Tuesday, July 26, 2011

Bila Telefon Berdering...


Di suatu petang yang hening iaitu petang semalam, cikgu Kuala Kubu sedang melepak tengok MasterChef di depan kaca tivi FullHD, di rumah.

Pada masa yang sama, gua juga sedang melepak, tapi bukan di depan kaca tivi FullHD, sebaliknya di depan pengurus departmen membincangkan hal hal kerja, di pejabat.

Sedang cikgu melepak memerhatikan teknik MasterChef menurunkan suhu cokelat dengan menguli cokelat itu di atas meja batu marmar, di satu sudut talipon beliau berdering dering minta di angkat. Talipon beliau letaknya agak jauh dari kedudukan, jadi deringannya lama, dan semakin lama semakin kuat bunyinya. Mungkin talipon juga ada sikap marah pada manusia bila lambat diberi layanan.

"Helo...

"ye saya Azila..."

*****

Pada ketika yang lebih kurang sama, henset gua bergegar di dalam poket menandakan ada sms sedang meluru masuk. Gua buat buat tak tahu dulu sebab depan gua ada pengurus. Tapi sambil sambil buat tak tahu tangan kiri gua dapat juga keluarkan henset dari poket dan gua juga berjaya menyemak sms berkenaan dengan menggunakan ekor mata.

"Sori bro..petang ni kensel tak dapat jumpa..ada hal" - teriak sms dikaca henset tanpa ada belas kasihan.

Gua berkelat di dalam hati, tapi masih mampu senyum depan pengurus yang baru selesai buat kelakar mini. Ok sebelum gua cerita lebih lanjut, gua rasa perlu gua kongsi kelakar pengurus gua ni. Cerita dia macam ni, Dia cuba talipon entah siapa tapi tak dapat dapat, masuk kali yang ke berapa dia talipon, tiba tiba henset dia ter off; lalu dia cakap pada gua:

"Brader ni aku talipon tak angkat, masuk 5 kali talipon terus dia off kan henset aku.."

Gua senyum.

Pengurus buat kelakar mini. Meeting Takaful gua pula kena kensel last minit.

Ok fine!.

Gua bangun mintak diri nak sambung buat kerja, yang sebenarnya kerja di fesbuk.

******

"Helo.."

"ye saya Azila.."

"errmm..Oooo..ok..hmm"

"Saya rasa hal macam ni encik kena berurusan dengan suami saya..encik call dia lah..nama dia firdaus, ni nombor dia...."

******

Dalam perjalanan gua ke meja kerja, henset gua bergegar lagi sekali. Kali ni gegar dia lain sikit, gegar talipon masuk.

Gua tengok nombor yang muncul tu nombor tak dikenali.

Gua tekan slide iphone.

"helo..." kata gua, langsung takde bunyi goyang.

"Helo encik Firdaus...saya Zakuan Adha. Tadi saya ada talipon isteri encik tapi isteri encik mintak saya talipon dan berurusan dengan encik firdaus.."

"Ye Zakuan Adha, urusan apa tu?, ada apa yang saya boleh bantu?" - balas gua sopan.


"Macam ni encik firdaus.." - jawab brader Zakuan. Suaranya berhenti sekejap.



"Err macam ni.."


"...saya nak bertanya, encik Firdaus pernah dengar tentang Skim Perlindungan Takaful 3 in 1?"


****

Dari depan pintu rumah gua dah nampak cikgu kuala kubu tersengih sengih.

Gua geleng kepala penuh sabar. Ujian ni datang dari pelbagai arah.

Sunday, July 24, 2011

Komen


Gua mendapat satu komen, macam ni dia punya komen:


Kenapa anda sudah jarang mengemaskini blog anda?
Saya sering menunggu entry-entry terbaru dari anda,tapi apakah balasan anda kepada saya?
Anda sudah semakin jarang mengemaskini blog anda.
Saya kecewa dengan anda.
Kalau ada pon,hanyalah entry-entry yang tidak menarik.

July 22, 2011 9:51 PM


Bila gua fikir balik, penulis blog juga ibarat lilin yang membakar diri, menerangi hidup orang lain..

Dulu masa scene blog gua tengah menaik, ramai yang emel emel nak borak borak, tidak kurang juga yang ajak jumpa nak melepak..add friend di fesbuk jangan cerita lah.

Tapi sekarang ni dah jadi lain,

Bila gua pula ajak jumpa, semua lari lintang pukang tak cukup tanah..

Apa maksudnya semua ni kawan?


Ahhhh gua nak pergi berehat...penat bercakap 2 jam tadi tak habis lagi ni.

Thursday, July 14, 2011

Seminar Buku yang rare




Kalau baca buku tak mahu, beli buku tak mahu, buat buku pun tak mahu,

Habis nak apa lagi?,

Penendang mahu?


Seminar Takaful gua arrange lain kali.

Sunday, July 3, 2011

Apa nak jadi ni

Rupanya,

Rakyat Malaysia ni, lagi ramai yang suka cari benda merepek dari cari benda amal ibadat.

Astaghfirullahalaziem.

Banyakkan la ingat Akhirat.

Tuesday, June 14, 2011

Kerja Bermanfaat di Pasaraya Yatt Fong






3 jam.




Aku ulang..




3 jam!




Aku berdiri sampai tergeliat kaki.

Tuesday, May 31, 2011

Housewife

Aku jumpa sorang kawan lama yang sekarang dah hidup senang.

Aku tahu dia sudah beristeri dan memiliki dua orang anak.

Kami berborak pung pang pung pang sampaila aku tanya dia macam ni:


"Ehh bini ko housewife la kiranya?"


Mendengar soalan macam tu, aku nampak dia macam berfikir.

"Cilake!, takkan soalan macam tu pun dia kena berfikir?" - getus aku dalam hati.

Aku risau juga takut tertanya soalan soalan menyentuh keperibadian.

Aku pura pura garu hidung demi menunjukkan sikap selamba.

Selepas beberapa detik, kawan aku membuka mulut dan memberi jawapan pada aku macam ni:

"Ya..bini aku housewife..."

"Tapi...."

Dia berenti di "Tapi.."

Aku jadi sedikit dup dap dup dap. Apa hal pula ni.

"Tapi apa?" - aku menerjah supaya penceritaan aku di sini tak membuang banyak masa.

Kawan aku cuma senyum:


"Tapi..dia cuma jadi housewife bila shopping complex tak buat Sales" - balas kawan aku, padu.


Aku hanya mampu beristighfar panjang dalam hati sambil minta diri nak ke surau.

Sunday, May 15, 2011

Liku Liku Perjalanan seorang Takafulman


Salam bang, saya ni Takafulman memberi khidmat...bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..
Boleh tak kita set appointment?

Macam menarik juga bunyinya tu bla bla bla bla....nanti awak call balik, saya tengah meeting ni.

Ok bang..nanti saya call balik. Salam.

****
Esoknya..

Bang, saya Takafulman yang semalam tu...bla bla bla bla....
Boleh kita set appointment dalam minggu depan?,

Hmm..nanti saya konfem balik boleh?, rasanya minggu depan macam ok..nanti saya konfem balik ye Takafulman. Sebelum tu, bagi penerangan sikit dalam email boleh tak?, saya boleh baca dulu..nanti jumpa senang sikit dah faham.

Baiklah bang..baik...saya akan emelkan pada abang...

****
Selepas 4 hari,

Bang, saya Takafulman..macam mana, abang dah baca ke emel yang saya bagi tu?, ok tak?, boleh kita set appointment?

Alamak bro, tak sempat bukak emel lagi la..ok..ok..malam ni saya bukak. Nanti saya inform balik.

Baiklah bang..baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman, abang dah baca emel?, kalau ok..bila kita boleh set appointment?, next week boleh?,

Haa dah baca!, bagus betul rupanya benda ni. Ok next week on. Nanti kita set balik hari apa. Awak call dalam lusa tengok macam mana.

Baiklah bang...baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman, plan kita nak apoointment minggu ni jadi kan?, esok atau lusa ok?, lunch time boleh..belah malam pun boleh. abang prefer mana?,

Hmm..saya ingat nak ajak atuk saya dengar sekali la..err bagi saya konfem dengan atuk saya dulu. Nanti saya bagitahu balik ye Takafulman.

Baiklah bang..baik.

****
Selepas 2 hari,

Bang..saya Takafulman..

Aisehh sori..sori..lupa saya nak inform encik Takafulman. Saya kena outstation 1 bulan, pagi tadi baru bos bagitahu..esok kena gerak dah. Rasanya lepas saya balik nanti memang boleh jumpa, takde masalah.

Baiklah bang...baik.

****
Selepas sebulan,

Bang..saya Takafulman, abang ingat lagi kan..bla bla bla..

Yaa Takafulman..ok..ok..lusa tengahari rasanya InsyaAllah boleh kita jumpa di Pelita tengahari.

Baiklah bang..terima kasih, lusa kita jumpa.

****
Lusa (pukul 10 pagi)

Sms masuk: "Sori lagi bro..tengahari ni tak dapat jumpa la..atuk saya yang patutnya ikut sekali ni demam pulak. Kita set timing lain kali"

sms balasan : "Baiklah bang...baik, nanti kita set balik."

****
Lepas 2 hari,

"Your call has been forwarded to the voice mail...."

Ringing pun dah tak angkat..sms pun dah tak berjawab.

****

Benda benda kat atas ni gua dah kena 68 kali dalam masa 3 bulan ni.

Apa jadah la umat melayu susah sangat nak bagitahu awal awal macam ni:


"Appointment kepala hotak kau Takafulman!, pergi jahannam dengan lu punya Takaful!, sekali lagi naik nombor lu kat skrin henset gua ni lu mampos!!"


kan senang?, ringkas, padat, mudah difahami..dan paling penting, tak membuang masa dan bil talipon bimbit gua.

Benda macam ni pun gua nak kena ajar?