dia dengar.
2.Dan untuk apek pulak,gua nak ucapkan satu perkara sahaja -"Ferrari kemak lu!!"

Saturday, August 8, 2009

Sepultura Roots



***************
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akaaarrrrrr

Gua
Percaya naseb kita
Kita Tak payah pura pura
Kita nak jadi apa
Tengok gua Freak

Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akaaarrrrrr

Gua kata
Kita besar setiap hari
Kita jadi kuat
Gua bawak lu pegi satu tempat cari akar

Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akar
Akar Celaka Akaaarrrrrr

Hujan
Bagi gua jadi kuat
Nak dapat satu hari lagi
Gua cuma nak tengok
Kita semua bebas

Kenapa
Lu tak nampak?
Lu tak rasa?
Ini nyata
Ahhhh

Gua berdoa
Kita tak payah berubah
Jalan kita kena selamat
Itu yang kita nak
Tengok kami Freak

*Siapa yang pandai bahasa inggeris, Freak tuh gua nak cakap apa dalam bahasa melayu?,

****************
Sikit lagi gua nak siap nih..Tinggal Freak tu saja binatang yang susah gua nak masuk.Suara pun gua dah siap tune kasi sama bunyi macam suara Max Cavalera.

Lu tunggu la cover Roots Bloody Roots versi melayu gua masuk YouTube.

Apa..,ingat I'm yours sama Umbrella lembik tu saja boleh buat cover melayu masuk YouTube?

Gua pun terer la...

Tuesday, August 4, 2009

Woii macam mana Gua nak Pergi Kerja??

Pagi Semalam

Embun renit menitis menghentam seat moto gua yang terparking kat luar rumah.Gua lupa bawak moto masuk semalam.Kesian dia kesejukan sorang sorang dihujani embun.

Jam dah 6.15 pagi,masa untuk gua memulakan langkah mencari rezeki.Bukan mencari rezeki di kampong sebelah,bukan juga di pekan kecil berdekatan,tapi gua mencari rezeki di kota besar yang hampir dua marhalah jaraknya dari rumah mentua gua.Sehari pegi balik dah empat marhalah.Kalau setahun?,cuba lu kira..

Masa gua sampai di stesen bas Tg Malim, gua Nampak ada notis puaka ditampal dekat kaunter bas kesayangan gua,MaraLiner

PERHATIAN
Perkhidmatan MaraLiner Tg Mlaim – KL – Tg Malim akan ditamatkan berkuatkuasa 10th August 2009.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini.Segala kesulitan amat dikesali.Semoga berjumpa lagi.

Jahanam apakah ini??
Sekarang cuba bagitau macam mana gua nak pergi kerja yang jauh dia kalau jalan kaki boleh mendatangkan pengsan empat lima kali?,
Nak buat macam mana sekarang, Nak suruh gua terbang?, itu dah kurang ajar tu..

Gua berasa sedih dan pilu.Pertama,Sedih sebab MaraLiner dah banyak berjasa pada gua.Kak siti penjual tiket tu,walaupun wajah dia tak berapa nak makwe sangat,tapi hati dia baik.Beliau selalu simpankan tiket untuk gua walaupun gua tak pernah suruh.Biasala..bila gua sampai lambat tiket habis,kak siti la dewi penyelamat.Kalau takdak tiket simpanan tu..jawabnya gua makan tengahari kat Tg Malim saja la.

Gua juga berasa pilu memikirkan nasib MaraLiner yang teraniaya. Gua saspek kaunter jiran sebelah dah main ilmu hitam.Perangai dengki memang sikap yang biasa kita alamai bila meniaga sebelah sebelah.Dan kali ini, syarikat bas pulak menjadi mangsa.Kalau zaman bapak kita muda, permainan ini dikawal oleh peniaga kedai makan,namun sekarang ianya menjadi lebih global.Syarikat bas turut terlibat.Tahun mendatang entah AirAisa pulak jadi mangsa hasil ilmu hitam FireFly.
Siapa tahu?

Gua harap pengarah pengarah MaraLiner cepat cepatla berubat cara kampung.Bas bas yang ramai tu pegi la bawak tepung tawar,mandi bunga pun takpa.

Gua rebahkan badan di kerusi bas.Gua posisikan badan dipihak yang kurang menerima aircond.lalu tutup mata untuk sambung tido.Dalam kepala sempat gua berangan gaya terbang yang macam mana gua nak pamerkan untk pergi kerja miggu depan.

*****
Fakta Fakta MaraLiner:
1.Mazli, drebar yang huru harakan kepala gua dengan Fesbuk.Cilakak lu Mazli!
2.Zoul,drebar blackmetal dari Sabak Bernam..dia klem dia pernah makan semeja dengan Sil Khannaz.Gila apa Sil Khannaz?,gua tak percaya sampai sekarang.
3.Sarip,drebar yang rajin tangkap gua dipinggir pasar seni.Tapi sebab suka lawan Bos,dia kena transfer pegi department Bas ting ting.
4.Bas Mara punya kerusi VIP,kalau lu duduk,dah rasa sedap macam dapat tido atas tilam asrama.
5.Bas Maraline Tg Malim yang bila lu beli tiket,lu boleh guna kad keredit!!,amacam?,style tak?

*Satu hari gua naik bas MaraLiner dari Pudu nak pergi Kuantan.Ditengah hiway Karak,bas berhenti dibahu jalan.Mula mula gua ingat bas sudah bocor tayar,atau enjin terbakar.Tekaan gua salah.Rupanya seorang brader sudah buat slack,dia anggap dengan menaiki bus MaraLiner ke Kuantan dia boleh jumpa rumah makcik dia yang letaknya di Melaka.Perangai jenis malas membaca!.Semua kerja nak menyusahkan gua.