Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432H


Ketukan sahur pertama di tahun 1432 Hijrah bergema ke telinga gua sekitar jam 4.25 pagi semalam.

"Bangun bang..sahur!, dah 8 kali kejut ni..Fateem dah lama tunggu nak bersahur sekali".

Suara yang gua memang kenal itu masuk betul betul ketika tidor gua melepasi level Delta Wave.

"Sahuuurrrrrr!!"

Sekali lagi suara tadi memanggil keras. Gua cuba buka mata pelan pelan. Ingat, buka mata laju laju akan menyebabkan sakit kepala. Perlahan lahan level tidor gua jatuh dari level delta wave ke level theta wave, kemudian merosot pula ke level Rapid Eye Movement sebelum berakhir di titik Non Rapid Eye Movement.

Gua buka mata dalam samar cahaya.

Dari sudut belah kiri kepala katil gua dapat lihat sekonyong konyong tubuh seorang kanak kanak dalam usia 5 tahun datang berlari pantas ke arah gua.

"Ayahhh bangunnn!, bangunn!!, sahur jom kita makan, esok kan nak puasa,"

Fateem separa menjerit seraya menarik tangan gua. Gua bangun steady.

"Pergi tunggu depan tivi, ayah nak basuh muka kejap" - kata gua memberi keputusan.

Di atas meja depan tivi, gua dapati cikgu dah siap hidang nasi panas dan beberapa jenis lauk, antaranya sardin, ikan bilis goreng dan telor mata. Manakala bagi pihak tivi pula, gua dapati sudah tersedia beberapa jenis drama untuk ditonton seisi keluarga ketika menikmati juadah sahur. Trend bersahur dengan tivi ni memang tengah up. Kalau tak sahur dengan tivi, susahla nak berborak hal drama di pejabat nanti.

Dalam menyambut puasa kali ni, fateem memang true. Dari petang Ahad dia dah tanya bersahur nanti nak makan apa, berbuka pulak nak makan apa, terawikh nak pegi pukul berapa. Puasa pada pandangan mata fateem memang takde hal, benda kecik mungkin. Gua beritahu puasa ni waktu siang kita tak boleh makan, tak boleh minum, korek hidung pun tak boleh. Gua perhatikan Fateem punya semangat nak menyambut puasa macam askar Palestin yang berkobar kobar nak turun berjihad ke medan Intifadho'.
Fateem kata no hal dia boleh puasa. Kata Fateem lagi, dia suka puasa sebab bila puasa tak payah makan di Tadika. Cerita makan di tadika ni gua dengar lama dah cikgu tadika mengadu. Fateem jarang makan sampai kena paksa, baru dia makan. Jadi kedatangan Ramadhan dapat memberi sinar kepada fateem dengan membebaskan diri dari mental torture untuk makan di Tadika.
Gua senyum.

Jam menunjukkan hampir 5 pagi. Fateem dua kali top up nasik. Dia betul betul perlukan tenaga nak menghadapi cabaran puasa. Gua cakap pada Fateem hari pertama puasa ni dapat tahan sampai pukul 2 pun ok. Cikgu pula bagi semangat, kalau tak boleh sampai pukul 2, dapat tahan ke pukul 12 tengahari pun jadi la.

Selesai makan gua suruh fateem pergi tidor. "Esok nak sekolah, nak puasa..kena cukup tidor" - pesan gua.

Gua yang memang mengantuk cuba berbaring atas sofa sementara menanti subuh. Kipas berputar perlahan menyamankan lagi subuh Ramadhan yang indah.

****

Kira kira pukul 6.30 pagi, ketika gua sedang bersiap nak pergi kerja, gua dengar panggilan berupa arahan separa keras keluar dari bilik fateem memanggil cikgu. Panggilan berupa arahan begini memang setiap subuh ada, terutamanya bila fateem punya tidor masuk level nak terjaga. Cikgu yang sedang berada di dapur juga dengar panggilan tersebut.

"Macam mana sekarang?" - tanya gua pada cikgu.

Cikgu diam sebentar, wajahnya hening berfikir dalam. Panggilan dan arahan masih tidak henti henti memanggil dan mengarah nama cikgu bertalu talu.

Semakin lama, semakin kuat dan bunyinya juga bertukar macam bunyi mengamok sambil menangis.

Gua fikir balik, hal macam ni gua sendiri kena setelkan. Kalau bagi cikgu setelkan, mungkin tak boleh setel. Gua melangkah ke bilik fateem. Bila gua sampai, Fateem dah jaga rupanya sambil repeat ayat sama dengan suara menangis.

Gua tak kasi chance!


"Puasa apa benda mengamok mintak susu pagi pagi ni, nak kena pembaris?"

17 Nasihat Ikhlas:

Seyha azmi said...

puasa yangyok..haha.. semangat bkn maen !!! bgus2...

Kelon Eric Bana said...

susu bagus untuk kanak-kanak

LS said...

lu kasik ke x? :D

aiko farahshahida said...

sekali pkul 630 dah nak berbuka..
huhu :)

KayNisa said...

t waktu sahur kasi minum susu siap2 la

esh said...

hahahahahaha

Azri the Accelerator said...

biasa lah rutin harian.perokok pun kadang2 terokok jugak hari pertama.maklumlah,rutin.

marina anakcikbob said...

pembaris.zaman dulu rotan lebih mudah d cari d samping xde talian teledera. hahaa.

suk said...

dilema jugak nak bg susu ke x.

I want to lose weight said...

Sama laa anak aku pun..
Bab susu mmg tak boleh tolak ansur lansung..
Siap cakap
"Kalep tak makan.. tak minum.. Kalep isap je susu tu" :(

pB said...

pembaris panjang atau pembaris pendek??



selamat berpuasa

g0m0k9enDek said...

takpe. fateem jgn risau... esok leh pose kan?

cikpia said...

ha ha.... mak aku kata NIAT DAH DAPAT PAHALA..... dia amik pahala niat jer kot.... he he....

ngan bebudakpun nak berkira.....

athirah said...

haha . biasa la tu budak2 .
-ceyh ayat aku cam dah mak org je-

comment this
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/08/merungut-itu-tabiat.html

jo said...

masa sahur lupa nak minum la tu...aih....

rauel_gonzales90 said...

hahaha..gempak story bro..hahah..!!

KennyArmada said...

assalamualaikum,,

1 pengakuan wa nk buat nih bro,, selalu nya wa jarang betul baca entry2 yg panjang berjela nih,, tp entry yg nih wa tatawu amcam wa bley baca smpai habis,, hahahaahaha,, kim salam anak lu