Wednesday, January 26, 2011

Pesakit Kecil


Salam rindu untuk pembaca SK semua!
Doakan saya cepat baik dan boleh pergi tadika dengan kelas Iqro' macam biasa.

Dari Fateem,
-Pesakit Influenza A-

:

:

:

:

:

Dan saya juga...


Faseeh,
-Pesakit Influenza A-

Sunday, January 16, 2011

Kerja Bangang


Gua dengan marketing bukan sebulan dua..kerja bertahun tahun.

Gua tahu dunia marketing tu luas. Gua tahu kemahiran komunikasi kritikal dalam bidang marketing. Gua juga tahu dalam marketing gua ada banyak 'kontek'. Gua tahu selok belok urusniaga dalam marketing. Gua tahu tugas gua jual produk kompeni yang harga bukan cerita Ringgit Malaysia. Gua tahu semua tektik nak berunding dengan kastemer luar negara, dari Jepun sampaila ke Amerika, semua tektik nak mengencing, teknik nak mintak kesian, tektik nak berlagak, tektik nak poww!. Gua tahu semua tu. Gua master beb...

Kerja gua hari hari. Gua tahu!, tahu!!

Tapi..

Walaupun hakikatnya macam tu,

Takkanla sampai nak jual henpon Nokia hitam putih cabok lu tu pun lu nak mintak tolong gua carikan buyer dengan alasan...gua ni budak marketing??

Bangang tahu tak?, bangang!!

Sunday, January 9, 2011

Maher Zain minat Yuna


Gambar rembat google

Antara sebab kenapa gua moderatekan komen sejak sebulan ni adalah untuk men-trek komen komen entry yang lama lama. Bukan ada sebab apa pun. Komen komen lu orang gua tak tahan pun, semua lepas tarak hal. Tak rock la tahan tahan komen ye tak?.

Ok ini ada satu komen (sebanarnya banyak, tapi gua pilih yang ni sebab dia baru komen kelmarin) pasal entry Maher Zain. (klik)

Tengok apa dia tulis:

*****
Anonymous said...

FdausAmad dan penyokong-penyokongnya,

Tulisan kamu dan penyokong kamu telah melampaui batas apabila kamu menfitnah Mahir Zain dan orang-orang lain seolah-olah kamu ini hamba Zionis. Apa yang jelas ialah Maher Zain sekarang sedang berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik dan lagu-lagu Islam beliau berjaya menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam kepada Islam tetapi sebaliknya kamu bersifat seperti syaitan yang amat bencikan Islam. Apakah kamu berharap dengan menfitnah Maher Zain, kamu telah berjaya menghapuskan Islam? Kamu akan gagal sebagaimana Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah gagal !

Kamu tanpa merasa malu membuat fitnah dengan bebas kerana kamu masih hidup tetapi kamu lupa bahawa pada suatu waktu nanti kamu akan mati dan fitnah itu akan menjadi beban kamu di akhirat nanti.

Tidakkah kamu tahu bahawa Al-Qur'an menyuruh orang Islam memerangi mush Islam seperti kamu untuk menghapuskan fitnah kamu kerana fitnah itu lebih buruk dari membunuh?

****

Isi kandungan komen ni simple je sebenarnya - Dia tuduh gua fitnah Maher Zain dan gua seperti hamba zionis, bersikap seperti syaitan dan gua akan gagal macam Abu Jahal dan Abu Lahab dan juga gua musuh islam.

Kahkahkahkah!!....Kahkahkahkah!!

Benda dah 3 bulan lepas punya cerita..

Woii lu sekolah ke tak sekolah ni?,

Kalau sekolah darjah berapa?, Reti baca ke tak reti baca?, paham ke tak paham?, ke buat buat paham?,

Ni mak ayah tak marah ke baca baca blog orang ni?, kahkahkah..

Ada fesbuk ke tak?, Twitter ada?

Makwe ke balak?, kalau makwe gua nak join lu punya usrah..ajak kakak Naqibah sekali.
kahkahkah..

Kalau balak, pergi la jahanam!, kahkahkah..

Woii woii..Bodoh ni..ada 2 jenis; Boleh boleh diajar dengan Bodoh yang tak boleh diajar..

Lu jenis bodoh yang mana?,

Ke jenis bodoh piaanngg???

Ehh ni haa lagi satu..

Lu ni Syiah ke Sunni?,

Kalau Sunni, lu sunni Jordan ke Sunni Mesir?.

Tapi kalau Syiah..jaga jaga jaga jaga!!, nanti kena serbu woii!

Kahkahkah!...kahkahkahkah!

Dah la..dah la..gua nak pergi mandi,

Konsert AJL25 nak start kejap lagi. Rugi pula kalau tak tengok Yuna menyanyi pakai tudung. Mesti semua penonton perempuan boleh insaf pakai tudung macam Yuna lepas ni ye tak?

Lagi satu hal gua terkilan sangat ni, makwe makwe iluvislam ni mana?, Ambooiii...sorang pun tak datang sini..kalau dengan gua sombong betul lu orang ye..kalau dengan Maher Zain, bukan main lagi..

Kehkehkehkehkehkehkehkehkehkeh.

Wednesday, January 5, 2011

Tanjong Malim di Facebook


Gua baru dapat tahu ada page Tanjong Malim Kini di Facebook dengan jumlah penge-like mencecah lebih tiga ribu orang.

Pantang betul gua kalau buat acara Tanjong Malim ni tak reti nak mengajak gua.

Kalau Manov tahu ni macam mana?, hah macam mana woii?,

Siapa nak tolong buat akaun Facebook kat orang tua tu?, siapa??

Mulai saat ini gua juga kena berhati hati sikit sebab bila gua tengok list nama facebook Tanjong Malim Kini,
Ada 6-7 orang budak Kampung Simpang Empat yang gua pernah bergaduh di stesen bas Tanjong Malim lebih kurang 12 tahun lepas muncul balik.

Celaka!, dah pandai main facebook rupanya budak budak punk samseng bas Mogah ni.