Monday, December 21, 2009

Sibuk dan Selamat Hari Lahir


Gua sibuk betul dengan aktiviti cuti sejak beberapa hari ni. Kencing pun takde masa.Menulis blog jangan cerita lah, aci guna siku saja. Apa pun,terima kasih pada kompeni kerana bagi cuti Awal Muharram pada gua. Pukul 12 malam gua lalu juga Jalan P Ramlee, senyap sunyi, tiada acara sambutan tahun baru.Pandai budak budak sana bagi respek pada Awal Muharram.Diorang baca doa awal tahun ke tidak gua tak berapa pasti.

Gua mulakan perjalanan dengan trafik jammed peringkat gampang ber enam dekat hiway Seremban menuju ke Johor. Hampir tiga jam gua jalan kaki atas Hiway menggunakan kereta, rasa nak mengamok pada kerajaan sebab tak susunkan jadual perjalanan untuk rakyat malaysia.Patutnya kerajaan kena beritahu melalui Astro geng tanjong Malim kalau nak bermusafir ke Johor pukul berapa patut keluar.Baru la perjalanan jadi cekap bersih dan amanah.

Akibat tekanan perasaan, gua berenti di RNR Seremban basuh muka, kemudian gua teruskan balik pemanduan.Kali ni jiwa gua ada berani sikit nak main gear lima.Setelah dua puluh minit memandu sambil mengunyah keropok udang, gua berenti pula di RNR Machap untuk makan nasik. RNR Machap ni gua tengok dah macam resort peranginan atas bukit.Ada kabus dan penjual strawberi di kaki gerai.Latitud dan altitud dia berbeza dari jalan hiway yang gua lalu tadi. Selesai makan nasik lauk ikan masak pundek, gua campak kunci kereta ke muka adik gua,bagi dia memandu pulak. Sepanjang jalan gua tidor sebab bosan takde pemandangan cantik cantik.

Sampai Johor Bahru kami sesat (gua tengok banyak kereta TopGear alamat Singapore, budak budak Singapore ni kaya betol), gua berenti di stesen minyak tanya jalan, GPS suka menipu, barai dan tak boleh harap, kemudian gua berenti pula di Seven Eleven beli air , sempat gua bertengkar dengan budak Seven Eleven (saja gua nak test budak budak Johor ni). Sesat lebih kurang di Johor Bahru, akhirnya gua sampai juga di rumah kenduri di Skudai.Pergi kenduri kahwen takde hidangan makme makwe, yang terhidang cuma air sirap.

Belah malam kami makan dekat Seafood entah apa tempat dia, jauh nak mampos.Dah la jauh, harga kena katok kaw kaw punya. Gua dah agak, datang tempat tempat pelik ni mesti jadi kerbau kena sembelih. Lepas makan gua bawak kereta laju laju cari Astro yang ada siaran ESPN. Dah dapat ESPN, gua rasa nak nak baling kerusi pulak. ManU main macam haram jadah.Sambil tengok bola sambil gua maki hamun, sambil gua sms kawan kawan demi meyemarakkan semangat maki hamun.

Tidor.Apa apa hal kontek Twitter gua.

***
Pagi esoknya gua begerak pergi Labis pekena air sirap lagi,Gua ikut jalan dalam. Ya tuhan jalan punyala takde pemandangan.Kiri kanan penuh scene kelapa sawit.Nyaris kereta gua tak buat hal dekat kaki gunung Ledang. Gua lintas pakai short-cut tak bagi salam , lalu Johor Bahru - Lima Kedai - Senai - Yong Peng - Chaah -Labis - Gementah - Temu Jodoh - Tangkak. Gua bawak rilek rilek 150km sejam ikut jalan bengkang bengkok. Enam tujuh bijik juga drebar lori kelapa sawit menangis tengok kereta gua memecut pantas di selekoh sukar. Amacam orang Johor?, Gua boleh masuk klik lu orang tak?

Berenti Tangkak, gua pekena cendol sambil bercakap soal kemajuan Tangkak dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi negara pada Fateem, bini gua pula sibuk bercakap soal pembangunan ekonomi kain ela di bangunan Tekstil Seng Huat seberang jalan. Alahh kain corak macam tu Tanjong Malim punya Ekonomi pun berselerak.Saja perangai nak bagi kaya cina Tangkak.Habis cendol semangkuk, kami sambung naik kereta potong jalan hiway, singgah pula di RNR Ayer Keroh.Nak kencing di RNR Ayer Keroh kena beratur macam beli tiket bas di Puduraya. Gua berang betol dengan pengurusan Hiway. Dah tahu kapasiti pengguna Hiway ni tinggi, apa salahnya buat mangkuk jamban barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini jamban pejabat ke??,takdak pemikiran strategik langsung. Hal hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur.

Mula dari Ayer Keroh, kereta gua beroperasi pada kedudukan gear dua. Dekat dua jam layan gear dua apa cerita?, nak kena pukul?,gua pecut tak peduli keselamatan keluarga, cilok kiri, cilok kanan, langgar bumper lori asikrim sedikit sebanyak, pintas kiri tak bagi signal, cucuk kereta PlusPeronda, akhirnya gua berjaya melepasi kesusahan jam.Terer betul gua.Alhamdulillah..

Gua baru sampai rumah ni.Mata keras.Jet lagg tak habis lagi.

Begitulah secara ringkas dan padatnya gua melalui hari cuti yang sibuk. Ahh gua mengantuk.

Tidor. Apa apa hal kontek Twitter gua.

****

NOTAKAKI
Selamat Hari lahir untuk bini gua!
Macam biasa..takde hadiah hadiah.Kehkehkeh

Thursday, December 17, 2009

Disiplin


Sejak akhir akhir ni gua perhatikan budak budak yang naik bas dengan gua pergi balik Tg Malim dah semakin kurang berdisiplin.

Yang lelaki gua malas tegur. Lu orang pandai pandai la hendel diri lu orang sendiri.
Gua cuma nak tegur pada geng geng makwe saja. Ketara sangat gua tengok. Gua harap teguran terbuka gua ni tak mengguris hati lembut lu orang.

Kepada Ida,Mandy,Sharina Hulu Bernam, Dewi, Ita, Kak Mun, Auntie Kaminis, Kak Dina, Along Cah dan Makwe Public Bank.

Gua nak pesan:

“Bila naik bas..boleh tak lu orang jangan berebut rebut?”

Hari hari pagi petang lu orang berebut.
Ada kes sampai jadi berkelahi. Apa hal sampai macam tu?,Kesian Manov, pening kepala dia tengok gelagat lu orang.

Kalau susah sangat, lantik sorang kepala buat dutyroster.Kan mudah ada strategi macam tu.Tak payah nak berebut.
Lepas ni gua taknak tengok lu orang berebut dah ye.Tak manis orang luar pandang.

--
--

Ok,
Hari Isnin depan gua duduk kerusi nombor 18.
Ingat pesan gua, jangan berebut!.Kerusi nombor 19 ada satu saja.

Kita guna konsep, sape cun dia dapat.
Boleh macam tu?


NOTAKAKI
Esok gua turun Johor. Ada hal sikit.Sapa sapa geng Johor nak belanja minum bagitau gua awal awal.Gua boleh ejas timing. Lu orang jangan pukul gua pulak kat sana.

Monday, December 14, 2009

Ulat


Apa hal budak kerja ulat yang baru tiga hari in charge jual tiket dah berani cakap tinggi suara atas muka gua sambil buat wajah bengis?

Kalau gua buat isyarat 'taknak' tu maknanya taknak la.Gila apa paksa gua beli tiket bas pergi Johor Bharu?
Perangai sama dengan orang MLM.

Nasib baik bahasa keras beliau belum melepasi garisan kurang ajar.
__________

Dan kepada budak budak bas-mate yang berdiri teguh dibelakang gua tadi sambil pegang batang paip, gua ucapkan terima kasih.
Sempat lagi lu orang rembat batang paip dalam longkang tu ye.

Saturday, December 12, 2009

Tora Tora


1988 - Malam


'Tora datang lagi!, dengan permainan terkini bola terbang!!..ngeng ngeng ngeng ngeng.."
(Bola getah sebesar bijik mata orang dewasa ada ekor terbang keliling bilik diselangi dengan suara latar Mat Sentul di kaca tivi hitam putih rumah gua).

Gua yang tengah sedap baring atas riba ayah gua bingkas bangun pegi hulur muka rapat sikit depan tivi.Malam malam ada Tora mana pernah orang buat. Selalunya gua layan ekelan Tora masa petang petang sambil tengok katon Jem, atau cerita jepun merepek tajuk Miss Komet saja.

"Syokkknya bola terbang ni yaahhh!!"

Gua bagi arahan lapan belas lapis maksud pada ayah gua yang masa tu kerja cikgu di Parit Buntar.

"Dia boleh terbang pusing pusing yaahh..syoookknyaa!"

Satu lagi mesej ringkas gua passing untuk perhatian dan tindakan ayah gua.Tapak tangan kecik gua tekap ke muka tivi,mengejar bola terbang yang berkeliaran melantun ke sana sini.Mesej cara fizikal pun gua kena sampaikan untuk kesan 'high impact'.

Ayah gua masih buat buat rilek hirup kopi.Selalunya kalau malam Rabu,lepas makan nasik, ayah gua mesti pekena kopi panas dengan rokok Benson dua batang sambil menonton aksi A Galak beperang dalam Harimau Rimba.

**

"Tengokla kalau sempat ayah beli lepas balik kerja" - ayah gua sembur asap rokok bekepul kepul. Ringkas dan padat.Baru masuk gaji gamaknya.

Kerja gua dah selesai.Gua sambung baring atas riba..cerita Harimau Rimba ni memang syookk.Tak sabar nak jadi askar bila besar.Boleh tembak orang jahat macam dalam tivi.

Entah pukul berapa...gua tertido...atas riba.

-------------

1988 - tengahari esok harinya

"Ayah beli Tora tak?" - Gua meluru ke moto tak payah pakai selipar.Moto pun belum sempat ayah gua nak free-kan gear.Recorder kepunyaan Kak Boya yang gua rembat sebentar tadi gua sangkut belakang seluar getah.

"Baik baik ekzoss panas ni!! Ada dalam raga moto ni haa..sabar la sikit".

Penantian satu jam gua depan pintu sendal sambil tiup recorder lagu entah apa apa amat berbaloi.
Kotak Tora berpindah tangan.Terima kasih pun gua tak sempat nak cakap.Kucar kacir gua koyak dia punya plastik pembalut.Cokelat bulat bulat dalam kotak Tora tu gua campak pergi bawah kerusi kayu.Gua bukan nak sangat makanan tak bekhasiat macam tu.Gua tonggang kotak ke bawah,lambat pula bola terbang nak keluar.

Pelepapp!, plastik mainan dalam kotak Tora jatuh ke lantai.

"ni bukaannn bolaa terbanggg!!!..ini gasing lampuuu macam hari tu!" - Gua jadi berserabut.Masa ni semangat ketengangan tu tak muncul lagi.Masa ni hidup penuh rebel dan rusuhan rusuhan yang selalunya berakhir dengan makan pelempang atau betis bebirat.

Gasing lampu gua lempar ke lantai.Berselerak......

****

(Bersambung...)

Thursday, December 10, 2009

Malam paling rare


10 Disember, 2005 - 9.34 pm


"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Gua meng-Alhamdulillah dalam hati...(sambil sengih tajam ke pintu bilik!)

****************

10 Disember, 2009

*Happy 4th Anniversary untuk diri gua!!*

++
++

Fakta Kawen:
1. Kenduri belah pengantin lelaki,dan kenduri belah pengantin perempuan..jatuh pada tarikh dan hari yang sama.
2.Barang hantaran paling rendah diri : Seluar Dockers bundle yang baru pecah guni.Bini gua mengamok gila.
3.Album kawen??..lu orang tanya Fateem, dia yang in charge.Last sekali gua tengok 5-6 keping gambar dah selamat tejelupok dalam tong mainan.Cedera teruk.
4.Kos kameraman sebanyak rm150 - Bini gua kata "Kita bagila bisnes pada kameraman kampung Lubok Salak..kesian dia"..dan hasil tangkapan gambar kameraman tersebut memang sungguh mengesiankan.
5.Gua sembahyang Zohor masa bilal tengah ejas mikrofon nak azan Asar.Sibuk bersanding sampai ke laut.Astaghfirullah..
6.Kaler Tema - ..tak terpikir pulak gua nak bertema tema.
7.Stoking gua koyak kat ibu jari - Ahh bukan orang nampak benda dalam kasut.
8.Masa makan beradab..Udang panjat nenas,ayam golek,siakap tiga rasa,daging korma..semua gua suap masuk mulut tak pandang kiri kanan dah.

Ok...nombor 9 ni paling buat gua hampa

9. Gua kumpul duit beli aircond Sengheng potong gaji bulan bulan,bubuh dalam bilik pengantin.Malam pertama gua lepas menikah..gua tutup pintu..petik remote aircond Sengheng..petik petik petik petik!!!.petik lagi...sampai subuh dia tak boleh On.Macam pundek!

++
++

Malam ni,
dah cukup empat tahun gua pegang jawatan sebagai jantan berbini.

Tapi...yang buat gua rungsing lagi hairan,

Kenapa masih ramai makwe makwe dok berebut nak mengorat gua??

Gua tak suka tau....

kehkehkeh..

PESAN BUAT BINI GUA
"Gua nyaris lupa woii!..esok gua bawak lu jalan jalan naik helikopter ye"

Tuesday, December 8, 2009

Hantu Tindih

Dah sepuluh tahun hantu tindih tak datang tindih gua waktu malam.

Mungkin dia ingat gua punya cuti sekolah sesi Disember 1999 tak habis lagi kot.

Kehkehkeh....

p/s: Kalau tidak pantang gua lompat baring terlentang atas katil asrama, datangla dia sibuk nak menindih...tindih pulak bukan jenis ada kesian kesian, sampai gua tak boleh benyawa..Cilake lu hantu tindih..

Tapi bila dah lama lama macam ni..gua rindu juga sama lu..

Sunday, December 6, 2009

Ravi Tanjong Malim

Gua baru nak melayan DVD MTV yang gua baru beli dari kedai Ravi.Lagu lagu disertai translation melayu, atau chinesse, atau Thai, pilih je mana gua suka.

Gua pilih melayu.

Lagu So Damn Cool adalah lagu pertama.Nyanyian Ugly Kid Joe.

Sampai saja pada lirik.."Because You are so damn cool"..

Muncul tulisan di bawah skrin.."Kerana engkau celaka punya sejuk"

****

Gua baling laptop ke dinding.

Alih bahasa serupa gampang!