Tuesday, November 1, 2011

Pelancaran SKII





















Terima kasih kepada yang hadir di majlis pelancaran SEMBANG KENCANG 2 semalam.

Buku yang ada ditangan gua sekarang, ngam ngam untuk di pos kan pada pembeli online setakat hari Sabtu kelmarin.

Cetakan seterusnya akan dijalankan hujung minggu ini, jadi silalah menempah secepat mungkin supaya kalian tidak terlepas peluang memiliki SEMBANG KENCANG 2 yang keseluruhannya akan dicetak sebanyak 400 naskah sahaja.

Jadikanlah diri kalian sebagai The Only 400 yang memiliki SEMBANG KENCANG 2 dari keseluruhan 9,000,000,000 penduduk dunia yang sedang bernafas di bumi Tuhan hari ini.


Jadikanlah....




Friday, October 28, 2011

Bakal Terbit!!




Akan dilancarkan pada 31hb Oktober 2011, 9 pm di Rasta@ttdi.


Naskah terhad sempena pelancaran : 50 naskah

untuk tempahan online, sila email ke:

sembangkencang@gmail.com

Tajuk email : Nak Buku Plss!

Detail : Nama penuh, alamat rumah dan bukti pembayaran.

Harga : RM22 (pos biasa)
RM25 (pos ekspres)

Akaun Maybank : 158088171683

Penghantaran : Bermula minggu depan, InsyaAllah.


Amacam?

Thursday, October 20, 2011

Kena sound



Cikgu Taska ni punya amaran memang bikin gua goyang lutut siott!

Wednesday, September 14, 2011

Negara Komunis


Who Currently recognise Palestine?

Recognise?YesNo

SOURCE: UN, FOREIGN MINISTRIES

Permanent Security Council members

  • China
  • Russia
  • France
  • UK
  • US

Non-permanent Security Council members

  • Bosnia- Hercegovina
  • Brazil
  • Gabon
  • India
  • Nigeria
  • Lebanon
  • S. Africa
  • Colombia
  • Germany
  • Portugal

All General Assembly members

122

71



Kahkahkahkah!, Jahat betul negara Komunis ni..

Saturday, September 3, 2011

Sembang Kencang II


Snippets:

1. Draft pertama Sembang Kencang II sudah selamat tiba ke meja Chief-Editor.

2. Cover muka depan juga sedang dalam proses persiapan.

3. Sedang memilih publishing house yang quote paling rendah.

4. Target print dalam 500 naskah.

5. Target berada di pasaran dalam awal Oktober.

6. Sembang Kencang 2010 juga ada sebuah syarikat penerbitan bumiputera nak terbitkan. Kalau jadi (ingat keyword ni..'kalau jadi'), naskah rilisan kedua Sembang Kencang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dan Popular di seluruh Malaysia. Gua kalau ikutkan memang dah tak nak sambung cetak, tapi syarikat penerbitan sanggup keluar modal semua, ikut suka kau orang lah!.

7. Harapannya, hasil jual buku ni gua boleh beli kondo area Jalan Ampang dan memiliki sebuah kereta sport.

Monday, August 22, 2011

Punatt


Pagi tadi, dalam pukul 10, ketika matahari baru naik tunjuk muka, bersama 2-3 ekor burung kelicap terbang mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur, gua buka fesbuk.

Pot pejabat yang baik membolehkan gua bukak fesbuk sekali sekala sambil buat kerja.

Tiba tiba, gua terbaca status kawan gua Punatt atau nama IC nya Ihsan Adli. Gua jadi berdebar debar.


"Terima kasih kepada kawan kawan yang mendoakan saya..semoga kalian mendapa rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan"


Hati gua berdetik;
Apa sakit pulak si Punatt ni?, tak lama dulu ada dia beritahu gua dia demam demam, kejap demam kejap ok. Tapi itu 2-3 bulan lepas. Namun bila gua hitung hitung balik, dekat 2 bulan juga gua takde kontek kontek si Punatt ni. Aishhh takkan lah demam dia tak surut surut lagi.
2 minggu lepas masa arwah Khalis meninggal pun dia tak ada.

Gua jadi tak sedap hati.

Tanpa perlu berfikir panjang sangat,
Gua terus komen pada status Punatt.

"Punatt ko sakit ke?"

Status yang Punatt naikkan baru berusia satu jam. Jadi gua harap dia masih berada di depan fesbuk.

Gua tunggu...takde reply...

Gua tunggu lagi...takde jugak..

Tunggu lagi...pun tak ada..

Tiba tiba ada sorang kutu lalu di belakang, gua kucar kacir minimize kan window fesbuk dan maximisekan window outlook.

Dalam pada berpura pura yang celaka begitu, muncul satu notification di window fesbuk.

Ya. Notification itu datangnya dari Punatt.
Gua telan air liur. Hati semakin berkocak risau.

Pap!, gua klik mouse ke status Punatt tadi.

Gua baca tulisan Punatt satu demi satu:


"Semalam Besday aku la..tak larat aku nak cakap terima kasih satu satu"


Gua hempas laptop ke lantai. Malu ya Tuhan punya Malu.

Sunday, August 14, 2011

Al-Fatihah



Bersama arwah Khalis sekitar Oktober 2010. Baru lepas chemotheraphy rasanya ni.

Mari kita semua sedekahkan doa semoga Roh member gua dilimpahi Rahmat.

Mohd Khalis
11th April 1982 - 13th August 2011

Al-Fatihah