Tuesday, August 25, 2009

Kad Raya

Ramdhan 1992 - Darjah Empat

Cikgu ponteng mengajar,gua saspek cikgu kelas gua sedang sibuk menjalankan tanggungjawab perniagaan kuih kuih raya dibilik guru.
****
Gua tengah melukis kereta BigFoot di belah belakang buku tulis matematik bila dua orang makwe pengawas darjah enam masuk ke kelas gua.Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak kotak kecil.Bila lukis garisan ,pandangan dia jadi berserabut dan kucar kacir tak tentu hala.Itu belum sampai kes lukis part tayar,lu boleh bayangla macam mana unsur bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik kecik.Gambar kereta BigFoot kelihatan macam baruaa..sungguh tak berseni.

Makwe pengawas yang datang secara ayu memberhentikan semangat melukis gua yang baru nak menaik.

"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya.." - Kata salah sorang pengawas seraya meletak bekas plastik atas meja cikgu.

Budak budak dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke meja guru belum sempat apa apa.Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan santun depan tetamu.Kalau gua jadi bapak memang gua libas sekor sekor dengan talipinggang.Biasa sangat!!

Kerol Faezi awal awal ke depan,dia angkut sekali dengan plastik bawak ke meja belakang,sebelah meja gua.Budak budak lain kejar pulak si Kerol Faezi nak rebut plastik kad raya tersebut.Makwe makwe pengawas sudah hilang kontrol.Hantar makwe untuk hendel budak kelas gua..memang lauk la kawan.Namun, adengan kejar kejar akhirnya selesai bila salah sorang makwe pengawas pura pura pegi panggil cikgu besar.Hah,walaupun liar,tapi budak budak masih senang kena tipu dengan ugutan autoritaian.

Gua tinggalkan lukisan kereta BigFoot lalu tumpang sekaki membeli kad raya.Dapat beli kad raya masa tu memang rasa King.Gua angkat empat kad raya.Dalam kepala dah siap,satu kad untuk ibu ayah gua,satu kad untuk Makngah Ani jiran sebelah,satu lagi untuk Tok Cik (arwah) guru mengaji gua,dan yang paling last dengan gambar kad sedikit jiwang..gua sematkan niat untuk bagi pada Cek Intan,kekasih gelap yang bakal memberi sinar pada kehidupan kanak kanak gua.

*****
Membeli kad raya dengan cita cita pencinta agung terlalu menginspirasikan..
Hidup dengan harapan ingin menjadi kekasih setia amat mengharukan..
Puasa semakin bermakna pada diri gua..
Ibadah yang disulam dengan jiwa perindu begitu romantis untuk diabadikan..
Sekeping kad raya akan menjelmakan ikatan agung tak terleraikan..

*****

Esoknya,
Melalui balachi yang nama beliau Mazniati,gua layangkan sekeping kad raya khas buat bakal kekasih hati, Cek Intan..

"
Assalamualaikum Cek Intan..
Gua nak ucap Selamat Hari Raya sama lu..
Lu dah beli baju raya?
Kuih raya dah buat?
Beraya kat mana tahun ni?
Jangan tinggal puasa..

Tahun ni gua nak pegi beraya rumah lu boleh tak?

Pecah Kaca pecah gelas..Sudah baca harap balas
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir batin.
"
Itu antara isi kandungan kad raya gua pada kekasih hati.Masa darjah empat gua tak belajar lagi buat tanda :),kalau gua reti memang galak gua tandakan :) macam tu merata rata kad.Ada :) baru la jiwang kan?
Hati gua berbunga dan berdebar tidak berpenghujung.
Bersediakah gua untuk dicintai dan mencintai?.
Jiwa merasakan langit ini bakal gua takluki...
*****

Raya tahun tu, gua dapat tiga kad raya.Tiga tiga dari Kerol Faezi.Itu pun dia bagi sebab dah tak tahu nak bagi kad raya pada siapa.Siap suruh gua tulis sendiri untuk diri gua.Lancau punya kawan.Bagi kad raya tak ikhlas langsung...

Cek Intan??,Ahhh..sekarang dah nak masuk raya kali ke tujuh belas (17) gua tunggu kad raya dari beliau..haram tak kunjung tiba,nak suruh gua buat macam mana?, berharap lagi?.

REVIEW PEMBACA:

"Sesiapa yang berhajat nak batalkan puasa dengan cara muntah, gua syorkan lu orang baca entry ni..two thumbs up!!" - Bini gua (Wakil Herald Tribune)

"Uweekkk..uwekkk.." - Anak gua (Wakil Persatuan Susu Dugro)

"Babi punya Entry!!" - adik gua (Wakil persatuan Bundle seMalaysia)

31 Nasihat Ikhlas:

sEmut said...

gua dulu nak pilih pen mana yang paling jiwang untuk tulis kad raya pun dah makan setengah hari.

a kl citizen said...

mazniati tu...mesti dia sabotaj...tak pas kan kad tu.
cari mazniati balik, mesti settle mimpi yanng tak sudah ni

YatieJay said...

Hahahaaa....tak cukup minyak wangi kot kad raya tu....cuba hang calit lebih2,mesti dapat balasan punya....

AKu pun rasa si mazniati sabo kau....takpun dia yg ada hati kat kau bro...cuba kau ingat2 kembali signal2 yg dia mungkin pernah kasik tapi kau tak perasan.....

Kaseh said...

comel noo ke cek intan tuh? sib baik la blog lu ni lu jarang letak gambo..kalau tak nak gak tgk org macam mana cek intan yg bleh menyentapkan jiwa lu tuh..

MakLang said...

sama la naseb

noor afzan said...

adoila~
nape x bagi direct je kat cik intan tuh..
baru true bro..
ahah~

api said...

kalo cek intan tu balas kad raye lu skarang,
ape jadi eh kat lu?????

masihkah ade cinta?????
hahahhaha..

gjiEsaLim said...

camne la che intan tu ek??curious2...

NenekPenne said...

isteri lu lagi baik daaa!!!

T h e K i t C s H w a Y said...

Gua tak pecaya lu tules gua-lu dalam kad raya untuk cek intan.Kompem.

she-G said...

anak wakil susu DUGRO kan?bagus tak susu tuh..hahahaha

iZz♥h said...

hehe.. memory yg beshh :D

Medi said...

paling tak boleh blah part review pembaca tu.haha.lu mmg kreatif bro, takde blogger boleh celen!

kreatif tu juga seni. two thumbs up!!

Nur Syaza Azrudin said...

bini lu nama mazniati kan?

HAHAHAHAHA.

pu3syakira said...

Bersediakah gua untuk dicintai dan mencintai?

pening gak pikir..ROMANTIS kah budak stended 4 nih jiwang2 karat mcm tu?

hurmmm~

Anonymous said...

seb baik la lu post satu cerite menarik dlm SEMBANG KENCANG.. leh gak la hiburkan hati gua..
gua mengalami hari yg x best !!! huh!!
kalau ade cerite Kak Boya, kasik post jugak aaa...

TQ

Shahriza said...

gwa raser la kan...member lu dh sailang ituh cik intan dr lu la bro

a kl citizen said...

fdaus..
akak dah tengok gambar anak awak...
ya Allah comelnya.. lahir masa musim salji ke tu?hihi

syababiljihad said...

lu mmg dasat la bro... semua entry lu kategori KOTAK PEJABAT punya.
Pecah panggung beb...
wa mmg salut sama lu....
keep up ur gud work..k

Cik LeYha~~~ said...

lu x selit duit raye skali kot dalam kad tu..
tu pasal cek intan x mau balas...
x de modal nak beli kad utk lu..
heheheh...

debiru said...

wahahahah.
lawak tul si pencerita ni.
kad raya zaman sekolah dulu ada la.
sekarang?
sms sudeyh.
hmp :p

Cik Skaf said...

.. bersediakah utk dicintai dan mencintai..huhu..drjah 4 tuh, mmg nak kena libas. Patut ar bini nak muntah bca entry...!

*** ini blog cikskaf baca tetiap ari, x de entri baru pun, buat pmbacaan ulangan..huhu. mmg besh!!

FdausAmad said...

Cik Skaf:
Lu suka buat gua malu malu ayam la..

debiru:
Tak lawak beb..Ini Seriusss

Cik Leyha:
Gua pun takde duit...

Sayabbiljihad:
Ah,nak buat gua melayan perasan la tuh.

aklcitizen:
musim tengkujuh kak...

shahriza:
Member gua mana,Kerol faezi?

Anon:
Bagi la gua duit sikit

Pu3syakira:
Gua kan rare..rare loh,

NurSyaza:
Bini gua nak jumpa lu bila lu balik msia.

Medi:
Ah,lu lukis lukis tuh gua jeles dalam hati beb..

Izzah:
Best lu kata?,lu belum rasa..

she-G:
Lu tanya anak gua best ke tak

The kitchsway:
BIla pulak lu dah percaya dengan muka baik gua ni?

nenekPenne:
kahkahkah..lu saja ja nak tiaww gua.

Gijesalim:
Cuba lu google.

Api:
gua kena diskus sama bini dulu la tgk camna..

noor afzan:
Gua malu la...

Maklang:
Aihh...sama dengan Mazniati ka?

Kaseh:
cuba lu google kalau kalau jumpa.

Yatiejay:
Lu memang pandai buat spekulasi..gua dah terpercaya ni.

aklcitizen:
nih pun sama..spekulasi benar

sEmut:
Gua nak pinjam lu punya pen...

tumbler biru said...

kad raya dulu-dulu, sure ade gambar kucing kan? tak paham sungguh aku. kucing tu menu utama di hari raya ke?

pantun pecah kaca tu pun klasik. dan selalunya didatangkan khas dgn satu lagi pantun:

sharifah aini, rafeah buang,
kad diberi, jangan dibuang.

zaman aku ahh pantun ni. zaman kau, aku tak sure. hentam je lah!

najwa hazirah halmi said...

cantek la plak header tuh..?
cis!

ckp psl kad rayer..
dlu2 sblom tulis kd rayer, msti garis gner pmbaris..
kunun2 nk bg luros..
tp last2 huduh gak..
cis2..

kali nyh..wa nk bg bnder laen kat yg tersyg selaen kad rayer..eceeeehhhhh!

Hazari. said...

igt kn last2 kawen ngan cik intan. mlepas.

api said...

b'madu kot.....
hahahaha

acik ayu said...

alamak.

memori tuuu. cam best je blog lu.
heh!

teruskan!

MiSs aNySs said...

gua dh follow blog lu... lu plak lah.

rozanna said...

CINTA GUA TAK TERBALAS

intan.maisarah said...

...........................typical soalan dlm kad raya : dah buat kuih raya? baju raya dah beli?