Tuesday, August 4, 2009

Woii macam mana Gua nak Pergi Kerja??

Pagi Semalam

Embun renit menitis menghentam seat moto gua yang terparking kat luar rumah.Gua lupa bawak moto masuk semalam.Kesian dia kesejukan sorang sorang dihujani embun.

Jam dah 6.15 pagi,masa untuk gua memulakan langkah mencari rezeki.Bukan mencari rezeki di kampong sebelah,bukan juga di pekan kecil berdekatan,tapi gua mencari rezeki di kota besar yang hampir dua marhalah jaraknya dari rumah mentua gua.Sehari pegi balik dah empat marhalah.Kalau setahun?,cuba lu kira..

Masa gua sampai di stesen bas Tg Malim, gua Nampak ada notis puaka ditampal dekat kaunter bas kesayangan gua,MaraLiner

PERHATIAN
Perkhidmatan MaraLiner Tg Mlaim – KL – Tg Malim akan ditamatkan berkuatkuasa 10th August 2009.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini.Segala kesulitan amat dikesali.Semoga berjumpa lagi.

Jahanam apakah ini??
Sekarang cuba bagitau macam mana gua nak pergi kerja yang jauh dia kalau jalan kaki boleh mendatangkan pengsan empat lima kali?,
Nak buat macam mana sekarang, Nak suruh gua terbang?, itu dah kurang ajar tu..

Gua berasa sedih dan pilu.Pertama,Sedih sebab MaraLiner dah banyak berjasa pada gua.Kak siti penjual tiket tu,walaupun wajah dia tak berapa nak makwe sangat,tapi hati dia baik.Beliau selalu simpankan tiket untuk gua walaupun gua tak pernah suruh.Biasala..bila gua sampai lambat tiket habis,kak siti la dewi penyelamat.Kalau takdak tiket simpanan tu..jawabnya gua makan tengahari kat Tg Malim saja la.

Gua juga berasa pilu memikirkan nasib MaraLiner yang teraniaya. Gua saspek kaunter jiran sebelah dah main ilmu hitam.Perangai dengki memang sikap yang biasa kita alamai bila meniaga sebelah sebelah.Dan kali ini, syarikat bas pulak menjadi mangsa.Kalau zaman bapak kita muda, permainan ini dikawal oleh peniaga kedai makan,namun sekarang ianya menjadi lebih global.Syarikat bas turut terlibat.Tahun mendatang entah AirAisa pulak jadi mangsa hasil ilmu hitam FireFly.
Siapa tahu?

Gua harap pengarah pengarah MaraLiner cepat cepatla berubat cara kampung.Bas bas yang ramai tu pegi la bawak tepung tawar,mandi bunga pun takpa.

Gua rebahkan badan di kerusi bas.Gua posisikan badan dipihak yang kurang menerima aircond.lalu tutup mata untuk sambung tido.Dalam kepala sempat gua berangan gaya terbang yang macam mana gua nak pamerkan untk pergi kerja miggu depan.

*****
Fakta Fakta MaraLiner:
1.Mazli, drebar yang huru harakan kepala gua dengan Fesbuk.Cilakak lu Mazli!
2.Zoul,drebar blackmetal dari Sabak Bernam..dia klem dia pernah makan semeja dengan Sil Khannaz.Gila apa Sil Khannaz?,gua tak percaya sampai sekarang.
3.Sarip,drebar yang rajin tangkap gua dipinggir pasar seni.Tapi sebab suka lawan Bos,dia kena transfer pegi department Bas ting ting.
4.Bas Mara punya kerusi VIP,kalau lu duduk,dah rasa sedap macam dapat tido atas tilam asrama.
5.Bas Maraline Tg Malim yang bila lu beli tiket,lu boleh guna kad keredit!!,amacam?,style tak?

*Satu hari gua naik bas MaraLiner dari Pudu nak pergi Kuantan.Ditengah hiway Karak,bas berhenti dibahu jalan.Mula mula gua ingat bas sudah bocor tayar,atau enjin terbakar.Tekaan gua salah.Rupanya seorang brader sudah buat slack,dia anggap dengan menaiki bus MaraLiner ke Kuantan dia boleh jumpa rumah makcik dia yang letaknya di Melaka.Perangai jenis malas membaca!.Semua kerja nak menyusahkan gua.

26 Nasihat Ikhlas:

sEmut said...

keretapi ada bro. tapi jangan silap naik yang menghala ke tapah road pulak. haha

Luca said...

lu naik la moto. dulu2 kan lu naik moto. xpun naik mercedes bapak lu yg lu jaki tak nak jual kat gua tu..

Guru said...

beli bas sendiri...tak menyusahkan orang lain

Anonymous said...

pindah je la kat kl. duk jauh2 buat pe? nyusahkan badan sendiri.haha!! tiket pegi balik hari2 tu bole buat bayar duit sewa umah.

gjiEsaLim said...

xpon jadi driver bas..
nt leh promot fesbuk kat penumpang..

Unknown said...

ceh brader mana la yang buat malu orang melaka tu.. mata letak kat mana bro...

sharamli said...

buta huruf gamaknya...

BajuKurung said...

bro, nnti wa suh najib bikin LRT utk lu, k.. dh2, jgn sdih2..

Rozanna binti Rahayud-din said...

gua suka naek bus
lglg bus yang kontot duk kena bayar 8upang tuh
free air lg
:D

memang cilakak penumpang yang taa membaca sebelum menaiki bus pasal lu menyusahkan diri sendiri dan org laen.

Anonymous said...

gua no comment...

tp nanti gua tolong sampaikan komen lu kat persatuan bas2 semalaysia. Kut2 bley buat bas utk lu siap ada tilam, sofa sume lengkap.
Bley lepak dlm tu ngadap fesbuk je :p

Aishah Nur Hakim said...

aishah tak faham la...

NenetPenne (NP) said...

lu pindah kl jerlah bro... abis citer..

Ejump said...

wahhh kire lu ari2 wat solat jamak qasar aa nih??
hahaha...gampang gile...

-aPi- said...

pergh...
sian btol gua kat lu...
tp gua hnye mmpu kesian ngan smpati....
gua tk mmpu nk tlong lu....

>>>>.........

Anonymous said...

lu pindah dekat umah gua...nanti boleh gua kasik bonceng sama lu....

Nur Syaza Azrudin said...

a'ah.pindah je laaaaa.

adanz said...

belasah je toke bas tu, ugut suh dia bg ada balik!

noorafzan.blogspot.com said...

macam mana kamu nak pergi kerja pidomat..
adehla~
naek bas yang pekena ilmu itam tu ler ye..

ape kes mamat tu.melaka ngan kuantan pun x tau beza~
geografi dulu fail kut~

Mat Noor Md Zain said...

he he he.. nanti lepas Mara liner tu dah tutup, engkau cerita balik mcm mana kau pergi kerja..

Anonymous said...

bro, nnti wa mnta sama asan merikan buat branch petronas kat tg malim, khas utk lu.. amacam

okedkama said...

nasi lu da abes..cane gua nk tmbh?lu masak byk2 r len kali oke

jo said...

bagus la tu 4 marhalah..
bulih semayang jamak takhir...
jangan jamak takyah sudey....

janggout said...

mungkin siti penjual tiket akan berpindah kerja ke kaunter sebelah? haha

LiYaNa.MaZLaN said...

ala, keciannye lu bro.. xpe, banyak lagi bas2 yang bley berkhidmat terBAEKK tuk lu..

xD

Anonymous said...

kaunter jahat yg sebelah tu bas apa? Biar gua jampikan.

Anonymous said...

biar betul??? ala..ko naikla starcouch..x pun TM-KL..ok gak tu..drpd ko jln kaki..@ pun skrg kan dah ade Komuter..tp aku x komfomla bape jam die nk sampai cni..