Pagi itu, usai bersahur dan bersembahyang subuh, gua bergegas memecut moto EX5 laju membelah embun dara yang rancak merintik manja di atas helmet.
Pergi kerja masa bulan puasa selalunya memang takde feel. Sepatutnya bulan puasa ni ibadat subuh boleh dipertingkatkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan i'tikaf di masjid. Tapi semua kebaikan akhirat itu gua terpaksa ketepikan demi menyara diri dan keluarga dengan kenikmatan dunia yang serba celaka!.
Ahhh betapa ruginya gua.
Setibanya di setsen bas Tg Malim, moto EX5 gua tongkat kasi kemas. Di bumi Tg Malim yang mendapat keredhoan ni gua tak perlu risau nak lock hendel atau pedal ayamkan disc brake. Bukan setakat lock hendel atau kasi pedal ayam, gua juga pernah beberapa kali buat kerja bangang tinggal kunci moto tergantung di lobang kunci dari subuh sampai ke azan i'sya.
Kahkahkah!
"Kasi tiket balik sekali pukul 6 petang" - gua sound adik jual tiket Tranasional yang mukanya nampak mengantok. Mungkin dia tak cukup tidor akibat lama sangat main Fesbuk di tengah malam.
Dalam bulan puasa, gua dan budak budak bas yang lain memang buat kerja beli tiket balik siap siap. Kalau tidak, tiket belah petang cepat habis. Bila tiket cepat habis, hati jadi panas, bila hati sudah panas, maka secara otomatik mulut jadi banyak mengeluarkan kata kata kesat marah entah pada siapa. Bila dah macam tu punya gaya, Tuhan kata dalam Quran, puasa manusia cuma dapat penat, lapar dan dahaga. Jadi dengan sebab itu, gua beli tiket balik siap siap supaya di kemudian hari gua tak perlu unnecessary mencarut.
Tiket dan duit bertukar tangan. Tiket yang pukul 6.30 pagi gua pegang siap siap nak passing pada drebar, manakala tiket yang belah petang pukul 6 gua simpan dalam kocek baju belah kiri.
Pagi tu, gua tidor nyenyak dalam bas sampaila tiba ke masjid Jamek.
*****
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Cikgu Kuala Kubu baru helo kasi maklumat di atas meja sudah terhidang juadah berbuka seperti cendol, kebab daging arnab, putu piring, pulut panggang, gulai semilang, prawn fritters resipi jamie oliver, ketam masak lemak dan dan ayam percik tiga rasa. Manakala gua pula sedang berada di bilik pengurus menyiapkan satu kerja urgent. Kerja Urgent bulan bulan puasa ni sebenarnya boleh juga membawa ke mencarut.
Lepas habis kerja, gua lari meluru naik tren dari KLCC ke puduraya. Tugas untuk sampai ke Puduraya dalam masa 5 minit memang mencabar dan boleh dikatakan tak masuk akal juga.
"Kalau telepas bas pukul 6 ni, memang gampang..tapi takpa, boleh repeat bas pukul 7, sampai rumah pukul 8.15..ahh ok lagi buka puasa time ni." - gua memujuk hati sendiri sambil berlari membawa segunung harapan untuk berbuka di rumah on time.
Dan seperti yang gua ramalkan, petang itu gua terlepas bas yang sepatutnya gua naik pukul 6.
Gua tiba di depan kaunter Tranasioanl Puduraya kira kira dalam pukul 6.15 petang. Gua tengok sebelah brader jaga kaunter tu dah tergantung sebungkus teh ais. Solid betul teh ais tu sampai gua tertelan air liur.
"Brader, nih gua punya tiket pukul 6, dah terlepas..so gua nak tukar naik bas pukul 7" - gua bertutur lancar. Baju gua dah basah kuyup dengan peluh. Mengah di dada jagan cerita. Mujur Puduraya ada kipas.
Brader kaunter yang dari tadi tadi menonton skrin kompiter memandang tepat ke muka gua.
"Bas pukul 7 baru kejap tadi tali enjin dia putus bang..nah amik tiket pukul 10, ni je yang ada."
Dalam keadaan penat, dan dengan sisa tenaga yang ada, gua tumbuk muka brader kaunter sampai berdarah kening.
Petang itu gua balik Tg Malim jalan kaki ikut short cut Ulu Yam.
Celaka!
17 Nasihat Ikhlas:
tabikkk!! hahahaha.. apsal xnek train je bro? ade kan?
gila babi, ni umat yang dilindungi. lalu short cut ulu yam bulan puasa tak kena baham rimau.
err... sabaaa
short cut ulu yam. tehehehe :)
pahala dh kurang tu sbb dh tumbuk orang huhu...
ini bukan jenis kenangan ramadan ni. ini kenangan di pudu raya gua rasa...
Kerja urgent mmg bole bikin garang :D
habis buka puasa pukul brapa?
11.15malam ka?
hahahaha,,adohai..hilang stress kerja ptg2 nie bila baca entry nie....sory coz TERPAKSA gelak kan en firdaus....mesti smpi rmh time sahur kan?...D
gua rasa tajuk patot jadi Penangan Ramadhan 2009..hehehehehe
ni mesti kategori kenangan manis kan??kihkih
kenapa x naik bas lain?? star coach ada, bas 626 pon ade kan.... hehee
part tumbuk tu bkn real kn?hahahah
time2 nak buka gak tali enjin dia putus, mmg dugaan tu bro..hahaha
keh keh keh..steady ahhh bro...slm ramadan
seronok jugak kerja tumbuk muka orang nih
mencarut juga akhirnya kan...
Post a Comment